Cari Post lain disini

Monday, May 10, 2010

Wang Kertas RM50 logo 50 Tahun Merdeka - AA, AB, AC, AD dan AE

Koleksi lengkap RM50 yang dikeluarkan bersempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-50, seperti yang kita ketahui BNM telah mengeluarkan sebanyak 50 juta keping wang kertas RM50 berlogo 50 tahun kemerdekaan termasuklah yang limited edition (20,000 keping). Tetapi pada tahun 2008 hanya First Frefix AAxxxxxxx sahaja yang sempat diedarkan kemudian telah ditarik balik penggunaannya kerana terdapat beberapa masalah.

Wang kertas tersebut dikeluarkan dengan logo 50 tahun kemerdekaan yang sangat menarik coraknya

Logo 50 tahun kemerdekaan

Fakta menarik bekaitan wang kertas RM50 versi 50 tahun kemerdekaan;

  1. First prefix AA0000001 – AA0020000 (limited edition), hanya terdapat 20,000 keping sahaja pengeluarannya. Dikeluarkan berserta folder dan dijual pada harga RM60 oleh Bank Negara Malaysia dan mula di jual pada 26 Disember 2007.
  1. Pada 30 Januari 2008, wang kertas First Prefix AAxxxxxxx mula diedarkan dengan nombor sirinya bermula dengan AA0020001, siapalah gerangan yang memiliki RM50 logo 50 tahun kemerdekaan bernombor siri AA0020001?. Tak kisahlah siapa pun yang memilikinya. Tapi yang pasti nombor siri AA0079221 hingga AA0079224 aku yang punya.
  1. Wang kertas yang berlogo 50 tahun kemerdekaan sepatutnya dikeluarkan untuk edaran sebanyak 49,980,000 keping (tidak termasuk yang limited edition 20,000 keping) tetapi telah ditarik balik pengunaanya disebabkan wang kertas tersebut tidak boleh digunakan disemua ATM dan Cash Deposit mesin. Pada masa tersebut hanya First Prefix AAxxxxxxx sahaja yang sempat diedarkan.
  1. Senarai First Prefix dan Prefix lain RM50 logo 50 tahun kemerdekaan adalah seperti dibawah;
    1. First Prefix AA0000001 – AA0020000 (limited edition)
    2. First Prefix AA0020001 – AA10000000
    3. Prefix AB0000001 – AB10000000
    4. Prefix AC0000001 – AC10000000
    5. Prefix AD0000001 – AD10000000
    6. Prefix AE0000001 – AE10000000
  1. Wang kertas gantian untuk RM50 logo 50 tahun kemerdekaan tersebut adalah bermula dengan Prefix ZAxxxxxxx. Prefix ZBxxxxxxx pula merupakan wang gantian RM50 yang tanpa logo 50 tahun kemerdekaan.
  1. Wang kertas RM50 tanpa logo 50 tahun kemerdekaan mula diedarkan pada 15 Julai 2009 dan First Pefixnya bermula dengan AFxxxxxxx.
  1. Wang kertas RM50 Prefix AB, AC, AD dan AE mula diedarkan semula pada awal tahun 2010 (Bulan April rasanya) dan sudah boleh digunakan untuk ATM dan Cash Deposit mesin, aku dah cuba banyak kali dah, memang tak ada masalah sekarang. Dulu macam-macam spekulasi yang orang buat diantaranya, ada yang menyatakan yang wang kertas RM50 logo 50 tahun kemerdekaan tebal sikit kertasnya berbanding dengan wang kertas RM50 yang dahulu. Betul ataupun tidak…aku sendiri tak pernah pula ukur.
  1. Sekarang, dah lengkap koleksi RM50 yang menpunyai logo 50 tahun kemerdekaan, saja aku tak masukkan sekali wang kertas gantian. Lain kali aku letak, itu pun kalau aku fikirkan perlu....

9 comments:

Anonymous said...

betol ke ade rumours ckp kalo kiter tukar rm50 yg berlogo merdeka ni kat bank, kite akan dpt rm250.. something like that.. is that true?? it sounds tempting, yet very very very weird.

kurosagi said...

@ anon ~ no such thing will happen~ BNM is not a collector...they are issuer, not a collector, such a ridiculous rumor~BNM doesnt care how rare you money because they dont want our money at all...they want it, they print it~

*~*nurin*~* said...

milosecawan..

ehe ingt nurin lg tak? konpius aa..pasal duit nih.. nurin pun dpt gak duit nih dlm seploh keping gitu.. yg ade logo

yg tak pahamnye..yg de logo tu cuma 20k je ke or the rest utk 50juta tu pun ade logo?

kurosagi said...

@nurin

yg 20k 2 limited edition yang BNM kuarkan dalam folder khas dan dilelong pada harga RM60 pada hari pengeluarannya....50M lagi BNM kuarkan melalui ATM...

my-koleksi said...

Hai Kurosagi dan Nurin

Just nak betulkan sikit apa yang Kurosugi tulis tu supaya orang lain x keliru;

RM50 limited edition (ada gold line sblh tepi) hanya 20,000 keping saya dikeluarkan berserta folder dan dijual oleh BNM dengan harga RM60.

manakala 49,980,000 keping lagi diedarkan melaui bank dan ATM mesin utk kegunaan biasa/harian.

Frefix RM50 ni adalah spt berikut;

RM50 limited edition (First prefix AA0000001 - AA0020000)
RM50 edaran biasa/harian (prefix AA0020001 - AE10000000)

kedua-dua jenis wang kertas tersebut mempunyai logo 50 tahun kemerdekaan.

Kalau nak tgk gmbr wang kertas tersbut boleh masuk link ni http://my-koleksi.blogspot.com/2009/07/tiga-3-jenis-wang-kertas-designsiri.html

kalau masih x faham juga, boleh search dlm blog my-koleksi. ada byk topik yang aku dah tulis dalam blog.

Faz@discovery said...

hi... aku ada myr50 L.E pnya.. tapi dia siri AE1715044,cmna bpa nk you nk beli.

zedmagel said...

My koleksi,

Adakah tuan memiliki note wang $10 lama yang ada lambang kerbau? berapa tuan nak menjualnya?

tookmoon said...

aku ade 1 prefix AAxxxxxxxxx....
mcm ner nk buat eyk?? Ax pn ade gak..
6O kpg.

kublai reds said...

Sy ade rm50 tuk keluaran 50thn ni hmpir 200kpg...leh jual ke?ade nk beli?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute