Cari Post lain disini

Showing posts with label medallion. Show all posts
Showing posts with label medallion. Show all posts

Tuesday, May 5, 2020

Medallion Sempena Ulang Tahun Ke-60 Bank Negara Malaysia (BNM) Sebagai Bank Pusat

Medallion Sempena Ulang Tahun BNM Ke-60 Sebagai Bank Pusat

Medallion khas yang didatangkan dalam set 3 dalam 1 ini direka secara eksklusif sebagai cenderahati untuk kakitangan Bank Negara Malaysia (BNM) sempena ulang tahun ke-60 BNM sebagai Bank Pusat (1959 - 2019). 

Reka bentuk medallion tersebut telah menampilkan ukiran bangunan yang pernah diduduki atau menjadi ibu pejabat BNM sepanjang sejarah penubuhannya yang secara tidak langsung mengambarkan perjalanan dan perkembangan BNM sepanjang tempoh enam (6) dekad.

Pada bahagian belakang medallion tersebut pula, reka bentuk dan motifnya diilhamkan daripada tiga siri duit syiling yang pernah dikeluarkan oleh BNM semenjak penubuhannya.

Penerangan Dan Spesifikasi Teknikal Medallion

Medallion tersebut diletak dalam kotak eksklusif berserta dengan kad berwarna keemasan yang ada penerangan ringkas dan spesifikasi teknikal berkenaan medallion sempena ulang tahun ke-60 BNM sebagai Bank Pusat.

Medallion 1: Meletakkan Asas (Laying the Foundation)

Reka Bentuk Bahagian Hadapan Medallion 1

Rekabentuk medalion ini menampilkan bangunan Sultan Abdul Samad yang bukan sahaja ikon kemerdekaan negara tetapi juga bangunan pejabat BNM ketika pertama kali ianya dibuka pada 26 Januari 1959. Bangunan Sultan Abdul Samad telah menjadi ibu pejabat BNM selama sebelas (11) tahun sebelum berpindah ke bangunan BNM sekarang yang terletak di Jalan Dato 'Onn pada bulan Disember 1970.

Reka Bentuk Bahagian Belakang Medallion 1

Bahagian belakang medalion ini telah dihiasi dengan bangunan parlimen, bulan sabit, bintang dan ukiran motif bunga raya berkembar yang begitu sinomin dengan duit syiling Malaysia siri pertama.

Sepcifikasi Teknikal:
  • Bahan/Kandungan : Tembaga (Copper)
  • Garis Pusat (mm) : 40.70
  • Berat (g) : 28.70
  • Ketebalan (mm) : 2.85
  • Kilang/Tempat Tempaan : Kilang Wang BNM
  • Jumlah Tempaan (keping) : 3,200

Tuesday, April 16, 2019

Medalion Peringatan Emas Tun Dr. Mahathir Mohamad Keluaran Puncak Julung Enterprise

Rekabentuk Medalion Peringatan Emas Tun Dr. Mahathir Mohamad

Pada 23 Mac 2019 yang lalu dunia numismatik sekali lagi dikejutkan dengan kehadiran medalion peringatan emas Tun Dr. Mahathir Mohamad, mykoleksi dapat tahu apabila terbaca perkongsian geng numis di "Facebook" mereka.

Kenapa syarikat yang mengeluarkan medalion tersebut memperkenalkannya kepada awam sebagai "syiling"? nanti mykoleksi akan rungkaikan.

Hari ini baru mykoleksi berpeluang untuk menulis berkenaan medalion peringatan emas tersebut, apa yang mykoleksi kongsikan ini adalah pandangan seorang peminat hobi numismatik dan juga pengumpul. Semoga anda semua mendapat manfaat.

Hasil carian melalui "Google" dan "Facebook" mykoleksi dibawa ke pautan di bawah, jom kita sama-sama baca.
  1. Syiling emas peringati kemenangan PH dilancar, Fadzil Zainol (24 Mac 2019 1:49 PM)
  2. Dr M berusaha kembalikan kedudukan Malaysia sebagai ‘Harimau Asia’, kata menteri - FMT Reporters, March 24, 2019 2:51 PM
  3. DAPATKAN SEGERA EDISI TERHAD "DUIT SYILING PERINGATAN TUN DR MAHATHIR" SEKARANG! - Lia Hasty, March 13, 2019
  4. Koleksi syiling emas Dr Mahathir dikeluarkan - Wartawan MalaysiaGazette, 24 Mac 2019
  5. Syiling Peringatan Emas Tun Mahathir - Puncak Julung Enterprise
  6. Facebook Puncak Julung Enterprise
Ringkasan yang mykoleksi boleh buat hasil daripada rujukan dan maklumat yang diperolehi adalah:
  1. Medalion peringatan emas tersebut bertujuan memperingati detik bersejarah negara dalam PRU-14 dan kepimpinan YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad.
  2. Diperbuat daripada emas 999 (0.1 gram) 
  3. Harga jualan RM160 (termasuk penghantaran)
  4. Medalion peringatan emas edisi terhad tetapi tidak dinyatakan jumlah keluarannya.
  5. Diusahakan oleh sebuah syarikat, Puncak Julung Enterprise 
  6. Pengerusi Puncak Julung Enterprise, Datuk Mohd Rodhi Abd Hamid

Tuesday, December 4, 2018

Benarkah 'Tangan-tangan Ghaib' Merosakkan Hobi Numismatik?

Pada suatu pagi yang hening, hari sabtu (24 November 2018) sekitar jam 3.30 - 5.00 pagi. Satu perbincangan serius telah berlaku di Port 2, Numismatic Cafe, Seksyen 7, Shah Alam. Segalanya bermula apabila terbaca posting di dalam 'group' jual beli di Facebook yang memaparkan kisah medalion peringatan pertabalan Tuanku Sultan Kedah dan duit syiling peringatan yang dikaitkan dengan Jambatan Pulau Pinang.

Perbincangan pagi tanpa dirancang tersebut turut dihadiri oleh para penumis-penumis hebat yang memiliki kelebihan tersendiri dalam dunia hobi numismatik, sumbangan mereka semasa perbincangan berlangsung amat bermakna buat mykoleksi. mykoleksi mengambil serius semua pandangan dan pendapat yang diutarakan semasa perbincangan berlangsung.

Senarai kehadiran:
  1. Awang Sulaiman (pemilik Port 2)
  2. Che Lee Lie Lie
  3. Anizam Mustafa
  4. mykoleksi (bukan gabenor BNM)
Senarai yang ponteng:
  1. Mohd Asyraf (balik tidoq, esok nak pi KLIMS'18)

Geng Perbincangan Tengah 'Pening-pening Lalat' Memikirkan Tentang  Isu 'Tangan-tangan Ghaib'

Walaupun ianya sudah melebihi seminggu berlalu, mykoleksi rasa terpanggil untuk mengetahui apa sebenarnya yang sedang berlaku dalam dunia hobi numismatik sekarang. Adakah 'tangan-tangan ghaib' telah kembali aktif tanpa berselindung lagi dan bebas menjalankan 'kerja' mereka tanpa memikirkan 3 soalan penting.

HALAL vs HARAM
PAHALA vs DOSA 
AMANAH vs KHIANAT 

Rentetan daripada perbincangan serius tersebut mykoleksi telah mengambil keputusan untuk menulis berkenaan "tangan-tangan ghaib' di dalam blog, kebetulan pula sudah lama mykoleksi merancang untuk menulisnya tetapi 'subjek' yang sesuai atau betul-betul kuat belum ditemui. Kebetulan pada pagi itu, 'subjek' yang memenuhi kriteria mykoleksi tanpa diduga telah muncul.

Selain maklumat yang diperolehi melalui perbincangan tersebut, mykoleksi juga turut mencari maklumat tambahan secara 'online' dan 'offline' supaya apa yang mykoleksi kongsikan nanti lebih jelas dan mudah difahami bagi mengelakkan ianya disalah tafsir. Itupun jika anda sanggup membacanya sehingga ke akhir kerana tajuk kali ini boleh dikategorikan sebagai 'novel'.

Jadi, mykoleksi dengan ini mengambil RISIKO untuk berkongsi hasil penulisan mykoleksi dengan anda semua supaya sama-sama kita fikirkan dan beri perhatian.

Ada dua (2) topik hangat yang mykoleksi berminat untuk memberi ulasan yang telah dikenalpasti ada kaitan dengan isu 'tangan-tangan ghaib' iaitu:
  1. Medalion Peringatan Pertabalan Sempena Istiadat Pertabalan KDYMM Tuanku Sultan Kedah ke-29
  2. Duit Syiling Peringatan Semperna Jambatan Pulau Pinang, 2014
mykoleksi mulakan dahulu ulasan topik perbincangan pertama yang tengah panas sekarang iaitu: 

Medalion Peringatan Pertabalan Sempena Istiadat Pertabalan KDYMM Tuanku Sultan Kedah ke-29


Rekabentuk Medalion Peringatan Pertabalan Sempena Istiadat Pertabalan KDYMM Tuanku Sultan Kedah ke-29 - Kemaskini (10 Disember 2018): gambar sebelum ini terpaksa digantikan dengan gambar lain atas permintaan pemilik asal gambar tersebut kerana telah disalahgunakan oleh individu 4

Ringakasan:
  1. Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan untuk merasmikan majlis pelancaran Setem dan Medalion Peringatan Pertabalan Sempena Istiadat Pertabalan KDYMM Tuanku Sultan Kedah ke-29 yang dijadualkan berlangsung pada 22 Oktober 2018 (Isnin).
  2. Semasa majlis perlancaran berlangsung, tiada pengumuman tentang tarikh jualan medalion peringatan pertabalan kepada orang awam khasnya rakyat negeri Kedah Darul Aman.
  3. Terdapat lima (5) jenis medallion peringatan pertabalan yang disediakan sempena istiadat pertabalan iaitu dua jenis medalion emas, dua jenis medalion perak dan satu jenis medalion emas nordic yang kesemuanya bermotifkan gambar Sultan Kedah.
  4. mykoleksi difahamkan yang medalion tersebut akan dijadikan cenderahati kepada tetamu-tetamu yang hadir pada istiadat pertabalan.
  5. Medalion mana yang akan dijadikan cenderahati tidak dapat dipastikan, berdasarkan pemerhatian mykoleksi berkemungkinan medalion emas nordic dan set VVIP (4 dalam 1) yang dijadikan cenderahati.
  6. Medalion peringatan pertabalan ini dikeluarkan/ditempa oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, semua perkara berkaitan medalion pertabalan contohnya penjualan akan diuruskan oleh pihak kerajaan negeri sama bukannay BNM seperti medalion peringatan kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Sulatan Johor pada 23 Mac 2015. 
  7. Ketika artikel ini ditulis, masih belum ada pengumuman rasmi dibuat oleh kerajaan negeri Kedah berhubung tarikh penjualan medalion peringatan tersebut.
  8. mykoleksi telah menghantar email pada 22 November 2018 bertanyakan berkaitan tarikh jualan medalion pertabalan tersebut tetapi masih belum menerima jawapan balas daripada mereka.

Tuesday, November 13, 2018

Pengeluaran Medallion Silver Sempena Ulang Tahun Ke-58 International Stamp & Coin Sdn. Bhd.

Poster Medallion Silver Sempena Ulang Tahun ke-58 Penubuhan International Stamp & Coin Sdn. Bhd. (1960 - 2018) 

Selalunya mykoleksi mesti tahu dapat menghidu cerita berkaitan numismatik tetapi kali ini mykoleksi betul-betul tak tahu langsung yang Mr. Steven Tan akan mengeluarkan medallion silver sempena ulang tahun ke-58 penubuhan International Stamp & Coin Sdn. Bhd. (1960 - 2018) yang mula dijual pada 27 Oktober 2018 lepas.

Sampai hati hang pa tak bagitau mykoleksi, nak merajuk pun tak guna. Maka terpaksalah mykoleksi terima dengan redha, nasib baiklah masih ada lagi medallion tersebut dijual tetapi tak banyak dah yang tinggal.

mykoleksi tabik spring kepada Mr. Steven Tan kerana bukan mudah untuk mengemudi syarikat yang berkaitan filateli dan numismatik untuk terus kukuh seperti yang beliau lakukan. Anda boleh pergi menuntut dengan beliau untuk mengetahui rahsianya. 

Bagaimana rupabentuk rekaan dan spesifikasi teknikal medallion tersebut anda boleh rujuk dibawah, medallion tersebut dikeluarkan sebanyak 500 keping sahaja (terhad) dan hanya nombor siri bermula 002 - 500 dijual kepada pelanggan. 

Ini bermakna nombor siri 001 dipegang oleh Mr. Steven Tan sendiri mungkin ada maksud tersendiri bagi beliau.

Rupabentuk Rekaan dan Spesifikasi Teknikal

Spesifikasi Teknikal:

Tema: Ulang Tahun
Jenis: Medallion
Bahan Logam: Silver 999
Berat: 1/10 oz
Garis Pusat: 25 mm
Kuantiti Tempaan : 500 keping
Nombor Siri: 001 - 500
Tarikh Jualan: 27 Oktober 2018
Harga Jualan: RM50


Monday, October 15, 2018

Majlis Pelancaran Setem & Medalion Pertabalan Sempena Istiadat Pertabalan KDYMM Tuanku Sultan Kedah ke-29

Pada hari ini, Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan untuk merasmikan Majlis Pelancaran Setem & Medalion Pertabalan Sempena Istiadat Pertabalan KDYMM Tuanku Sultan Kedah ke-29 yang dijadualkan berlangsung pada 22 Oktober depan. 

Majlis tersebut telah berlansung di Istana Anak Bukit, Alor Setar Kedah Darul Aman.

Menurut sumber, terdapat lima (5) jenis Medallion Pertabalan yang disediakan sempena istiadat pertabalan iaitu dua jenis medalion emas, dua jenis medalion perak dan satu jenis medalion emas nordic yang kesemuanya bermotifkan gambar Sultan Kedah.

Medalion tersebut juga akan dijadikan cenderahati kepada tetamu-tetamu yang hadir pada istiadat pertabalan nanti.

Rekaan dan pengeluaran medalion itu melibatkan kerjasama Bank Negara Malaysia manakala penyediaan rekaan dan percetakan setem berkenaan pula mendapat kerjasama Pos Malaysia Berhad.

Terima kasih diucapkan kepada sahabat terdekat mykoleksi yang berkongsi berita gembira ini setelah dunia Numismatik dilanda suram selama hampir 11 bulan tanpa khabar berita berkenaan syiling peringatan yang bakal keluar oleh BNM.

mykoleksi rasa dengan adanya berita ini, hidup kita akan lebih ceria dan bermakna. Marilah kita buat persediaan dari segi fizikal dan mental untuk menempuh tarikh 22 Oktober nanti.

Sekiranya ada jualan untuk orang awan di BNM, mykoleksi berharap pihak BNM akan lebih bersedia dengan perancangan yang lebih rapi supaya hari jualan medalion peringatan tersebut tidak dicemari dengan insiden yang merosakkan mood kami sebagai peminat/penggemar hobi Numismatik.

Thursday, April 19, 2018

Medallion Peringatan Bersempena Pameran dan Persidangan 30 tahun Defence Service Asia (DSA) 2018

mykoleksi yang Kacak di Pameran dan Persidangan DSA 2018

Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia/Defence Service Asia (DSA) 2018 kali ke-16 telah berlangsung pada 16 sehingga 19 April 2018 di MITEC. Pelbagai acara menarik disediakan untuk pengunjung, untuk makluman anda DSA 2018 hanya boleh dikunjungi oleh mereka yang terlibat atau ada kaitan dengan bidang Pertahanan sahaja.

Sebenarnya sudah 30 tahun DSA dianjurkan (1988 - 2018) tapi inilah kali pertama mykoleksi berpeluang untuk pergi dan merasai sendiri kehebatan DSA 2018. Punyalah susah untuk masuk ke pameran tersebut, bukan kerana ramai orang tetapi mykoleksi diminta untuk mengisi borang dan ditanya pula pelbagai soalan dikaunter pendaftaran sebelum mykoleksi mendapat PASS.

Pass mykoleksi 

Mari kita sama ambil tahu sikit cerita DSA 1988:
  1. Pameran dan Pesidangan DSA bermula tahun 1988 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang diadakan pada 23 -26 Mac 1988.
  2. Sebanyak 394 buah syarikat telah menyertainya DSA 1988 dengan kawasan pameran seluas 6,000 meter persegi. (sumber maklumat: Pameran DSA 2014 @ Utusan Live)
  3. DSA diadakan setiap 2 tahun sekali, ini bermakna pada Pameran dan Persidangan DSA akan datang adalah pada tahun 2020. 
DSA 1988 di PWTC (Sumber Gambar twitter@mindefmalaysia)

Mykoleksi rasa tidak perlul lagi nak cerita panjang lebar berkenaan DSA 2018, kebanyakkan peminat Numismatik yang mykoleksi kenal bukannya minat dengan peralatan dan perkidmatan pertahanan. mykoleksi tahu anda tertunggu-tunggu cerita berkenaan Medallion Peringatan.

Apa yang menarik di Pameran dan Persidangan DSA 2018 pada kali adalah Medallion Peringatan Bersempena 30 Tahun Defence Service Asia (DSA) 2018 atau lebih tepat lagi "30 YEARS IN THE DEFENCE SHOW BUSINESS 1988 - 2018". Ianya sangat dekat dengan kita yang meminati Hobi Numismatik.

Medallion Peringatan tersebut buat kali pertama dikeluarkan oleh DSA dan sebuah organisasi bukan bermotif keuntungan (non-profit organisation) iaitu Institut Onn Ja'afar (IOJ) diberi tugas untuk menjual Medallion Peringatan 30 tahun Defence Service Asia (DSA) 2018 sepanjang Pameran dan Persidangan tersebut berlangsung.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute