Ni baru betul orang kata bakar duit, perkara begini benar berlaku di Hungary kerana terdapat satu program penggunaan semula wang Kertas lama dengan cara yang agak unik.
Bank Negara Hungary akan mengumpul wang kertas lama yang sudah rosak dan mengitar semula menjadi pengganti arang. Selepas itu wang kertas lama tersebut diedarkan kepada badan-badan kebajikan pada setiap tahun untuk dijadikan bekalan bahan bakar ketika musim sejuk.
Unik betul la idea diorang dan boleh beramal lagi...... sila layan gambar dibawah;
Tapi, sebelum tu......aku ada satu cadangan, apa kata BNM jual semula wang kertas dan syiling lama yang tidak digunakan lagi kepada "collector". Boleh aku beli terus dengan BNM untuk lengkapkan koleksi, baru la dapat hapus peranan "orang tengah yang cekik darah". Hasil keuntungan dari jualan tersebut bolehlah sedekah kepada rumah anak yatim atau kepada badan-badan kebajikan. Kalau kitar semula macam Bank Negara Hungary buat, macam rugi pula. hehehehe......
Menarik juga kalau dapat tahu bagaimana proses Bank Negara Malaysia (BNM) melupus wang kertas dan syiling lama yang tidak digunakan lagi? :D





