Cari Post lain disini

Thursday, April 10, 2008

Kenali Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) & Tandatangan

Semenjak Bank Negara Malaysia (BNM) atau Bank Negara Tanah Melayu (BNTM) ditubuhkan pada tahun 1959 sehingga kini, BNM telah ditadbir oleh 9 orang Gabenor. Seksyen 15 (1) Akta Bank Negara Malaysia 2009 memperuntukkan bahawa Gabenor hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Gabenor oleh Menteri (yang bertanggungjawab terhadap kewangan negara).

Senarai Gabenor BNM seperti dibawah:

1. Tan Sri W H Wilcock (1 Januari 1959 - 26 Julai 1962)


  • Nama Penuh: Tan Sri William Howard Wilcock
  • Tarikh Lahir: 21 Disember 1904
  • Tempat Kelahiran: Ballarat, Victoria, Australia
  • Pendidikan Tertinggi: 
    • Sijil berhenti sekolah Sekolah Tinggi Ballarat yang lebih kurang setara dengan SPM atau GCSE sekarang
  • Tempoh Perkhidmatan Sebagai Gabenor: 1 Januari 1959 - 26 Julai 1962

Ringkasan:

  • Jawatan terdahulu adalah Penolong Gabenor Bank Komanwel Australia (Bank Pusat Australia). 
  • Pada 26 Januari 1959 - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad (YDPA Pertama) telah melantik beliau sebagai Gabenor BNM pertama dan Pengerusi Lembaga Bank Pusat Malaya atau lebih dikenali sebagai “Bank Negara Tanah Melayu” untuk tempoh 2 tahun.
  • Kemudian, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu menyambung kontrak beliau selama 6 bulan
  • Beliau bersara pada 25 Julai 1962

Contoh tandatangan Gabenor pertama:

Cek Pertama Bank Negara Tanah Melayu Tandatangan Gabenor BNTM Pertama


2. Tun Ismail bin Mohamed Ali (27 Julai 1962 - 25 Julai 1980)


  • Nama Penuh: Tun Ismail bin Mohamed Ali 
  • Tarikh Lahir: 16 September 1918
  • Tempat Kelahiran: Pelabuhan Klang, Selangor
  • Pendidikan Tertinggi: 
    • Sarjana Muda Undang-undang & Ekonomi dari Cambridge University
  • Tempoh Perkhidmatan Sebagai Gabenor: 27 Julai 1962 - 25 Julai 1980

Ringkasan:

  • Rakyat Malaysia pertama dilantik sebagai Gabenor BNM.
  • Sebelum itu, beliau dilantik sebagai Penolong Gabenor Bank Negara Tanah Melayu (BNTM)
  • Beliau berkahwin dengan Toh Puan Maimunah Abdul Latiff (meninggal dunia pada 19 Julai 1998 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, Kuala Lumpur)
  • Beliau adalah abang kepada Tun Dr. Siti Hasmah Mohamed Ali yang merupakan isteri kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad (Mantan Perdana Menteri Malaysia)

Contoh tandatangan Gabenor ke-2:

Wang Kertas Contoh RM1000 Prefix A1 000000


3. Tan Sri Abdul Aziz bin Taha (26 Julai 1980 - 31 Mei 1985)


  • Nama Penuh: Tan Sri Dato' Abdul Aziz bin Haji Taha
  • Tarikh Lahir: 1 April 1936
  • Tempat Kelahiran: Johor
  • Pendidikan Tertinggi: 
    • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Australia
  • Tempoh perkhidmatan sebagai Gabenor: 26 Julai 1980 - 31 Mei 1985

Ringkasan:

  • Mula berkhidmat dengan BNM pada tahun 1969 dengan menjawat jawatan sebagai Penolong Pengurus di Jabatan Pelaburan & Perakaunan
  • Dilantik sebagai Gabenor BNM pada 26 Julai 1980 menggantikan Tun Ismail Mohamed Ali (Gabenor BNM pertama)
  • Menurut sumber, beliau dikatakan meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan polisi kewangan & perbankan. Menteri Kewangan pada ketika itu adalah Tun Daim Zainuddin.

Contoh tandatangan Gabenor ke-3:

Wang Kertas Contoh RM5 Prefix NA0000000


4. Tan Sri Dato' Jaffar bin Hussein (1 Jun 1985 - 30 April 1994)


  • Nama Penuh: Tan Sri Dato' Jaafar bin Hussein
  • Tarikh Lahir: 11 November 1931
  • Tempat Kelahiran: Muar, Johor
  • Pendidikan Tertinggi: 
    • Akauntan Bertauliah, University Queensland, Australia
  • Tempoh Perkhidmatan Sebagai Gabenor: 1 Jun 1985 - 30 April 1994

Ringkasan:

  • Sebelum dilantik sebagai Gabenor BNM, beliau adalah CEO Maybank
  • Semasa beliau memegang jawatan Gabenor BNM, Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 telah digubal dan penyeliaan industri insurans telah dipindahkan daripada Kementerian Kewangan kepada Bank Negara pada Mei 1988
  • Beliau turut terlibat dalam penubuhan Suruhanjaya Sekuriti, National Mortgage Corporation Cagamas Bhd dan Rating Agency Malaysia Bhd.
  • Beliau dikaitkan dengan pelaburan Forex yang BNM mengalami kerugian berbillion Ringgit, menteri kewangan pada ketika itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Tan Sri Jaffar bertanggungjawab sepenuhnya dengan kerugian besar yang dialami oleh BNM
  • Beliau meletakkan jawatan pada 1 April 1994

Contoh tandatangan Gabenor ke-4:

Wang Kertas Contoh RM5 Tandatangan Gabenor BNM Ke-4



5. Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don (1 Mei 1994 - 1 September 1998)


  • Nama Penuh: Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don
  • Tarikh Lahir: 29 Julai 1947
  • Tempat Kelahiran: Pontian, Johor
  • Pendidikan Tertinggi: 
    • Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Ekonomi dan Perniagaan University of Wales, Aberystwyth, United Kingdom (1969)
  • Tempoh Perkhidmatan Sebagai Gabenor: 1 Mei 1994 - 1 September 1998

Ringkasan:

  • Dilantik sebagai Gabenor BNM pada 1 Mei 1994
  • Ketika pentadbiran beliau, berlakunya Krisis Kewangan Asian (sering disebut Krisis Matawang Asia) iaitu krisis kewangan yang bermula pada Julai 1997 di Thailand dan mempengaruhi mawatang, bursa saham dan harga aset lainnya di beberapa negara termasuk malaysia
  • Perdana Menteri ketika itu adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad, bagi menangani krisis tersebut kawalan "modal" diperkenalkan, menambat Ringgit kepada Dollar US dan mengurangkan kadar faedah pinjaman
  • Gabenor BNM ke-5 telah meletak jawatan pada 1 September 1998


Contoh tandatangan Gabenor Ke-5:

Wang Polimer RM50 Sempena Kuala Lumpur '98 Sukan Komanwel XVI


6. Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman (7 Sept 1998 - 30 April 2000)


  • Nama Penuh: Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan Sulaiman
  • Tarikh Lahir: 3 April 1941
  • Tempat Kelahiran: Pulau Pinang
  • Pendidikan Tertinggi: 
    • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (1965) dan Sarjana Ekonomi Pembangunan (1972), Universiti Wisconsin, Amerika Syarikat
  • Tempoh Perkhidmatan Sebagai Gabenor: 7 September 1998 - 30 April 2000

Ringkasan:

  • Dilantik sebagai Gabenor BNM pada 7 September 1998
  • Sebelum ini, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri 
  • Beliau mengamalkan dasar proaktif dan mesra perniagaan untuk memulihkan ekonomi memandangkan pada beliau mengambil jawatan Gabenor BNM Krisis Kewangan Asian (Krisis Matawang Asia) masih berlaku.
  • Pada 29 Julai 1999, BNM mengumumkan program penggabungan bagi sektor perbankan domestik yang melibatkan 55 institusi perbankan Malaysia bergabung ke dalam 6 bank utama
  • Keperluan untuk Bank tempatan bergabung menjadi penting apabila organisasi perdagangan dunia memberi tekanan kepada negara untuk membuka pasaran kewangan mereka kepada bank asing
  • Pada bulan Ogos 1999, penggabungan 6 bank utama di Malaysia bermula. Bank utama ialah Malayan Banking Bhd, Bank of Commerce (M) Bhd/Bank Bumiputra Malaysia Berhad, Public Bank Bhd, Southern Bank Bhd, Perwira Affin Bank Bhd dan Multi-Purpose Bank Berhad.
  • Pada bulan Oktober 1999 Semua 58 institusi perbankan domestik, bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan telah menandatangani satu memorandum persefahaman berkenaan dengan program penggabungan.
  • Beberapa bulan kemudian, BNM memansuhkan pelan tindakan tersebut dan membenarkan bank untuk memilih rakan-rakan mereka sendiri dalam penggabungan dijangka selesai pada Disember 2000.
  • Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan Sulaiman bersara sebagai Gabenor BNM pada 1 Mei 2000

Contoh tandatangan Gabenor ke-6:

Wang Kertas RM1 Prefix CR Tandatangan Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan Sulaiman 


7. Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz (1 Mei 2000 - 1 Mei 2016)


  • Nama Penuh: Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz 
  • Tarikh Lahir: 26 Ogos 1947
  • Tempat Kelahiran: Johor Bahru, Johor
  • Pendidikan Tertinggi: 
    • Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, Universiti Malaya
    • Sarjana Ekonomi, Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat
    • Doktor Falsafah dan Kewangan dan Ekonomi Antarabangsa, Universiti Pennsyvania, Amerika Syarikat.
  • Tempoh Perkhidmatan Sebagai Gabenor: 1 Mei 2000 - 1 Mei 2016

Ringkasan:

  • Wanita pertama yang dilantik sebagai Gabenor BNM pada 1 Mei 2000
  • Beliau memulakan kerjaya sebagai Penyelidik ekonomi di Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran Bank Pusat Asia Tenggara (South-East Asia Central Bank Training & Research Centre) pada tahun 1979 hingga 1984
  • Kemudian beliau dilantik sebagai Penolong Pengurus Jabatan Ekonomi di Bank Negara Malaysia dan seterusnya memnegang jawatan sebagai Ketua Jabatan Ekonomi 
  • Pada 1 September 1998, beliau telah dilantik sebagai Pemangku Gabenor BNM selepas Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don (ketika itu Dato Ahmad Mohd Don) mengundurkan diri. Kemudian beliau dilantik sebagai Gabenor BNM ke-7
  • Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Danaharta Nasional Bhd dari tahun 1998-2000. 
  • Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd sejak tahun 2004.
  • Pada 13 September 2010, Tan Sri Zeti Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance
  • Pada 20 April 2011, beliau telah dilantik semula sebagai Gebenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Mei 2011 sebelum bersara pada tahun 1 Mei 2016.
  • Pengalaman beliau selama lebih tiga dekad sebagai ahli bank pusat terserlah menerusi keterlibatan beliau dengan tiga krisis kewangan yang terbesar
    • Krisis Mekanisme Kadar Pertukaran Eropah (European Exchange Rate Mechanism, ERM) pada tahun 1992, ketika beliau bertugas sebagai ketua Pejabat Perwakilan Bank di London
    • Krisis Kewangan Asia yang berpunca daripada pengaliran keluar dana asing secara mendadak dari rantau ini
    • Krisis Kewangan Global pula melanda pada tahun 2008 -2009 yang bermula di Amareka Syarikat dan kemudiannya Menular ke seluruh Eropah
  • Sejak dilantik sebagai Gabenor pada tahun 2000, Beliau telah memulakan usaha untuk melaksanakan perubahan bersifat transformasional terhadap sistem kewangan negara bukan sahaja berupaya memberikan sokongan terbaik kepada ekonomi malahan lebih berdaya tahan terhadap krisis kewangan

Contoh tandatangan Gabenor ke-7:

Wang Kertas RM50 Sempena Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Malaysia



8. Tan Sri Muhammad bin Ibrahim (1 Mei 2016 - 16 Jun 2018)


  • Nama Penuh: Tan Sri Muhammad bin Ibrahim
  • Tarikh Lahir: 25 September 1960
  • Tempat Kelahiran: Batu Gajah, Perak
  • Pendidikan Tertinggi: 
    • Diploma Pascasiswazah dalam Perbankan Islam dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
    • Ijazah Sarjana Muda dalam Perakaunan dari Universiti Malaya (UM)
    • Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam (MPA), Harvard Kennedy School
  • Tempoh Perkhidmatan Sebagai Gabenor: 1 Mei 2016 - 16 Jun 2018

Ringkasan:

  • Beliau dipilih sebagai Gabenor BNM ke-8 menggantikan Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz. 
  • Pemilihan jawatan Utama di BNM tersebut pada ketika itu boleh dikatakan amat sengit kerana banyak nama-nama hebat dicadangkan.
  • Beliau yang menyertai bank pusat itu pada 1984 dan dilantik sebagai Timbalan Gabenor pada Jun 2010
  • Selama 32 tahun bersama dengan bank pusat, beliau berkhidmat dalam banyak bahagian termasuk peraturan dan pengawalseliaan bank, perancangan strategik, sistem pembayaran, insurans, perbankan luar pesisir, perbendaharaan dan pasaran kewangan.
  • Sebelum itu beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Danamodal Nasional Bhd dan Pesuruhjaya Suruhanjaya Sekuriti.
  • Beliau meletak jawatan selepas dikaitkan dengan skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB)
Contoh tandatangan Gabenor Ke-8:

Wang Kertas Peringatan Bersempena Ulang Tahun Ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu


9. Datuk Nor Shamsiah binti Mohd Yunus (1 Julai 2018 - kini)


  • Nama Penuh: Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus
  • Tarikh Lahir: 4 Jun 1964
  • Tempat Kelahiran: Kampung Baru, Kuala Lumpur
  • Pendidikan Tertinggi: 
    • Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Perakaunan dari University of South Australia 
    • Akauntan Awam Bertauliah (CPA)
  • Tempoh Perkhidmatan Sebagai Gabenor: 1 Julai 2018 - kini

Ringkasan:

  • Wanita kedua yang dilantik memegang jawatan Gabenor BNM
  • Kerjaya beliau di Bank Negara Malaysia bermula pada April 1987, beliau pernah dilantik sebagai Pengarah bagi Bank Regulation Department dari 1999 hingga 2014 dan seterusnya dilantik menjadi Penolong Gabenor
  • Setelah itu beliau telah dilantik menjadi Timbalan Gabenor Bank Negara dari tahun 2010 hingga 2013 dan dari tahun 2013 hingga 2016
  • Beliau ketika itu bertanggungjawab ke atas penyeliaan perbankan, insurans dan Takaful, perisikan kewangan dan penguatkuasaan, pengurusan bakat, kewangan dan perkongsian perkhidmatan di BNM
  • Beliau turut terlibat di dalam siasat skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan meletak jawatan pada November 2016
  • Kemudian beliau berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Bahagian Kewangan dan Pasaran Modal di Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada April 2017

Contoh tandatangan Gabenor ke-9:

Wang Kertas Tandatangan Gabenor BNM Ke-9


***Kemaskini pada 10 Jun 2021


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute