Cari Post lain disini

Loading...

Friday, June 10, 2016

RM1 Tandatangan Datuk Muhammad Ibrahim?

Wang Polimer RM1 tandatangan Datuk Muhammad Ibrahim, Gabenor BNM Ke-8

Sudah pasti ramai diluar sana yang ternanti-nanti kemunculan sulung Wang Kertas/Polimer yang ditandatangani oleh Datuk Muhammad Ibrahim, mykoleksi pun rasa tak sabar juga....maklumlah tak sabar nak tambah koleksi.

Betulkah sudah keluar Wang Polimer RM1 yang ditandatangani oleh Gabenor BNM ke-8? Rasanya macam belum tetapi macam mana pula mykoleksi boleh ada gambar tu.

Ok, mykoleksi tak mahu buat anda tertunggu-tunggu terlalu lama, kesian pula rasanya. Jadi, mykoleksi nak kongsi di dalam blog mykoleksi supaya anda tahu cerita sebenar Wang Polimer RM1 ini dan bagaimana ianya boleh berada dalam simpanan mykoleksi.

Betul ada.......Wang Polimer RM1 tersebut memang wujud tetapi sekadar ilustrasi sahaja yang bertujuan untuk memberi gambaran kepada pembaca blog mykoleksi bagaimana rupa Wang Polimer RM1 yang telah ditandatangani oleh Datuk Muhammad Ibrahim.

Sekiranya anda inginkan Wang Kertas/Polimer "YANG SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI", kenalah tunggu yang dikeluarkan oleh BNM. Bukan setakat Wang Kertas/Polimer RM1......dominasi lain pun anda boleh dapat juga. mykoleksi tak tahulah bila BNM akan keluarkan tetapi mungkin sebelum Hari Raya Aidilfitri kot. Harap anda semua boleh bersabar, lagipun sekarang bulan Ramadhan....hehehe

Amaran:

WANG POLIMER RM1 YANG DIPAPARKAN DALAM BLOG MYKOLEKSI ADALAH SEKADAR ILUSTRASI SAHAJA dan IANYA TIDAK SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI RM1 dan BELUM DIKELUARKAN OLEH BNM SEMASA ARTIKAL INI DITULIS

Seperti yang kita sedia maklum, sepanjang Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz (Zeti Aziz) memegang jawatan sebagai Gabenor BNM, belum ada Wang Kertas/Polimer yang ditandatangani beliau pada bahagian tepi, setakat yang mykoleksi tahu tandatangan pada bahagian tengah memang selalu kita jumpa. Betul tak?

Mungkinkah Wang Kertas/Polimer yang bakal ditandatangani oleh Datuk Muhammad Ibrahim nanti tandatangannya pada bahagian tepi? berkemungkinan ada......takkan pula beliau nak tandatangan pada bahagian belakang, memang janggal sangat tu.....hehehe

Berdasarkan penelitian mykoleksi berkemungkinan ada 3 bentuk dan 2 kedudukan tandatangan Gabenor BNM ke-8 yang bakal menghiasi muka hadapan Wang Kertas/Polimer Malaysia. Mari kita lihat ilustrasi tandatangan pada Wang Polimer RM1 yang mykoleksi telah sediakan.

Ilustrasi 1

Wang Polimer RM1 Tandatangan "Muhammad bin Ibrahim"

Ilustrasi mykoleksi yang pertama ini merujuk kepada tandatangan nama penuh Datuk Muhammad bin Ibrahim (seperti dalam Kad Pengenalan beliau rasanya, sorry tak pernah tengok Kad Pengenalan beliau) yang buat pertama kali kita lihat pada "Certificate" Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Bersempena dengan Ulang Tahun Yayasan Sabah ke-50.

"Certificate" Duit Syiling Peringatan Ulang Tahun Ke-50 Yayasan Sabah

Sekiranya tandatangan ini bakal menghiasi Wang Kertas/Polimer Malaysia nanti, ia akan menjadi tandatangan terpanjang dan ber"bin" pertama menghiasi Wang Kertas/Polimer Malaysia. Memang "RARE" dan boleh masuk Malaysia Book of Records

Nampak kurang menarik sekiranya tandatangan ini menghiasi Wang Kertas/Polimer Malaysia nanti kerana terlalu panjang.

Ilustrasi 2


Wang Polimer RM1 Tandatangan "Muhammad Ibrahim"

Ilham tandatangan ini pula mykoleksi dapat daripada tandatangan gabenor-gabenor BNM terdahulu yang menandatangani Wang Kertas/Polimer Malaysia dengan gabungan ringkas nama mereka dengan nama ayah/bapa/abah/pak/abuya/abi/walid/baba/daddy mereka tanpa meletakkan bin/binti

Anda boleh rujuk "posting" dalam blog mykoleksi Kenali Gabenor BNM dan Tandatangan. Contoh tandatangan yang boleh diambil:

1. Tandatangan Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz - Zeti Aziz
2. Tandatangan Tan Sri Abdul Aziz bin Taha - Aziz Taha
3. Tandatangan Tun Ismail bin Mohamed Ali - Ismail Md Ali

Tandatangan yang diguanakan dalam ilustrasi 2 mungkin hanya sesuai berada pada bahagian tengah Wang Kertas/Polimer, kalau untuk tandatangan dibahagian tepi nampak kurang menarik. 

Ilustrasi 3

Wang Polimer RM1 Tandatangan "Muhammad"

Ilustrasi ini pula mykoleksi mendapat ilham daripada tandatangan Datuk Muhammad Ibrahim sebelum beliau dilantik menjadi Gabenor BNM ke-8, ketika itu beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Gabenor BNM. mykoleksi telah menjumpai tandatangan tersebut pada dokumen yang ditandatangani oleh beliau semasa membuat carian di"website" BNM - Shariah Leaders Education Programme.

Tandatangan Datuk Muhammad Ibrahim pada dokumen "Shariah Leaders Education Programme"

mykoleksi juga pernah memaparkan tandatangan beliau dalam "posting" bertajuk Datuk Muhammad Ibrahim - Gabenor BNM Ke-8. Tandatangan ini nampak menarik dan tidak keterlaluan, sesuai rasanya menghiasi Wang Kertas/Polimer Malaysia nanti samada ianya diletakkan pada bahagian tengah atau tepi.

Macam mana? Ok tak info yang mykoleksi kongsikan kali ini? Walaubagaimanapun, anda harus ingat, apa yang dipaparkan oleh mykoleksi hanya ilustrasi sahaja, apa-apa pun kita kena tunggu tandatangan rasmi beliau pada Wang Kertas/Polimer nanti.

Kenapa mykoleksi tulis berkenaan illustrasi tandatangan Datuk Muhammad Ibrahim?

mykoleksi berasa keliru dengan tandatangan beliau selepas melihat tandatangan beliau pada "Certificate" Duit Syiling Peringatan Ulang Tahun Ke-50 Yayasan Sabah. mykoleksi tiba-tiba terfikir, kenapa tandatangan pada "Certificate" tersebut bukan "Muhammad" tetapi "Muhammad bin Ibrahim".

Pandangan mykoleksi, beliau sepatutnya menggunakan tandatangan seperti Ilustrasi 3 kerana tandatangan tersebut diambil daripada dokumen dalam website BNM yang telah ditandatangani oleh beliau bertarikh 18 Februari 2015. mykoleksi sedikit terkejut bila melihat tandatangan lain digunakan oleh beliau, terfikir juga...."berapakah bentuk tandatangan beliau sebenarnya dan yang mana satu untuk kegunaan rasmi?".

Sekiranya tandatangan beliau pada Wang Kertas/Polimer yang bakal dikeluarkan nanti "Muhammad Ibrahim". Kesimpulan yang mykoleksi boleh buat berkaitan tandatangan beliau adalah;

1. Tandatangan khas untuk "Certificate" = Muhammad bin Ibrahim


2. Tandatangan khas untuk Wang Kertas/Polimer = Muhammad Ibrahim


3. Tandatangan khas untuk dokumen = Muhammad


Bagi mykoleksi, selagi belum keluar Wang Kertas/Polimer yang ditandatangani oleh Datuk Muhammad Ibrahim. mykoleksi masih belum boleh menyatakan yang tandatangan "Muhammad bin Ibrahim" adalah tandatangan rasmi beliau untuk Wang Kertas/Polimer Malaysia.

Adakah anda setuju dengan mykoleksi?

Yang ada 1 tandatangan sahaja,
mykoleksi

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute