Cari Post lain disini

Showing posts with label Off Topic. Show all posts
Showing posts with label Off Topic. Show all posts

Tuesday, November 4, 2014

Gambar Pada Syiling Yasin Menjadi Ilham untuk Logo Syarikat?

Gambar Pada Logo Syarikat vs Syiling Yasin  

Tahukah anda gambar "Seorang Tua Bertongkat" pada Logo Syarikat Khazanah Bangsa hampir sama dengan yang terdapat pada "Syiling Yasin" mistik.

Adakah ini satu kebetulan? 

Sekian, lain-lain hal mykoleksi tak mahu komen

Jom baca cerita Syiling Yasin dibawah;
  1. Khadam Jaga Duit Syiling
  2. Syiling Tembaga
  3. Syiling Yassin 7

Wednesday, April 30, 2014

VNK Design Pernah Bekerjasama Dengan BNM dan Royal Mint?

Lain yang nak dicari, lain pula yang aku jumpa........tetapi apa yang menarik aku terjumpa sedikit info berkaitan Syarikat yang pernah menghasilkan Bunting, Poster, Banner dan Certificate untuk Bank Negara Malaysia dan The Royal Mint Malaysia 

Syarikat VNK Design telah berkerjasama dalam projek Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan 50 Tahun Felda dan Duit Syiling Peringatan Sempena Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9)

Aku tak tahu detail sangat berkenaan syarikat tersebut tetapi...........ini adalah satu permulaan yang baik untuk aku terus mencari maklumat syarikat yang pernah terlibat dengan  BNM dan The Royal Mint Malaysia sehingga terhasil Duit Syiling Peringatan yang menjadi buruan pengemar Numismatik sehingga kini. Dibawah adalah hasil kerja Syarikat VNK Design:

Bunting dan Poster


"Certificate" untuk Syiling Peruf 

Banner

Bunting

Bunting


Sumber asal:

  1. Vnk Design
  2. Projek RMKe-9
  3. Projek Syiling Peringatan 50 Tahun Felda

Saturday, April 6, 2013

PERHATIAN - Koleksi Set of 2 Agong 2007 dan OIC 2003 Hilang

Mari kita TOLONG HEBAHKAN, pelbagai koleksi Numismatik milik seorang sahabat didapati hilang setelah rumahnya di pecah masuk. Maklumat tersebut aku dapat dari blog syilingperingatan.blogspot.com dan diantara koleksi yang hilang seperti gambar dibawah;

Set of 2 - Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIII, no siri: 213

Set of 2 - Duit Syiling Peringatan Sempena Sidang Kemuncak Ke-10 Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) 2003, no. siri: 0458

Walaupun aku tak kenal dan belum pernah jumpa dengan sahabat tersebut tetapi aku tetap nak tolong hebahkan juga kerana bagi aku sesiapa yang berada dalam kesusahan kita mesti menolongnya, nak-nak lagi dia juga meminati bidang Numismatik (satu geng dan minat lah ni)

Harap dapat hubungi terus pemilik asal barangan tersebut sekiranya anda ada maklumat atau terjumpa barang hilang diatas.

Lepas baca, marilah kita sama-sama bantu mengesannya.
  1. Check dalam mudah.myebay.com.my dan facebook.com (khas kepada yang menyediakan khidmat jual dan beli)
  2. Kepada peniaga Numismatik yang ada kedai sendiri, harap dapat beri perhatian kepada item yang dipaparkan diatas, kalau ada yang nak jual item tersebut tapi tak ada certificate. Mungkin boleh ambil "detail" penjual tersebut sebagai langkah awal.
Nasihat aku kepada sahabat-sahabat Numismatik, 
  1. Ambil gambar setiap koleksi Numismatik anda (aku memang buat).
  2. Minimumkan "info" berkaitan dengan anda dan koleksi yang disimpan.
Sekian, khidmat masyarakat my-koleksi

Friday, March 29, 2013

RM1 Lama Dalam Filem Rock Oo! - Rimba Bara Kembali

Adakah anda dah layan cerita Rock Oo!? best Oo! cerita tu, bagi yang belum tengok aku sarankan supaya cepat-cepat pergi tengok sekarang. Aku kalau cerita Mamat Khalid yang jadi pengarahnya memang aku suka layan........lain dari yang lain jalan cerita yang dipaparkan. Kali ni memang Mamat Khalid betul-betul buat kajian tentang dunia rockers sampaikan Kasut Aliph pun ada sekali dalam filem tu, cayalah.......nak tahu lagi pasai filem Rock Oo!, boleh baca sinopsis dekat www.kakiwayang.com

Aku sebenarnya bukan nak ulas berkenaan filem Rock Oo! tapi aku cuma nak tanya pengunjung blog my-koleksi, mana tahu ada yang boleh bagi jawapannya. Dalam Filem tersebut ada dipaparkan Wang Kertas Lama RM1, aku cuma nak tahu;
  1. Apa nombor Siri Wang Kertas Lama RM1 tersebut?
  2. Tandatangan Gabenor BNM yang mana satu?
  3. Boleh tak bagi aku simpan sebagai koleksi?

Amy Mat Piah terima RM1 dari seorang budak perempuan

Mengenang kisah lama

Amy Mat Piah dengan Wang kertas Lama RM1

Kalau aku dapat simpan Wang Kertas Lama RM1 yang dipegang oleh Amy Mat Piah sebagai koleksi mesti menarik, nilainya mesti meningkat pada masa akan datang. Pasai apa aku kata macam tu? sebab aku dah terpengaruh dengan "American Pickers" dan "Pawn Stars"

Mungkin aku kena tanya Que Haidar atau Mamat Khalid kot atau orang yang sediakan prob untuk filem Rock Oo! :D

Monday, January 14, 2013

"Duit Kroni" 10,000 dan 1,000??

Sempena cuti panjang ni, aku tak ada kerja nak buat....apa lagi aku browsing internet baca cerita-cerita yang aku rasakan menarik. Macam-macam berita aku baca sampailah ke berita Perhimpunan #KL112, aku memang tak terlibat dan tidak mahu terlibat langsung dengan perhimpunan sedemikian....aku hanya sekadar ingin tahu cerita berkaitan dengan perhimpunan tersebut.

Cerita dan berita perhimpunan tersebut langsung tidak menarik perhatian aku, cuma satu saya yang tiba-tiba buat aku nak update blog.... apabila aku terpandang gambar "DUIT KRONI"

"Duit Kroni"

Lawak betul la diorang sampaikan sanggup buat buat duit macam ni, aku tak mahu komen apa-apa berkenaan duit diatas. Aku letak disini pun cuma nak ingatkan dan berkongsi yang duit tersebut tidak dikeluarkan oleh Bank Negara malaysia (BNM) dan duit tersebut tidak "RARE".......tapi tak tahu lah pula kalau ianya dikeluarkan oleh Bank Negara Bunian/Mistik (BNB/M), duit ni kalau dapat dekat geng-geng mistik dan tahyol mesti diorang buat tarik duit.......boleh jadi jutawan. Nak baca pasal cerita duit mistik dan tahyol boleh ke link dibawah;

  1. Syiling 50 sen Tahun 1976 - Realiti atau Mistik
  2. Khadam Jaga Duit Syiling
  3. Kepercayaan Pada Ibu Duit

Sumber gambar tersebut aku dapat di nikzulkhairi.blogspot.com. Ada tak kawan "collector" yang ada duit tu, bagi la dekat aku 1 set untuk dijadiakan sebagai koleksi. 

Sayang sekali, cuma ada gambar bahagian depan sahaja......kalau ada gambar bahagian belakang pun ok.....nak juga aku tengok apa gambarnya pula.

Dah-dah....aku berhenti dulu sebab blog my-koleksi bukanlah blog politik tetapi blog untuk Pengumpul Matawang Lama dan Baru. Nanti tak pasal aku pula kena... :D

Wednesday, January 2, 2013

Wang kertaskah itu?

SEORANG model menunjukkan kertas penyerap minyak wajah.

RUPANYA seperti wang kertas tetapi tahukah anda bahawa ia sebenarnya kertas penyerap minyak wajah? Itulah produk unik yang dihasilkan oleh syarikat gergasi permainan Jepun, Bandai yang diperkenalkan baru-baru ini.


Dinamakan Fukuzawayukichi yang bermakna 'menyerap minyak', ia menarik perhatian media ketika dipamerkan di ibu pejabat syarikat berkenaan di Tokyo, Jepun baru-baru ini.



Dijual secara set dengan 20 keping 'wang kertas' satu set, bungkusannya berbentuk seperti dompet.


Sumber Asal: Akhbar Kosmo 

**********

Harap tak ada produk sebegitu dikeluarkan Malaysia, kadang-kadang produk yang dikeluarkan di Jepun sangat merapu dan tidak masuk akal. Produk yang merupakan Kertas Penyerap Minyak Wajah yang berbentuk Wang Kertas bagi aku tidak sesuai dihasilkan walaupun bukan dari wang kertas yang sebenar.......kerana ianya berlawanan dengan konsep asal penggunaan Wang Kertas.......hmmm, ada ke patut, lepas pakai buang sama macam tisu muka/tandas.

Di Malaysia pula kita cuma biasa lihat Keychain, Rantai Tangan, keronsang, dan Sampul Wang Kertas untuk Hari Raya. Bagi aku produk tersebut manarik dan sesuai dihasilkan tapi kena letak "CONTOH" dan jangan 100% menyerupai Matawang sebenar. Sila rujuk dibawah;


    Keychain Banknote (Sumber gambar dari internet)

Rantai Tangan & Keronsang (Sumber gambar dari internet)


Sampul Raya (Sumber gambar dari internet)

Apa pula kata anda? 

Apa akan anda lakukan sekiranya produk tersebut wujud di Malaysia? 

Kalau nak buat duit pun ada lagi cara lain... :D. BNM mesti beri perhatian terhadap produk-produk berasaskan wang kertas atau syiling yang dikomesialkan oleh sesetengah pihak/individu bagi memperolehi keuntungan supaya tidak disalah gunakan dan seterusnya mungkin nanti memberi kesan buruk. Aku bukan nak menutup periuk nasi orang lain tetapi sekadar memberi pandangan sahaja. Setakat ini BNM pun ada keluarkan barangan yang berasaskan Matawang, kita juga boleh dapatkan sebagai koleksi....anda boleh beli di kedai cederahati Sasana Kijang.

Perlukah untuk minta kebenaran BNM sekiranya kita ingin komesialkan produk berasaskan Matawang? 

Kalau jawapannya YA, Bagaimanakah caranya?

Monday, December 31, 2012

Sepanjang 2012

Tahun 2012 agak lembab untuk hobi aku sebagai Pengumpul Matawang Lama dan Baru disebabkan bebanan kerja yang semakin bertambah disamping perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. Jadi, aku terpaksa meletakkan priority untuk setiap yang aku lakukan. High Priority....my-koleksi

Tapi ini bukan bermakna aku berhenti membeli/menjadi seorang "collector"........HOBI tetap juga diteruskan. Koleksi aku juga tetap bertambah untuk tahun 2012 seperti tahun-tahun sebelum ini tetapi cuma aku tidak banyak berkongsi dalam blog my-koleksi disebab oleh faktor yang telah aku beritahu tadi. Kalau nak tulis sesuatu topik aku selalunya akan ambil masa yang lama kerana perlu buat "research" terlebih dahulu sebelum aku "post"kan sesuatu topik didalam blog.....aku akan buat "cross check" terlebih dulu dengan bahan fakta, koleksi yang aku ada dan juga sumber-sumber sahih lain kerana aku tidak suka ada info yang orang dah tahu....aku "recycle" balik cerita untuk letak dalam blog.....kalau nak "recycle" juga aku akan pastikan info tersebut ada "update"......baru BEST

Semalam 30 Disember 2012, aku telah digemparkan dengan berita kemalangan yang membabitkan sedara aku iaitu anak Allahyarham Tok Cik Basri, Binorizan Basri. Isteri beliau telah terkorban dalam nahas tersebut, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada isteri beliau (Allahyarhamah Norhamiza Abd Rani) dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman serta beramal soleh. 
  1. ondscene.my, 30 Disember 2012 - Alza Terbabas -Isteri Maut, Suami, 3 Anak Terselamat
  2. Sinar Harian, 31 Disember 2012 - Jururawat maut, dua daripada tiga anaknya cedera
  3. Harian Metro, 31 Dsember 2012 - Hilang ibu

Pada 4 Disember 2012 lepas aku dan isteri telah terjatuh motosikal di selekoh (slow saja masa ni), akibatnya aku mengalami patah pada bahagian siku (tangan sebelah kiri) manakala isteri tidak mengalami apa-apa kecederaan. Operation untuk membetulkan bahagian siku (masuk wayar) aku telah selamat dijalankan pada 6 Disember 2012. 9 Januari 2013 nanti aku akan mula Fisioterapi, aku mohon kawan-kawan semua doakan supaya siku dan tangan aku sembuh seperti sedia kala. 


Gambar pada 13 Disember 2012

InsayaAllah tahun 2013 yang bakal menjelma nanti akan memberi lebih kerahmatan dan kejayaan kepada aku, keluarga dan rakan-rakan semua. Pohon kemaafan di atas salah silap  sepanjang tahun 2012.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013

Tuesday, November 20, 2012

High Priority....my-koleksi

Salam kepada semua pembaca blog my-koleksi, pertama sekali aku ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung blog my-koleksi kerana memberi "support" kepada blog  my-koleksi untuk terus bernafas dan menyediakan kandungan yang terbaik.

Tetapi, semenjak 6 bulan kebelakangan ini......blog my-koleksi kurang aktif disebabkan Tuan empunya blog tak dapat menulis seperti biasa kerana ada perkara lain yang mesti diutamakan:
  1. Menguruskan Mak my-koleksi yang ada masalah kesihatan
  2. Menguruskan Mak Mertua my-koleksi yang telah disahkan mengidap Cancer stage 4
  3. Bapa mertua pula baru eksiden.
Itulah antara High Priority my-koleksi sekarang secara ringkas.......kami sekeluarga mohon kepada semua pembaca, agar dapat doakan yang terbaik buat mereka dan semoga insan yang kami sayangi cepat sembuh.

Kepada mereka yang inginkan info berkenaan matawang lama dan baru. Buat sementara ini bolehlah berkunjung ke link blog seperti dibawa kerana my-koleksi kategorikan sebagai blog yang bagus untuk dijadikan rujukan.

Tuesday, October 30, 2012

1 Sen - Jimat dan SENang Kira.....Keuntungan!?!

Akhirnya ada juga masa aku nak update blog, sorry sebab lama menyepi. kali ni aku nak bawa pula kawan-kawan semua berfikir berkenaan 1 sen - Mengenai Mekanisme Penggenapan. seperti yang kita tahu BNM tidak lagi mengeluarkan duit syiling 1 sen dan kerajaan telah memperkenalkan Mekanisme Penggenap yang berkuat kuasa sepenuhnya pada 1 April 2008.

Jadual dibawah, memudahkan anda semua faham bagaimama ianya dilaksanakan;


Kalau tak faham juga boleh rujuk Soalan Lazim mengenai Mekanisme Penggenapan

Aku ada beberapa persoalan;
  1. Adakah wajar Mekanisme Penggenap tersebut dilaksanakan?
  2. Siapa yang untung dan siapa pula yang rugi?
Ok, disini aku lampirkan CONTOH resit pembelian yang aku dapat hari ni. Mungkin mudah sikit anda nak menjawab soalan aku diatas

Thursday, September 6, 2012

Keputusan Bidaan Tender Nombor Pendaftaran Kenderaan Siri "KDH"

Milik Siapakah nombor Pendaftaran "KDH 1"

Akhirnya , hari ni baru keluar keputusan Bidaan nombor pendaftaran "KDH" sepatutnya keputusannya diumumkan pada 3 September 2012, tak tahulah apa yang berlaku di JPJ Kedah hinggakan keputusan bidaan terpaksa ditangguhkan selama 3 hari. Sebenarnya aku tak kisah pasal hal tersebut, apa yang aku kisah adalah aku dapat atau tidak nombor pendaftaran KDH xxxx* yang aku minati. Aku tak nak pisang berbuat 2 kali, aku telah kalah bidaan nombor pendaftaran WWW xxxx* dahulu.

Alhamdulillah kali ni aku dapat juga nombor KDH xxxx yang aku bida pada 13 Ogos 2012, sekarang barulah boleh fikir nak beli kenderaan apa pula untuk aku letakkan nombor yang baru aku dapat. Bagi aku, nombor KDH xxxx* membawa banyak maksud untuk aku jika dibandingkan dengan WWW xxxx*

*nombor yang aku guna semenjak dahulu hinggalah sekarang, nombor lain aku tak minat.


Keputusan Nombor Pendaftaran KDH 1 hingga 20
__________________________________________________________


JPJ Kedah buka tender nombor pendaftaran 'KDH' mulai hari ini
       
ALOR SETAR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah membuka tender nombor pendaftaran siri KDH bermula hari ini.

JPJ Kedah dalam kenyataan di sini berkata tender nombor pendaftaran KDH itu dibuka sehingga 15 Ogos.

Borang tender boleh didapati di semua pejabat JPJ dan melalui laman web www.jpj.gov.my.

Keputusan tender akan diketahui 3 Sept depan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Korporat JPJ Kedah di talian 04-7404888 atau datang ke pejabat JPJ Kedah di Jalan Suka Menanti di sini. - Bernama

Sumber asal: Akhbar Harian Metro

Tuesday, July 10, 2012

Al-Fatihah - Budayawan Azah Aziz Meninggal Dunia

Salam Takziah dari my-koleksi kepada Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz diatas pemergian Ibu tersayang Azah Aziz



KUALA LUMPUR – Tokoh budaya Azah Aziz, iaitu isteri Profesor Diraja Ungku Aziz dan ibu kepada Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, meninggal dunia di sini semalam.

Menurut seorang anggota keluarga terdekatnya, Azah atau nama sebenarnya Sharifah Azah Mohamed Alsagoff, 83, meninggal dunia kerana sakit tua dan angin ahmar kira-kira pukul 10 pagi.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini selepas solat Asar.

Antara yang berada di tanah perkuburan memberikan penghormatan ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali serta anggota keluarga dan kenalan rapat.

Terdahulu, solat jenazah disempurnakan di Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Bangsar.

Azah berkahwin dengan Ungku Aziz pada 5 Mei 1946 dan dikurniakan seorang anak Dr. Zeti Akhtar Aziz yang kini Gabenor Bank Negara.

Allahyarham yang turut dikenali sebagai Mak Ungku dilahirkan pada 21 Ogos 1928 di Singapura dan dibesarkan di Johor Bahru. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Convent, Johor Bahru.

Wednesday, June 27, 2012

Jom Undi Lokasi Jualan yang Bakal "HOT" pada 28 Jun 2012 Nanti

Pada 28 Jun 2012, dimanakah lokasi pilihan anda untuk membeli Duit Syiling Peringatan Sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XI
  
pollcode.com free polls 

Sunday, June 10, 2012

WWW 1 untuk Satria Neo - Patriotik

Diambil dari Akhbar Mingguan Malaysia, 10 Jun 2012

Tandatanya kenderaan apa yang bakal diletakkan nombor pendaftaran WWW 1 kini sudah terjawab, akhirnya Proton Satria Neo berwarna Oren menjadi pilihan  D.Y.M.M Sultan Ibrahim untuk diletakkan nombor pendaftaran WWW 1 yang termahal dimalaysia iaitu RM520,000. Memang tak disangka betul......tak kisah kenderaan apa yang dipilih, yang pasti aku suka dengan nombor pendaftaran WWW 1. cantik nampak nombor tu bila dipadankan dengan Satria Neo berwarna Oren, nampak "naik" nombor pendaftaran WWW 1. 

Aku hari tu pun ada bida juga nombor Pendaftaran WWW xxxx tapi tak dapat....kalah dengan kedai basikal. kalau tak....mungkin aku akan beli Satria Neo warna Oren juga atau Honda DASH 110cc (Repsol Honda) untuk letak nombor pendaftaran WWW xxxx aku tu. 

Ada lagi gambar dibawah, sila tengok;


Monday, May 28, 2012

Keputusan Penuh Bidaan Nombor Pendaftaran Siri "WWW"

Keputusan penuh bidaan nombor pendaftaran WWW boleh semak bermula hari ni (28 Mei 2012), kalau anda merupakan salah sorang yang membida untuk nombor WWW sila klik link http://portal.jpj.gov.my/. atau anda boleh klik gambar untuk terus download.


Hari ni merupakan hari yang tak mengembirakan aku kerana nombor pendaftaran WWW yang aku tender tak dapat, aku dikalahkan oleh sebuah Kedai Basikal. Sob...sob...sob, rasa kecewa betul sebab pemilihannya berdasarkan kepada siapa yang meletak nilai paling tinggi masa mengisi borang. Kalau difikirkan logik....aku boleh dapat nombor tu sebabnya nombor yang aku tender tu tak ada pun dalam ketegori nombor bernilai utama, menarik atau popular tetapi hanya nombor biasa/semasa sahaja. Buat apa aku nak letak mahal-mahal baik aku letak minimum sahaja untuk tender. Sebelum ni aku letak minima sahaja........ :D

lepas ni aku akan kembali semula bercerita dan bagi info berkenaan Hobi aku yang utama iaitu sebagai Pengumpul Matawang Lama dan Baru Malaysia.

Thursday, May 24, 2012

Keputusan Bidaan Tender Nombor Pendaftaran Kenderaan Siri "WWW" - WWW 1 dibida RM520,000

Bermula tengah hari tadi, puas aku mencari dalam blog atau mana-mana website tapi belum ada lagi yang update Keputusan Bidaan Tender Nombor Pendaftaran Kenderaan Siri WWW 1 hingga WWW 9999. Makin suspen pula aku dibuatnya (saja nak suspen)..... kebetulan pula hari ni aku habis testing awal..........jadi, sempatlah aku singgah ke JPJ Wangsa Maju. Aku sampai sana pun lebih kurang dalam pukul 4.45 petang. Nampak ramai juga orang tetapi yang aku menghairankan, kenapa semua orang muka sepesen saja....maksud aku buat "muka masam dan hampa". 

Aku macam biasalah, suka nak ambil tahu tapi masih kontrol lagi sebab tak nak bagi orang perasan, jalan pun relax-relax saja. Sambil berjalan tu, aku terpikir....mungkinkah nombor WWW 1 bidaannya akan mencecah hampir RM1,000,000 dan WWW 9999 pula akan mencecah hampir RM500,000. Kenapa nombor tu saja aku fikirkan......sebabnya dulu dalam blog my-koleksi aku penah tulis yang WWW 1 dan WWW 9999 mungkin akan menjadi nombor yang pertama dan kedua mendapat bidaan termahal dalam sejarah JPJ dan Malaysia, klik sini. Kenapa aku cakap macam tu, aku kan "collector".....mesti berfikir dan memberi pandangan sebagai seorang "collector". Kalau aku ada duit banyak dan nak lengkapkan koleksi koleksi yang best-best, aku akan kumpul nombor siri yang mula dan akhir.....lepas tu cari pula replacement (kalau ada la...hehehe), baru bestkan?. Samalah juga kalau kita nak simpan atau beli nombor WWW........ lepas ni mesti harga boleh naik lagi sebab limited, siapa nak beli lepas ni, aku suruh "bid" dalam ebay atau facebook ....... hehehehe

Tuesday, May 15, 2012

Nombor 'WWW' Terima 18,243 Bidaan


Pada pukul 12 tengah hari semalam, tamatlah tempoh untuk bidaan nombor pendaftaran siri "WWW". Ramai betul orang yang berminat hingakan mencatat rekod bidaan tertinggi iaitu sebanyak 18,243 bidaan. kita tunggu saja nanti keputusannya yang dijangkakan diumum pada 24 Mei 2012. 

Nombor pendaftaran bagi siri "WWW" hanya ada 9,999 sahaja tapi yang hantar bidaan 18,243. Kebarangkalian nombor yang tak popular untuk ada lebih dari satu bidaan mungkin ada.....hmmm, minat sungguh dengan nombor pendaftaran "WWW"....aku pun minat juga, jangan nombor yang aku tender hari tu ada orang lain minat juga sudahlah......nanti tak pasal-pasal kena buat bidaan untuk tahu siapa yang dapat :D


Published on 14 May 2012 by thestaronline
Bidders plead, cajoled with JPJ in a bid to have their very last minute application for the www registration numbers accepted.

Sunday, April 8, 2012

Plat WWW 1 dijangka Termahal, Tender dibuka Pada 30 April 2012.


Nombor plat pendaftaran kenderaan WWW sememangnya sudah lama ditunggu-tunggu oleh ramai orang termasuklah aku. Tender untuk nombor plat ini akan dibuka untuk tempahan/tender selama 14 hari mulai 8 pagi 30 April hingga 12 tengah hari 14 Mei 2012, bagi yang berminat untuk memiliki nombor plat WWW 1 hingga WWW 9999, anda dinasihatkan untuk membuat tempahan/tender kerana JPJ menjangkakan nombor plat ini bakal laris macam goreng pisang panas seksyen 19 Shah Alam......sedap sungguh goreng pisang pak Azmi.....hehehe

Nombor plat aku WWW....... nanti aku bagi tau (tu pun kalau aku berjaya dapat) :D

Aku menjangkakan nombor plat WWW 1 dan WWW 9999 mungkin akan menjadi nombor plat pertama dan kedua TERMAHAL dalam sejarah Malaysia. 

WWW adalah;

  1. WWW bermaksud "World Wide Web"
  2. WWW juga bermaksud W3 / W3C
  3. WWW diminati kerana ulangan huruf W yang sebanyak 3 kali, mana nak jumpa lagi lepas ni. Nak tunggu WWWW aku rasa memang tak sempat dah, sekali pandang nampak macam mata gergaji....hehehe
Target Nombor plat yang bakal aku beli selepas WWW adalah KDH.... KEDAH

Tuesday, March 20, 2012

"Pad Lock" Keluaran Terbaru (Limited Edition)

"Pad Lock" terbaru yang unik untuk memastikan moto anda selamat dari kena "KEBAS", jangan tanya aku lebih-lebih sebab aku pun tak penah terpikir ada "Pad Lock" macam ni. Kreatif betul rakyat Malaysia sekarang, sila layan gambar dibawah;


Gambar yang aku ambil di sebuah apartment, ada berani nak "KEBAS" moto ni?? fikir-fikirkan lah..............

Tuesday, December 6, 2011

Botol Coke dilelong RM750,720

IKLAN SEKETIKA di blog my-koleksi

Salam, aku ni bukanlah ahli botologi tetapi cuma minat berkunjung dan membaca cerita berkenaan hobi mengumpul botol-botol dan barangan antik yang lain. kalau anda minat boleh berkunjung ke blog mereka, info sangat menarik......link ada disebelah kanan blog my-koleksi dibawah group "Frequent Click"

Botol Coke dilelong RM750,720.....WOOOWWWW!!!! macam tak percaya kan? zaman sekarang tak mustahil......pernah dengar orang cakap "asal barang jadi duit". hehehehe, inilah dunia sekarang. Bagi mengetahui cerita lanjut, sila baca keratan Akhbar Kosmo dibawah;

Gambar pada muka hadapan Akhbar Kosmo, 5 Disember 2011

Terbaik ni, harga botol Coke dilelong RM750,720


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute