Cari Post lain disini

Monday, June 23, 2008

Syiling 50 sen 1988 "Extra DOT"

Dikeluarkan pada tahun 1988, dikategorikan sebagai "RARE" juga dikalangan collector....ada "extra DOT" pada bumbung parlimen. Aku ada satu lagi syiling yang sama, nak jual atau tidak semuanya bergantung pada keadaan. :D


50 sen 1988 (VF)

Thursday, June 19, 2008

Syiling Yassin 7


Depan


Belakang

Syiling tembaga diatas, dari apa yang aku baca (ruangan forum) dan dengar dikenali sebagai Syiling Yassin 7, mungkin kerana ada tertulis yassin 7 kali. Sebenarnya banyak lagi koleksi syiling tembaga yang aku simpan sebagai koleksi walaupun aku sendiri pun tak tahu sangat pasal syiling tembaga. Adakah betul yang duit syiling tembaga ini mempunyai "khasiat" yang tersendiri?? . Nanti aku letak lagi gambar syiling tembaga dalam simpanan, nak cerita banyak pasal syiling tembaga pun aku tak berapa tahu sangat.....salah cakap nanti kata tipu pula. Senang cerita letak gambar sajalah :D

Wednesday, June 18, 2008

Syiling $1 dan 1 RINGGIT tahun 1993

Syiling $1 atau RM1 sudah lama dimansuhkan oleh Bank Negara Malaysia, ianya dikeluarkan pada tahun 1989 hingga 1996. Duit syiling yang mempunyai simbol “$” telah diedarkan mulai 4 September 1989 manakala duit syiling RM1 yang mempunyai simbol “RINGGIT” pula diedarkan mulai 14 November 1993 berikutan penggunaan ringgit sebagai simbol matawang Malaysia, Ciri-ciri duit syiling RM1 adalah seperti berikut:
  1. Perkataan BANK NEGARA MALAYSIA adalah jelas dimana garisan halus adalah jelas kelihatan
  2. Simbol “RINGGIT” atau “$” dan angka 1 adalah jelas kelihatan
  3. Ukiran timbul motif bunga raya adalah sempurna dimana garisan halus jelas kelihatan
  4. Corak dan reka bentuk sarung keris di belakang duit syiling adalah jelas kelihatan
  5. Gerigi di bahagian tepi duit syiling adalah jelas kelihatan.


Gambar diatas merupakan kepingan logam untuk menghasilkan syiling RM1 atau $1, sebenarnya aku sendiri pun tak pasti samaada ianya asli ataupun tidak, sebabnya benda tu aku dapat dari baki syiling telefon awam "long-long time ago" (dah lama aku simpan, kan dulu syiling $1 dan RM1 boleh diguna untuk telefon awam). Aku letak adalah sekadar untuk berkongsi, jangan percaya 100% yang logam itu asli. Sekiranya dilihat dari segi saiz dan ketebalan, logam ini adalah sama dengan syiling $1 dan RM1 yang dikeluarkan. Ada siapa-siapa yang boleh tolong pastikan ketulenannya? Aku penah tanya kawan-kawan "collector" tetapi diorang pun tak pasti....so, aku tanya sekali lagi dalam blog ni.


Pandangan sisi logam yang belum ditempa



Syling RM1 yang menggunakan simbol "$1"



Syiling RM1 yang menggunakan simbol "1 RINGGIT"


Pandangan sisi

Koleksi syiling $1 dan RM1 sudah lama lengkap aku kumpul, semuanya UNC.

Rujukan: Bank Negara Malaysia

Sunday, June 15, 2008

Wang Kertas RM1 Siri ke-5 (1982-1984)

RM1 yang dikeluarkan diantara tahun 1982-1984, dibawah adalah koleksi RM1 aku yang berkeadaan UNC. Wang gantian untuk wang kertas RM1 ini siri nombornya bermula dengan BAxxxxxxx dan First Prefix pula AAxxxxxxx



Ditandatangani oleh Tan Sri Dato Abdul Aziz bin Haji Taha

Monday, June 9, 2008

Wang Kertas RM10 Siri Ke-8 (First Prefix AA)

Wang kertas RM10 ini dikeluarkan tahun 1997 dan di tandatangani oleh Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don. Tandatangannya diletak pada sisi bawah penjuru kiri muka hadapan wang kertas (melintang), boleh rujuk gambar wang kertas yang disertakan. First Prefix AAxxxxxxx menjadikan wang kertas RM10 dibawah bernilai tinggi, saya syorkan kepada pembaca blog..... jika ingin menjadi pengumpul wang kertas lama atau baru "seboleh-bolehnya" carilah wang kertas "First Prefix" untuk dijadikan koleksi. Walaupun harganya mahal tetapi pelaburan yang dibuat adalah sangat-sangat berbaloi. ZAxxxxxxx merupakan siri nombor wang gantian RM10 siri ke-8. Mengumpul wang/syiling lama ini adalah sesuatu yang menyeronokkan bagi mereka yang minat.

First Prefix AA - Last Prefix AV



First Prefix AA (EF)

Sunday, June 8, 2008

Duit Syiling Peringatan Ulang Tahun TUDM Ke-50


Ini adalah Duit Syiling Peringatan Ulang Tahun Penubuhan TUDM Ke-50 yang mampu aku beli sebagai koleksi. Aku beli duit syiling yang diperbuat daripada Emas Nordic bernilai muka RM1, kalau nak beli duit syiling emas dan perak pruf mahal sangat....beli setakat termampu. Bagi mendapat penerangan lanjut, bolehlah baca dibawah;

**********

Bank Negara Malaysia mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan bersempena sambutan Ulang Tahun Ke-50 penubuhan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Duit syiling peringatan ini, yang dilancarkan pada hari ini oleh DYMM Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’In Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’Ayatuddin Al-Mu’Adzam Shah selaku Kolonel Yang Dipertua Tentera Udara Diraja Malaysia, diadakan di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang.
Duit syiling peringatan tersebut sah diperlakukan dan mempunyai spesifikasi berikut:
  1. Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)
    Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 7.96 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan harga jualannya ialah RM1,248 sekeping. Sebanyak 100 keping sahaja ditempa.
  2. Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)
    Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.00 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan harga jualannya ialah RM138 sekeping. Sebanyak 350 keping sahaja ditempa.
  3. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic
    Nilai muka duit syiling Emas Nordic ini ialah RM1 dan harga jualannya ialah RM8 sekeping. Sebanyak 10,000 keping ditempa.
Kesemua duit syiling ini juga boleh didapati dalam set 3 dalam 1 dan set 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak dan emas Nordic pruf. Set ini dijual pada harga RM1,438 setiap set dan hanya terdapat 150 set sahaja. Set 2 dalam 1 pula mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf. Set duit syiling ini dijual pada harga RM188 setiap set dan hanya terdapat 200 set sahaja. Butiran terperinci berkaitan spesifikasi kesemua duit syiling peringatan tersebut adalah seperti dalam Lampiran I.

Reka bentuk Duit Syiling

Berikut ialah penerangan tentang reka bentuk duit syiling peringatan Ulang Tahun Ke-50 penubuhan TUDM
  1. Sebelah Hadapan Duit Syiling
    Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan transformasi pesawat TUDM, yang dilambangkan oleh pesawat pertama TUDM iaitu "Twin Pioneer" dan pesawatnya yang terbaharu dibeli iaitu "Sukhoi Su-30MKM". Garisan yang menyambungkan kedua-dua pesawat ini memaparkan perkembangan yang telah dilalui oleh TUDM sepanjang 50 tahun dalam sejarah penerbangan. Perkataan Ulang Tahun Ke-50 Tentera Udara Diraja Malaysia serta tahun 1958 dan 2008 pula tertera pada bahagian sisi duit syiling tersebut, yang memperlihatkan pencapaian TUDM.
  2. Sebelah Belakang Duit Syiling
    Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan tanda kebesaran TUDM pada bahagian tengah duit syiling. Perkataan BANK NEGARA MALAYSIA tertera pada bahagian sisi atas duit syiling, manakala nilai mukanya tertera pada bahagian sisi bawah duit syiling.

Lokasi Jualan

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan mula dijual pada 2 Jun 2008 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK) dan di cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.

Saturday, June 7, 2008

Wang Kertas RM2 yang Lupus dan Pupus

Bank Negara Malaysia telah memperkenalkan wang kertas RM2 bermula pada tahun 1996 yang berlatar belakangkan motif menara kuala lumpur dan setelit dalam rekabentuknya, RM2 juga dilengkapi dengan ciri-siri keselamatan terkini diantaranya menggunakan "Micro-Letterings" bagi tulisan "BANKNEGARAMALAYSIA" dan "Perfect See-Through Register" bagi imej bunga raya.

Wang kertas ini ditandatangani oleh 2 orang Gabenor Bank Negara Malaysia iaitu Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don dan Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman. RM2 First Prefix bersiri nombor AAxxxxxxx dikeluarkan pada tahun 1996 yang ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don. ZAxxxxxxx, ZBxxxxxxx dan ZCxxxxxxx merupakan siri nombor untuk wang kertas RM2 gantian, sebenarnya adalah siri ke-8 wang kertas yang ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don selain wang kertas RM10 dan RM50, tandatangan bagi wang kertas keluaran siri ke-8 adalah berbeza kerana tandatangannya diletak pada sisi bawah penjuru kiri muka depan wang kertas RM2 (melintang), sila lihat RM2 yang disertakan;

First Prefix AA - AZ
Prefix BA - BZ
Prefix CA CZ
Last Prefix DA - DF


RM2 keluaran siri ke-9 pula ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman, pengelurannya pula adalah pada tahun 1999 dengan First prefix DF dan Last prefix DJ manakala siri wang kertas gantiannya ZDxxxxxxx. Tandantangannya pula adalah sama dengan wang kertas RM2 keluaran 1996 iaitu disisi bawah penjuru kiri muka depan wang kertas (melintang).


Pada tahun 1999 juga bank negara Malaysia memgeluarkan RM2 yang ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman, Beza wang kertas RM2 siri ke-10 adalah cuma kedudukan tandatangannya berbeza kerana berada ditengah sebelah bawah muka hadapan wang kertas;

First Prefix DJ - Last Prefix DY



Tak kisah korang simpan keluaran yang mana satu pun, janji ada koleksi wang kertas RM2 ......bukan apa susah nak dapat sekarang sebab keluarannya sudah lama di hentikan, kalau ada pun keadaannya pun tak memuaskan. So, kalau korang ada RM2 ni simpanlah baik-baik untuk tatapan generasi masa hadapan. Koleksi aku dah lengkap, sekarang ni aku tengah melengkapkan koleksi wang kertas RM2 gantian, diantara wang kertas RM2 gantian yang susah hendak dapat dan bernilai tinggi adalah RM2 keluaran siri ke-8 dan siri nombornya bermula ZBxxxxxxx, wang kertas RM2 gantian inilah yang bernilai paling tinggi. Nak tahu harganya.....PM saya atau tinggal masej dalam ruangan komen atau Aloooo!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute