Cari Post lain disini

Showing posts with label Review Buku/Katalog Numismatik. Show all posts
Showing posts with label Review Buku/Katalog Numismatik. Show all posts

Friday, October 18, 2024

Buku Warisan Matawang Johor/Johor Currency Heritage, 1994

Johor Currency Heritage, 1994

Perkongsian santai petang ni berkenaan buku "JOHOR CURRENCY HERITAGE", buku setebal 41 mukasurat ini diterbitkan pada tahun 1994 semasa gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) ke-5 iaitu Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don (1 Mei 1994 - 1 September 1998).


Kesan Emboss (Timbul) Pada Perkataan "Johor"

Jika anda lihat pada muka hadapan buku ini, anda nampak ada kesan emboss (timbul) pada perkataan "Johor". Bila anda buka dan lihat muka hadapan dibahagian dalam, kesan emboss tersebut akan nampak lebih jelas.
Copyright 1994 By Bank Negara Malaysia

Isi Kandungan "Johor Currency Heritage"

Buku ini merupakan buku kedua yang diterbitkan dalam siri buku keluaran "Money Museum on Malay Sutanate currencies" selepas buku "THE LEGENDARY KINANG". Buku ini telah dibahagikan kepada 8 bahagian.
  1. Foreward
  2. Brief History of Johor
  3. History of Johor Coins
  4. Johor Gold and Silver Coins
  5. Johor Tin Coins
  6. Description Guide to Coin Grading
  7. Bibliograph
  8. Acknowledge 
Buku ini diterbitkan dalam Bahasa Inggeris, tak dapat dipastikan samada terdapat dalam versi Bahasa Melayu. Belum dapat dipastikan, mykoleksi akan cuba dapatkan maklumat dan apa yang pasti terdapat banyak penenuam baru bagi matawang Johor. Diharap pihak BNM ada merancang untuk mengeluarkan buku ini bagi versi terkini, mykoleksi sedia membantu untuk merialisasikan perkara ini sekiranya ada perancangan tersebut daripada pihak BNM.

Foreward & Acknowledgements

Seperti buku "TERENGGANU CURRUCY HERITAGE", buku "Johor" ini juga ada diterbitkan semula di mana perbezaan ketara dapat dilihat pada perkataan "Johor" dimuka hadapanya tidak emboss. Walaupun begitu, isi kandunganya masih tetap sama dan tiada perubahan. Semoga anda mendapat manfaat dengan perkongsian ini

Yang berkongsi,
mykoleksi

Sunday, June 30, 2024

Tun Ismail Ali: Peneraju Amanah dan Integriti/Paragon of Trust and Integrity

Buku Tun Ismail Ali

Selesai urusan di Ampang dan Sasana Kijang, akhirnya mykoleksi dapat juga membeli 2 buah buku bertajuk "TUN ISMAIL ALI: PENERAJU AMANAH DAN INTEGRITI/PARAGON OF TRUST AND INTEGRITY" yang sudah lama tertangguh. 

Santai Cafe Sasana Kijang BNM

Nanti ada masa mykoleksi boleh habiskan membaca buku ni, selalunya setiap buku yang mykoleksi beli akan dibaca hingga habis sekali.

Jika ada keperluan, baru mykoleksi akan buka semula untuk rujukan. Jangan risau, nilai item numismatik tak akan meroket sekiranya anda membaca buku ini. Jadi, tak perlulah anda ramai-ramai serbu ke kedai muzium di Sasana Kijang untuk membelinya.

Siapa yang ada terdetik hati nak infaq buku atau bacaan numismatik yang dah lama bersawang di rumah masing-masing, boleh hubungi mykoleksi segera. Almari buku di rumah mykoleksi masih ada lagi ruang yang kosong, jangan lupa hubungi mykoleksi.

Resit Pembelian Wajib Simpan

Nota:
Resit pun dah lain sekarang, ada "APOM" pula.

Sekian

Friday, May 17, 2024

Apa Itu Wang?/What is Money?

Apa Itu Wang?/What is Money?

Inilah buku dwibahasa yang diterbitkan oleh Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (BNM), mykoleksi dapat buku ni di sebuah kedai buku terpakai di Bangi.

Buku ini sesuai untuk bacaan kanak-kanak Rebina dan bapa kepada kanak-kanak yang meminati dunia hobi numismatik, mereka yang bergelar pakar numismatik tidak digalakkan membaca kerana anda berada di level tertinggi. 

Takut nanti akan memudaratkan sel-sel otak anda, kalau dah tak berhubung susah nak bagi advise kepada mereka yang berkenaan.

Di dalamnya terdapat sejarah ringkas berkaitan matawang dan juga aktiviti yang menguji pemahaman kakak-kanak tentang topik "ringan" yang dikongsi, penggunaan warna dan gambar yang bersesuaian membuatkan pembaca tidak merasa bosan apabila membacanya.

Isi Kandungan

Penceritaan di dalam buku ini dibahagikan kepada 4 isi kandungan yang terdiri daripada
  1. PENGENALAN
  2. SEJARAH DAN PERKEMBANGAN WANG
  3. PEREDARAN WANG DALAM EKONOMI
  4. LEMBARAN AKTIVITI

Bagi mykoleksi ianya menarik untuk disimpan sebagai koleksi buku numismatik kategori bacaan kanak-kanak, siapa ada buku macam ni boleh berkongsi di ruangan komen.


Yang bukan kanak-kanak,
mykoleksi

Saturday, September 30, 2023

Buku Salasilah Keturunan Sultan, Waris dan Kerabat Diraja Negeri Selangor

Buku Salasilah

Setakat ni mykoleksi belum pernah nampak lagi ada orang berkongsi buku ni, kebetulan mykoleksi terjumpa ianya berada dalam koleksi seorang member.

Hasil pujuk rayu, akhirnya dapat juga mykoleksi memilikinya. Sebelum pemiliknya bersetuju untuk menjual kepada mykoleksi, beliau bertanya kenapa mykoleksi berminat dengan buku ini?

Jawapan mykoleksi ringkas saja, nak pasangkan dengan koleksi selangor lain antaranya surat khabar Selangorkini edisi khas  ulang tahun hari keputeraan DYMM Sultan Selangor dan Infografik "Matawang Kesultanan Selangor" surat khabar Metro Ahad 18 September 2022.

Surat Khabar Selangorkini Edisi Khas Ulang Tahun Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor

Infografik "Matawang Kesultanan Selangor"

Masa ni cuak juga, mana tau bila dengar jawapan mykoleksi beliau tak jadi nak jual. Masa ni mykoleksi teringat tentang satu ungkapan, "kalau kita ada duit banyak mana sekalipun, kalau orang tak nak jual/lepaskan belum tentu kita dapat memilikinya."

Alhamdulillah, akhirnya beliau bersetuju untuk jual kepada mykoleksi. Buku tersebut keluarkan tahun 1992, mungkin sudah ada versi terkini yang dikeluarkan. Buat masa sekarang mykoleksi belum dapat lagi, In Sha Allah nanti mykoleksi akan tanyakan dengan kawan mykoleksi di SUK Selangor.

Tak larat kalau mykoleksi nak menulis/bercerita berkenaan salasilah keturunan Sultan, waris dan kerabat Diraja negeri Selangor. Dengan adanya buku tersebut mykoleksi dapat membuat semak silang fakta yang ditulis dalam bahan bercetak lain samada ianya tepat ataupun tidak.

Salasilah Sultan Ibrahim Shah, 1778 - 1826

Sultan Ibrahim Shah, Sultan Selangor Yang Kedua

Dunia hobi numismatik secara tidak langsung ada hubung kait dengan sejarah, nak-nak lagi bagi mereka yang "main" syiling kesultanan. Respek betul mykoleksi dengan mereka, dah la nak dapat syiling pun susah, harga pula semakin mahal dan nak kena belajar tentang sejarah.

Ilmu syiling kesultanan mykoleksi setebal kulit bawang saja, masih dalam proses belajar. Tak tahu mykoleksi bertanya pada yang pakar dan membaca bahan rujukan, selain itu adab dalam menuntut ilmu mesti dijaga supaya ilmu yang kita dapat nanti berkat.

Buku ni bagi mykoleksi bukan kategori rare, rasanya masih boleh dapat lagi. Harap perkongsian ini memberi manfaat kepada anda walaupun tak banyak mana pun mykoleksi tulis berkenaan buku ini.

Tak berapa pandai sangat nak "goreng" cerita berkenaan salasilah

Yang belajar salasilah,
mykoleksi

Saturday, February 25, 2023

Buku Warisan Numismatik Malaysia

Buku Warisan Numismatik Malaysia

Rasanya ramai yang meminati dunia hobi numismatik tahu atau simpan buku bertajuk Warisan Numismatik Malaysia yang diterbitkan oleh Unit Muzium Matawang dan Arkib pada tahun 2003.

Buku tersebut dikeluarkan dalam 2 versi iaitu Bahasa Melayu dan English, siapa yang tak simpan salah satu versi buku ini memang rugi. Bagi mykoleksi ini adalah salah satu buku rujukan numismatik yang anda wajib ada.

Info di dalam buku ini sangat menarik kerana ada penerangan dan gambar matawang yang berkualiti. Sayangnya pihak Bank Negara Malaysia (BNM) tidak mengeluarkan lagi versi terkini buku tersebut, sudah 20 tahun usia buku ini.

Jika pihak BNM tak ada staff atau masa untuk hasilkan buku sebegini, apa kata upah saja mykoleksi. In Sha Allah mykoleksi boleh merealisasinya, asalkan mykoleksi diberi akses penuh untuk mendapatkan bahan dan rujukan oleh BNM.

Cuma mykoleksi tak ada sijil atau gelaran pakar saja, harap pihak BNM tak minta semua tu nanti.

Senarai Kandungan Bab

Buku ini ada 8 bab yang menarik, baca pun tak bosan.

  1. Bab Satu: Wang dan Perkembangannya
  2. Bab Dua: Mata Wang Awal
  3. Bab Tiga: Jongkong Timah Sebagai Mata Wang di Semenanjung Tanah Melayu
  4. Bab Empat: Mata Wang Kesultanan Melayu
  5. Bab Lima: Mata Wang Semasa Penjajahan
  6. Bab Enam: Dolar Perdagangan
  7. Bab Tujuh: Mata Wang Persendirian
  8. Bab Lapan: Mata Wang Keluaran Bank Negara Malaysia

Bagi melengkapkan set buku numismatik tersebut, anda mesti kena ada simpan juga buku nipis bertajuk "WARISAN NUMISMATIK MALAYSIA - Wang dan Perkembangan". Maklumat dalam buku nipis ini sama seperti dalam Bab Satu buku tebal tersebut, kira macam "trailer" untuk buku yang tebal tu la.


Bab Satu: Wang dan Perkembangannya

Setakat yang mykoleksi jumpa, hanya ada buku nipis ni saja yang dikeluarkan oleh BNM. Mana tau mungkin pihak BNM ada keluarkan juga buku nipis macam ni untuk bab 2 dan seterusnya, siapa ada maklumat boleh berkongsi di ruangan komen.




Maklumat Bergambar Dalam Buku Warisan Numismatik Malaysia

Yang ada buku nipis, 
mykoleksi.

Thursday, June 16, 2022

Buku Tin 'Hat' and Animal Money

TIN 'HAT'  AND ANIMAL MONEY

Pada kali ni mykoleksi ingin buat simple review untuk sebuah buku bertajuk Tin 'Hat' and Animal Money, ianya diterbitkan dalam Bahasa Inggeris oleh Muzium Negara, Kuala Lumpur. Buku ini ditulis oleh William Shaw dan Mohd. Kassim Haji Ali, penulis yang memang sinonim dengan buku numismatik.

Apabila orang Eropah mula berminat dengan Semenanjung Tanah Melayu dari abad ke-16 dan seterusnya, mereka mendapati bahawa mata wang utama yang digunakan dalam kesultanan sama ada blok atau syiling timah adalah di mana nilai mata wang itu pada umumnya dianggap sama dengan nilai mata wang bijih yang digunakan. 

Dalam buku ini penulis menerangkan sejarah mata wang dan memberi contoh pelbagai jenis yang digunakan sebanyak 17 muka surat dengan 9 muka surat lagi plat dan bibliografi. Buku "paperback" edisi pertama yang sangat bagus.

Terdapat banyak topik menarik berkaitan matawang timah yang diceritakan secara ringkas berserta gambar;

  1. Introduction
  2. Pagodas and Pyramids
  3. The Tin Menagerie
  4. 'Hat' Money
  5. Explanation of Plates
  6. References
  7. Acknowledgement
  8. Museum Publications

Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang maklumat didalam buku ini, anda boleh dapatkannya secara terus di Muzium Negara atau di cawangan muzium atau boleh membuat pembelian secara online

Buku Tin 'Hat' and Animal Money telah dicetak semula oleh pihak Muzium Negara, mykoleksi telah membeli buku cetakan semula ini di rerurai Muzium Negara di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 (PBAKL 22) yang berlansung pada 3 - 12 Jun 2022 lalu di WTCKL.

Muka Hadapan Buku TIN 'HAT' AND ANIMAL MONEY
(Kiri: Cetakan Asal, Kanan: Cetakan Semula)

Bahagian Belakang Buku TIN 'HAT' AND ANIMAL MONEY
(Kiri: Cetakan Asal, Kanan: Cetakan Semula)

Friday, October 1, 2021

Senarai Buku, Katalog dan Bahan Rujukan Numismatik

Bagi memudahkan peminat dunia hobi numismatik, perkongsian pada kali ini mykoleksi senaraikan buku, katalog dan bahan rujukan berkaitan numismatik. Harap ianya dapat membantu dan memberi manfaat kepada anda semua, mykoleksi akan kemaskini dari masa ke semasa.

Katalog Mr. Steven Tan - International Stamp & Coin Agency

  • Coin & Paper money Catalogue of Malaysia-Singapore-Brunei (1845 to date) 1976, Edisi Pertama, Mr. Steven Tan, International Stamp & Coin Agency


  • COIN & PAPER MONEY CATALOGUE of Malaysia-Singapore-Brunei 1978, Edisi Ke-2, Mr. Steven Tan, International Stamp & Coin Agency


  • STANDARD CATALOGUE OF MALAYSIA-SINGAPORE-BRUNEI COINS AND PAPER MONEY 1981, Edisi Ke-3, Mr. Steven Tan, International Stamp & Coin Agency

  • Standard Catalogue of Malaysia-Singapore-Brunei Coins & Paper Money 1982, Edisi Ke-4, Mr. Steven Tan, International Stamp & Coin Agency

  • Standard Catalogue of Malaysia-Singapore-Brunei Coins and Paper Money 1983, Edisi ke-5, Mr. Steven Tan, International Stamp & Coin Agency


  • Standard Catalogue of MALAYSIA-SINGAPORE-BRUNEI COINS & PAPER MONEY 1985, Edisi Ke-6,  Mr. Steven Tan, International Stamp & Coin Agency

  • Standard Catalogue of MALAYSIA-SINGAPORE-BRUNEI COINS & PAPER MONEY 1986, Edisi Ke-7, Mr. Steven Tan, International Stamp & Coin Agency

  • Standard Catalogue of MALAYSIA-SINGAPORE-BRUNEI COINS & PAPER MONEY 1987, Edisi Ke-8, Mr. Steven Tan, International Stamp & Coin Agency

  • Standard Catalogue of MALAYSIA-SINGAPORE-BRUNEI COINS & PAPER MONEY 1989, Edisi Ke-9, Mr. Steven Tan, International Stamp & Coin Agency

  • Standard Catalogue of MALAYSIA-SINGAPORE-BRUNEI COINS & PAPER MONEY, Edisi Ke-10, Mr. Steven Tan, International Stamp & Coin Agency

Monday, June 28, 2021

Buku Sejarah Mata Wang (1967) - Husain Bin Mahmud

Buku Sejarah Mata Wang

Pada kali ini mykoleksi akan review sebuah buku bertajuk "Sejarah Mata Wang" yang padat dengan maklumat berkaitan matawang. Bermula 12 Jun 1967, negara Malaysia, Singapura dan Brunei masing-masing akan mengeluarkan matawang barunya sendiri. Buku cetakan pertama tahun 1967 ini diterbitkan oleh Penerbitan Utusan Melayu.

Buku Sejarah Mata Wang Cetakan Pertama 1967

Ini merupakan peristiwa bersejarah bagi negeri-negeri di Tanah Melayu dan Singapura kerana semenjak berpuluh-puluh tahun dahulu lagi menggunakan matawang yang sama. Bersempena dengan pengeluaran matawang baru dan memperingati peristiwa yang amat bersejarah, buku "Sejarah Mata Wang" dikeluarkan untuk kenang-kenangan dan juga dapat memberi maklumat kepada kita peminat dunia hobi numismatik.

Dengan adanya buku ini, kita dapat mengetahui serba sedikit sejarah dan latar belakang wang-wang lama yang suatu masa dulu menjadi tarikan dan mendapat tempat menjadi bahan untuk disiarkan dalam surat khabar sekitar tahun 1967.

Antara nama-nama yang terlibat dalam penghasilan buku tersebut adalah:
  1. Mr. Alan Wolstenholme - merupakan setiausaha kedua (Penerangan) kepada Jabatan Penerangan British di Kuala Lumpur kerana ikhsan dan pertolongan dalam mendapatkan kebenaran menggunakan gambar-gambar yang menunjukkan proses pembuatan duit-duit syiling dari Kilang Pembuatan Wang Di-Raja (The Royal Mint), London
  2. Mrs. J. Holland Jones - Setiausaha kepada Pegawai Akhbar, Syarikat Thomas De La Rue & Company, London kerana ikhsan dan pertolongan dalam mendapatkan kebenaran menggunakan gambar-gambar dalam proses penghasilan wang kertas dari syarikat tersebut
  3. Tuan Syed Nasir Bin Ismail - Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur yang memberi kebenaran untuk menggunakan gambar-gambar wang emas (dinar) yang menghiasi Kalender D.B.P tahun 1966.
Terdapat lima (5) bab yang mengandungi pecahan kecil topik menarik, buku ini ditulis dalam bahasa melayu dulu-dulu (1967) yang menggunakan ejaan lama. mykoleksi rasa kita masih boleh membaca dan fahami isinya;
  1. Bab Pertama - Mata Wang Sa-chara Umum
  2. Bab Kedua - Mata Wang Tanah Melayu
  3. Bab Ketiga - Mata Wang Malaysia
  4. Bab keempat - Bagaimana Wang Di-buat
  5. Bab Kelima - Tukaran Wang
  6. Bibliografi
Isi Kandungan Buku Sejarah Mata Wang



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute