Koleksi First Prefix AF0751090 - AF0751100 "Running Number" Wang Kertas Baru RM50 dalam simpanan, gred UNC.
Cari Post lain disini
Showing posts with label First Prefix. Show all posts
Showing posts with label First Prefix. Show all posts
Thursday, July 23, 2009
Monday, June 9, 2008
Wang Kertas RM10 Siri Ke-8 (First Prefix AA)
Wang kertas RM10 ini dikeluarkan tahun 1997 dan di tandatangani oleh Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don. Tandatangannya diletak pada sisi bawah penjuru kiri muka hadapan wang kertas (melintang), boleh rujuk gambar wang kertas yang disertakan. First Prefix AAxxxxxxx menjadikan wang kertas RM10 dibawah bernilai tinggi, saya syorkan kepada pembaca blog..... jika ingin menjadi pengumpul wang kertas lama atau baru "seboleh-bolehnya" carilah wang kertas "First Prefix" untuk dijadikan koleksi. Walaupun harganya mahal tetapi pelaburan yang dibuat adalah sangat-sangat berbaloi. ZAxxxxxxx merupakan siri nombor wang gantian RM10 siri ke-8. Mengumpul wang/syiling lama ini adalah sesuatu yang menyeronokkan bagi mereka yang minat.
First Prefix AA - Last Prefix AV
First Prefix AA (EF)
Wednesday, May 28, 2008
Wang Kertas RM1 First Prefix AA R/N
Sebagai seorang collector, perkara yang penting dalam mengumpul wang kertas baru/lama adalah wang kertas keluaran pertama kerana bernilai tinggi (ini adalah pendapat aku sebab aku suka wang kertas keluaran pertama/first prefix). Nilai Wang kertas Keluaran pertama atau "First Prefix" bergantung kepada pelbagai faktor, sebagai contoh no. siri........ kalau no. sirinya cantik, harga boleh melambung tinggi. Dibawah ini adalah RM1 keluaran siri ke-11 yang ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dan cetakkannya pada tahun 2000. Nombor siri bermula dengan AAxxxxxxx.
AA1879313
*Note: R/N bermaksud "Running Number"
Sunday, May 25, 2008
Wang Kertas RM5 Siri ke-5 1982-1984
Wang kertas RM5 dikeluarkan pada tahun 1982-1984 dimana ianya ditandatangani oleh Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dato' Abdul Aziz bin Haji Taha. Saiz RM5 adalah 126mmx68mm, dicetak oleh Thomas De LaRue. Wang kertas gantian untuk RM5 tersebut sirinya bermula dengan NZxxxxxxx dan susah untuk mendapatkannya, sekiranya ada....harga bagi wang gantian ini adalah sangat tinggi sehingga tidak dapat dijangka.
Anak panah merah yang menunjukkan lambang salib yang diletakkan pada tiang bendera Istana Negara, First Prefix RM5 sirinya bermula dengan NAxxxxxxx dan Last Prefix NDxxxxxxx
Tuesday, April 15, 2008
Wang Kertas RM5 First Prefix AN dan CA
Terdapat 2 keluaran RM5 yang ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, yang pertama RM5 jenis kertas dan yang kedua RM5 jenis polimer. Bukan itu saja fakta yang perlu kita tahu tetapi kita juga mesti mengetahui First Prefix untuk kedua-dua jenis RM5 tersebut. First Prefix ini penting kalau kita ingin menjadi seorang pengumpul wang kertas baru/lama, ramai pengumpul-pengumpul sanggup bersusah payah dan bebelanja besar untuk mendapatkan First Prefix untuk koleksi mereka. Disini saya ingin berkongsi tentang First Frefix untuk kedua-dua keluaran tersebut yang ada dalam simpanan saya. Mari kita lihat First Prefix untuk RM5 kertas, sirinya bermula dengan ANxxxxxxx dan Last Prefix adalah BJxxxxxxx.
First Prefix AN - Prefix AZ
Prefix BA - Last Prefix BJ
First Prefix AN
Bagi RM5 polimer pula First Prefix bermula dengan siri CAxxxxxxx, RM5 ini dicetak oleh NPA Australia, polimer.First Prefix CA - Prefix ?
First Prefix CA
Rujukan: Malaysia Banknotes & Coins
Friday, April 11, 2008
Wang Kertas RM50 Baru First Prefix AA
- Keluaran first prefix AA
- Number sirinya berturutan AA0079221, AA0079222, AA0079223 dan AA0079224
- Hanya 50 juta keping saja yang akan ada logo 50 tahun kemerdekaan, keluaran lepas ni logo tersebut akan tiada.
- Keadaannya adalah UNC
- AA00xxxxx - lagi banyak '00' lagi tinggi nilainya sebagai contoh AA00000001, kalau dapat memang "jackpot".
note: Pernah orang offer nak beli sekeping RM50 aku dengan harga RM1xx.
Subscribe to:
Posts (Atom)
















