Cari Post lain disini

Showing posts with label Koleksi Video. Show all posts
Showing posts with label Koleksi Video. Show all posts

Tuesday, September 2, 2014

Hobi Kumpul Syiling Lama - Hj. Mohammad Rani Abdullah


Laporan Berita Buletin Utama TV3 pada 31 Ogos 2014 mengenai Hobi kumpul syiling lama Pemangkin semangat Kemerdekaan. Didalam video adalah salah seorang Sifu Syiling Kesultanan Melayu Hj. Mohammad Rani Abdullah.
______________________________________


Sila tonton dan kongsi video ini sekiranya anda seorang "Collector" yang menghargai warisan negara....suatu hari nanti mykoleksi akan berjumpa dengan Tuan Hj. Mohammad Rani Abdullah, baru saja my-koleksi sebut-sebut nama beliau dan Dr. Ibrahim semasa perjumpaan tergempar bersama-sama Tunku Mini Galeri Numismatik, Harris Malik, Hafiz (Tak ingat nama apa digunakan untuk FB....sorry) dan King Rolex (Abang Sanusi) pada 30 - 31 Ogos 2014 (sambut merdeka sekali) di Iman Koey Teaw, Taman Pandan.....Aloq Staq Kedah.

Iman, Koey Teaw

Rupa-rupanya Tuan Haji Mohammad Rani ada Blog, lepas ni bolehllah mykoleksi selalu berkunjung ke blog beliau untuk mempelajari tentang Matawang Kesultanan Melayu Lama dan Nusantara.

Monday, June 23, 2014

Duit Syiling 1 Sen 1976 Parlimen Berharga RM7000

Duit Syiling 1 Sen 1976 Tembaga

Tekejut aku, anda mesti lagi terkejut? aku bukan tersalah taip tapi ianya adalah SATU KENYATAAN, Tuan punya syiling tidak mahu jual syiling tersebut walaupun harga sudah mencecah RM7000 kerana terlalu sayangnya dan dikhabarkan hanya ada 100 keping sahaja didunia.

Adakah fakta tersebut benar? ok, mari kita sama-sama mencari jawapan. Kalau anda rajin mencari sudah pasti anda akan menemui cerita berkenaan syiling 1 sen 1976 dalam buku dan blog, kawan bogger aku Lunaticg ada menulis tajuk 1 sen melekat magnet atau tidak dan 1976 1 sen now rm3600

Duit Syiling 1 sen 1976 ada 2 jenis;
  1. 1 sen 1976 yang diperbuat daripada "Bronze"
  2. 1 sen 1976 yang diperbuat daripada "Copper Clad Steel"
Syiling yang dikatakan mahal adalah yang diperbuat dengan "Bronze" (rujuk no. 1), ianya tidak melekat pada magnet sekiranya diuji. Sekiranya syiling melekat pada magnet (rujuk no. 2), harganya tak mahal dan senang diperolehi dahulu. Mungkin Tuan syiling tersebut juga sudah merujuk salah satu buku rujukan matawang iaitu Standard Catalogue of Malaysia, Singapore, Brunei Coin dan Paper Money 20th Edition.

Duit Syiling 1 sen 1976 "Bronze" hanya ada kurang daripada 100 keping

Kalau nak sembang bab harga, bagi aku terlalu subjektif kerana ianya bergantung kepada permintaan, penawaran dan gred syiling. 

Friday, March 23, 2012

Fort Knox - United States Bullion Depository



The United States Bullion Depository, often known as Fort Knox, is a fortified vault building located adjacent to Fort Knox, Kentucky, used to store a large portion of United States official gold reserves and occasionally other precious items belonging or entrusted to the federal government.

Wednesday, January 11, 2012

Saturday, December 31, 2011

Special stamps for Bank Negara's 50th Anniversary - Video

Sebenarnya dah lama keluar Setem Matawang Sempena Ulang Tahun ke-50 BNM, saja aku nak share untuk mereka yang belum pernah tahu berkenaan kewujudan Setem Matawang :D



Kaau nak tengok macam mana rupa sebenar setem matawang tersebut anda boleh baca tajuk Pos Malaysia Perkenal Setem Mata Wang dan Setem Mata Wang Malaysia - POS + BNM

Thursday, December 22, 2011

Monday, December 5, 2011

Al-Kuliyah TV3 - Ibu Duit

Tak habis-habis aku tengok orang mencari syiling dan wang kertas yang tak wujud, tujuannya adalah satu iaitu untuk jadikan IBU DUIT....ni semua gara-gara nak kaya cepat tanpa perlu berusaha. Aku kan dah pernah tulis topik yang berkaitan dengan IBU DUIT, nampak gayanya masih ada yang belum faham dan sedar lagi apa yang aku cuba sampaikan. Bagi yang belum baca lagi boleh klik topik Kepercayaan Pada Ibu Duit.

Aku ada simpan satu video Al-Kuliyah untuk dikongsi bersama pembaca, topik yang dibincangkan berkenaan IBU DUIT. Siaran langsung Al-Kuliyah tersebut bersiaran dari Stadium Indera Mulia Ipoh, Perak, sempena minggu Saham Amanah Malaysia 2011 yang ditaja oleh Pemodalan Nasional Berhad PNB dengan kerjasama Takaful Ikhlas.

Jemput layan video dibawah dan marilah sama-sama kita fikirkan.


Al-Kuliyah TV3 - Ibu Duit 01

Al-Kuliyah TV3 - Ibu Duit 02

Al-Kuliyah TV3 - Ibu Duit 03

Al-Kuliyah TV3 - Ibu Duit 04

Monday, November 14, 2011

Money Factory - Kilang Wang/Duit

Kali ni aku nak share pula video menarik yang aku copy dari "Youtube", kita boleh la tahu macam mana proses untuk menghasilkan wang kertas "DOLLAR" dan syiling. Rasanya proses yang sama juga digunakan oleh "vendor-vendor" yang dilantik oleh BNM nanti untuk mencetak matawang Malaysia yang baru.

Jom Layan......best ni

Money Factory Part 01

Money Factory Part 02

Money Factory Part 03

Money Factory Part 04

Money Factory Part 05

Saturday, February 23, 2008

Majalah 3 - Wang Kertas

Pada 2 Februari 2008 yang lalu, majalah 3 telah memaparkan isu berkaitan Wang kertas. Paparannya sangat menarik kerana ianya berkisar tentang pengumpul-pengumpul wang kertas dimalaysia dan juga Persatuan Numismatik Malaysia. Majalah 3 juga mengupas nilai sebenar sesuatu wang kertas yang menjadi buruan pengumpul-pengumpul untuk dikongsi bersama.


Video 1


Video 2



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute