Pages

Thursday, May 9, 2024

Koleksi Kad Pokemon Dilelong RM330,000

Akhbar Sinar Harian, 9 Mei 2024

Selepas membaca kandungan pada keratan akhbar ini, mungkin ada geng numismatik mula buat pengunuman nak jual item mereka kononnya nak "pencen", realiti sebenar mereka nak pusing modal untuk beli kad Pokemon pula sebab nampak boleh buat duit.

Pandangan mykoleksi, bagi mereka yang betul-betul minat dengan hobi yang diceburi selama ini. Apa saja "godaan" yang datang sudah pasti mereka tidak akan "goyang", mereka berhobi bukan sebab jadi pak turut tetapi benar-benar meminatinya.

Lain pula bagi mereka yang terjun ke dunia hobi numismatik sebagai dealer (contoh), itu adalah pekerjaan dan sumber pendapatan mereka. Apa yang mykoleksi lihat sekarang, ramai yang terjun ke dunia hobi numismatik ini "berlakon" saja sebagai kolektor tetapi sebenarnya mereka nak menjual dan sebahagiannya pula ada agenda tersembunyi.

Tak hairanlah sekarang apabila ada duit syiling peringatan baru dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), akan ramai yang buat tempahan. Setelah keputusan tempahan diumumkan, tak sampai seminit dah ada yang jual di FB, Tiktok dan seumpamanya walaupun hakikatnya barang belum berada "ditangan". 

Tak percaya, nanti anda boleh lihat pada 13 Mei 2024 apabila keputusan tempahan bagi duit syiling peringatan Ulang Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang ke-50 (LPP50) diumumkan.

Itulah realiti dunia hobi numismatik sekarang, bukan lebih kepada minat atau hobi tetapi lebih kepada nak buat untung saja. Mereka yang "dekat" dengan BNM dan MyMint pun memperjuangkan agenda masing-masing juga.

Sekiranya pihak BNM dan MyMint ingin meminta pandangan berkaitan apa saja tentang numismatik, sepatutnya mereka boleh lakukan secara atas talian (online). Jadi, maklumat yang mereka perolehi akan lebih tepat dan tidak memihak kepada sesiapa untuk diambil tindakan dan analisa.

Setakat ini mykoleksi lihat, mereka yang dijemput untuk memberi pandangan kepada BNM dan MyMint terdiri daripada mereka yang "menjual" dan ada sesetengah mereka memiliki "kedai" numismatik. 

Tak hairanlah sekiranya pandangan dan pendapat mereka menjurus kepada apa yang mereka lakukan sekarang, mereka yang beruntung jika pandangan mereka didengari. Bagaimana cara kami yang sebagai seorang kolektor untuk meyalurkan pandangan dan pendapat?

Setakat ini mykoleksi belum nampak lagi mereka yang diberi peluang itu benar-benar memperjuangkan tentang dunia hobi numismatik, nampak lebih kepada nak menunjuk-nunjuk. mykoleksi tak kisah pun, mykoleksi sebagai seorang peminat dunia hobi numismatik akan teruskan perkongsian seperti biasa maklumat terkini numismatik yang perolehi

Sayang apabila peluang yang mereka dapat tidak digunakan sebaik mungkin, adakah mereka takut nak berkata benar? Adakah mereka takut nanti semua privilege yang mereka dapat itu akan ditarik balik?

Ruang dan peluang yang mereka dapat bukankah sepatutnya digunakan untuk membincangkan isu yang sudah lama berlarutan dalam dunia hobi numismatik, contohnya isu matawang palsu dalam edaran, matawang tersalah cetak yang terlepas dalam edaran dan lain-lain isu berkaitan yang menyebabkan integriti pihak BNM dan MyMint/Kilang Wang Bank Negara Malaysia dipersoalkan.

Aduh, dah lari jauh pula posting mykoleksi dengan tajuk kali ini. Kita kembali semula ke bab kad Pokemon tadi, kalau anda baru nak cari dan kumpul/atau jual rasanya dah terlambat. Sepatutnya anda perlu jadi "trendsetter" bukan "follower", barulah nanti bila sesuatu yang ada simpan tu "meletup" terus senang anda buat duit.

Yang minat Pokemon,
mykoleksi

No comments:

Post a Comment