Cari Post lain disini

Loading...

Sunday, November 16, 2008

Apa itu "Replacement Notes"

Apa itu “Replacement Notes” atau “Wang Kertas Gantian”, Jawapannya adalah Wang kertas yang dkeluarkan untuk menggantikan wang kertas yang rosak atau tersalah cetak. Contoh kerosakan yang biasa berlaku diantaranya lebihan warna, kesilapan semasa memotong (potong senget atau terlebih potong), tiada siri nombor dan cetakan pada sebelah bahagian sahaja (contoh berdasarkan yang pernah aku lihat). Wang kertas yang rosak dan salah cetak tersebut akan dimusnahkan oleh bank pusat (Bank Negara Malaysia) dan akan digantikan dengan note/wang kertas baru yang diwakili oleh prefix atau siri nombor khas untuk menandakan ianya Wang Kertas Gantian. Bagi mereka yang bukan pengumpul wang kertas lama/baru, Wang Kertas Gantian dianggap sama dengan wang kertas biasa dan tiada apa-apa yang boleh dianggap istimewa, Sebenarnya nilai Wang Kertas Gantian adalah tinggi bergantung kepada jumlah pengeluarannya. Seandainya semua Wang Kertas Gantian dapat dikumpul dengan lengkap bersama-sama dengan siri wang kertas biasa, ianya boleh dijual dengan harga yang begitu tinggi (sekiranya anda ingin berbuat demikian). Sesetengah Wang Kertas Gantian boleh dikategorikan sebagai RARE dan menjadi buruan oleh para pengumpul termasuklah aku sendiri. Disini aku beri sebahagian contoh Wang Kertas Gantian yang dianggap RARE berdasarkan pemerhatian dan pembacaan aku;
  1. RM10 siri ke-1, Prefix Z/1 xxxxxxxx
  2. RM5 siri ke-2, Prefix Z/1 xxxxxxxx
  3. RM10 siri ke-2, Prefix Z/4 xxxxxxxx
  4. RM5 siri ke-5, Prefix NZ xxxxxxxx
  5. RM10 siri ke-5, Prefix QA xxxxxxxx
  6. RM50 siri ke-5, Prefix WA xxxxxxxx
  7. RM100 siri ke-5, Prefix ZZ xxxxxxxx
  8. RM1000 siri ke-5, Prefix ZZ xxxxxxxx
  9. RM20 siri ke-6, Prefix UZ xxxxxxxx
  10. RM2 siri ke-8, Prefix ZB xxxxxxxx
  11. RM50 siri ke-9, Prefix ZA xxxxxxxx
  12. RM1 siri ke-11, Prefix ZD xxxxxxxx
Rupa-rupanya banyak juga Wang Kertas Gantian yang RARE, masih banyak lagi yang aku belum miliki. Banyak juga modal yang aku perlu keluarkan untuk memiliki semua Wang Kertas Gantian diatas. Oklah, sekarang aku senarai pula semua Wang Kertas Gantian mengikut siri dan Gabenur/Gabenor, Sila lihat carta dibawah;

Carta ringkas Wang Kertas Gantian mengikut siri keluaran
dan Gabenur/Gabenor

Note: Maklumat yang aku perolehi adalah berdasarkan pembacaan dan rujukan daripada beberapa buah buku diantaranya A Complete Education Refrence Malaysia Banknotes & Coins dan History of Malaysian Banknotes & Coins. Ada juga maklumat yang aku tambah sendiri kerana ianya masih belum dibukukan sebagai contoh Wang Kertas Gantian siri ke-11 RM1 ZE xxxxxxx, RM10 ZC xxxxxxx dan RM50 ZE xxxxxxx.

14 comments:

vonn said...

salam...

info lagi nih..thanks for sharing :D

my-koleksi said...

vonn: Terima kasih kerana selalu berkunjung

faizal said...

setinggi- tinggi terima kasih kerana info yang amat berguna buat saya....dan makin membara pula lagi nak mengumpul coin ni,hehehe.

Limau tambun said...

Salam,
Satu rencana yg informatif dan carta yg boleh dijadikan panduan oleh kolektor.
Syabas.

my-koleksi said...

Salam..

Terima kasih kerana berkunjung ke blog my-koleksi dan jg komen yg diberikan, saya tulis apa yg saya tahu utk berkongsi dengan orang lain...itu lah tujuan wujudnya blog ini, harap saudara akan berkunjung lagi, saya akan sentiasa updates.

EgNaro said...

Salam bro..

Nak tanya ni..Camne yek nak tau duit2 tu adalah duit Replacement? Selain dari buku, ada cara lain ke nak tau? Adakah sume duit Replacement akan kuar dengan Prefix "Z" ? Camne lak ngan prefix "NZ","QA","WA","UZ" seperti contoh diatas? kenapa duit tu bole jadi Replacement Note? Terangkan lagi bro..thanks..

my-koleksi said...

EnNaro..

Thanks sbb berkunjung ke blog my-koleksi, persoalan yang saudara tanya tu aku rasa sudah terjawab...semuanya jelas kalau saudara rujuk pada Carta ringkas Wang Kertas Gantian mengikut siri keluaran dan Gabenur/Gabenor.

Diharap saudara berpuas hati...

TQ

EgNaro said...

oh..sori2..saya tak perasan yang tu..ok2 thanks..saya da copy carta tu wat rujukan..

Anonymous said...

Ass'lkum bro

saya ada baru dapat RM1
note replacement ZH...ini yang terbaru ke?

Simpanan saya untuk RM1 replacement
ZC,ZD,ZE,ZH dan ZW

Anonymous said...

Ass'lkum Bro

Boleh saya tanya
yang terbaru RM1 replacement Z?
saya ada dapat hari ZH

harap dapat beritahu saya

Terima kasih


Selain itu saya ada juga simpan RM1 replacement
ZC,ZD,ZE,ZW

Anonymous said...

salam..
sya ad duit rm10 siri ke9 AWxxxxxxx, camne nk taw duit tu rare ke x??

wana said...

skrg ne bnyk duit z,sume 2 replacement ker?g 1 rare 2 cmner ye xfhm....sy kmpul gak wet-wet lme tp utk ske2

Azrai Uzmi said...

sy kagum dgn sikap anda mberitahu mgenai replacement note ni...sbb sy n stargeng merahsiakn.... klu nk lg rare cri replacement note angka brturutan...

Hasbullah Saipuddin said...

as..salam...sye ade duit RM50 tiada cetakan silver ....ika berminat boleh buat tawaran kt sye d email...abdullah_cabinet@yahoo.com



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute