Akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! Bertarikh 20 - 22 Ogos 2019
Kita sudah sedia maklum yang pada 20 Ogos yang lalu rakyat malaysia telah dikejutkan dengan berita Utusan Melayu (Malaysia) Berhad akan menamatkan penerbitan dua akhbarnya
(Utusan Malaysia dan Kosmo!) pada 21 Ogos 2019 kerana menghadapi masalah kewangan sehingga tidak mampu untuk menanggung kos operasi.
Turut difahamkan, ada sebilangan pekerja Utusan telah ditamatkan perkhidmatan melalui
Skim Pemberhentian Sukarela atau VSS dan manakala yang masih berkhidmat pula menghadapi masalah tunggakkan gaji beberapa bulan.
Sejarah ringkas penubuhan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad,
- 29 Mei 1939 - Utusan Melayu diperkenalkan dan Utusan Zaman diterbitkan edisi Ahad.
- Februari 1958 - pejabat Utusan Melayu telah dipindahkan ke ibu negara Kuala Lumpur.
- Pada tahun 1967, Utusan Melayu telah diperbadankan sebagai syarikat berhad awam di bawah Akta Syarikat, bernama Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.
- 1 September 1967 – Akhbar Utusan Melayu mula dikenali sebagai Utusan Malaysia dan mendapat penyenaraian di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur.
- Disember 2018 – Utusan Melayu (Malaysia) menghadapi masalah dan memberhentikan 800 staf melalui skim VSS.
Apa yang sedang dihadapi oleh Utusan sekarang, mykoleksi tidak mahu komen lebih-lebih nanti takut tersalah maklumat. Apa yang mykoleksi dan rakyat Malaysia boleh lakukan sekarang adalah berdoa supaya pihak pengurusan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad dan juga pemegang saham dapat memikirkan satu solusi yang terbaik supaya dapat keluar daripada kemelut ini dan dipermudahkan segala urusan.
Akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! Masing-masing Berharga RM2.00 dan RM1.50 Bermula 23 Ogos 2019
Pada 21 Ogos 2019, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir telah membuat pengumuman yang penerbitan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! akan diteruskan. Syarikat turut mengambil keputusan untuk menaikkan harga akhbar Utusan Malaysia daripada RM1.50 senaskhah kepada RM2.00 senaskhah manakala Kosmo! daripada RM1.00 kepada RM1.50 senaskhah mulai Jumaat ini (23 Ogos 2019).
Anda boleh baca sendiri komen warganet (netizen) di media sosial berkenaan kenaikan harga untuk kedua-dua akhbar tersebut, rasanya mykoleksi tidak perlu mengulasnya lagi.
Hasil tinjauan mykoleksi di sekitar Putrajaya, boleh dikatakan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! boleh dikatakan habis dijual setiap hari. Teruskan sokongan anda supaya akhbar Utusan yang telah berusia 80 tahun pada 29 Mei 2019 lalu dapat terus memberi sumbangan kepada kita semua rakyat Malaysia.
Berbalik kepada tujuan asal artikel ini ditulis, sebenarnya mykoleksi ada satu cadangan yang dapat membantu dan seteruskan memberi dana kepada Utusan dalam usaha untuk syarikat tersebut terus “bernafas”.
Walaupun sumbangan hasil daripada cadangan mykoleksi ini nampak kecil bagi sesetengah pihak tetapi setidak-tidaknya keuntungan bersih RM257,750.00 dapat membantu untuk membayar tunggakkan sebulan gaji 86 orang staf Utusan yang bergaji RM3,000.00, itupun mykoleksi rasa sudah cukup bersyukur.
Apakah cadangan mykoleksi itu?
Memandangkan mykoleksi seorang "blogger" numismatik, sudah tentulah cadangan yang mykoleksi hendak kemukakan juga ada kaitan dengan dunia hobi numismatik.
Apabila mykoleksi melihat logo 80 tahun pada akhbar Utusan Malaysia, terlintas difikiran mykoleksi
"kenapa pihak Utusan tidak mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena ulang tahun ke-80 penerbitan akhbar Utusan Melayu?".
Pada ketika itu mykoleksi tidak tahu yang Utusan sedang mengalami masalah kewangan.
Bagi menjayakan cadangan ini, pihak Utusan mestilah berkerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menghasilkan duit syiling peringatan tersebut memandangkan BNM memiliki kepakaran untuk menghasilkannya.
Lagipun pada tahun 2019, baru ada satu (1) sahaja pengeluaran duit syiling peringatan dikeluarkan oleh BNM iaitu
Duit Syiling Peringatan Bersempena Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, perkara ini telah merencatkan pertumbuhan dunia hobi numismatik dalam menuju wawasan 2020.
Pihak Utusan dan BNM tidak perlu "pening kepala" untuk memikirkan reka bentuk dan lain-lain yang berkaitan dengan duit syiling peringatan tersebut kerana mykoleksi sudahpun menyediakannya, cuma apa yang diperlukan sekarang adalah "PERSETUJUAN dan KERJASAMA".
Penerangan berkenaan cadangan reka bentuk duit syiling peringatan bersempena ulang tahun ke-80 penerbitan akhbar Utusan Melayu adalah seperti dibawah:
1. Cadangan Reka Bentuk Duit Syiling
Reka Bentuk Duit Syiling