Cari Post lain disini

Tuesday, November 18, 2008

Respek @ Hormat

Malas aku nak ber"intro" panjang-panjang sebab aku tengah bengang sekarang kerana gambar Syiling 50 sen 1988 "Extra DOT" aku telah diciplak dan digunakan oleh seorang forumer bernama/nickname Rizz one bagi topiknya mencari duit syiling 50 sen tahun 1975 (mana ada syiling 50 sen tahun 1975, sampai kucing bertanduk pun kau cari tak jumpa) dalam forum http://www.carigold.com/ . Dah letak watermark my-koleksi pun masih kena ciplak juga, kalau korang tidak percaya boleh lihat screenshot di bawah;


Sila klik untuk besarkan gambar

Aku terjumpa gambar dalam forum tersebut pun secara kebetulan kerana aku join forum tersebut tetapi tidak aktif (sekadar pembaca setia sahaja), nak dijadikan cerita aku ternampak topik pasal syiling 50 sen. Apa lagi, kalau topik forum berkaitan duit syiling/wang kertas lama dan baru aku joinlah. Boleh aku dapat info baru, aku terperasan yang en. Rizz one guna gambar salah satu koleksi aku. Guna gambar satu hal, tidak beri penghargaan/kredit pula pada owner asal (senang cakap, tidak memberi tahu sumber asal gambar tersebut). Main slumber badak saja guna, en Rizz one.....ada kau baca "Copyright" yang aku letak dalam blog my-koleksi dibahagian bawah sekali. Nak tahu apa "Copyright" tu?? aku letak "Copyright" itu disini khas buat kau dan aku siap Bold dan guna warna merah supaya en Rizz one boleh perasan;

Copyright ©2008 http://my-koleksi.blogspot.com. Semua gambar dan kandungan dalam Blog ini adalah hak milik sepenuhnya http://my-koleksi.blogspot.com kecuali yang dinyatakan sumber salinannya, sebarang bentuk penyalinan atau pameran gambar dan kandungan blog ini adalah dilarang sama sekali. Jika anda mempunyai masalah sila tinggalkan pesanan diruang komen atau ALOOO!!! atau email ke mykoleksi@yahoo.com untuk tindakan selanjutnya.

Dibawah adalah gambar asal dari blog aku, cuba klik Syiling 50 sen 1988 "Extra DOT"

Klik untuk besarkan gambar

Ini pula gambar yang telah dikecilkan dan digunakan oleh en Rizz one dalam forum tersebut ;

Klik untuk besarkan gambar
(kalau boleh besar lagi lah)

Untuk pengetahuan korang semua, aku dah tulis "visitor messages" kepada en Rizz one tetapi sampai sekarang masih belum ada apa-apa tindakan diambil oleh en Rizz one. Sila lihat screenshot dibawah;

Sila klik untuk besarkan gambar

Aku sebenarnya malas nak "sound-sound" orang tetapi aku terpaksa berbuat demikian kerana aku ada hak untuk berbuat demikian, en Rizz one mesti belajar memahami hak orang lain dan respek/hormat. Aku berharap en Rizz one dapat terima teguran aku dengan hati yang terbuka dan belajar memberi penghargaan/kredit diatas apa saja yang diambil dari orang lain. Rasanya tidak susah sangatkan nak beri penghargaan/kredit kepada orang lain, dengan meletak link url, sumber bahan atau nama website pun aku rasa sudah memadai. Aku bukan ingin mencari populariti dengan menulis berkenaan hal ini, makluman kepada en Rizz one...blog my-koleksi diwujudkan adalah bertujuan untuk "share" maklumat berkenaan hobi mengumpul duit syiling/wang kertas lama dan baru dengan orang ramai disamping untuk menarik minat mereka mendekati hobi ini. "Share" bukan bermakna en. Rizz one/orang lain bebas untuk menyalin kandungan blog aku sewenang-wenangnya tanpa izin, ada diantara kandungan blog my-koleksi adalah hak milik persendirian dan peribadi. Aku tidak dibayar untuk wujudkan blog my-koleksi tetapi aku rasa perkataan RESPEK/HORMAT sudah cukup untuk menerangkan maksud yang cuba aku sampaikan disini.

Aku RESPEK forum carigold tetapi aku tidak RESPEK dengan en Rizz one, Aku berharap perkara sebegini tidak akan berulang lagi.

6 comments:

Unknown said...

btol aper kau ckp ni. harta intelek kau ni. sukati jer nak cilok.

Unknown said...

salam...

kalu letak kredit pon dah ok apa..tak patut la amik terus barang org..

*aku pon baru tau duit50sen 75 tak wujud..kehkeh..info lagi..

Anonymous said...

RHisham: betul tu...agak2 la kalau nak cilok, kalau nak cilok pun biarlah berakal sikit. banyak lagi gambar yg tak ada watermark yang dia boleh ambil...kalau yang tu dia tak yah bg kredit pun tak pa, tak ada sapa2 nak marah.

vonn: aku setuju, bukan susah pun nak bagi kredit atas hak orang lain....ambil/guna biar beretika dan berhemah.

Anonymous said...

aku rs die ada lemah pengetahuan cane nk bubuh kredit lew hehe..

Anonymous said...

kapalkertas...entah la tp aku harap dia dapat terima teguran aku tu dengan hati terbuka.

Mohammad Suhaimi said...

beliau tak delete/buang watermark pun dh konsider ada kredit utk anda. takde masalah melainkan anda tidak letak watermark. perkara kecil.

Rujuk pada kes ondscene.my, ohmedia, ohtidak.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute