Cari Post lain disini

Saturday, February 25, 2023

Buku Warisan Numismatik Malaysia

Buku Warisan Numismatik Malaysia

Rasanya ramai yang meminati dunia hobi numismatik tahu atau simpan buku bertajuk Warisan Numismatik Malaysia yang diterbitkan oleh Unit Muzium Matawang dan Arkib pada tahun 2003.

Buku tersebut dikeluarkan dalam 2 versi iaitu Bahasa Melayu dan English, siapa yang tak simpan salah satu versi buku ini memang rugi. Bagi mykoleksi ini adalah salah satu buku rujukan numismatik yang anda wajib ada.

Info di dalam buku ini sangat menarik kerana ada penerangan dan gambar matawang yang berkualiti. Sayangnya pihak Bank Negara Malaysia (BNM) tidak mengeluarkan lagi versi terkini buku tersebut, sudah 20 tahun usia buku ini.

Jika pihak BNM tak ada staff atau masa untuk hasilkan buku sebegini, apa kata upah saja mykoleksi. In Sha Allah mykoleksi boleh merealisasinya, asalkan mykoleksi diberi akses penuh untuk mendapatkan bahan dan rujukan oleh BNM.

Cuma mykoleksi tak ada sijil atau gelaran pakar saja, harap pihak BNM tak minta semua tu nanti.

Senarai Kandungan Bab

Buku ini ada 8 bab yang menarik, baca pun tak bosan.

  1. Bab Satu: Wang dan Perkembangannya
  2. Bab Dua: Mata Wang Awal
  3. Bab Tiga: Jongkong Timah Sebagai Mata Wang di Semenanjung Tanah Melayu
  4. Bab Empat: Mata Wang Kesultanan Melayu
  5. Bab Lima: Mata Wang Semasa Penjajahan
  6. Bab Enam: Dolar Perdagangan
  7. Bab Tujuh: Mata Wang Persendirian
  8. Bab Lapan: Mata Wang Keluaran Bank Negara Malaysia

Bagi melengkapkan set buku numismatik tersebut, anda mesti kena ada simpan juga buku nipis bertajuk "WARISAN NUMISMATIK MALAYSIA - Wang dan Perkembangan". Maklumat dalam buku nipis ini sama seperti dalam Bab Satu buku tebal tersebut, kira macam "trailer" untuk buku yang tebal tu la.


Bab Satu: Wang dan Perkembangannya

Setakat yang mykoleksi jumpa, hanya ada buku nipis ni saja yang dikeluarkan oleh BNM. Mana tau mungkin pihak BNM ada keluarkan juga buku nipis macam ni untuk bab 2 dan seterusnya, siapa ada maklumat boleh berkongsi di ruangan komen.




Maklumat Bergambar Dalam Buku Warisan Numismatik Malaysia

Yang ada buku nipis, 
mykoleksi.

Monday, January 30, 2023

Kumpul Keratan Akhbar Numismatik

Dalam dunia hobi numismatik, mengumpul keratan akhbar berkaitan numismatik juga merupakan salah satu cabang dalam hobi numismatik. Perkara ini juga turut dibincangkan dengan Raja Ibrahim Raja Sulaiman dan Abdul Aziz Hashim (ProCINS).

Tak banyak paper yang keluarkan cerita atau artikel berkaitan numismatik, bila dah ada tu elok simpan sebagai koleksi. Lama dah mykoleksi kumpul akhbar berkaitan numismatik dan ada akhbar diberikan kepada mykoleksi oleh member numismatik yang dah ambil skim pencen awal

Setiap koleksi akhbar yang mykoleksi ada sudah pasti ianya akan disimpan dengan baik mengikut kategori dan digunakan untuk rujukan bagi setiap penulisan mykoleksi.

Contoh Akhbar Bahasa Cina

Apa saja cerita atau artikel numismatik yang keluar di akhbar mykoleksi akan simpan tanpa ambil kira ianya datang dari sumber akhbar berbahasa Melayu, English, Cina mahupun Tamil. Nak baca akhbar bahasa Cina atau Tamil tak susah pun sebab sekarang ni kan ada App untuk terjemahan.

Koleksi bahan rujukan numismatik yang mykoleksi simpan dalam "sofcopy" atau "hardcopy" boleh dikatakan semuanya fokus kepada dunia hobi numismatik Malaya, Malaysia, jepun dan kesultanan. 

Kalau nak koleksi berkaitan numismatik luar negara mykoleksi ada juga simpan tapi tak banyak, sekadar simpan jika ada jumpa dalam akhbar.

Covid-19 Hidup 28 Hari Pada Wang Kertas

Apabila menggunakan dana sendiri ni, agak terhad juga bila nak berbelanja. Beli sikit-sikit setakat termampu, nanti jadi banyak juga. Terima kasih kepada semua member yang selama ni support mykoleksi, jasa anda semua diucapkan ribuan terima kasih.

Nilai Mata Wang Lama

Jangan tanya boleh datang atau tak "arkib" mykoleksi ni kerana buat masa sekarang belum ada rancangan lagi untuk buka kepada awam, semua ini hanya untuk kegunaan peribadi dan rujukan mykoleksi saja.

Keratan Gabenor BNM Terkini dan Mata Wang Peringatan Keluaran Khas RM600 & RM60

Kumpul pun makan tahun, nak buka kepada awam pun kena ada rancangan bertahun juga. Harap anda faham, bukan mykoleksi kedekut.

Sebahagian Koleksi Keratan Akhbar

Yang simpan akhbar,
mykoleksi

Sunday, January 29, 2023

Lepak Sambil Sembang Santai Numiamatik di Central Market

Buku Kuning Keemasan "MALAYSIA NUMISMATIC SOCIETY - SAGA - 21st ANNIVERSARY 1968 - 1989"

Semalam mykoleksi dah plan dengan Raja Ibrahim Raja Sulaiman (King) dan Abdul Aziz Hashim (Kujis) ProCINS nak jumpa, cuma tempat saja belum confirm. Kami dah plan dari tahun lepas lagi (bulan 12), baru hari ni terlaksana.

Kalau ikutkan plan asal nak jumpa di Amcorp Mall tapi sebab kami rasa situ macam "boring", kami pun ubah lokasi ke Central Market (CM) yang dah lama kami tak jejak. 

Bukan saja tempat, masa pun terpaksa diubah ke pukul 2:30 pm sebab Kujis. Boleh pula masa cuti-cuti macam ni dia ada kelas, kelas buat kek kukus kot.

Biasa la bila dah lama tak jumpa, banyak la topik menarik dan gossip numismatik yang keluar. Sedar tak sedar, lebih kurang 3 jam juga kami lepak tadi. Sambil sembang, sambil layan marka comel yang tah dari mana datangnya pun kami tak tau tiba-tiba saja ramai pula di CM.

Perjumpaan hari ni juga sebenarnya merangkap sesi penyerahan buku kuning keemasan "MALAYSIA NUMISMATIC SOCIETY - SAGA - 21st ANNIVERSARY 1968 - 1989", King minta mykoleksi carikan semasa mykoleksi ke rumahnya pada 9 Februari 2020.

Kenapa buku tu King nak cari untuk dijadikan koleksi, kalau nak tau anda kena tanya la King sendiri. Tadi King ada ceritakan pada kami, cuma mykoleksi sengaja tak mahu ceritakan dan biarkan ia menjadi rahsia.


Alhamdulillah, satu perjanjian sudah terlaksana pada hari ini. Tinggal 1 saja lagi masih dalam proses untuk ditunaikan, belum timbul lagi.

Next time kita plan lagi tapi kali ni kita cuba set dengan lebih ramai lagi.

Yang gembira,
mykoleksi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute