Cari Post lain disini

Monday, February 22, 2010

Wang kertas gantian RM1 siri ke-11 (ZA, ZB, ZC, ZD, ZE dan ZW)

Updates!!!

Info dari prof007 (orang lama yang banyak koleksi/info berkenaan matawang lama dan baru) yang diberikan dalam ruangan ALOOO!!!, sila rujuk dibawah;

27 Feb 10, 08:42
prof007: BNM sambung dr ZG kerana ZA,ZB,ZC,ZD & ZE telah pon dipakai. ZF TIDAK dicetak.
27 Feb 10, 08:42
prof007: Nota ZG-ZV BUKAN wang gantian tapi wang BIASA. Selepas cetakan tamat pd YZ, BNM sambung dr ZG-ZV, lepas tu dr AAA. Wang Gantian terkini ialah ZAA.

Aku harap ianya dapat membantu dalam menyelesaikan persoalan dan kekeliruan berkaitan Wang kertas Gantian RM1 siri ke-11 Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz kerana prof007 memang selalu updates pasal matawang lama dan baru.

Thanks prof007 diatas info yang diberikan

**********

Aku rasa anda semua dah tahu berkenaan wang kertas gantian RM1 tandatangan Gabenor ke-7 BNM iaitu Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz. Jadi tak perlulah aku cerita banyak kerana cerita yang sama juga akan diulang oleh aku nanti. Sebenarnya aku sajalah letak tajuk tu, senang kalau orang nak “GOOGLE”. Sila rujuk gambar dibawah untuk melihat wang kertas gantian tersebut;


Susunan siri wang kertas gentian tersebut sememangnya dilihat sudah cantik iaitu bermula dengan ZA, ZB, ZC, ZD dan ZE tetapi kenapa pula selepas ZE nombor sirinya terus lompat kepada ZW kenapa tidak mengikut turutannya kepada ZF terlebih dahulu….hasil daripada pembacaan aku melalui buku dan sumber internet memang ada menerangkan......... ZA, ZB, ZC, ZD, ZE dan ZW adalah wang kertas gentian untuk RM1 siri ke-11 yang ditandatangani oleh Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.

Dulu aku memang boleh terima yang ZA, ZB, ZC, ZD, ZE dan ZW adalah wang kertas gantian tetapi sekarang aku dah rasa “confius” pula setelah aku terjumpa banyak RM1 yang bermula denagn huruf “Z”. Setakat ni, wang kertas RM1 yang bermula dengan “Z” yang ada dalam simpanan aku adalah ZG, ZL, ZN, ZQ, ZS, ZU dan ZV. Wang tersebut aku dapat secara kebetulan semasa membeli barangan dan mengisi minyak. Adakah RM1 “Z” yang aku ”BARU DAPAT” tersebut juga dikategorikan sebagai wang kertas gantian?.

Kalau betul semua yang bermula dengan “Z” adalah wang kertas gantian, jadi...... sekarang aku telah mengumpul sebanyak 13 keping wang kertas gentian RM1 (ZA, ZB, ZC, ZD, ZE, ZG, ZL, ZN, ZQ, ZS, ZU, ZV dan ZW). Boleh jadi ada banyak lagi RM1 “Z” yang aku belum jumpa. Status untuk wang kertas gantian RM1 yang bemula dengan ”Z” selain daripada ZA, ZB, ZC, ZD, ZE dan ZW masih lagi menjadi tandatanya. Sila rujuk gambar dibawah untuk melihat RM1 “Z” yang ada dlm simpanan aku yang sempat di”snap”;


Sekiranya kesemua RM1 “Z” tersebut dikategorikan sebagai wang kertas gentian, ini bermakna kita mesti mengumpul sebanyak 24 keping kesemuanya (ZA, ZB, ZC, ZD, ZE, ZF, ZG, ZH. ZJ, ZK, ZL, ZM, ZN, ZP, ZQ, ZR, ZS, ZT, ZU, ZV, ZW, ZX, ZY dan ZZ) bagi melegkapkan koleksi. Ini hanyalah teori aku sahaja, anda janganlah percaya bulat-bulat pula. Jadi, marilah kita sama-sama fikirkan. Setakat ini, belum ada lagi pihak yang mengeluarkan rujukan/kenyataan yang sahih berkenaan wang kertas gantian RM1 tersebut, sama-samalah kita tunggu nanti. Buat masa sekarang, kalau aku jumpa RM1 yang bermula dengan ”Z” aku terus simpan, mana tahu nanti RM1 ”Z” tersebut semuanya wang kertas gantian...bukan membebankan sangat pun...baru RM24 sahaja kan, tak payah beli pun.....kalau semua RM1 ”Z” tu bukan wang kertas gantian, lepas ni masih guna lagi......tak rugi, memang RM1 sah diperlakukan tanpa mengira apa nombor sirinya dengan nilai RM1 juga.

Aku mengambil langkah sedemikian adalah sebagai langkah beringat, supaya aku tak perlu beli nanti seandainya wang kertas RM1 ”Z” tersebut adalah wang kertas gantian. Anda semua ingat lagi tak? dulu wang kertas gantian RM1 ”ZD”....... punyalah susah nak dapat, sampaikan ada orang menjualnya dengan harga RM250 sekeping (tu cerita 2 tahun lepas). Cuba tengok sekarang, harganya dah turun menjadi RM3-5 sekeping. Sama-samalah kita fikirkan, ini bukanlah rekaan tetapi sememangnya kenyataan yang betul-betul berlaku. Nasib baik aku tak beli masa tu kerana aku dah ada RM1 ”ZD” tersebut...macam biasa, aku dapat secara kebetulan juga (RM1 ”ZD” yang nombor sirinya bermula dengan ZD0xxxxxx dan ZD00xxxxx) mungkin nasib menyebelahi aku kot masa tu.


Aku tak kisah sangat gred wang kertas yang aku simpan, asalkan ada dan tak payah beli dah kira baik. Nasihat aku kepada pengunjung blog my-koleksi, kesabaran dan kebijaksanaan adalah sangat penting untuk menjadi seorang collector syiling dan wang kertas lama/baru....nak-nak lagi ”collector” yang kurang sen macam aku, kalau beli tak mampu. Tapi aku ada beli juga syiling dan wang kertas lama/baru tetapi hanya yang betul-betul susah dapat (RARE), kalau tak beli macam mana nak lengkapkan koleksi aku. Masih banyak lagi cerita syiling dan wang kertas lama/baru yang aku belum tulis lagi dalam blog my-koleksi...tunggu sajalah nanti. Syiling dan wang kertas baru pun banyak yang masih kita semua belum tahu, sementara tu bolehlah aku cari dulu koleksi yang belum lengkap.

Oklah, mohon kerjasama pembaca blog my–koleksi supaya dapat memberi info yang menbantu untuk topik ini kerana aku sendiri pun masih mencari lagi kesahihannya kerana banyak juga soalan yang aku terima untuk RM1 ”Z” yang baru dijumpai sekarang. Aku sendiri tak mampu untuk menjawab setiap jawapan tersebut kerana aku bukanlah mahir dan berpengetahuan tinggi dalam bidang matawang, aku hanya ”collector” biasa yang meminati matawang malaysia untuk dijadikan koleksi disamping berkongsi maklumat dengan orang lain. Aku juga akan terus mencari jawapannya......

11 comments:

Anonymous said...

cakap pasal replacement note..saya dpt satu bundle RM1 prefix ZR and AAN jumaat lepas..bersyukur gak sbb koleksi da makin bertanbah...

my-koleksi said...

Salam...

Anonymous,oklah tu. lepas ni bagilah komen guna nama sendiri dan tinggalkan e-mail sekali boleh kita kenal2

TQ

its ME, Zaef! said...

Tu la pasal.. RM1 Z ni dah besepah sepah kat luar tu.. cuma tunggu masa jer untuk sampai kat tangan kita hehehehe.. Cite pasal RM1 rep ni, so far dpt la 2 helai ZM, 1 stack ZP. Tu pon susah payah nak pujuk apek 1 tempat kijer nih.. sbb dia nak pakai wat duit angpau.. huhu.. tapi syukurla dpt..

its ME, Zaef! said...

Tuan umah... or tuan umah.. ari tu aku terbaca 1 artikel kat mana ntah... SAH confirm.. RM1 replacement notes hanya ZA,ZB,ZC,ZD,ZE & ZW... Yg lain tu bukan... huhuhuhu.. sedih gak...
Nanti kalu aku terjumpa balik artikel tu aku post kan erk...

my-koleksi said...

its ME;

Memang betul ZA, ZB, ZC, ZD, ZE dan ZW adalah Replacement note...aku tahu dan dalam buku pun ada ditulis

Sajalah aku tulis topic ni untuk sama2 kita fikir supaya tak ada nanti yang bertanya dan confius dgn RM1 replacement notes siri ke-11 tu

:D

Thanks

jai said...

maaf,just nak tanya...saya ader satu not kertas rm 5.tapi kat belakang not tu ada palang melintang pada tiang bendera.seperti salib.pada not yg lain saya tak jumpa.komen?

BEKOK said...

: Jai...duit $5 tu ada nilai beb.. hage boleh tahan kat pasaran. xsalah dh jadi 10 kali ganda.. (rm50)

salam..

saya pun tertanya-tanya jugak..
pasal keluaran siri Z skrg yang bersepah2...erm..

pasal siri AAA tuh, hehe dh dapat dh sekeping...syukur...

NBaizura said...

hai..

saya dh dapat lebih dari sepuluh keping RM1 yang siri AAA tu..saya simpan coz kawan saya cakap duit tu bernilai..tapi agak2 brapa nilai wang tu ye..AAF n yang lain pun da jugak jumpa..tp saya x simpan..plezz..boleh tolong terangkan??

its ME, Zaef! said...

Hai Nbaizura. Bagi seseorang collector, AAA tu amat bermakna gak la, sbb 1st dlm sejarah Malaysia Ada Notes guna 3 prefix. Lagi la Kalau start AAA, mmg la special. Dari segi value, skang ni masih la affordable dn Tak mahal sgt.. Paling2 mahal pn dlm rm5 skeping. Bagi saya, lebih Baik simpan ajer, Sbb sbg collector, kita bukan nk untung Nak untung sgt, Tapi kepuasan menyimpan tu lebih pending.. Muahahaha.. Just my personal tought... Tak gitu tuan Umah?

No Rulezz said...

saya ade ZJ0515811
ZJ pun included dlm replacement note ke??

hyuzi said...

Saya ada duit rm1 ZQ adakah ia replacement?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute