Cari Post lain disini

Wednesday, December 31, 2008

1 Muharram 1430 Hijrah dan Tahun Baru 2009

Salam kepada semua pembaca blog

Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1430, yang disambut oleh seluruh umat islam pada 29 Disember 2008 lepas dan juga detik 12.01 nanti kita akan memasuki tahun baru 2009 pula. Selamat tinggal tahun 2008, sudahkah anda "set"kan azam tahun baru?? apa-apa pun, semoga kedatangan tahun baru ini memberi lebih keceriaan dan makna kepada kita semua. Kalau masih ada azam tahun lepas yang belum tercapai, tak salah kita bawa pada tahun ini dan berusaha untuk mencapainya. Aku pun dah "set"kan azam tahun baru aku, cuma sekarang ni kena usaha......Usaha tangga kejayaan.....dan dikesempatan ini juga aku memohon seribu kemaafan sekiranya kewujudan serta penulisan aku dalam blog my-koleksi membuatkan ada yang terasa hati atau tersinggung, maklumlah.....manusia tidak pernah lari dari membuat kesalahan....... OK, Terima kasih daun keladi, lepas ni singgah dan sokonglah lagi blog my-koleksi.

SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 1430 dan TAHUN BARU 2009

Sekian dari;
http://my-koleksi.blogspot.com

Sunday, December 28, 2008

Yang di-Pertuan Agong Malaysia

Seperti anda sedia maklum Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah adalah Sultan Terengganu yang ke-16. Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13, ketua perlembagaan Malaysia mulai 13 Disember 2006. Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman II dan kemudiannya meneruskan pendidikan pada peringkat menengah di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Seterusnya Baginda telah berangkat ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran di Geelong Grammar School di Victoria, Australia dari tahun 1980 hingga 1981. Sebelum mengikuti kursus tentera di luar negara, Baginda berkesempatan meneruskan kursus Bakal Tentera Melayu Diraja di Kem Sebatang Karah, Port Dickson, Negeri Sembilan mulai 18 Mei 1981 selama 3 bulan. Selanjutnya, Baginda telah mengikuti kursus tentera PRE SMC (E) 33 di Army School of Languages mulai 2 November 1982 hingga 31 Mei 1983 serta kursus SMC 33 di Royal Military Academy, Sandhurst, England mulai 3 Mei 1983 hingga 9 Disember 1983. Baginda telah ditauliahkan pangkat Leftenan Kehormat di Kor Kavalri Diraja pada 1 Mac 1984. Itulah sedikit sebanyak berkenaan baginda, tetapi aku rasa seperti tidak lengkap sekiranya kita tidak mengenali Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang terdahulu iaitu yang pertama hinggalah ke-12. Bagi aku, penting bagi kita sebagai warganegara malaysia mengenali semua Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Di atas sebab itulah aku mengambil inisiatif untuk membawa anda semua mengenali kesemua Yang di-Pertuan Agong Malaysia secara ringkas. Sila lihat gambar dan sedikit penerangan dibawah;

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah


D.K.M., D.K.T., D.K.R., D.M.N., S.U.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M.J., Commandeur de la Legion d’Honneur (France)
(13 Disember 2006 - )
SULTAN TERENGGANU



Berikut adalah senarai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang terdahulu dari yang pertama hinggalah ke-12. Aku Snap dari koleksi surat khabar lama Utusan Malaysia bertarikh 26 April 2007, keluaran khas sempena Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-13.


Anda boleh rujuk juga topik Gambar/potret siapakah pada wang kertas Malaysia??, kiranya ini merupakan tambahan dari apa yang aku penah tulis dulu. Aku harap, sedikit sebanyak topik ini dapat memberi input kepada kita semua.

Rujukan Utama: Malaysian Monarchy
Pautan lain: Sultan Mizan Zainal Abidin

Saturday, December 20, 2008

Syiling 5 sen tahun 1985 "EXTRA DOT"

Syiling 5 sen adalah lebih kecil daripada syiling 1 sen jika kita bandingkan dari segi saiz. Syiling 5 sen mempunyai ukurlilit 16.2mm sahaja dan beratnya adalah 1.41g. Terdapat 2 keluaran syiling 5 sen iaitu siri pertama bereka bentuk/bertemakan bangunan parlimen (tahun 1967 - 1988) dan siri kedua pula bereka bentuk/bertemakan tradisi dan perwatakan malaysia (tahun 1989 - 2008). Anda boleh rujuk Wang Kertas dan Duit Syiling di edaran. Dibawah merupakan gambar syiling 5 sen, cuba anda perhatikan betul-betul syiling tersebut;


Syiling 5 sen tahun 1985 "Extra Dot"

Syiling 5 sen tersebut amat berbeza daripada syiling-syiling 5 sen yang lain, syiling tersebut mempunyai "Extra Dot" pada bangunan parlimennya. Percaya atau tidak, sila anda lihat ruangan yang aku tandakan dengan petak merah (Klik gambar untuk besarkan), syiling 5 sen bertahun 1985 "Extra Dot" amatlah sukar diperolehi kerana kita perlu menelitinya dengan baik. Saiz syiling yang kecil menjadikan kita sukar untuk mengesan "DOT" yang semestinya juga berbaiz amat kecil, kalau korang nak cari.....mesti gunakan kanta pembesar, barulah boleh nampak dengan jelas. Sudah lama aku simpan syiling 5 sen 1985 "Extra Dot". Aku sendiri mengaku, untuk mendapat syiling tersebut amatlah sukar..... naik sakit jugalah mata aku perhatikan syiling 5 sen yang aku ada. Hanya terdapat sekeping dalam simpanan aku buat masa sekarang, Gambar close up syiling tersebut telah diambil dengan menggunakan digital kamera jenis Nikon COOLPIX P3, boleh tahan hasilnya... tak sia-sia aku beli digital kamera Nikon 2 tahun lepas....hehehe. Aku tolong promote digital kamera NIKON lah pula.

Thursday, December 18, 2008

Rujukan Bagi Pengumpul Duit Syiling/Wang Kertas Lama dan Baru

Sekiranya anda ingin menjadikan hobi mengumpul syiling/wang kertas lama dan baru sebagai satu hobi yang serius/menarik, anda perlu menambah pengetahuan dengan merujuk pelbagai jenis bahan rujukan bagi memastikan apa yang dikumpul selama ini benar-benar berbaloi. Aku rasa tidak cukup dengan mengharapkan sumber maklumat yang ada dalam alam maya cyber sahaja (Internet) sebagai sumber rujukan tetapi anda sendiri mesti berusaha untuk menambah pengetahuan dengan mencari sumber-sumber rujukan lain seperti buku-buku berkenaan hobi mengumpul syiling/wang kertas lama dan baru, di bawah aku ada sertakan berberapa tajuk buku yang boleh dijadikan sebagai rujukan, disamping itu anda juga boleh jadikan buku-buku tersebut sebagai koleksi peribadi... hehehehe, Selain buku-buku dibawah, ada banyak lagi buku rujukan lain berkenaan duit syiling/wang kertas lama dan baru dipasaran. Rajin-rajinlah anda ke kedai buku untuk mendapatkannya, di dalam buku tersebut terdapat macam-macam maklumat yang anda boleh ketahui. Jangan lupa beli dan membacanya sampai habis... lepas ini anda akan menjadi seorang yang EXPERT dalam mengumpul Duit Syiling/Wang Kertas Lama dan Baru.


Tajuk:
A Complete Educational Reference: Malaysia Brunei & Singapore Banknotes & Coins, 4th Edition (1786 -2008)

Penulis/editor:
K.N Boon

Diterbitkan oleh:
International Educational & Cultural Exchange Foundation and Trigometric Sdn. Bhd


Tajuk:
Sejarah Matawang Malaysia (History of Malaysian Banknotes and Coins), 1957 - 2007

Penulis/editor:
Jabatan Warisan Negara

Diterbitkan oleh:
Jabatan Warisan Negara



Tajuk:
A Complete Educational Reference: Malaysia Banknotes & Coins, 3rd Edition (1786 - 2006)

Penulis/editor:
K.N. Boon

Diterbitkan oleh:
Trigometric Sdn Bhd




Tajuk:

Kenali Wang Anda (Know You Money)

Penulis/editor:
Peter Eu, Ben Chiew dan K.N. Boon

Diterbitkan oleh:
Eureka Metro Sdn. Bhd




Tajuk:
A Complete Educational Reference: Malaysia Banknotes & Coins, 2nd Edition (1786 - 2004)

Penulis/editor:
K.N. Boon

Diterbitkan oleh:
Trigometric Sdn Bhd


Note: Itulah diantara buku-buku yang aku jadikan sebagai rujukan dalam usaha menambah ilmu pengetahuan berkaitan hobi mengumpul syiling/wang kertas lama dan baru.

Monday, December 15, 2008

Gabenor BNM Aishah ?!?

Cuba anda lihat tandatangan diatas, Tandatangan siapakah itu??...... Gabenor Bank Negara Malaysia yang ke berapa dan apakah nama beliau??. Jika sekilas pandang, kita lihat tandatangan tersebut dimiliki oleh Gabenor BNM yang tandatangan seakan Aishah. Sekiranya anda kata betul.... anda selama ini salah kerana tandatangan tersebut adalah tandatangan Gabenor BNM Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman (September 1998 - April 2000). Bukannya tandatangan Gabenor yang bernama "Aishah" yang kadang-kadang aku dengar apabila seseorang melihat wang kertas yang ditandatangani oleh Gabenor BNM yang ke-6 ini. Mana ada Gabenor BNM bernama "Aishah", anda boleh rujuk posting aku yang terdahulu bertajuk Kenali Gabenor BNM dan Tandatangan, aku dah cerita secara ringkas dan senaraikan 7 gabenor yang mentadbir BNM semenjak tahun 1959. Aku berharap lepas ni tiada kesilapan dalam mengenal tandatangan Gabenor BNM..... mungkin, sekiranya kita tersalah cakap orang akan ketawa/senyum sinis pada kita. Itulah hakikat yang pernah aku lihat sendiri. Mulai hari ini, aku mengajak anda semua..... kalau ada lagi orang yang tersalah sebut pasal tandatangan  "Gabenor BNM Aishah", bolehlah kita sama-sama betulkan dengan cara yang terbaik.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute