Cari Post lain disini

Tuesday, February 17, 2009

Guru Mahu Duit Lama Pindah Tangan


BAHARUDIN menunjukkan syiling berusia 164 tahun
(kiri) dan syiling China berukiran naga.

BATU PAHAT: Seorang guru berhasrat menjual 18 duit syiling lama berusia antara 105 tahun hingga 164 tahun kepada sesiapa yang memiliki kemahiran dalam penjagaan barang lama supaya khazanah tinggalan datuknya dipelihara dengan sempurna.

Baharudin Mohd Satari, 50, berkata beliau menemui 18 duit syiling itu yang disimpan datuknya, Allahyarham Taib Salleh pada 1985 dan terus menyimpannya sehingga kini.

Bagaimanapun katanya, selepas 23 tahun menyimpannya, beliau bimbang khazanah berharga itu rosak jika tidak dijaga dengan betul.

“Saya sayangkan syiling itu dan tidak mahu ia rosak. Saya berharap ada pihak yang mempunyai pengalaman dan ilmu serta bahan secukupnya untuk memulihara syiling itu.

“Saya juga berharap orang yang ingin memiliki syiling ini benar-benar berminat dan jangan untuk dijadikan bahan yang boleh membawa khurafat seperti pemujaan.

“ Sebelum ini, ada juga orang yang ingin meminjam syiling berkenaan, namun tidak saya berikan kerana bimbang dengan tujuan mereka,” katanya.

Antara syiling yang masih baik dalam simpanannya termasuk syiling Straits Settlements, India Straits dengan wajah Queen Victoria dan King Edward dari 1845 hingga 1904, syiling Sarawak 1886 dan tiga syiling dari negara China termasuk satu yang mempunyai lambang naga yang tidak dapat dipastikan tahun keluarannya.

Baharudin berkata, datuknya peniaga di Muar dan dipercayai menyimpan wang syiling itu hasil urusan jual beli ketika itu.

“Bagaimanapun, ketika Perang Dunia Kedua, wang berkenaan tidak digunakan menyebabkan arwah terus menyimpannya dengan harapan ia boleh digunakan selepas tamat perang.

“Namun, selepas perang syiling itu tidak lagi digunakan menyebabkan arwah terus menyimpan sebagai kenangan,” katanya.

Katanya, sejak sekian lama dalam simpanannya, beberapa duit syiling itu kini mula rosak kerana beliau tidak pengetahuan dan peralatan serta bahan kimia yang diperlukan untuk memelihara artifak lama.

Sehubungan itu, beliau berhasrat mencari sesiapa yang memiliki kemahiran menyimpan barangan lama atau ingin membelinya menghubungi 013-7307251.

Pautan Asal: Berita Harian, 16 Februari 2009

Thursday, February 12, 2009

Syiling Gambar Ratu Victoria bertarikh 1901


Sekiranya kurang jelas gambar syiling Ratu Victoria dalam keratan akhbar diatas, anda boleh rujuk gambar dibawah ini;

Wednesday, February 11, 2009

Duit Syiling Peringatan Emas Nordic Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-50 BNM

Sudahkah anda memiliki Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-50 BNM, Buat masa ni aku dah pun memiliki syiling tersebut yang emas nordic, tu pun aku minta tolong member belikan semalam di BNM sebab aku ada hal lain yang perlu diselesaikan. Member aku bagi tahu, dalam pukul 10 lebih....semua Syiling Peringatan (emas-pruf, silver-pruf dan emas nordic) sudah pun habis dijual di BNM (Ibu Pejabat). Aku sendiri tak pasti sama ada Betul atau tidak apa yang aku dengar dari member aku.....aku tak ada disana masa tu..... kalau Betul, nampak gayanya sambutan terhadap Syiling Ulang Tahun Ke-50 BNM tersebut sangat menggalakkan. Bagi yang tak dapat beli pada sesi pertama-pagi, mereka perlu tunggu sesi ke-2 pada sebelah petang yang bermula pada pukul 2.00pm. Nasib baik aku tak pergi beli sendiri, kalau tak.... gerenti aku masuk opis lambat, dah tentu aku kena beratur panjang untuk beli Syiling Peringatan tersebut. Oklah, korang layan dulu syiling Ulang Tahun Ke-50 BNM emas Nordic dibawah....masih dalam planning untuk aku memiliki yang silver (pruf) pula.....


Rupa bentuk Duit Syiling Peringatan Emas Nordic Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-50 BNM yang sebenar.




Tuesday, February 10, 2009

Keratan Akhbar-Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-50 BNM

Pada hari ini 10 Februari 2009, Bank Negara Malaysia (BNM) secara rasminya telah mengedarkan Duit Syiling Peringatan Semperna Sambutan Ulang Tahun Ke-50 BNM. Apa tunggu lagi, pergilah ke BNM (Ibu pejabat) atau cawangan-cawangan BNM yang tersekat dengan anda. Kalau tak tahu di mana cawangan-cawangan BNM, anda boleh rujuk dibawah;

Bank Negara Malaysia Pulau Pinang
Jalan Corner Light
10200 Pulau Pinang
Tel: 604-262-7125

Bank Negara Malaysia Johor Bahru
Jalan Bukit Timbalan
80000 Johor Bahru

Johor Darul Takzim
Tel: 607-224-0799
Bank Negara Malaysia Kuala Terengganu
Jalan Sultan Mohamad
21100 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
Tel: 609-622-0571
Bank Negara Malaysia Kota Kinabalu
Jalan Datuk Chang Thain Vun

88000 Kota Kinabalu
Sabah
Tel: 6088-211-211

Bank Negara Malaysia Kuching
Jalan Satok
93000 Kuching
Sarawak
Tel: 6082-252-311


Korang boleh baca keratan akhbar dibawah yang aku ambil dari Akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia.

Rujukan: Website BNM-Contacting the BNM

Monday, February 9, 2009

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Bank Negara Malaysia


**********
Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan pengeluaran tiga jenis duit syiling peringatan sebagai merakamkan 50 tahun sumbangan Bank Negara Malaysia dalam pembangunan institusi kewangan dan menggalakkan kestabilan monetari dan kewangan. Duit syiling peringatan ini dilancarkan hari ini oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

uit syiling peringatan ini sah diperlakukan dan mempunyai spesifikasi berikut:
  1. Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)

    Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 10.07 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM50 dan harga jualannya ialah RM1,250 sekeping. Sebanyak 300 keping sahaja ditempa.
  2. Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)

    Nilai muka duit syiling pruf ini ialah RM10 dan diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.00 gram. Harga jualannya ialah RM150 sekeping. Sebanyak 400 keping sahaja ditempa.
  3. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic

    Nilai muka duit syiling Emas Nordic ini ialah RM1 dan dijual pada harga RM10 sekeping. Sebanyak 10,000 keping ditempa.
Duit syiling ini juga boleh didapati dalam Set 3 dalam 1, dan Set 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak dan emas Nordic pruf. Set ini dijual pada harga RM1,500 setiap set dan hanya terdapat 200 set sahaja. Set 2 dalam 1 pula mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf. Set duit syiling ini dijual pada harga RM200 setiap set dan hanya terdapat 3,500 set sahaja. Butiran terperinci berkaitan spesifikasi kesemua duit syiling peringatan tersebut adalah seperti dalam Lampiran.
Reka bentuk Duit Syiling

Berikut ialah penerangan tentang reka bentuk duit syiling peringatan Ulang Tahun ke-50 Bank Negara Malaysia:
  1. Sebelah Hadapan Duit Syiling
    Siluet latar langit Kuala Lumpur dan Putrajaya yang digambarkan pada bahagian hadapan duit syiling mencerminkan pembangunan dan kemajuan ekonomi negara sejak kemerdekaannya.

    Logo Bank Negara Malaysia tertera pada bahagian tengah dalam garis berbentuk bunga lawang, iaitu sejenis rempah tempatan yang dikenali ramai. Bunga lawang ini melambangkan kepentingan perdagangan rempah yang telah menjana pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran di rantau ini pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu dan ia digambarkan pada duit syiling Dinar Matahari yang digunakan pada zaman tersebut. Perkataan "Ulang Tahun Ke-50 Bank Negara Malaysia" dan tahun "1959 - 2009" masing-masing tertera pada bahagian sisi duit syiling tersebut.
  2. Sebelah Belakang Duit Syiling
    Perkataan "Bank Negara Malaysia" dalam tulisan Jawi ditulis pada bahagian sisi atas duit syiling. Bintang pecah 14 melambangkan 14 buah negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan dan digambarkan pada bahagian tengah dalam garis berbentuk bunga lawang. Nilai muka duit syiling tertera pada bahagian sisi bawah, sementara pending iaitu corak hiasan tradisional Melayu tertera pada bahagian sisi kiri dan kanan duit syiling tersebut.
Lokasi Jualan

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan akan mula dijual pada 10 Februari 2009 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK) dan di cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.
Bank Negara Malaysia
8 Februari 2009
Lampiran
PENGELUARAN DUIT SYILING PERINGATAN
SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-50
BANK NEGARA MALAYSIA
Spesifikasi Teknikal
Nota:
  1. Set 2 dalam 1 mengandungi duit syiling perak pruf dan emas Nordic pruf; dan
  2. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas pruf, perak pruf dan emas Nordic pruf.
Bank Negara Malaysia
8 Februari 2009

Pautan Lain: BNM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute