Cari Post lain disini

Loading...

Saturday, January 19, 2008

Apple perkenal komputer riba ternipis di dunia








SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) 16 Jan. – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Steve Jobs buat julung kalinya semalam memperkenalkan kepada umum komputer riba paling nipis di dunia keluaran syarikat tersebut.

Jobs pada mulanya dilihat berjalan dengan membawa sekeping sampul besar yang biasa digunakan di pejabat sebelum komputer riba MacBook Air dikeluarkan dari sampul tersebut.

Sekumpulan “peminat setia Macintosh” bersiul dan bersorak apabila melihat komputer riba berkenaan.

“Ini adalah komputer riba ternipis di dunia. Kami telah membandingkannya dengan semua komputer riba yang berada di pasaran dan cuba menghasilkan sesuatu yang terbaik,” kata Jobs sambil tersenyum.

MacBook Air mempunyai ketebalan 0.4 sentimeter pada bahagian depan dan 1.93 sentimeter di belakang serta dilengkapi dengan pemproses dua teras yang telah dikecilkan oleh syarikat pengeluar unit pemprosesan, Intel.

“Semasa kami memulakan projek ini, kami tidak tahu ia boleh dilakukan.

“Ada kalanya kami penat memikirkan apa yang perlu dibuat tetapi akhirnya ia berjaya disempurnakan,” kata CEO Intel, Paul Otellini ketika menyertai Jobs di atas pentas.

Menurut penganalisis, Apple kini berusaha untuk memasarkan produk syarikat yang sebelum ini tidak diketengahkan.

Jobs menyatakan, MacBook Air dilengkapi hasil inovasi yang diilhamkan dari iPod dan iPhone dengan pemacu cakera keras yang sama dengan iPod sementara lapik sentuh pula serupa dengan iPhone.

Komputer riba baru seberat 1.4 kilogram dengan bateri yang boleh bertahan selama lima jam ini dijual pada harga AS$1,799 (RM5,882) dan akan mula dipasarkan dalam masa dua minggu.

– AFP

Rujuk link:
  1. Apple perkenal komputer riba ternipis di dunia
  2. macbookair

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute