Cari Post lain disini

Saturday, January 31, 2009

Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-200 Polis Diraja Malaysia




**********

Bank Negara Malaysia mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-200 Polis Malaysia . Pengeluaran duit syiling ini adalah untuk memperingati sumbangan Polis Diraja Malaysia kepada negara. Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hari ini, 26 Mac 2007. Duit syiling peringatan tersebut sah diperlakukan dan mempunyai spesifikasi berikut:
  • Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)
    Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan beratnya ialah 7.96 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan harga jualannya ialah RM1,028 sekeping. Sebanyak 500 keping sahaja ditempa. .
  • Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)
    Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.0 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan harga jualannya ialah RM138 sekeping. Sebanyak 500 keping sahaja ditempa.
  • Duit Syiling Peringatan Emas Nordic
    Nilai muka duit syiling emas Nordic ini ialah RM1 dan harga jualannya ialah RM8 sekeping. Sebanyak 20,000 keping sahaja ditempa.
Kesemua duit syiling ini juga boleh didapati dalam set 3 dalam 1 dan set 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak dan emas Nordic pruf, manakala set 2 dalam 1 pula mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf. Kedua-dua set tersebut akan dijual masing-masing pada harga RM1,268 dan RM188. Butir-butir terperinci berkaitan spesifikasi kesemua duit syiling peringatan tersebut adalah seperti dalam Lampiran I .
Reka bentuk Duit Syiling
Berikut ialah penerangan tentang reka bentuk duit syiling peringatan:
  • Sebelah Hadapan Duit Syiling
    Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan simbol jabat tangan untuk menggambarkan hubungan kerjasama yang erat antara pasukan polis dengan orang ramai. Logo rasmi sambutan Ulang Tahun Ke-200 Polis Diraja Malaysia tertera pada bahagian atas simbol jabat tangan tersebut.
  • Sebelah Belakang Duit Syiling
    Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan lambang rasmi Polis Diraja Malaysia . Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" tertera pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka duit syiling tertera pada bahagian bawah duit syiling tersebut. Gambar sebutir bintang terdapat pada sebelah kiri dan kanan nilai muka duit syiling berkenaan.
Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh The Royal Mint of Malaysia dan akan mula dijual pada 26 Mac 2007 di lokasi berikut:
The Royal Mint of Malaysia
Kompleks Kilang Wang
Lot 2, Persiaran Selangor, Seksyen 15
40000 Shah Alam
(Tel. No: 03 - 55191611/2/3)
Muzium Matawang
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
(Tel. No: 03 - 26988044)
Bank Negara Malaysia
26 Mac 2007

Friday, January 30, 2009

Wang Kertas RM1 siri ke-4 (1981 - 1983)

Wang ketas RM1 siri ke-4 ditandatangani oleh Gabenor BNM Tan Sri Dato' Abdul Aziz bin Haji Taha, ianya dicetak oleh Bradbury Wilkinson & Co. Gred wang kertas ni aku kategorikan sebagai Fine.




Fist Frefix L/70 xxxxxxx - Q/?? xxxxxxx

Sunday, January 11, 2009

Wang kertas RM10 - Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan

Aku rasa dah lama tak menulis topik berkaitan wang kertas, bosan juga bila asyik tulis pasal duit syiling sahaja kan??. Oklah, kali ini aku ingin menulis berkenaan wang kertas RM10 ditandatangani oleh gabenor BNM ke-6 iaitu Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman (September 1998 - April 2000). Wang kertas tersebut dikeluarkan dalam 2 siri iaitu siri ke-9 dan ke-10, kedua-dua siri wang kertas ini dikeluarkan pada tahun 1999. Ada sedikit perbezaan yang dapat dilihat pada wang kertas tersebut iaitu pada kedudukan tandatangan.

Cuba anda perhatikan wang kertas siri ke-9, kedudukan tandatangan Gabenor BNM terletak pada penjuru kiri bahagian sebelah bawah wang kertas secara melintang. Manakala wang kertas siri ke-10 pula tandatangan gabenor terletak pada sebelah bawah pada tengah wang kertas.


Wang kertas RM10, siri ke-9



Wang kertas RM10, siri ke-10

Wang kertas semestinya dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri keselamatan yang bertujuan menghalang pemalsuan, salah satu ciri-ciri keselamatan yang dapat dilihat pada wang kertas tersebut adalah ianya direka dengan Benang Sekuriti. Kalau nak tahu yang mana satu Benang Sekuriti, anda boleh lihat anak panah merah pada gambar bahagian belakang wang kertas diatas. Pada pendapat aku, rekabentuk wang kertas RM10 siri ke-9 dan ke-10 nampak simple dan "kurang selamat" disebabkan rekaan dengan Benang Sekuriti yang kurang menonjol. Aku rasa disebabkan faktor itulah, pada tahun 2004 BNM telah mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan wang kertas RM10 dengan menggabungkan rekaan Benang Sekuriti bersama-sama rekaan keselamatan terbaru iaitu Belang Sekuriti/Keselamatan dan rekaan tersebut telah diguna pakai hingga sekarang oleh BNM. Lepas ini, apa pula ciri-ciri keselamatan terbaru yang akan dikeluarkan oleh BNM?? sama-samalah kita tunggu......


Wang kertas RM10 keluaran tanpa Belang Sekuriti/ Keselamatan di bahagian hadapan sebelah kanan seperti yang kita gunakan dahulu.







Ini pula contoh Belang Sekuriti/ Keselamatan yang digunakan pada setiap keluaran wang kertas bermula pada tahun 2004 hinggalah sekarang.





Gred untuk kedua-dua wang kertas tersebut adalah
Very Fine (VF), Sekarang aku tengah lancarkan misi mencari Wang Kertas Gantian RM10 siri ke-9 dan ke-10, kalau nak ikutkan memang dah jumpa tapi harganya mahal sangat. Aku nak cari yang murah-murah saja...hehehe. Kalau dapat nanti aku update dalam blog untuk dikongsi bersama.

Fakta berkaitan RM10 siri ke-9;
  1. Dikeluarkan pada tahun 1999
  2. Replacement note/ Wang kertas gantian, sirinya bermula dengan ZA xxxxxxx
  3. First Prefix AWxxxxxxx - Prefix AZxxxxxxx
  4. Prefix BAxxxxxxx - Last Prefix BFxxxxxxx

Fakta berkaitan RM10 siri ke-10;
  1. Dikeluarkan pada tahun 1999
  2. Replacement note/ Wang kertas gantian, sirinya bermula dengan ZA xxxxxxx
  3. First Prefix BGxxxxxxx - Prefix BJxxxxxxx
  4. Prefix CAxxxxxxx - Last Prefix CXxxxxxxx


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute