Cari Post lain disini

Friday, February 29, 2008

Ada Apa Dengan 50 sen

Bila aku lihat syiling 50 sen yang banyak aku simpan ni, mula2 sekali aku akan teringat cerita Aisah 50 sen yang di lakonkan oleh seniwati Azean Irdawaty. Sampai sekarang ni pun aku teringat lagi cerita tu, sebenarnya aku bukan nak cerita Asiah 50 sen tu tetapi nak cerita berkenaan dengan syiling 50 sen yang aku ada dan apa yang boleh di buat dengan siling ni selalu kita sedia maklum ada sebahagian syiling 50 sen ni yang bernilai tinggi sebagai contoh syiling 50 sen tahun 1969 (security edge) dan 1995. Salah satu faktor yang menyebabkab syiling-syiling 50 sen tersebut tinggi nilainya adalah jumlah keluaran syiling tersebut iaitu bagi syiling 50 sen tahun 1969 (security edge) pengeluaranya sebanyak 2,000,000 mintage manakala syiling 50 sen tahun 1995 pula sebanyak 1,650,423 mintage. Sebenarnya ada lagi syiling 50 sen yang lagi tinggi nilainya sehinggakan boleh mencecah sehingga RM900 (bergantung kepada keadaannya sama ada EF, UNC atau BU) iaitu syiling keluaran 50 sen yang dikeluarkan pada tahun 1967, 1968 dan 1969 (milled edge) sangat susah diperolehi, sememang dikategorikan sebagai "RARE" bagi penggemar atau pengumpul syiling-syiling lama.



Saturday, February 23, 2008

Majalah 3 - Wang Kertas

Pada 2 Februari 2008 yang lalu, majalah 3 telah memaparkan isu berkaitan Wang kertas. Paparannya sangat menarik kerana ianya berkisar tentang pengumpul-pengumpul wang kertas dimalaysia dan juga Persatuan Numismatik Malaysia. Majalah 3 juga mengupas nilai sebenar sesuatu wang kertas yang menjadi buruan pengumpul-pengumpul untuk dikongsi bersama.


Video 1


Video 2

Thursday, February 21, 2008

Wang Kertas RM1 - Replacement Note

Replacement note ni selalunya dikeluarkan bagi menggantikan wang kertas yang rosak, Untuk wang kertas RM1 ni sirinya adalah bermula dengan ZA, ZB dan ZC. Nilai bagi wang gantian ini adalah berbeza, ianya adalah seperti berikut:

RM1 ZA Replacement Note, nilainya boleh mencecah RM35 (UNC)
RM1 ZB Replacement Note, nilainya boleh mencecah RM20 (UNC)
RM1 ZC Replacement Note, nilainya boleh mencecah RM4 (UNC)


ZA Replacement Note



ZB Replacement Note

note: Aku belum ada ZC Replacement Note

Tahap Gred Mata Wang Kertas

Ini merupa pengenalan bagi mereka yang ingin menjadi pengumpul wang kertas. Ianya penting kerana selain keluaran dan tahap susah untuk mendapatkan sesuatu wang kertas, tahap gred mata wang kertas juga memainkan peranan penting terhadap nilai semasa sesuatu yang kertas khasnya. Saya senaraikan disini tahap gred mata wang yang selalu digunakan;

Uncirculated (UNC)
Sempurna, setiap penjuru duit adalah tajam, tiada kesan lipatan, warna tidak pudar, kertasnya kukuh dan bersih

About Uncirculated (AU)
Kelihatan sempurna tetapi bahagian tengah atau penjuru terdapat sedikit kesan lipat, mempunyai penjuru yang tajam, tiada kesan calar, warna tidak pudar dan permukaan bersih.

Extremely Fine (EF)
Maksimum 3 kesan lipat yang minor atau 1 kesan calar, mempunyai penjuru yang tajam, warna tidak pudar dan permukaan bersih.

Very Fine (VF)
terdapat beberapa kesan lipatan, permukaan sedikit kotor, warna sedikit pudar, penjuru mungkin koyak tetapi tidak pada bahagian sisi, masih mempunya penjuru yang tajam dan kertas masih kelihatan keras.

Fine (F)
Terdapat banyak kesan lipat dan calar. Terdapat sedikit kotoran, sisi mungkin terkoyak sedikit atau terdapat lubang staple atau lubang pin tetapi tidak ditengahnya. Warna kelihatan masih elok tetapi tidak terang.

Very Good (VG)
Penjuru koyak dan tidak tajam. Warna pudar, terdapat lubang-lubang kecil, tetapi tidak menjejaskan keseluruhan imej permukaan.

Good (G)
Permukaan koyak, mempunyai banyak kesan lipat dan calar yang kuat. Terdapat lubang-lubang tetapi tidak menjejaskan keseluruhan imej permukaan. Terdapat kesan contengan tulisan.

Fair (FA)
Permukaan yang lenyai, koyak, kotor dan kepudaran warna. Lubangnya lebih besar. Sebahagian daripada permukaan hilang, terdapat contengan tulisan.

Poor (P)
Permukaan yang lenyai, koyak, kotor dan kepudaran warna. Lubangnya lebih besar. Sebahagian besar daripada permukaan hilang, terdapat contengan tulisan dan bahagian-bahagian disambung dengan selofan tape.

Rujukan: Buku Malaysia Banknotes and Coins

Friday, February 15, 2008

New Born

Tarikh keramat 02.02.08 jam 9.35am merupakan hari yang paling gembira buat aku dan isteri, kini aku sudah bergelar bapa dan dia (isteri-ku) bergelar ibu....kami dikurniakan baby girl. Sebab itulah kebelakangan ini aku sibuk sampai tak sempat nak update blog. Dulu berdua, sekarang dah jadi bertiga tapi tak tahu lagilah bila nak berempat. Tanggungjawab semakin besar dan kami bersyukur kepada Allah SWT diatas kurniaan-Nya...Amin!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute