Cari Post lain disini

Saturday, May 16, 2009

2 tertipu RM14,350 beli syiling toyol


Rupabentuk Syiling TOYOL


Cerita penuh berkenaan Syiling TOYOL

Pautan asal:Harian Metro online, 12 Mei 2009

Wednesday, May 13, 2009

50 Cent Rajah Charles Johnson Brooke

SYILING UNTUK DIJUAL - TERJUAL

Salam....... aku ucapkan kepada semua pembaca blog aku. Adakah anda sedang mencari syiling Sarawak...kalau ada, inilah masanya kerana aku nak jual satu syiling
.800 Silver bernilai muka 50 Cent....di mana pada muka hadapannya tertera wajah KACAK Rajah Charles Johnson Brooke. Pada syiling ini tertera tahun 1900H (Struck at The Mint . Birmingham Ltd). Kalau korang berminat boleh hubungi aku melalui email mykoleksi@yahoo.com .....Detail syiling ini adalah seperti berikut;

Date = 1900H
Mintage = 40,000
Weight = 13.57g
Diameter = 31.0mm
Edge = Milled
Gred = Very Fine (VF)

Aku nak jual syiling ini dengan harga RM3,000, HARGA BOLEH DIRUNDING dan hanya untuk serius buyer sahaja sebab aku tak nak ada orang tengah. Kenapa syiling ini mahal?? jawapannya: sebab susah dapat, hanya mereka yang tahu sahaja akan faham kenapa harga syiling ini aku letak tinggi. Kalau tak ada yang berminat .....aku boleh simpan sebagai koleksi dan boleh aku jual lagi selepas 2 tahun...... masa tu harga pasti akan UP lagi. Syiling ini adalah syiling asli...kalau tak percaya boleh tengok gambar yang aku sertakan dibawah;


Muka Hadapan


Muka Belakang dan Logo "H"

Monday, May 11, 2009

Syiling Prince of Wales (Penang) 1786 - 1826

Duit syiling Prince of Wales (Penang) yang dikeluarkan diantara tahun 1786 - 1828 yang merupakan siri B.Balemark (East India Company), dulu masa sekolah menengah kita penah belajar tentang East India company. Pada tahun 1787 , duit syiling tembaga dengan lambang Balemark dan tulisan Arab "Perrinsa Jezirah ab-Wailis" (bermaksud Prince of Wales Island) dan ianya dikeluarkan dengan muka depan syiling bernilai 1/2 Cent (Pice) dan 1 Cent (Pice). Lain pula dengan syiling 1/4 Cent (Pice), muka depannya tertera lambang Balemark dalan tulisan Arab "Jezirab ab-Wailis" (bermaksud Island of Wales). Duit syiling perak tertera tarikh hanya diperkenalkan pada tahun 1788 dengan nilai muka 1/4 Dolar dan 1/2 Dolar dengan lambang Balemark dan tulisan Arab "Perrinsa Jezirah ab-Wailis" manakala pada 1/10 Dolar ialah lambang Balemark dan tulisan Arab "Jezirab ab-Wailis". Kesemua duit syiling tersebut telah dikelaskan sebagai siri Balemark kerana mempunyai lambang Balemark VEIC pada muka hadapan. Aku harap korang fahamlah apa yang aku tulis, nak cerita detail bagi semua faham...susah sikit. Kalau nak juga, kita boleh lepak sama-sama nanti pekena teh sambil bercerita...baru layan. Apa-apa pun aku berharap info yang aku tulis dapat membantu.

Muka Hadapan

Gambar muka hadapan syiling yang aku gred sebagai Good (G), tak berapa jelas sangat apa yang tertera di pemukaan syiling. Aku dah label balik bagi korang jelas sikit.

Muka Belakang

Sepatutnya ada tulisan Arab tertera pada muka belakang syiling, tapi nak buat macam mana. tulisan Arabnya semua dah tak kelihatan.

Monday, May 4, 2009

Medalion KLIA Ekspres, 13 April 2002

Rekabentuk Medalion KLIA Ekspres 

Pada 22 Mei 2001, negara kita Malaysia menempa sejarah dalam sistem pengangkutan awamnya dengan pelancaran tren pertama Express Rail Link (ERL) di kilang Siemens di Vienna, Austria. 

Tren tersebut akan menjadi perintis kepada perkhidmatan Ekspres KLIA yang dijadualkan beroperasi sepenuhnya pada 19 Januari tahun 2002. Reka bentuk tren ini juga dikatakan sama seperti tren yang digunakan oleh Heathrow Express, London dan Arlanda Express, Stockholm itu.

Pelancaran tren pertama itu difahamkan akan menjadikan Malaysia satu-satunya negara di Asia Tenggara memperkenalkan sistem perkhidmatan pengangkutan yang tidak lagi memerlukan penumpang melakukan urusan pendaftaran masuk, keluar serta bagasi di lapangan terbang - Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Projek ERL dikendalikan oleh Express Rail Link Sdn Bhd dengan anggaran kos sebanyak RM2.4 bilion dan projek itu akan menghubungkan Terminal Udara Kuala Lumpur (KLCAT) di KL Sentral, Brickfields sejauh 57.6 kilometer ke KLIA.  

Terdapat dua (2) perkhidmatan ERL telah diperkenalkan kepada orang ramai;
  1. KLIA Ekspres = perkhidmatan terus yang boleh menampung 156 penumpang duduk dan hanya memerlukan 28 minit ke KLIA dengan kekerapan setiap 15 minit.
  2. KLIA Transit = perkhidmatan henti-henti membabitkan tiga hentian iaitu Bandar Tasik Selatan, Putrajaya dan Salak Tinggi. Perjalanannya pula mengambil masa 36 minit pada kekerapan setiap setengah jam dengan kapasiti 540 penumpang duduk dan berdiri.
Itulah serba sedikit sejarah KLIA Ekspres dan KLIA Transit. Majlis perlancaran KLIA Ekspress telah diadakan pada 13 April 2002 dan dikeluarkan juga medalion bersempena perlancaran ERL untuk KLIA Express (KL Sentral & KLIA)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute