Cari Post lain disini

Thursday, June 2, 2011

Kepercayaan Pada Ibu Duit

Koleksi syiling yasin dan tembaga yang ada dalam simpanan sebagai koleksi dan dipercayai boleh jadi "Ibu Duit".

Wang kertas diatas juga dikatakan boleh jadi "Ibu Duit"? 9 mula... 9 tengah.... 9 ujung. Ada yang angka genap dan ada yang angka ganjil, sila buat pilih

Ibu duit ni apa sebenarnya? Aku pun tak faham kenapa ada segelintir kecil orang yang percaya kepada ibu duit? Bagi aku syilling dan wang kertas lama atau baru serta barangan pelik tidak ada apa-apa kuasa untuk menjadikan seseorang kaya raya, kalau nak kaya dan hidup senang....mesti kena kerja kuat, bila kerja kuat baru boleh dapat banyak duit. Tapi sekarang dah terbalik, tak mahu kerja kuat tetapi nak banyak duit. Macam mana tu? Masuk MLM pun kena usaha lebih kalau nak dapat banyak duit iaitu dengan cara mencari downline.

Kalau pasal MLM ni tak dapatlah aku nak tolong..... last-last dengar cerita pasal "Ibu Duit”, terus tertarik.

Bolehkah duit itu beranak kalau dibiarkan terperap atau disimpan bawah bantal? Kalau disimpan dalam Bank aku percaya boleh bertambah sebab ada dividen dan bonus.

Kalau ada “Ibu Duit” dimanakah pula “Bapa Duit”? dimanakah pulaanak-anaknya??

Punyalah lama aku draft topik berkenaan “ibu duit”, last-last aku terjumpa satu artikal menarik dalam website cyberita (Terima kasih Pak Cik Google), memang kena betul dengan apa yang aku tengah tulis. Bagi memudahkan kerja, izinkan aku “copy” dan “paste” untuk dimasuk dalam blog my-koleksi supaya dapat dibaca dan dikongsi bersama. Sila rujuk dibawah;
________________________________________________

Mudah cetak

E-mel

20 Dis 2010

EKSTRA!

TAHYUL

Kepercayaan pada ibu duit

Oleh

Noor Hasnah Adam

SEGELINTIR masyarakat Cina mempunyai amalan unik.

Budaya mereka memang lebih percaya pada angka yang membawa tuah.

Siri angka yang berakhir dengan 888, 999 dan 1818 pada duit not atau wang kertas dikatakan membawa tuah.

Mereka akan menyimpan duit not itu di dalam dompet tetapi tidak menggunakannya.

Mereka percaya, not bertuah itu dapat memikat lebih banyak duit masuk ke dalam dompet mereka. Kepercayaan ini hampir sama dengan konsep 'ibu duit' yang diamalkan segelintir masyarakat Melayu.

Membuat 'ibu duit' kononnya merupakan suatu cara mistik untuk membiak duit.

Sekeping wang syiling lama dijampi dan dicampurkan dengan duit-duit lain.

Pengamal percaya, duitnya akan berganda-ganda jumlahnya.

Ada yang mencari wang syiling atau wang not lama dengan ciri-ciri tertentu untuk dijadikan 'ibu duit'.

Contohnya, duit syiling 50 sen tahun 1975 atau 1976, wang kertas $10 ringgit dengan watermark atau tanda harimau, duit syiling dengan gambar kerbau dan sebagainya.

Ciri-ciri yang terukir pada wang itu, seperti contoh kerbau, menjadi simbol yang penting untuk menarik duit.

Kononnya, pakar atau bomoh 'ibu duit' akan 'membaca' ciri-ciri yang ada pada pelanggannya dan kemudian menyuruh pelanggannya mencari duit syiling atau not seperti ciri-ciri yang tergambar beserta tahun duit itu dibuat.

Jika pelanggan berjaya mendapatkan duit syiling atau duit not yang diperlukan, bomoh akan memulakan ritual untuk menjadikan duit syiling atau not itu sebagai 'ibu duit'.

Mengikut kepercayaan segelintir masyarakat Melayu, amalan 'ibu duit' merupakan amalan yang sudah berkurun lamanya.

Pengamal menggunakan wang not dari tiga negara iaitu Amerika Syarikat, Israel dan Arab.

Ketiga-tiga wang itu akan dijampi dengan ritual dan kemudian dicop dengan 'cap mohor kekayaan'.

Wang-wang yang telah dijampi itu kemudian dicampur dengan wang not negara asal. Dipercayai, wang itu akan berganda dan pemilik mendapat rezeki dari pelbagai arah tanpa disangka.

Antara keuntungan pengamal 'ibu duit' ini ialah mereka akan mudah membayar hutang, perniagaan akan berkembang maju dan wang akan mengalir masuk tanpa putus.

'Duit syiling yassin' pula disimpan sebagai 'ibu duit' kerana dipercayai dapat melindungi diri daripada bahaya, mempunyai kekuatan tenaga, menjauhkan hasad dengki manusia dan serangan ilmu hitam, serta membuat pemiliknya menjadi berani.

Duit syiling ini adalah duit syiling antik yang dibuat daripada perak dan mempunyai cetakan yang timbul.

Selain menggunakan duit sebagai 'ibu duit', ada juga amalan menggunakan benda lain sebagai 'ibu duit'.

Sedikit waktu dahulu, masyarakat taksub dengan mesin jahit lama berjenama Singer yang dikatakan boleh menjadi 'ibu duit' kerana mengandungi raksa merah. Raksa merah dikatakan dapat membantu pemiliknya mencari harta karun.

Ada juga yang membuat 'ibu duit' dengan menggunakan batu hikmat air mata duyung, kayu gaharu, isi kelapa buta, kelapa tujuh beradik, kelapa kembar tiga, geduk masjid pecah, duit cacat atau duit separuh siap, tasbih teras asam jawa, kunyit hitam, kayu penunduk patung lama dan bunga ara gunung Ledang.

Namun pengamal terpaksa akur dan turut pada syarat untuk 'memberi makan' kepada 'ibu duit' yang dipujanya.

Ada pula segelintir orang yang ingin cepat kaya lalu memelihara toyol seumpama 'ibu duit'.

Hantu toyol adalah satu-satunya hantu yang kerjanya mendapatkan wang dengan cara mencuri.

Hantu toyol dikatakan diseru daripada janin bayi yang mati dalam kandungan ataupun digugurkan.

Kesimpulannya, amalan 'ibu duit' dengan menggunakan benda dan kuasa mistik merupakan amalan khurafat dan syirik.

Ramai yang cuba mengaut keuntungan dan pengamal juga boleh terpedaya dengan tipu helah sehingga kerugian berganda-ganda.

Ibu duit membawa tuah,
Siang malam rezeki bertahun;
Hiba hati patut diluah,
Takut dipendam menjadi racun.

kirim pandangan anda mengenai laporan di atas
_______________________________________________

Pendapat aku, apa yang ditulis oleh Noor Hasnah Adam betul dan amat mudah untuk difahami, terpulanglah kepada kita untuk menilainya. Jangan biarkan diri kita tertipu dengan orang yang suka menipu dan sudah ditipu.

Syiling, wang kertas dan lain-lain barangan pelik yang dipercayai boleh menjadi “Ibu Duit” bagi aku adalah benda biasa sahaja. Sebenarnya anda semua mesti faham yang diri kita sendirilah “Ibu Duit”, sekiranya kita rajin berusaha dan berkerja keras dalam mencari rezeki yang Halal... Insyallah Allah akan memberi rezeki yang melimpah-ruah.

Harapan aku kepada semua pembaca blog my-koleksi, tak payah la fikir nak cari atau memiliki “Ibu Duit” kerana ianya akan membawa kepada amalam khurafat dan syirik sepertimana yang ditulis dalam artikal diatas.

Sekiranya ada pihak yang terasa dengan apa yang aku cuba sampaikan, aku minta maaf. Niat aku hanyalah untuk berkongsi info dan membetulkan apa yang salah sahaja, mari kita sama-sama fikir dan renung-renungkan.

Say No to “Ibu Duit”

3 comments:

Unknown said...

Ya aku pun pernah dihubungi oleh seseorang pembeli yang mencari nombor duit rm50 yg 9xx9xx9 dan hasil jumlahnya adalah 50 juga. Dia memberitahu ada bomoh yg suruh mencari duit berkenaan utk dijadikan ibu duit kepada perniagaan restoran beliau..pelik.

Unknown said...

Salam untuk koleksi duit siling tuan saya ada sekeping kalau tuan berminat, depan gambar orang tua pegang tongkat belakang gambar masjid, kalau tuan berminat bole whatsapp saya 0193927173

HATI PEREMPUAN said...

Mak pun ada ckap pasal ibu duit , kalau tak ada ibu duit mak kata takboleh beranak kan anak2nya , tapi memang betul pun ,



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute