Sebenarnya, orang Kedah boleh dikatakan langsung tidak menggunakan perkataan 'wang', kecuali dalam bahasa persuratan. Seperti yang difahami pada ketika ini, makna umum bagi perkataan 'wang' adalah sinonim dengan 'duit', sebagai yang telah diterangkan di atas. Jadi, bagi orang Kedah, perkataan 'wang' hanya digunakan dalam bahasa penulisan bagi menggantikan perkataan 'duiƄ' yang digunakan dalam perbualan harian. Dalam konteks ini, iahanya bermakna sebagai 'suatu alat bayaran' secara umum.
Perkataan 'WANG' mempunyai pertalian sejarah yang agak panjang dalam kosa katabahasa Melayu. Tidak dapat dipasti kandengan tepat bilakah perkataan ini mula digunakan dalam bahasa kita.
Selain dari makna umum yang disebut kandi atas, perkataan 'wang' juga sebenarnya mempunyai makna khusus, iaitu nama bagisejenis matawang juga.
Temples (1914) telah mengutip keterangan oleh Raffles (1830), dalam bukunya 'Java'Vol. II', yang mengatakan: Satu Wang ialaha'sejenis matawang perak yang kecil' yang bersamaan nilai dengan 10 'doit' tembaga masa itu, 12 Wang Belanda. Pada bersamaan nilai dengan Satu Rupee, dan24 Wang bersamaan dengan Satu Dollar Sepanyol.
Matawang perak Belanda 'kecil' yang dimaksudkan itu sebenarnya ialah matawang pecahan yang popular pada masa itu, iaitu matawang bernilai Dua Stuiver, yang tukarannya bersamaan dengan 10 Doit.
Matawang Perak Belanda 2-stiver. Ia Juga Dikenali oleh Orang Melayu Sebagai 'Satu Wang'
Dalam penggunaan harian, biasanya pitis yang banyak tersebut dirangkai dengan tali rotan, supaya mudah dikendali: 600 keping dijadikan satu rangkai, yang digelar Satu Tali. Ini bermakna Satu Tali (600 pitis) bersamaan dengan Tiga Wang. Sebab itu timbul pepatah Melayu lama: "Sa Tali Tiga Wang juga".
Oleh kerana Satu Dolar bersamaan nilai dengan 24 wang, maka ia juga bersamaan dengan 8 tali.
Sekitar tahun 1850-an telah berlaku kekurangan matawang kecil Belanda (doit) dalam pasaran. Untuk kemudahan, kumpulan pedagang telah mengeluarkan matawang sendiri yang dikenali sebagai 'Singapore merchants token'. Matawang tembaga ini sebenarnya adalah tiruan bagi matawang Doit Belanda. Ada antara keluarannya yang mempunyai gambar 'ayam jantan', yang menyebabkan ia juga dikenali oleh orang Melayu sebagai 'Duit Ayam'. Nilai pada masa itu ialah 10 Duit Ayam bersamaan dengan Satu Wang.
W.W.Skeat pula telah menulis banyak nota ketika lawatannya ke negeri-negeri Melayu dalam sekitar tahun 1900-1907. Sesetengah nota tersebut dikirimkan untuk kerja penulisan oleh Sir R.C. Temple, mengenai matawang Melayu. Antara catatannya adalah mengenai istilah 'wang' pada masa itu.
Menurutnya pada masa itu, Federated Malay States (antaranya Perak dan Selangor) telah mula menggunakan Sistem Cent (iaitu sistem Decimal) di mana 100 Cent bersamaan dengan 1 Dollar. Pada masa itu, matawang luar bukan keluaran British sedang ditarik balik dari pasaran. Namun, sejenis matawang tembaga keluaran Belanda yang bernilai 2 ½ Cent masih laku dan jenis inilah yang dinamakan 'Satu Wang'.
Matawang perak Belanda yang diterangkan oleh Klinkert, bernilai 10 Duit iaitu jenis 2-Stuiver atau dikatakan juga 'Een Dubbeltje', yang sebelumnya dikenali sebagai Satu Wang, kini (pada masa Skeat menulis) ia dikenali sebagai 'Wang Lama' (Old Wang). Selain itu, di negeri Perak sedang beredar juga matawang perak keluaran British yang bernilai 2 ½ Cent, dan matawang ini pada masa itu dinamakan
'Wang Baharu'. Ukuran matawang ini kira-kira sama dengan saiz matawangtembaga 'Straits ½ Cent'.
Keterangan lain mengenai perkara ini telah dijelaskan oleh Pridmore (1968). Menurutnya, matawang perak Belanda 2-Stiver yang namanya Satu Wang itu hanya digunakan hingga tahun 1824. Setelah itu dibuat pula matawang tiruan daripada tembaga yang diedarkan dengan nilai yang sama, iaitu 2-Stiver juga. Matawang ini telah digelar sebagai 'Wang Baharu'. Penggunaannya dihentikan dalam tahun 1886.
Nilai 2-Stiver (Satu Wang) bersamaandengan 10 Doit. Oleh kerana nilai 1 Doit telah berubah (turun) menjadi sama dengan ¼ Cent, maka nilai 2-Stiver tembaga itu sekarang hanyalah bersamaan dengan 2 ½ Cent. Inilah matawang yang digelar sebagai 'Wang Baharu'.
Istilah 'Wang' sebagai sebutan umum untuk alat pembayaran juga telah dicatat oleh Skeat. Menurutnya, semua matawang kecil yang dikeluarkan oleh British seperti 5, 10, dan 50 cents untuk kegunaan dalam FMS, secara umumnya disebut 'Siling' atau 'Schilling' (Belanda: Skilling). Sebelum itu matawang yang digunakan ialah matawang perak yang lebih kecil yang mempunyai corak 'shield dan crown' (iaitu matawang Belanda) dan umumnya semua matawang ini disebut sebagai 'Wang' (=Change = Tukaran). Menurut Skeat sebutan ini kurang tepat, dan lebih tepat istilah 'wang' digunakan bagi sejenis matawang tembaga seperti yang telah disebut di atas.
Sumber: Buku Sejarah Matawang Negeri Kedah dan Perlis
No comments:
Post a Comment