Cari Post lain disini

Showing posts with label Glossari. Show all posts
Showing posts with label Glossari. Show all posts

Saturday, February 13, 2010

Apa Itu RINGGIT, 'DOLLAR' & RIYAL?

Dalam konteks penggunaan di Kedah sekarang, perkataan 'Ringgit' yang sedang digunakan adalah menurut nama matawang Malaysia. Asalnya adalah terjemahan bebas bagi 'Dollar' yang digunakan dalam zaman penjajahan. Apabila Malaysia menterjemahkan 'Dollar' menjadi 'Ringgit', kerajaan-kerajaan Singapura dan Brunei hingga sekarang terus menggunakan perkataan 'Dollar' yang telah digunakan bersama sebelumnya.

Walau pun begitu, terjemahan 'Dollar' kepada 'Ringgit' bukanlah bermula sejak Malaysia mula menggunakan matawang barunya, tetapi telah lama digunakan, iaitu semenjak jenis 'Milled Dolar' mula beredar di Nusantara.

Perkataan 'Dollar' telah diperkenalkan Inggeris di Nusantara. Tetapi, perkataan ini bukanlah berasal dari orang Inggeris atau Belanda sendiri. Pada mulanya, iaitu sejak abad ke-16 lagi, sejenis matawang perak telah dikeluarkan dengan banyak di Eropah terutamanya negerı Austria kerana di negeri ini terdapat sebuah lombong perak yang terkenal di sebuah tempat bernama St. Jaochimsthal. Matawang perak jenis ini sangat digemari sebagai alat bayaran walau pun negeri lain juga telah sedia mengeluarkan matawang masing-masing. Penggunaan matawang ini sangat meluas di Eropah dan ia digelar sebagai 'Jaochimsthaaler'.

Perkataan Jaochimsthaler lama kelamaan disingkatkan kepada 'Thaler' sahaja. Orang Belanda menyebutnya 'Daalder' manakala orang Sweeden menulis sebagai 'Daler' dan orang Inggeris selesa menyebutnya sebagai 'Dollar' sahaja. Jenis matawang perak seperti yang dikeluarkan oleh Austria itu mempunyai berat tertentu. Berikutan sangat terkenalnya matawang jenis itu, maka banyak kerajaan lain yang mengeluarkan matawang perak dengan ukuran dan berat yang sama. Perkara ini tidak menjadi masalah bagi penerimaan luas kerana yang penting pada masa itu adalah 'isinya', iaitu berat perak itu sendiri, bukan negeri mana yang mengeluarkannya. Matawang seperti ini dianggap sebagai 'matawang perdagangan' yang diterima umum.

Antara kerajaan yang turut mengeluarkan matawang perak serupa ialah Sepanyol. Matawang Sepanyol yang telah sedia ada dikenali sebagai 'Real' atau 'Realle'. Matawang Sepanyol yang sepadan beratnya dengan matawang 'Thaler' adalah jenis '8 Real'. Oleh kerana Sepanyol adalah kuasa penjajahan yang sedang berkembang pada masa itu, maka matawang Sepanyol inilah yang tersebar lebih cepat dan meluas ke seluruh dunia. Matawang perak Sepanyol ini dicetak begitu banyak, terutamanya di Amerika Selatan (Latin), seperti Mexico, Peru dan Bolivia, untuk kegunaan di seluruh dunia.

Penerimaan matawang perak jenis '8-Real' sangat meluas dan akhirnya ia berubah menjadi matawang utama dunia, yang dikenali juga sebagai 'wang keras' (hard currency). Sebelum orang Belanda dan Inggeris membuat matawang perak yang serupa, mereka juga menggunakan matawang Sepanyol ini juga untuk sebarang pembayaran perniagaan di tanah jajahan di Nusantara. Matawang '8-Realles' yang dibawa oleh mereka ke sini digelarkan juga 'Dollar'. Sebab itu, dalam sumber penulisan Inggeris lama, pembayaran dikatakan dibuat dalam 'Dollar' walau pun sebenarnya matawang yang digunakan ialah matawang Sepanyol tersebut.

Thaler' dari Austria yang sangat terkenal di seluruh dunia, digelar 'Maria Theresa Thaler'.

Oleh kerana matawang perak ini telah menjadi 'piawai' bagi seluruh dunia, maka Negeri Kedah Darulaman pernah menjadikan asas untuk pengeluaran matawangnya dalam abad ke-17-18. Ini kerana pada masa itu emas semata-mata tidak mencukupi untuk dijadikan matawang untuk diedarkan. Walau pun begitu Kedah hanya mengeluarkan matawang perak Satu Riyal dan beberapa pecahannya. Terbukti Kedah juga pernah mengeluarkan matawang Setengah dan Suku Riyal.

Sedikit masa dahulu kita pernah dengar di Kedah orang menyamakan sebutan 'Satu Riyal' dengan 'Satu Ringgit', terutamanya dalam amalan keagamaan. Sebenarnya perkara ini tidak tepat kerana matawang 'Satu Riyal' yang pernah dikeluarkan di Kedah berlainan sama sekali dengan matawang perak 'Satu Ringgit' atau 'Dollar', yang beratnya sama dengan 'Lapan Real Sepanyol'. Matawang perak '8-REAL' jenis awal dikeluarkan tidak mempunyai ukuran besar yang teratur walau pun beratnya seragam. Matawang seperti ini dikenali juga oleh orang Melayu sebagai Riyal Batu (Cob Real). Matawang jenis ini mudah berlaku kecurian' kerana tepinya boleh 'dikacip' sehingga akhirnya ia akan kehilangan berat yang ketara. Apabila penggunaan mesin dikenali, matawang ditempa dengan cara baru. Matawang perak jenis baru ini mempunyai ciri keselamatan yang lebih baik, iaitu di bahagian tepinya dibuat berigi-rigi supaya ia tidak dapat lagi dikacip untuk mencuri peraknya. Matawang ini dikenali sebagai 'Milled Dollar' dan jenis inilah yang disebut wang 'Ringgit' oleh orang Melayu. Oleh kerana matawang Sepanyol '8-Real' jenis 'Ringgit' ini dikenali juga sebagai 'Dollar' maka perkataan 'Ringgit' juga telah menjadi sinonim dengan perkataan 'Dollar'.

Ringgit Sepanyol atau 'Milled Dollar' yang mempunyai corak 'ringgit-ringgit' (rigi-rigi) di bahagian tepi.

Oleh kerana banyak kerajaan mengeluarkan matawang perak yang serupa terutamanya dari Eropah maka banyaklah jenis 'Ringgit' yang beredar di Kepulauan Melayu. Semua jenis matawang perak ini beredar dan laku diterima dengan nilai yang dikatakan 'Satu Ringgit'. Ringgit yang berbagai ini barudihentikan penggunaannya apabila Britain menubuhkan Straits Settlements dan matawang 'Dollar' baru dikeluarkan dan diedarkan dengan nilai Satu Ringgit, yang terdiri dari '100 sen'.

Sumber: Buku Sejarah Matawang Negeri Kedah dan Perlis

Monday, February 8, 2010

Apa itu "Wang"?

Sebenarnya, orang Kedah boleh dikatakan langsung tidak menggunakan perkataan 'wang', kecuali dalam bahasa persuratan. Seperti yang difahami pada ketika ini, makna umum bagi perkataan 'wang' adalah sinonim dengan 'duit', sebagai yang telah diterangkan di atas. Jadi, bagi orang Kedah, perkataan 'wang' hanya digunakan dalam bahasa penulisan bagi menggantikan perkataan 'duiť' yang digunakan dalam perbualan harian. Dalam konteks ini, iahanya bermakna sebagai 'suatu alat bayaran' secara umum.

Perkataan 'WANG' mempunyai pertalian sejarah yang agak panjang dalam kosa katabahasa Melayu. Tidak dapat dipasti kandengan tepat bilakah perkataan ini mula digunakan dalam bahasa kita.

Selain dari makna umum yang disebut kandi atas, perkataan 'wang' juga sebenarnya mempunyai makna khusus, iaitu nama bagisejenis matawang juga.

Temples (1914) telah mengutip keterangan oleh Raffles (1830), dalam bukunya 'Java'Vol. II', yang mengatakan: Satu Wang ialaha'sejenis matawang perak yang kecil' yang bersamaan nilai dengan 10 'doit' tembaga masa itu, 12 Wang Belanda. Pada bersamaan nilai dengan Satu Rupee, dan24 Wang bersamaan dengan Satu Dollar Sepanyol.

Matawang perak Belanda 'kecil' yang dimaksudkan itu sebenarnya ialah matawang pecahan yang popular pada masa itu, iaitu matawang bernilai Dua Stuiver, yang tukarannya bersamaan dengan 10 Doit.

Matawang Perak Belanda 2-stiver. Ia Juga Dikenali oleh Orang Melayu Sebagai 'Satu Wang'

Ketika itu juga, Satu Doit bersamaandengan nilai 20 Picis (pitis) Jawa, sejenis matawang timah. Ini bererti, Satu Wang bersamaan dengan 200 Pitis.

Dalam penggunaan harian, biasanya pitis yang banyak tersebut dirangkai dengan tali rotan, supaya mudah dikendali: 600 keping dijadikan satu rangkai, yang digelar Satu Tali. Ini bermakna Satu Tali (600 pitis) bersamaan dengan Tiga Wang. Sebab itu timbul pepatah Melayu lama: "Sa Tali Tiga Wang juga".

Oleh kerana Satu Dolar bersamaan nilai dengan 24 wang, maka ia juga bersamaan dengan 8 tali.

Sekitar tahun 1850-an telah berlaku kekurangan matawang kecil Belanda (doit) dalam pasaran. Untuk kemudahan, kumpulan pedagang telah mengeluarkan matawang sendiri yang dikenali sebagai 'Singapore merchants token'. Matawang tembaga ini sebenarnya adalah tiruan bagi matawang Doit Belanda. Ada antara keluarannya yang mempunyai gambar 'ayam jantan', yang menyebabkan ia juga dikenali oleh orang Melayu sebagai 'Duit Ayam'. Nilai pada masa itu ialah 10 Duit Ayam bersamaan dengan Satu Wang.

W.W.Skeat pula telah menulis banyak nota ketika lawatannya ke negeri-negeri Melayu dalam sekitar tahun 1900-1907. Sesetengah nota tersebut dikirimkan untuk kerja penulisan oleh Sir R.C. Temple, mengenai matawang Melayu. Antara catatannya adalah mengenai istilah 'wang' pada masa itu.

Menurutnya pada masa itu, Federated Malay States (antaranya Perak dan Selangor) telah mula menggunakan Sistem Cent (iaitu sistem Decimal) di mana 100 Cent bersamaan dengan 1 Dollar. Pada masa itu, matawang luar bukan keluaran British sedang ditarik balik dari pasaran. Namun, sejenis matawang tembaga keluaran Belanda yang bernilai 2 ½ Cent masih laku dan jenis inilah yang dinamakan 'Satu Wang'.

Matawang perak Belanda yang diterangkan oleh Klinkert, bernilai 10 Duit iaitu jenis 2-Stuiver atau dikatakan juga 'Een Dubbeltje', yang sebelumnya dikenali sebagai Satu Wang, kini (pada masa Skeat menulis) ia dikenali sebagai 'Wang Lama' (Old Wang). Selain itu, di negeri Perak sedang beredar juga matawang perak keluaran British yang bernilai 2 ½ Cent, dan matawang ini pada masa itu dinamakan
'Wang Baharu'. Ukuran matawang ini kira-kira sama dengan saiz matawangtembaga 'Straits ½ Cent'.

Keterangan lain mengenai perkara ini telah dijelaskan oleh Pridmore (1968). Menurutnya, matawang perak Belanda 2-Stiver yang namanya Satu Wang itu hanya digunakan hingga tahun 1824. Setelah itu dibuat pula matawang tiruan daripada tembaga yang diedarkan dengan nilai yang sama, iaitu 2-Stiver juga. Matawang ini telah digelar sebagai 'Wang Baharu'. Penggunaannya dihentikan dalam tahun 1886.

Nilai 2-Stiver (Satu Wang) bersamaandengan 10 Doit. Oleh kerana nilai 1 Doit telah berubah (turun) menjadi sama dengan ¼ Cent, maka nilai 2-Stiver tembaga itu sekarang hanyalah bersamaan dengan 2 ½ Cent. Inilah matawang yang digelar sebagai 'Wang Baharu'.

Istilah 'Wang' sebagai sebutan umum untuk alat pembayaran juga telah dicatat oleh Skeat. Menurutnya, semua matawang kecil yang dikeluarkan oleh British seperti 5, 10, dan 50 cents untuk kegunaan dalam FMS, secara umumnya disebut 'Siling' atau 'Schilling' (Belanda: Skilling). Sebelum itu matawang yang digunakan ialah matawang perak yang lebih kecil yang mempunyai corak 'shield dan crown' (iaitu matawang Belanda) dan umumnya semua matawang ini disebut sebagai 'Wang' (=Change = Tukaran). Menurut Skeat sebutan ini kurang tepat, dan lebih tepat istilah 'wang' digunakan bagi sejenis matawang tembaga seperti yang telah disebut di atas.

Sumber: Buku Sejarah Matawang Negeri Kedah dan Perlis

Sunday, February 7, 2010

Apa itu "Duit"?

Bagi orang Kedah, 'DUIT' membawa duamaksud utama, iaitu maksud 'umum' dan 'khusus'. Secara umum, 'duit' ialah suatu perkataan bahasa 'kolokial' (pertuturan harian), yang dikaitkan terus dengan kekayaan, harta atau nilai milikan seseorang. Orang yang mempunyai banyak harta dikatakan 'orang berduit' atau 'orang banyak duit'. Dalam hal ini perkataan 'duit' merupakan pengganti bagi perkataan harta kekayaan. Selain itu perkataan duit pula membawa erti sebagai 'alat bayaran' secara am, dan boleh disama-ertikan dengan 'wang', iaitu suatu perkataan yang dianggap baku dalam Bahasa Melayu sekarang, yang mempunyai maksud yang sama. Dalam hal ini, semua bentuk alat bayaran, sama ada logam atau kertas, dikatakan 'duit'.

Bagi orang Kedah, dalam penggunaan bahasa sekarang, perkataan 'wang' tidak digunakan dalam percakapan harian, tetapi digunakan dalam bahasa penulisan yang baku. Apabila seorang anak menagih wang dari ibunya dikatakan 'mintak duit', sebaliknya apabila seseorang menagih wang pinjaman dari sebuah institusi kewangan dikatakan 'memohon wang pinjaman'. Secara khusus pula, 'duit' mempunyai erti yang sama dengan perkataan 'sen' (Cent) iaitu nama bagi matawang pecahan yang digunakan di Malaysia sekarang.

Menurut Temple (1914), di Pulau Pinang (asalnya Kedah) orang menyebut 'DUIT' bagi mengganti perkataan 'CENT'. Manakala sebutan 'SUKU DUIT' digunakan bagi menggantikan perkataan DOIT (Tembaga keluaran Belanda).

Orang Kedah menyebut 'duit' bagi menyatakan wang pecahan, tetapi dalam jumlah yang tidak melebihi 20 sen. Jadi, 'satu sen' dikatakan 'seduit', 'lima sen' dikatakan 'lima duit', 'limabelas sen' dikatakan 'limabelas duit', 'setengah sen' dikatakan 'setengah duit', 'seperempat sen' dikatakan 'suku duit', tetapi 'sepuluh sen' tidak dikatakan 'sepuluh duit', kerana ia sudah mempunyai nama khusus iaitu 'sekupang", manakala '20 sen' dikatakan '2 kupang'. Jumlah '25 sen' pula dikatakan '2 kupang lima duit', tetapi sebaliknya 'limabelas sen' tidak pula dikatakan 'sekupang lima duit'.

Dalam Bahasa Melayu baku, perkataan 'duit' juga mempunyai maksud 'umum' yang lebih luas, iaitu perkataan yang sinonim dengan 'wang". Bagi maksud 'khusus', perkataan 'duit juga adalah sinonim bagi perkataan 'sen', tetapi penggunaannya agak berlainan daripada penggunaan dalam dialek Kedah. Misalnya, dalam Bahasa Melayu baku tidak digunakan perkataan 'dua kupang lima duit', melainkan'dua puluh lima sen' sahaja.

Walau pun penggunaan perkataan 'duit' sudah sangat sebati dalam bahasa Melayu amnya dan loghat Kedah khususnya, tetapi perkataan ini sebenarnya adalah perkataan asing. Perkataan ini boleh dikatakan 'baru' sahaja masuk ke dalam kosa kata Melayu, iaitu semenjak kedatangan penjajah. Perkataan 'duit' adalah nama bagi matawang pecahan yang beredar dalam zaman penjajahan Belanda. Dalam Bahasa Belanda ia dieja sebagai 'DOIT atau 'DUYT'. Pada mulanya, Doit adalah matawang tembaga pecahan yang ditempa untuk kegunaan di Negeri Belanda dalamtahun 1724. Kemudian, atas permintaan oleh Syarikat Hindia Timur Belanda (V.O.C.) maka ia dibuat khas untuk kegunaan ditanah jajahannya, dengan memasukkan monogram VOC padanya. Pada mulanya matawang jenis 'Doit' itu ditempah di Belanda sahaja tetapi kemudiannya dibuat pula dikilang matawang tempatan. Matawangtembaga 'doit' itu mula dikeluarkan dalam.tahun 1726.

'SATU DOIT' Tembaga Belanda yang Menjadi Asal-usul Perkataan DUlT Dalam Bahasa Melayu.

Matawang tembaga itu kebanyakannyadikeluarkan dalam beberapa bentuk, iaitu SATU DOIT dan SETENGAH DOIT. Adajuga jenis DUA DOIT, tetapi tidak banyak.

Pada peringkat awal, nilai Satu Dollar (Rixdolllar Belanda atau Spanish 8-Reales) adalah bersamaan dengan 60 Stiver Belanda. Manakala Satu Stiver pula dinilai sama dengan 4 Doit. Maka, Satu Dollaradalah bersamaan nilai dengan 240 Doit.

Pecahan Satu Dollar dapat juga dilihat sebagai Cent, iaitu jumlahnya 100 Cent. Maka, 240 Doit adalah sama nilai dengan 100 Cent. Dengan itu, nilai Satu Doit sebenarnya adalah kira-kira sama dengan ½ Cent (tepatnya 0.416 Cent).

Matawang tembaga jenis Doit itu laku di Batavia, Melaka, Ceylon, Cochin dan Coromandel di India. Semenjak itu sangat banyak matawang ini diedarkan di seluruh Nusantara, dan dalam masa yang panjang. Hingga tahun 1841, matawang tembaga yang dinamakan yang dinamakan 'DOIT' masih dikeluarkan. Dengan itu perkataan 'doit' telah menjadi sebati dalam ingatan masyarakat Melayu diseluruh pelosok negeri. Akhirnya perkataan 'doit' telah berubah menjadi perkataan 'umum' bagi maksud menyataka nperkataan kesemua jenis alat bayaran.

Sumber: Buku Sejarah Matawang Negeri Kedah dan Perlis


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute