Cari Post lain disini

Showing posts with label Auction. Show all posts
Showing posts with label Auction. Show all posts

Wednesday, February 28, 2018

Lelongan MNP Ke-7 Wang Kertas Malaysia Dengan Siri Nombor Menarik

Pada kali ini mykoleksi tertarik untuk menulis berkenaan lelongan matawang lama dan baru BNM yang dikendalikan oleh MNP Auctioneers, 'Seventh Auction of Malaysia Banknotes With Special Serial Numbers (4th Series). Pada lelongan kali mykoleksi tertarik dengan lelongan Wang Kertas Peringatan baru (RM60, RM60 bercantum 3 dan RM600) dan Syiling Peringatan Yang Di-pertuan Agong XV, untuk maklumat lanjut ada boleh rujuk dibawah:
  1. Pengeluaran Wang Kertas Peringatan Bersempena Dengan Ulang Tahun Ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
  2. Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Bersempena Dengan Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV



Seperti yang kita tahu, Bank Negara Malaysia (BNM) telah melantik MNP Actioneers untuk menjalankan lelongan wang kertas dengan nombor siri menarik (siri ke-4), ini merupakan kali ke-7 MNP Actioneers menjalankan lelongan wang kertas bernombor siri menarik dan kali pertama untuk duit syiling peringatan.

Dalam acara lelongan kali ini, terdapat 150 lot seperti yang terdapat dalam buku/katalog lelongan yang disediakan oleh MNP

Maklumat berkenaan Lelongan MNP ke-7:

Tarikh: 10 Mac 2018 (Sabtu)

Sesi:
  1. Sesi 1 (10.30am) - Wang Kertas Peringatan dan Syiling Emas Peringatan
  2. Sesi 2 (12.30pm) Wang Kertas/Polimer (mykoleksi tambah) Malaysia RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100
Rujukan Lot:

Pendaftaran: 

8.30am (Pendaftaran akan tamat diantara 10.00am dan 1030am)

Maluamat lain boleh rujuk dibawah: 

 
Maklumat Lelongan 


Bagi yang tidak dapat hadir ke Sasana Kijang, anda juga boleh membuat membida dalam lelongan ini  secara atas tailan (online) di best2bid.com

Menurut MNP Auctioneer, semua bayaran mestilah menggunakan kad debit/kredit (Surcharge 2.5%) atau bayaran pindahan melalui atas talian (Online Transfer).

Berdasarkan semakan yang dibuat oleh mykoleksi pada katelog lelongan, nampak seperti ada maklumat yang tidak lengkap pada bahagian 'Lot Reference'. Jadi, mykoleksi ada membuat sedikit penambahbaikan untuk maklumat tersebut beserta pecahan kecil mengikut kategori supaya memudahkan kita untuk membuat bidaan nanti.

Rujukan Lot Lelongan

Selain itu, mykoleksi juga mendapati yang gambar duit syiling agong XV mengikut nombor siri 'certificate' tidak dimasukkan sekali didalam ketalog yang boleh di muat turun secara dalam talian: Ketalog Lelongan MNP Ke-7 tapi untuk bidaan secara 'online' ada.

Pandangan mykoleksi, MNP Auctioneer tidak seharusnya memikirkan langkah penjimatan sahaja dalam penyediaan katelog lelongan. Bagi 'collector' seperti mykoleksi, kami lebih suka meyimpan katelog yang dibuat dalam salinan keras (hardcopy) berbanding dengan yang dalam bentuk salinan lembut (softcopy) sebagai rujukan dimasa hadapan :D

mykoleksi difahamkan, katelog lelongan tersebut hanya diberi kepada mereka yang berdaftar sahaja untuk lelongan sahaja, betul tak?

Anda harus tahu, kepuasan bakal pelanggan/pembida mesti diutamakan dan usah 'kemut' sangat dalam menyediakan bahan lelongan kerana setiap pelaburan kecil yang anda buat sekarang pasti ada keuntungan yang besar nanti.

Sekirannya ianya tidak menguntungkan, takkan lah MNP Auctineer boleh meneruskan lelongan BNM sehingga kali ke-7?

Sekian,

Yang tak pernah buat bidaan di Sasana Kijang;
mykoleksi

Thursday, February 8, 2018

Jangan Lupa Trigometric Auction 7 Pada 15 Mac 2018


Trigometric Sdn. Bhd. akan mengadakan acara lelongan matawang (wang kertas dan syiling) Malaysia dan Dunia dalam Trigometric Auction 7 pada 15 Mac 2018 (Khamis) bertempat di Hotel Hilton, Petaling Jaya.

Hasil semakkan mykoleksi dalam katelog lelongan, terdapat sebanyak 951 lot yang bakal dilelong kepada orang ramai dalam acara lelongan kali ke-7 ini. Harap ada semua sudah bersedia, mykoleksi tengok banyak juga lot-lot yang menarik yang mungkin menarik minat anda untuk buat bidaan.

Bagi yang belum ambil katelog Trigimetric Auction 7, baik bertindak cepat sebelum katelog kehabisan stok......limited!!!

Tahniah mykoleksi ucapkan kepada mereka. Maklumat berkenaan lelongan, anda boleh merujuk di bawah:

Maklumat dan Lokasi lelongan:

Tarikh : 15 Mac 2018 (Khamis)
Tempat : Hilton Hotel, Petaling Jaya (Serunai Suite 1 & 2, Level 1)
Masa : 11.00 pagi to 6.00 petang

Bidaan secara online:

www.liveauctioneers.com

Lot dipertonton kepada orang awam:

Tarikh : 13 -14 Mac 2018 (Selasa dan Rabu)
Tempat : Trigometric Sdn. Bhd., Amcorp Mall.
Masa : 11.00 am - 5.00 pm

Pengambilan Lot lelongan bagi yang berjaya:

Tarikh : 19.03.2018 (Isnin)
Tempat : Trigometric Amcorp Mall
Masa : 10.30 am - 6.00 pm

Alamat:

Trigometric Sdn Bhd
Amcorp Mall
Level 3 - Lot 27,​
No.18 PSRN Barat,
Pusat Perdagangan Amcorp,
46050 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.

No. Telefon: 03-7957 9566 (Koay/Farah)
Email: info@trigometric.com

Note penting:
  1. Premium pembeli bagi bidaan biasa pada kadar 15% dan dikenakan GST 6% bagi setiap bidaan
  2. Premium pembeli bagi bidaan secara 'online' (atas talian) ditetapkan 20% (tidak terkecuali) dan juga dikenakan  GST 6% bagi setiap bidaan
Trigometric Sdn. Bhd. juga turut menjalankan 2nd Trigo Kuala Lumpur International Money Show di tempat yang sama bermula pada 16 - 18 Mac 2018, anda semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi acara tersebut :D

Wednesday, January 17, 2018

MyNumismatics Auction Series 4/2018 - 28th January 2018




MyNumismatics Banknotes, Coins & Collectibles Auction Series 4/2018 

Date & Time:  28 January 2018 (Sunday) @ 9:30am

Auction Venue:  Muzium Negara, Jabatan Muzium Malaysia, Jalan Damansara, 50660 Kuala Lumpur, Malaysia.

Auction Registration: 8:30am onwards

Lots Viewing Date: 26 January 2018 (Friday) & 27 January 2018 (Saturday), 2:00pm to 6:00pm

Lots Viewing Venue: Dickson Niew Collection  58, Jalan SS 14/2, SS 14, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia.

Public Enquiry: Potential bidders are advised to contact us and visit our office for more information. 

Buyer’s Premium: 13% of hammer price for all lots sold.

Catalogue Download Here : Download (PDF, 3MB)

Commission Bid Form Download Here :  Download (PDF, 347KB)

Sumber asal: mynumismatics.net

Wednesday, July 26, 2017

MyNumismatics Auction Series 3/2017 - 6 August 2017



MyNumismatics Banknotes, Coins & Collectibles Auction Series 3/2017

Date & Time:  06 August 2017 (Sunday) @ 9:30am

Auction Venue:  Muzium Negara, Jabatan Muzium Malaysia, Jalan Damansara, 50660 Kuala Lumpur, Malaysia.

Session 1: Coins
Session 2: Collectibles
Session 3: Banknotes
Auction Registration: 8:30am onwards

Lots Viewing Date: 4 August 2017 (Friday) & 5 August 2017 (Saturday), 2:00pm to 6:00pm

Lots Viewing Venue: Dickson Niew Collection  58, Jalan SS 14/2, SS 14, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia.

Public Enquiry: Potential bidders are advised to contact us and visit our office for more information. 

Sumber asal: mynumismatics.net

Friday, October 9, 2015

Trigometric Auction 2 pada 18 Oktober 2015

Katalog Trigometric Auction 2

Trigometric Sdn. Bhd. akan mengadakan Auction buat kali ke dua pada 18 Oktober 2015 (Ahad) bertempat di Hotel PJ Hilton, Kuala Lumpur. Jom kita pergi beramai-ramai, mykoleksi macam biasa akan ada disana sebagai penonton. Rugi kalau tak pergi......ramai awek cun disana :D

Sesiapa yang tidak berkesempatan hadir pada Trigometric Aution yang pertama, anda boleh baca di Trigometric (KN Boon) Auction di Hotel Hilton. 

Items bidaan pada kali ini boleh dikatakan hebat juga, watak "HERO"nya dipegang oleh wang kertas "Replacement" RM1000 tandatangan Tan Sri Dato' Jaffar bin Hussein (ZZ0000002) yang merupakan "ADIK" kepada RM1000 ZZ0000001 (Trigometric 1st Auction) tetapi berlainan "BAPA" (tandatangan....hehehe).

RM1000 Replacement Note (ZZ0000002)

Berapa agaknya harga bidaan untuk wang kertas tersebut? sama-samalah kita tunggu nanti, buat masa sekarang mykoleksi tak mahu komen apa-apa lagi.

Sudahkah anda memiliki katalog Trigometric Auction 2? Bagi yang belum anda boleh download di http://www.3833.com/auction atau kalau nak simpan katalog original, anda boleh pergi ambil di Trigometric Sdn. Bhd. seperti alamat dibawah:

          Lot 327, Amcorp Mall, 18, Jalan Persiaran Barat,
          Off Jalan Timur, 46050, Petaling Jaya,
          Selangor, Malaysia

Senarai item yang menjadi daya penarik mykoleksi dalam Trigometric Auction 2 kali ini:

1. Lot 332 - 1976 Conservation

Lot 332

2. Lot 341 - 1999 Millennium Gold
3. Lot 342 - 2000 Thomas - Uber Cup

Lot 341 dan Lot 342

Tuesday, July 28, 2015

Spink to Launch Book Commemorating The Frank Goon Collection, A Testament to a Lifetime of Dedicated Collecting


Jul 14 2015 

Books

SPINK LONDON | Spink is proud to announce that we are the key sponsor and official auctioneer of the International World Stamp Exhibition to be held in Singapore on the 14th - 19th August 2015. Spink will be holding five sales, each containing quality material of the highest calibre; appealing to both the philatelic and numismatic market. However, Spink have a little more up their sleeve than just that.

Saturday the 15th of August will be an exciting start for the Spink events at the exhibition. The 15th will see the launch of the long-awaited Banknotes of British Malaya, The Frank Goon Collection including The Straits Settlements, Malaya, British North Borneo, Sarawak, Brunei, Malaysia and Singapore (2nd edition) by Frank Goon. Published by Spink, the 2nd edition is a masterpiece and a testament to a lifetime of banknote collecting. It is also the first volume in the Spink 'Connoisseur' Series, a must for any collector of the Straits areas and a seminal reference work.


Sunday, March 22, 2015

Trigometric (KN Boon) Auction di Hotel Hilton

Buku "Auction" berkualiti

Buat kali pertama Trigometric Sdn. Bhd. menganjurkan "Auction" matawang lama dan baru pelbagai negara pada 15 Mac 2015 yang lalu. Lokasi yang dipilih bagi mykoleksi adalah strategik, mudah untuk kita sampai kesana iaitu Hotel Hilton, Petaling Jaya. Tak jauh pun dengan kedai mereka yang terletak di Amcorp Mall, pada hari tersebut mykoleksi memilih untuk pergi dengan menggunakan LRT sebab malas nak "drive". 

Jauh Pandangan mykoleksi

Tak jauh sangat pun mykoleksi jalan kaki, cuma ambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai. Kalau dah kaki "Backpackers" setakat nak berjalan sejauh itu tidak ada masalah pun, mykoleksi pernah berjalan dari UM hingga ke KL Sentral....apasal menyusahkan diri berjalan sejauh itu? LRT ada problem masa tu.....jalan pula jem melekat. 

Lokasi Tempat Bidaan

Senang saja nak cari tempat "Auction", dah sampai apa lagi jom kita terjah masuk....jangan risau pintu tak berkunci, tak perlu nak ketuk-ketuk. 

Pendaftaran Untuk Membida

Pendaftaran sedang rancak dijalankan, lebih kurang dalam pukul 9.00 pagi. Selain pendaftaran untuk bidaan, anda juga boleh dapatkan katalog yang dikeluarkan oleh KN Boon disana. Bolehlah beli untuk dijadikan rujukan semasa "Auction" bagi mereka yang belum ada.

Penuh Dewan, "Breakfast" disediakan

"Breakfast" disediakan untuk pembida dan juga peminat Numismatik, ruang dalam dewan mula dipenuhi. Masa inilah kita boleh memilih tempat yang "view" menarik, nak duduk belakang nanti tak nampak pula dan susah nak ambil gambar. 

Apalah nasib mykoleksi, kamera anak bagi jatuh sampai rosak "lens"....sebagai balasan mykoleksi "kebas" phone anak untuk ambil gambar. hehehe

Sila Baca Bahagian Belakang Nombor Bidaan Anda

Friday, September 26, 2014

Jualan Lelong Wang Kertas Malaysia Bernombor Siri Istimewa - Apa Pandangan Anda?

Menarik dan Tertarik

Kita sedia maklum, BNM akan mengadakan jualan lelong wang kertas dan polimer (mykoleksi yang tambah) Malaysia siri istimewa pada 27 September 2014 (Sabtu) bertempat di Auditorium Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia. Jualan lelong tersebut akan dikendalikan oleh MNP Auctioneers (Central) Sdn. Bhd. (MNP), iaitu jurulelong yang dilantik oleh Bank Negara Malaysia.

Bagi mendapat maklumat lanjut berkenaan jualan lelongan bolehlah berkunjung ke Laman Sesawang Bank Negara Malaysia dan MNP Property Auction, mykoleksi difahamkan yang hasil jualan lelong tersebut akan digunakan untuk menyokong program Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility, CSR) Bank Negara Malaysia.

Tapi mykoleksi kurang faham dengan apa yang dimaksudkan dengan "Jualan lelong ini juga merupakan salah satu inisiatif Bank Negara Malaysia untuk menggalakkan minat dan pemahaman yang lebih baik tentang bidang numismatik dalam kalangan orang ramai." Mungkin mykoleksi kena pergi dulu ke jualan lelongan untuk mengetahuinya, masih terlalu awal jika untuk membuat andaian. Rasa tak sabar pula nak tunggu tarikh 27 September, kalau boleh hari ni juga nak pergi beratur depan pintu Auditorium Sasana Kijang. :D

Tiba-tiba, teringat pula kejadian 27 Jun 2014 - Hari Itu Dalam Sejarah di Sasana Kijang. Geng-geng dulu tu tak nak pergi beratur ke? takut nanti tempat penuh pula dan tak dapat nak buat bidaan :D

Sebelum Jualan Lelong Wang Kertas dan Polimer Malaysia Bernombor Siri Istimewa bermula, mykoleksi ingin memberi sedikit pandangan tentang beberapa perkara yang sepatutnya diberi perhatian oleh penganjur dan juga bakal pembida.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute