Cari Post lain disini

Showing posts with label Dinar/Dirham. Show all posts
Showing posts with label Dinar/Dirham. Show all posts

Sunday, July 8, 2012

Koleksi Di Raja Dinar dan Dirham Sempena Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIV - Public Gold

Dulu aku ada tulis berkenaan Cenderahati Sempena Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 dan hasil maklumat tidak rasmi aku perolehi, Cenderahati untuk VVIP tersebut rupa-rupanya telah ditempa/dikeluarkan oleh Public Gold. 

Kini, Public Gold telah melancarkan satu lagi produk terbaru iaitu Koleksi Diraja yang merupakan set koleksi Dinar dan Dirham yang masing masing dijual dengan harga RM25,000 dan RM1,500. Maklumat tersebut aku perolehi hasil blog walking ke website www.bijakemas.com. sila rujuk dibawah;

Harga Koleksi Diraja Dinar dan Dirham Public Gold

Kalau ada siapa-siapa berminat/untuk pertanyaan boleh hubungi terus Admin Bijak Emas (Fithrie Tajalie - 0192238096), aku tak tahu sangat berkenaan produk Public Gold....cuma tolong promote saja. Kebetulan pula Saudara Fithrie adalah abang kepada member aku....jadi tak salahkan kalau aku tolong....hehehe.

Lagi gambar Koleksi Diraja yang aku ambil dari www.bijakemas.com


Kalau dilihat dari segi corak dan rekabentuk syiling dan setnya, aku rasa berkemungkinan besar betul apa yang aku dengar. Cenderahati untuk VVIP semasa hari pertabalan tersebut dengan Koleksi Diraja ditempa/dikelurkan oleh Public Gold......hmmmm.

Apa tunggu lagi "collector-collector" sekalian, tempahlah cepat dengan Admin Bijak Emas tapi......sebelum tu, jangan lupa bagi tahu Admin Bijak Emas yang my-koleksi promote. Menarik dan Jangan Lepaskan peluang.....kalau dapat kumpul semua set memang terbaik.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute