Pages

Tuesday, April 27, 2010

Senarai Kriteria Bagi Duit Syiling Yang Tidak Sesuai Untuk Edaran Semula


1. Kakis

Sebahagian atau keseluruhan permukaan duit syiling rosak teruk atau terkakis secara kekal akibat tindak balas bahan kimia


2. Berlubang

Terdapat sekurang-kurangnya satu lubang yang ketara pada mana-mana permukaan duit syiling


3. Kemek

Duit syiling yang kemek akibat ketukan, tetapi tidak relai


4. Pecah

Duit syiling yang pecah kepada beberapa bahagian


5. Potong

Duit syiling yang dipotong dengan menggunakan objek tajam seperti pisau


6. Terbakar

Kerosakan akibat terbakar yang menyebabkan rupa duit syiling menjadi kusam dan berubah


7. Kotor

Perubahan pada warna duit syiling disebabkan haus, lusuh dan kotor,contohnyaduit syiling berwarna hitam


8. Syiling Ganjil

Duit syiling yang sangat ganjil berlaku semasa proses penempaan



Rujukan Asal:
GARIS PANDUAN - Standard Kualiti Mata Wang Malaysia, BNM

No comments:

Post a Comment