Pages

Friday, February 22, 2013

Duit Syiling RM1

Embargo : Untuk siaran segera
22 Nov 2004

Bank Negara Malaysia ingin membuat penjelasan berkaitan dengan artikel yang diterbitkan baru-baru ini mengenai duit syiling RM1 yang disyaki palsu. Artikel ini adalah tidak tepat dan mengelirukan dimana ia melaporkan bahawa duit syiling RM1 yang mempunyai simbol “RINGGIT” adalah palsu, sementara duit syiling yang mempunyai simbol “$” adalah tulen.

Duit syiling Malaysia RM1 mempunyai samada simbol “RINGGIT” atau “$”. Duit syiling RM1 yang mempunyai simbol “RINGGIT” telah diedarkan mulai 14 November 1993 berikutan penggunaan ringgit sebagai simbol matawang Malaysia. Duit syiling yang mempunyai simbol “$” pula telah diedarkan mulai 4 September 1989. Sila ambil perhatian bahawa kedua-dua duit syiling yang mempunyai simbol “$” atau “RINGGIT” adalah sah diperlakukan.

Ciri-ciri duit syiling RM1 adalah seperti berikut:
  1. Perkataan BANK NEGARA MALAYSIA adalah jelas dimana garisan halus adalah jelas kelihatan
  2. Simbol “RINGGIT” atau “$” dan angka 1 adalah jelas kelihatan
  3. Ukiran timbul motif bunga raya adalah sempurna dimana garisan halus jelas kelihatan
  4. Corak dan reka bentuk sarung keris di bahagian belakang duit syiling adalah jelas kelihatan
  5. Gerigi di bahagian tepi duit syiling adalah jelas kelihatan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai duit syiling, sila hubungi Jabatan Pengurusan dan Operasi Matawang, Bank Negara Malaysia (tel: 03-2690 7417).

Bank Negara Malaysia
22 November 2004

Wednesday, February 20, 2013

Bank Terbitkan Wang Polimer RM5

Embargo : Untuk siaran segera
26 Okt 2004

Bank Negara Malaysia pada hari ini mengumumkan pengeluaran wang polimer RM5 ke dalam edaran. Secara amnya, wang polimer ini adalah serupa dengan wang kertas RM5 dari segi reka bentuk, warna dan saiz. Ia mengekalkan beberapa ciri keselamatan yang terdapat pada wang kertas RM5 sedia ada, dan pada masa yang sama memperkenalkan beberapa ciri keselamatan baru yang dipertingkat dan merupakan ciri yang unik kepada wang polimer.

Ciri-ciri keselamatan pada wang kertas RM5 yang dikekalkan dalam wang polimer RM5 adalah:
  • Tanda pandang telus yang memaparkan elemen Bunga Raya di bahagian hadapan akan kelihatan selari dengan elemen Bunga Raya di bahagian belakang wang polimer;
  • Cetakan intaglio dengan beberapa lapisan dakwat khas pada potret Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong; dan
  • Cetakan huruf mikro "RM" yang boleh dilihat dengan menggunakan kanta pembesar
Ciri-ciri keselamatan baru yang dimasukkan pada wang polimer RM5 adalah:
  • Tingkap Pandang Telus dengan imej tanda bayang Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya serta cetakan timbul angka "5" yang akan kelihatan pada tingkap di kedua-dua belah wang tersebut.
  • Logo Bank Negara Malaysia iaitu Kijang, dicetak dengan warna putih serta boleh dilihat pada kedua-dua belah wang. Di bahagian belakang wang polimer, akan kelihatan tingkap legap dengan logo kijang yang jelas kelihatan.
Wang kertas RM5 masih sah diperlakukan dan akan kekal dalam edaran sehingga ia ditarik balik secara berperingkat daripada edaran.

Wang polimer lebih tahan lasak. Wang polimer bersifat tidak menyerap, kalis debu dan cecair dan tidak mudah koyak berbanding wang kertas RM5. Bank Negara Malaysia menjangkakan wang polimer ini tahan lebih lama dan orang ramai adalah dinasihatkan mengendalikan wang polimer dengan tidak melipat wang polimer dengan tekanan yang kuat bagi memaksimakan manfaat jangka hayat wang tersebut.

Wang polimer yang baru ini boleh didapati di kesemua cawangan Bank Negara Malaysia dan di cawangan bank-bank perdagangan. Maklumat lanjut mengenai wang polimer RM5 yang baru boleh didapati dari laman web www.bnm.gov.my dan risalah penerangan yang boleh didapati di kesemua institusi kewangan berlesen.

Bank Negara Malaysia
26 Oktober 2004

Monday, February 18, 2013

Mr. Ri @ Lie Uptown Bank Note Dalam Akhbar Sinar

Mr. Ri @ Lie @ Uptown Bank Note


Wah....Wah....Wah.... glamour kau sekarang Mr. Ri, gambar dah terpampang "manis" dalam Akhbar Sinar bertarikh 28 Januari 2013, lepas ni sudah pasti bertambah lagi rezeki dalam bidang Numismatik. 

Aku kenal dengan Mr. Ri lebih kurang dalam tahun 2005 masa aku belajar di Shah Alam, walaupun masa tu kami baru saja kenal tetapi rasanya dah macam lama berkawan kerana dia adalah seorang yang ramah dan baik, kalau aku lepak dekat kedainya dulu ada saja benda yang berkaitan Numismatik akan dikongsi dengan aku. Sedikit demi sedikit ilmu berkaitan dengan aku pun bertambah selain dari membaca, bila dengar cerita dari orang lama dalam bidang Numismatik memang best. 


Adakah anda pernah berkunjung ke kedai lama Mr. Ri? Dulu keadaan kedai Mr. Ri bukan macam sekarang.......kedainya agak becil dan ruangnya pun terhad, aku ingat lagi masa tu  dia berkongsi dengan kedai jual Cincin (sebelah kiri) dan Buku (belakang). Kalau aku datang untuk jumpa atau beli koleksi masa tu pun malas nak lepak tapi.....aku lepak juga sampai 1 atau 2 jam, kadang-kadang aku tolong dia jual duit dekat kedai tu....tapi kalau orang datang ramai aku tukar pula jadi security guard, mana tau ada tangan merayap ambil barang.


walaupun ruang terhad, barangan jualan masih tersusun

Inilah keadaan pada masa dahulu, ruang yang terhad digunakan dengan sebaik mungkin untuk mempamerkan barangan jualan

Bukan setakat Matawang Lama dan Baru saja ada jual di sana, barangan Ray-Ban dan lain jenama terkenal ada juga dijual

Itulah Mr. Ri yang aku kenal dari dulu, sekarang kedainya dah besar dan selesa....siap dilengkapi dengan CCTV lagi. Semenjak aku jatuh moto pada 4 Disember 2012 sampai sekarang belum sempat lagi aku pergi lepak sana, kalau tak....boleh dikatakan 2 minggu sekali aku akan pergi sana untuk tengok kot-kot ada barang baru masuk untuk aku tambah koleksi. Mr. Ri teruskan usaha anda sebagai seorang "Collector" dan juga penjual Matawang Lama dan Baru, aku dan member-member lain akan terus bagi sokong.......tapi lepas ni kaau aku pergi beli barang aku nak diskaun 50% boleh?? :D


Gambar kedai baru Mr. Ri yang aku "culik" dari FB Uptown Bank Note

Selain Mr. Ri aku ada kenal sorang lagi "otai" Matawang iaitu Mr. Abdullah yang kini kalau tak silap aku telah berpindah ke Taiping. Dah lama juga aku tak contact........harap dia kenal aku lagi. Mr. Abdullah dulunya selalu berniaga Matawang Lama dan Baru Malaysia/Luar Negara di Car Boot Sale di seksyen 13 Shah Alam pada setiap hari Ahad. Ada siapa-siapa disini yang kenal? kalau tak kenal tu boleh baca disini Lambang apresiasi wang




3 "kelab" yang dinyatakan diatas aku lihat aktif dengan aktiviti Jual Beli Matawang Lama dan Baru, kalau anda berminat nak beli duit lama secara online bolehlah "join" dan sambil tu boleh tambah kawan. Link seperti dibawah;
  1. Kemaruk Duit Lama
  2. Kedai Hantu Duit 2
  3. Kelab Numismatik Malaya
Mr. Ri @ Uptown Bank Note memang aktif dalam ketiga-tiga "Kelab" tersebut. Aku pun join tetapi hanya sekadar melihat dan membaca apa yang ada disana, orang dalam "Kelab" tu pun mungkin tak perasan aku sangat sebab aku jarang-jarang sekali online dan juga tulis komen....hehehe

Kalau berminat nak join my-koleksi, sila klik FB Page dan FB Group. Aku akan share disana update info berkenaan Hobi Mengumpul Matawang Lama dan Baru. FB dan blog my-koleksi terbuka yang sesiapa sahaja yang berminat.


Kepada Mr. Ri @ Lie @ Uptown Bank Note, nak minta sign dekat dada boleh?? hehehe....

Tuesday, February 12, 2013

Wang Kertas RM10 Versi Baru Dengan Ciri Keselamatan Yang Dipertingkatkan

Embargo : Untuk siaran segera
5 Jan 2004

Mulai 5 Januari 2004, Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan wang kertas RM10 versi baru dengan ciri keselamatan yang dipertingkatkan. Pengenalan ciri keselamatan tambahan ini merupakan usaha berterusan Bank Negara Malaysia untuk mengekalkan kualiti wang kertas Malaysia pada tahap yang tertinggi. Wang kertas RM10 versi baru ini akan memasukkan ciri antipenskan (anticopy) dalam bentuk jalur holografi ubahan optik di bahagian hadapan wang kertas tersebut. Ianya adalah sama seperti jalur yang terdapat pada wang kertas RM50 dan RM100.

Rekabentuk holografi menunjukkan motif yang sama seperti yang digunakan pada kawasan yang berwarna merah di bahagian kanan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Pertama dan juga perkataan “RM10” dan “BNM”. Warna yang terdapat pada jalur ini akan berubah-ubah apabila dilihat dari beberapa sudut yang berlainan. Pola cetakan khusus di kedua-dua belah jalur akan kelihatan di bawah cahaya ultra-ungu.

Kesemua wang kertas Malaysia telah memasukkan pelbagai ciri keselamatan yang berkualiti tinggi supaya sebarang percubaan untuk memalsukan wang kertas tulen menjadi lebih sukar. Orang ramai boleh membezakan wang kertas tulen daripada yang palsu dengan memerhatikan ciri-ciri pengenalan am seperti berikut:
  • Sentuhan
Kesemua wang kertas Malaysia dihasilkan daripada kertas bermutu tinggi yang diperbuat daripada kapas. Apabila disentuh, wang kertas terasa kesat sedikit.
  • Kesan Cetakan Timbul
Terdapat kesan cetakan timbul di beberapa bahagian hadapan wang kertas seperti potret, angka denominasi “1”, “2”, “5” “10”, “50” dan “100” dan perkataan “BANK NEGARA MALAYSIA” di bahagian kiri dan “SATU RINGGIT”, “DUA RINGGIT”, “LIMA RINGGIT’, “SEPULUH RINGGIT”, “LIMA PULUH RINGGIT” dan“SERATUS RINGGIT” di bahagian kanan wang kertas tersebut.
  • Tera Air
​​​​​​​Potret tera air Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Pertama pada petak kosong di bahagian kiri akan kelihatan apabila ditayang pada cahaya. Tera air ini mempunyai corak tiga dimensi dengan alunan warna gelap dan terang yang berbeza-beza dalam keadaan lembut dan berbayang tanpa garis bentuk yang jelas. Di bahagian bawah tera air ini dapat dilihat dengan jelas angka 1, 2, 5, 10, 50 dan 100.
  • Benang Keselamatan
​​​​​​​Benang keselamatan ini ditenun di dalam kertas. Di bahagian hadapan wang kertas, benang ini tidak kelihatan manakala di bahagian belakang pula, benang keselamatan akan kelihatan seperti garisan putus-putus berwarna perak. Apabila ditayang pada cahaya, ia akan kelihatan seperti satu garis lurus berwarna kehitam-hitaman dengan cetakan “BNM RM1”, “BNM RM2”, “BNM RM5”, “BNM RM10”, “BNM RM50” dan “BNM RM100” yang berulangan.
  • Tulisan Huruf Mikro
​​​​​​​Di bahagian atas hadapan wang kertas, di dalam petak segi empat bujur bersebelahan dengan perkataan “WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI”, cetakan huruf mikro “RM1”, “RM2”, “RM5”, “RM10”, “RM50” dan “RM100” dapat dilihat dengan jelas di bawah kanta pembesar dan akan membentuk huruf “BNM” pada permukaannya apabila dilihat pada jarak yang sesuai.

Wang kertas RM10 sedia ada akan diedarkan seiring dengan wang kertas RM10 versi baru dan akan terus sah laku dengan nilai penuh. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai wang kertas versi baru ini, sila layari laman web http://www.bnm.gov.my atau hubungi Jabatan Pengurusan dan Operasi Matawang di talian 03-26907309.
 
Bank Negara Malaysia
5 Januari 2004

Friday, February 8, 2013

Syiling Yasin Boleh Tarik Duit, Jumpa Bidadari....Betulkah??

Itulah tajuk dalam Akhbar Kosmo bertarikh 03 Februari 2012, nanti aku sambung tulis.....



Friday, February 1, 2013

Jom Pergi "SEMINAR BERKAITAN ERROR COINS MALAYSIA"

Bagi siapa-siapa yang berminat dengan Error Coins Malaysia anda dijemput untuk sertai SEMINAR BERKAITAN ERROR COINS MALAYSIA yang telah dianjurkan oleh Kelab Warisan Numismatik. Sila mendaftar dengan segera kerana "limited seat" - 40 peserta sahaja. Maklumat lanjut boleh rujuk Galeri Sha Banknote atau anda boleh terus membaca hingga akhir Topik.


Aku sokong usaha yang dilakukan oleh Tuan Pengerusi (Dato Hj Sharuddin bin Hj Yusof) dan Ahli-ahli Tertinggi Kelab kerana seminar tersebut sedikit sebanyak dapat memberi ilmu serta manfaat kepada mereka yang betul-betul minat dengan bidang Numismatik terutama sekali Syiling Error. Seminar yang dianjurkan juga dapat menambahkkan lagi pemahaman kita tentang jenis-jenis error syiling yang terdapat dimalaysia khasnya, aku rasa mungkin selepas seminar ini akan ada pula Seminar untuk Jenis-jenis error Wang Kertas. Mungkin ianya sudah ada dalam perancangan Tahunan Kelab Warisan Numismatik.

Chewah.....aku ni tulis banyaklah pula, jadi ahli kelab pun belum lagi....hehehe. Sorry Dato'.

Bagi aku, mengumpul Syiling dan Wang Kertas error adalah merupakan salah satu cabang Numismatik, ianya sesuatu yang unik dan lagi satu susah nak dapat....:D. Aku ada juga kumpul tapi tidak banyak sangat pun adalah sikit-sikit, lagipun aku lebih tertumpu kepada Matawang Lama dan Baru Malaysia termasuklah "Coin Card", Syiling Peruf, Syiling Medallion dan banyak lagilah yang berkaitan dengan Matawang Malaysia......PUN tak banyak juga, biasa-biasa saja :D 

Kalau nak tahu pasal Kelab Warisan Numismatik bolehlah layari Blog Pengerusi Kelab dan anda juga boleh berkenalan juga dengan Mr. Dickson Niew (Penasihat Kelab Warisan Numismatik) yang merupakan penceramah berkaitan "Error Coins Malaysia"
**********
        
ATURCARA MAJLIS SEMINAR BERKAITAN ERROR COIN MALAYSIA

TARIKH       : 27hb  April  2013 
MASA          : 2.00 ptg sehingga 5.00 ptg
TEMPAT     :  Hotel Sahzan Inn, Kuantan Pahang

2.00ptg        -  Pendaftaran

2.15ptg        -  KERTAS PERTAMA
                        KAEDAH ASAS MENGENALI , MENILAI DAN MENJAGA
                        SYILING MALAYSIA    

                        Penceramah 
                        Mr. Dickson Niew
                        Penasihat Kelab Warisan Numismatik 
                        
                        Pemudahcara
                        Dato Hj Sharuddin bin Hj Yusof
                        Presiden Kelab Warisan Numismatik 
                     
 3.00ptg       -  Pertanyaan dan soal jawab

3.50ptg        -  KERTAS KEDUA
                        MENGENALI  ERROR COINS MALAYSIA
                 
                        Penceramah 
                        Mr. Dickson Niew
                        Penasihat Kelab Warisan Numismatik 
                
                        Pemudahcara
                        Tuan Haji Azmi bin Abd. Malik
                        Timbalan Presiden Kelab Warisan Numismatik

4.20 ptg        -  Pertanyaan dan soal jawab   

4.50ptg         -  Penyampaian Sijil Seminar Kepada Peserta
                        Oleh  Dato' Haji Sharuddin bin Haji Yusof
                        Presiden Kelab Warisan Numismatik

5.00ptg         -  Jamuan minum petang.


** Pesta Jualan Duit lama akan diadakan disepanjang Seminar **

Peserta terbuka kepada semua ahli numismatik seluruh negara .

Bayaran       :  RM70.00
                         RM 50.00  ahli & rakan Kelab Warisan Numismatik

Penyertaan  :  40 peserta sahaja

Daftar peserta sms  : 019 9185858
                                      013 9227750
                                      013 9397888


disediakan oleh urusetia
Kelab Warisan Numismatik 
siaran 29012013

Sumber Asal: Galeri Sha Banknote