Cari Post lain disini

Showing posts with label Replacement Note. Show all posts
Showing posts with label Replacement Note. Show all posts

Tuesday, May 21, 2024

Kondisi Koleksi Item Numismatik

Lama mykoleksi tak berkongsi koleksi numismatik, asyik menulis saja di blog dan Facebook. Nanti orang ingat mykoleksi suka sembang saja lebih,  dalam dunia hobi numismatik untuk menjadi collector tak perlu nak jadi "pak turut".

Dah banyak kali mykoleksi sebut pasal "pak turut", anda hanya perlu kumpul atau simpan mengikut kemanpuan keperluan dan budget. Kalau anda nak tahu, tak semua koleksi yang mykoleksi simpan berada dalam keadaan baik atau macam kondisi baru (UNC).

Ada koleksi yang mykoleksi simpan dalam keadaan biasa, simpan dulu kemudian kalau dapat yang lagi elok baru fikir samada nak simpan semua atau jual buat modal. Biasanya mykoleksi memilih untuk simpan semua, tak jual.

Tak percaya yang mykoleksi simpan item numismatik yang kondisi biasa? Contoh anda boleh rujuk gambar wang kertas gantian RM siri ke-2 (1972-1976) Z/2 dan Z/3. Kondisi macam tu ramai collector tak berminat nak simpan, dealer pun akan jual dengan harga mampu milik (ikut nasib).

Wang Kertas Gantian RM10 Siri Ke-2, Prefix Z/2

Wang Kertas Gantian RM10 Siri Ke-2, Prefix Z/3

Rasanya dah lebih 10 tahun mykoleksi beli wang kertas RM10 tu, beli pula secara ansuran. Maklumlah budget kecil tapi nak beli juga untuk koleksi (bagi ada), itulah secebis kenangan yang boleh dijadikan pengalaman manis mykoleksi dalam dunia hobi numismatik yang penuh dengan pancaroba dan scalper.

Apa yang mykoleksi boleh katakan disini, anda tak perlu malu nak tunjuk atau simpan koleksi numismatik yang kondisi biasa asalkan anda betul-betul minat dan tahu apa yang disimpan sebagai koleksi.

Anda perlu malu sekiranya hanya berlagak atau menunjuk-nunjuk koleksi yang bukan milik anda, lepas tu mengaku koleksi sendiri sebab nak suruh orang kata anda hebat.

Yang ada koleksi biasa,
mykoleksi

Thursday, April 19, 2012

Lukisan Pertama Wang Kertas RM1 Tan Sri Dato’ Jaafar Hussein


Hasil Experimental aku dan “Ajib” yang pertama iaitu Lukisan Warna Wang Kertas RM1 Tan Sri Dato’ Jaafar Hussein

Experimental yang dihasilkan diatas adalah hasil gabungan Idea aku dan bakat melukis “Ajib”, idea ini tercetus apabila aku melihat gambar yang menunjukkan bagaimana wang kertas diukir dan dilukis. Teruja pula aku tengok orang tu lukis......


Melukis gambar wang kertas sememangnya bukan satu perkara mudah kerana ianya mengambil masa yang lama dan juga memerlukan motivasi diri yang tinggi terutama sekali bagi mereka yang pertama kali ingin mencuba. Kalau dah otai seperti pelukis dalam gambar diatas, aku rasa tak menjadi masalah, pejam sebelah mata pun boleh buat.

Bagi melialisasikan experimental ini, aku mula memikirkan ciri-ciri wang kertas yang bagaimana sepatutnya aku gunakan sebagai "model". Kalau boleh aku nak lukisan yang bakal  dihasilkan nanti benar-benar bermakna dan bernilai tinggi (bagi akulah).



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute