Cari Post lain disini

Tuesday, April 28, 2009

Syiling Peringatan - TLDM


Sumber: Akhbar Berita Harian, 28 April 2009

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-75 Penubuhan Tentera Laut Diraja Malaysia



Bank Negara Malaysia mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan bersempena sambutan Ulang Tahun Ke-75 penubuhan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Duit syiling peringatan ini dilancarkan hari ini oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj selaku Kapten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia, di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut, Perak.

Duit syiling peringatan ini sah diperlakukan dan mempunyai spesifikasi berikut:

1. Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 7.96 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan harga jualannya RM1,200 sekeping. Sebanyak 100 keping sahaja ditempa.

2. Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan berat setiap keping ialah 21.00 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan harga jualannya RM150 sekeping. Sebanyak 300 keping sahaja ditempa.

3. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic 
Nilai muka duit syiling Emas Nordic ini ialah RM1 dan harga jualannya RM10 sekeping. Sebanyak 10,000 keping ditempa.

Kesemua duit syiling ini juga boleh didapati dalam set 3 dalam 1, dan set 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak dan emas Nordic pruf. Set ini dijual pada harga RM1,450 setiap set dan hanya terdapat 150 set sahaja. Set 2 dalam 1 pula mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf. Setiap set duit syiling ini dijual pada harga RM200 dan hanya terdapat 200 set sahaja. Butiran terperinci berkaitan spesifikasi kesemua duit syiling peringatan ini adalah seperti di Lampiran I.

Reka Bentuk Duit Syiling

Berikut ialah penerangan tentang reka bentuk duit syiling peringatan Ulang Tahun Ke-75 penubuhan TLDM:

1. Bahagian Hadapan Duit Syiling 
Memaparkan tanda kebesaran TLDM pada bahagian tengah duit syiling. Padanan tulisan Jawi bagi perkataan "Ulang Tahun Ke-75" dan "Tentera Laut Diraja Malaysia" masing-masing tertera pada bahagian atas dan bawah duit syiling ini.

2. Bahagian Belakang Duit Syiling 
Memaparkan kapal selam TLDM jenis Scorpene yang pertama, yang dinamakan Kapal Diraja Tunku Abdul Rahman, mengambil sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama (dijangka tiba pada bulan Julai 2009). Perkataan "Jubli Intan TLDM" tertera pada bahagian tengah duit syiling. Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" pula dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai mukanya pada bahagian bawah duit syiling.
Lokasi Jualan

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan akan mula dijual pada 28 April 2009 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK), dan di cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.

Bank Negara Malaysia
27 April 2009

**********

Lampiran I

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-75 Penubuhan Tentera Laut Diraja Malaysia

Spesifikasi Teknikal


Nota:
(i) Set 2 dalam 1 mengandungi duit syiling perak pruf dan emas Nordic pruf; dan
(ii) Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas pruf, perak pruf dan emas Nordic pruf.


Bank Negara Malaysia
27 April 2009



Tuesday, April 14, 2009

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Tahun Astronomi Antarabangsa 2009

Bank Negara Malaysia mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan bersempena sambutan perayaan sedunia Tahun Astronomi Antarabangsa 2009 (IYA2009). Duit syiling peringatan ini dilancarkan hari ini oleh YB Dato' Dr. Maximus Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi di Planetarium Negara, Kuala Lumpur. Duit syiling peringatan ini sah diperlakukan dan mempunyai spesifikasi berikut:

1. Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 7.96 gram. Ia mempunyai nilai muka RM100 dan dijual pada harga RM1,200 sekeping. Kuantiti tempaan adalah sebanyak 100 keping sahaja.

2. Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan berat setiap keping ialah 21.00 gram. Ia mempunyai nilai muka RM10 dan dijual pada harga RM150 sekeping. Kuantiti tempaan adalah sebanyak 350 keping sahaja.

3. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic
Duit syiling emas Nordic ini mempunyai nilai muka RM1 dan dijual pada harga RM10 setiap satu. Kuantiti tempaan adalah sebanyak 10,000 keping.

Kesemua duit syiling ini juga boleh didapati dalam Set 3 dalam 1 dan Set 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak dan emas Nordic pruf. Set ini dijual pada harga RM1,450 setiap set dan hanya terdapat 150 set sahaja. Set 2 dalam 1 pula mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf. Set ini dijual pada harga RM200 setiap set dan hanya terdapat 200 set sahaja. Butiran terperinci berkaitan spesifikasi duit syiling ini adalah seperti di Lampiran I.

Reka bentuk Duit Syiling

Penerangan tentang reka bentuk duit syiling peringatan Tahun Astronomi Antarabangsa 2009 adalah seperti yang berikut:

1. Sebelah Hadapan Duit Syiling
Memaparkan Balai Cerap Negara Langkawi dengan teleskop utamanya terletak di sisinya. Latar belakang duit syiling ini memaparkan kumpulan bintang yang dikenali sebagai Orion Belt dan planet Zuhal. Perkataan "International Year of Astronomy 2009" dipaparkan pada bahagian atas duit syiling sebagai menandakan perayaan astronomi global.

2. Sebelah Belakang Duit Syiling
Memaparkan logo rasmi IYA2009 dan tema utamanya "The Universe, Yours To Discover". Perkataan Bank Negara Malaysia dipaparkan di bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka duit syiling, di bahagian bawah.

Lokasi Jualan

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan akan mula dijual pada 14 April 2009 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK), dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.

Lampiran I
Spesifikasi Teknikal


Nota:
(i) Set 2 dalam 1 mengandungi duit syiling perak pruf dan emas Nordic pruf; dan
(ii) Set 3 dalam1 mengandungi duit syiling emas pruf, perak pruf dan emas Nordic pruf.

Bank Negara Malaysia
13 April 2009

Pautan asal: Website Bank Negara Malaysia

Syiling berusia ratusan tahun di temui


BEBERAPA keping duit syiling lama berusia ratusan tahun yang 
ditemui Elias Elytiah dan rakan-rakannya di Sungai Likas, Sabah, semalam

**********

KOTA KINABALU 11 April - Sekumpulan lelaki yang sedang mencari lokan bagi menambah rezeki di Sungai Likas dekat sini, menjumpai beberapa keping duit syiling lama berusia ratusan tahun.

Menurut mereka, syiling itu ditemui tidak jauh antara satu sama lain dengan bahagian hadapan dan belakangnya tertera tulisan jawi dan rumi serta lengkap dengan tahun duit berkenaan dikeluarkan.

Elias Elytiah (gambar), 35, berkata, syiling itu berbeza-beza tahunnya dan dijumpai ketika mereka mengais lumpur mencari lokan tetapi menemui besi bulat berwarna hitam.

"Setelah bersihkan besi karat itu baru tahu ia duit syiling lama, terdapat tulisan yang masih boleh dibaca. Salah satunya syiling zaman syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) bertarikh 1734.

"Syiling lain pula bernilai satu sen tertera Straits Settlement yang dikeluarkan pada 1874 dengan lambang Queen Victoria," katanya kepada Mingguan Malaysia di rumahnya sini hari ini.

Katanya, turut ditemui dua keping syiling dengan cap Nederland Indie bertarikh 1857 dan 1826 dengan tulisan jawi di belakangnya bernilai satu sen.

"Selain itu, syiling setengah sen Sarawak mempunyai lambang Raja Brooke bertarikh 1870 dan sekeping syiling satu sen Raja Brooke Sarawak bertarikh 1889," ujarnya.

Menurut Elias, rakannya menemui berkeping-keping syiling lama dan turut membawanya pulang.

"Kami percaya, wang syiling itu semuanya mempunyai nilai sejarah yang tinggi. Kami tidak keberatan menyerahkan kepada muzium Sabah jika mereka berminat," katanya.

Sebelum ini, katanya, dia dan rakan-rakannya pernah menemui serpihan pinggan mangkuk lama kira-kira 100 meter dari tempat ditemui syiling-syiling berkenaan.

Straits Settlements King George V (1910 - 1936)



Monday, April 13, 2009

Wang Kertas RM5 Polimer First Prefix CA Low S/N




Wang polimer RM5 diatas sekali pandang nampak macam wang polimer biasa yang kita selalu gunakan, hehehe.... tetapi sebenarnya wang polimer tersebut memiliki daya tarikan sendiri hinggakan menjadi buruan kepada sesetengah "collector" seperti aku. Faktor yang menyebabkannya menjadi buruan ada pada First Prefixnya (keluaran pertama wang polimer) CA + nombor siri (Low siri number) 0003624 = CA0003624, ......faktor tersebut juga yang menjadikan wang polimer tersebut boleh dikelaskan sebagai RARE, dulu aku penah tulis berkenaan keluaran pertama wang polimer. Anda boleh klik tajuk Wang Kertas RM5 First Prefix AN dan CA.

Ringkasan;

Wang polimer tersebut dicetak/"print" oleh Note Printing Australia (NPA), tema yang diketengahkan untuk wang polimer adalah wawasan 2020 dan dikeluarkan pada tahun 2004. Muka hadapannya dihiasi dengan potret DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang pertama Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad. Muka belakang pula tertera lukisan menara berkembar Petronas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang menjadi kebanggaan kita semua.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute