Pages

Monday, May 13, 2024

Kumpul Lebih 1,000 Koleksi Nusantara dan Melayu

Sinar Harian, Selasa (13 Mei 2024)

Dah lama mykoleksi merancang untuk melawat ke Galeri Warisan Samantan yang dimiliki oleh saudara Zamir Congo atau nama diberi Mohamad Muzammir Mohd Basari tapi masih belum berkesempatan untuk singgah, kalau kita lihat pada koleksi beliau di FB memang nampak menarik belaka.

Menurut apa yang ditulis di keratan akhbar Sinar Harian, Isnin 13 Mei 2024 beliau mempunyai minat yang mendalam terhadap koleksi Nusantara membolehkannya mengumpul lebih 1,000 barangan termasuklah matawang kesultanan, Malaya, moden sejak tahun 2012 sehingga kini.

Jika dilihat koleksi yang beliau ada, tak mustahil sudah ratusan ribu ringgit sanggup dihabiskan demi memiliki semua koleksi tersebut termasuklah koleksi pedang Makara tahun 1890 yang dibeli dengan anggaran harga RM1,200.

Artikel yang tulis oleh wartawan Sinar Harian, Rosilawati Rosedi pada kali ini nampak terkawal kerana tidak dimasukkan unsur-unsur kebiasaan bila menulis artikel berkenaan hobi. Bab harga dan berapa individu itu berhabis untuk memiliki koleksi tersebut memang menjadi "kemestian" untuk dikongsi, nasib baik bukan diletak dalam nilai yang tepat.

Tahniah Zamir Congo, satu berkongsian hobi yang menarik dan berjaya memiliki galeri seperti muzium bersendirian yang menarik dan tersusun dengan pelbagai koleksi yang jarang kita lihat dimiliki oleh anak muda berusia 31 tahun ini

Yang tak ada muzium,
mykoleksi

No comments:

Post a Comment