Cari Post lain disini

Monday, October 15, 2018

Majlis Pelancaran Setem & Medalion Pertabalan Sempena Istiadat Pertabalan KDYMM Tuanku Sultan Kedah ke-29

Pada hari ini, Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan untuk merasmikan Majlis Pelancaran Setem & Medalion Pertabalan Sempena Istiadat Pertabalan KDYMM Tuanku Sultan Kedah ke-29 yang dijadualkan berlangsung pada 22 Oktober depan. 

Majlis tersebut telah berlansung di Istana Anak Bukit, Alor Setar Kedah Darul Aman.

Menurut sumber, terdapat lima (5) jenis Medallion Pertabalan yang disediakan sempena istiadat pertabalan iaitu dua jenis medalion emas, dua jenis medalion perak dan satu jenis medalion emas nordic yang kesemuanya bermotifkan gambar Sultan Kedah.

Medalion tersebut juga akan dijadikan cenderahati kepada tetamu-tetamu yang hadir pada istiadat pertabalan nanti.

Rekaan dan pengeluaran medalion itu melibatkan kerjasama Bank Negara Malaysia manakala penyediaan rekaan dan percetakan setem berkenaan pula mendapat kerjasama Pos Malaysia Berhad.

Terima kasih diucapkan kepada sahabat terdekat mykoleksi yang berkongsi berita gembira ini setelah dunia Numismatik dilanda suram selama hampir 11 bulan tanpa khabar berita berkenaan syiling peringatan yang bakal keluar oleh BNM.

mykoleksi rasa dengan adanya berita ini, hidup kita akan lebih ceria dan bermakna. Marilah kita buat persediaan dari segi fizikal dan mental untuk menempuh tarikh 22 Oktober nanti.

Sekiranya ada jualan untuk orang awan di BNM, mykoleksi berharap pihak BNM akan lebih bersedia dengan perancangan yang lebih rapi supaya hari jualan medalion peringatan tersebut tidak dicemari dengan insiden yang merosakkan mood kami sebagai peminat/penggemar hobi Numismatik.

Turut dikongsikan beberapa gambar sebagai membakar semanagat anda supaya kembali ceria, apa tunggu lagi.................SEDIA semua!!!!!

Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan KDYMM Tuanku Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Binti Almarhum Tengku Ariff menunjukkan koleksi set folder Setem Pertabalan selepas Majlis Pelancaran Setem dan Medalion Pertabalan Sempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman Ke-29 di Balairung Seri Kecil, Istana Anak Bukit di sini hari ini. - Foto: Bernama

Jemputan ke Majlis Pelancaran Setem & Medalion Pertabalan Sempena Istiadat Pertabalan KDYMM Tuanku Sultan Kedah ke-29 

Set folder dan Setem Pertabalan

Medalion Peringatan Pertabalan Emas Nordic

Dua Jenis Medalion Emas dan Dua Jenis Medalion Perak yang Kesemuanya Bermotifkan Gambar Sultan Kedah

Note: ketika artikel ini ditulis, tidak ada maklumat yang menyatakan medalion peringatan tersebut akan dijual kepada orang awam oleh BNM. Apa-apa pun kita kena tunggu kenyataan rasmi daripada BNM sekiranya ada. 

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute