Cari Post lain disini

Showing posts with label Syiling. Show all posts
Showing posts with label Syiling. Show all posts

Sunday, April 19, 2020

Koleksi Duit Syiling Rosak

Duit Syiling Rosak

Semenjak PKP mykoleksi agak sibuk sikit, macam-macam kerja nak kena settle. Dah macam menteri pun ada, hari-hari nak kena bagi update

Petang ni tak ada kerja nak buat, rasa boring la pula. Mulalah mykoleksi nak cari kerja.....

Jadi, mykoleksi plan nak asingkan dan study pasal duit syiling rosak akibat perbuatan manusia. Lepas tu boleh packing terus masuk album, mana tau ada harga nanti

Duit syiling rosak akibat perbuatan manusia ini tak sama dengan duit syiling error atau salah tempaan, itu katagori duit syiling ajaib

Kerosakkan pada duit syiling tersebut boleh berlaku akibat dilenyek, dicanai, digosok, dibengkokkan, dipanaskan, digigit dan banyak lagi 'di'.

Biasanya kalau nak buat beli barang pun kedai tak terima, buruk sangat rupanya.

Akibat daripada perbuatan tersebut, ada diantara duit syiling tersebut telah hilang nilai muka.

Tak pasal-pasal kena pi tukar dengan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk dapatkan duit syiling baru.

Nak tahu lebih lanjut pasal duit syiling rosak, anda boleh rujuk pautan dibawah;

Senarai Kriteria Bagi Duit Syiling Yang Tidak Sesuai Untuk Edaran Semula

Adakah duit syiling rosak akibat perbuatan manusia ini boleh dimasukkan sebagai salah satu cabang dunia hobi numismatik?

Kalau jawapannya BOLEH menarik juga

Harap-harap ada orang lain juga minat untuk kumpul duit syiling rosak buatan manusia ni, ada geng sedap sikit sembang

Yang ada duit syiling rosak,
mykoleksi

Wednesday, March 25, 2020

20 Sen Siri Ke-3 2020 Rare

Duit Syiling 20 sen 2020

Baru ada duit syiling 20 sen siri ke-3 tahun 2020 untuk koleksi, syiling denominasi lain mykoleksi belum jumpa lagi dalam edaran.

Seperti biasa, anda dinasihatkan jangan kalut sangat. Rasanya tak ada kot orang yang nak ambil kesempatan juai mahal set syiling tahun 2020 nanti dengan alasan 'duit syiling COVID-19'

20 sen tahun 2020 = 1 ringgit

Atau

20 sen tahun 2020 = 100 ringgit

Teringat pula yang suatu masa dulu pernah 'hot' wang kertas RM20 dan RM50 tandatangan gabenor tertentu, sehingga ada mereka yang sanggup membeli dengan harga ratusan ringgit sekeping

Hilang akal? atau kurang ilmu? atau mahu menjadi otai? atau mereka sendiri rela menjadi mangsa penjual yang rakus menjual wang kertas tersebut bersama-sama cerita fantasi demi mengaut keuntungan yang tidak berkat.

Hal yang sama juga berlaku dimana dalam situasi virus COVID-19, ada yang mengambil kesempatan menjual mask, sarung tangan plastik/getah, 'hand Sanitiser' dan antiseptik jenama Dettol dengan harga zionis.

Tetapi ada juga yang beli dengan alasan mereka tersendiri walaupun kita ada pilihan yang jauh lebih murah dan jimat iaitu 'stay at home' atau duduk di rumah.

Kesimpulannya, situasi dan individu jugalah yang menjadi punca tidak kira ianya didunia hobi numismatik mahupun dunia nyata.

Yang sentiasa relax,
mykoleksi

Friday, February 7, 2020

Kenali Pereka Matawang Malaysia

Dalam dunia hobi numismatik, mereka yang terlibat dalam menghasilkan sesuatu matawang samada matawang dalam edaran ataupun matawang peringatan kurang diberi publisiti oleh pihak Bank Negara Malaysia (BNM). 

Kenapa?

Perkara ini agak berlainan dengan pihak Pos Malaysia Berhad dimana mereka yang terlibat dalam menghasilkan sesuatu setem khasnya setem peringatan diberi publisiti dan orang ramai boleh berjumpa dengan mereka untuk berkenalan dan minta tandatangan.

Pereka Setem En. KY Lim (Sumber Gambar:Google)


Sudah lama mykoleksi tertanya-tanya kenapa pihak BNM tidak memperkenalkan mereka-mereka yang memerah idea dan korbankan masa untuk menghasilkan sesuatu rekaan matawang supaya kami dapat kenali?

Rasanya tidak akan hilang populariti pihak BNM jika kami peminat dunia hobi numismatik mengenali mereka, malah nama BNM akan terus harum mewangi dengan adanya mereka ini.

Setakat ini mykoleksi hanya mengenali beberapa orang sahaja yang pernah terlibat dalam merekabentuk matawang, itupun hasil carian melalui "google" dan sumber-sumber lain.

Kalau tak jangan harap mykoleksi akan mengenali lagenda pereka-pereka matawang Malaysia seperti dibawah:

1. Ismail Ibrahim

Mantan Pereka Syiling Kilang Wang BNM/Royal Mint Malaysia

Bakat beliau mula dikesan dan digilap semasa beliau mula berkhidmat sebagai pereka muda di Mariwasa Kraftangan di Kuala Kangsar yang terkenal sebagai syarikat dengan hasil seni kraf berasaskan perak dan pingat-pingat kebesaran.

"Remaja" kelahiran Kampung Gong Bayor, Besut Terengganu ini juga pernah memegang jawatan sebagai Ketua Reka Bentuk Syiling di Kilang Wang Bank Negara Malaysia (BNM) Shah Alam sebelum diswastakan menjadi Royal Mint Malaysia pada tahun 2000.

Boleh tahan banyak juga duit syiling peringatan yang dihasilkan oleh beliau diantaranya adalah duit syiling peringatan UiTM, NAM, OIC, LIMA dan Millenium tahun 2000.

Beliau juga pernah memenangi 3 tahun berturut-turut (2003, 2004 dan 2005) award coin competition yang diadakan di jepun

Kalau nak cerita pasal pereka lejen ini, memang panjang lebar la nanti. Jadi, mykoleksi cadangkan anda "add friend di Facebook" dan lepas tu anda boleh sembang sendiri pasal pengalamannya sebagai seorang pereka syiling.


2. Michael Yong

Pemilik nama ini merupakan pereka duit syiling Pattern/cadangan Malaysia 1966 yang pada tahun 2015 pernah dilelong dengan harga lebih RM740,000 dan turut menggemparkan dunia hobi numismatik.

Beliau telah memenangi pertandingan yang diadakan bagi memilih rekabentuk atau motif duit syiling Malaysia yang pertama. Rekabentuk duit syiling yang dihasilkan beliau bertemakan haiwan iaitu Monyet Belanda, burung bangau, burung merak, tapir, kijang dan tenggiling.

Namun rekabentuk tersebut tidak digunakan pada duit syiling Malaysia setelah dipersembahkan kepada Tunku Abdul Rahman, kemudian rekaan set duit syiling pertama tersebut digantikan dengan rekaan bangunan parlimen.


3. Geoffrey Colley

Geoffrey Colley (GC) (Sumber Gambar: Google)

Inilah pemilik gelaran "GC" yang terdapat pada duit syiling siri Parlimen Malaysia bermula pada tahun 1967 - 1988.

Geoffrey Colley dilahirkan di Gillenham, Kent, UK, pada tahun 1934. Geoffrey Colley mendapat pendidikan dalam senilukis di Kent and London.

Antara ciptaan-ciptaan yang dihasilkan oleh beliau adalah: Battle of Britain 25th Anniversary, Desert War 25th Anniversary, Albert Einstien, Maiden Voyage of Queen Elizabeth II 1969, General Dwight David Eisenhower, 900th Anniversary of the Norman Conquest 1966 and eight medals honoring the American Revolution.


4. Low Yee Kheng

En. Low Yee Kheng (Sumber Gambar: Google)

Satu pertandingan rekabentuk set duit syiling baru malaysia bagi menggantikan set duit syiling parlimen, Low Yee Kheng telah diumumkan sebagai juara dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

Jadi, sekarang anda sudah kenal dengan pereka duit syiling siri Bunga Raya Malaysia yang mula diedarkan pada 1989.


5. Muhammad Fikri bin Abd Aziz

Pereka Duit Syiling 50 Tahun Yayasan Sabah


Beliau merupakan merupakan pelajar Fakulti Senireka Teknologi Kreatif di UniSZA yang memenangi pertandingan merekabentuk duit syiling peringatan yang dianjurkan oleh BNM, duit syiling peringatan bersempena 50 tahun Yayasan Sabah yang kita simpan sebagai koleksi itulah direka oleh beliau


6. Mohammad Haniff bin Halim

Pereka Duit Syiling 100 Tahun Pandu Puteri Malaysia 

Pelajar kedua daripada Fakulti Senireka Teknologi Kreatif di UniSZA ini turut memenangi tempat pertama dalam pertandingan yang dianjurkan oleh BNM dalam merekabentuk duit syiling peringatan, rekabentuk duit syiling peringatan 100 tahun Pandu Puteri Malaysia telah mengangkat sebagai pemenang.


7. Zulkefli Abdul Azizi

Tidak banyak maklumat yang mykoleksi tahu tentang beliau, apa yang pasti beliau adalah pemenang pertandingan rekabentuk duit syiling peringatan 50 tahun Bank Negara Malaysia yang pernah dianjurkan oleh BNM dahulu.

Untuk makluman anda beliau juga yang mengalahkan mykoleksi dalam pertandingan tersebut


8. Mohd Faizal Abdul Latif

Mohd Faizal Abdul Latif

Pereka duit kilang wang BNM, salah satu duit syiling peringatan yang mendapat sentuhan beliau adalah duit syiling peringatan bersempena pertabalan YDP Agong ke-16, salah satu ilham beliau dalam merekabentuk duit syiling tersebut diambil daripada payung ubur-ubur kuning.


9. Mohd Ubaidillah Daud

Pereka Duit Syiling Peringatan 70 tahun RTM

Beliau juga pereka duit syiling kilang wang BNM, lama dah mykoleksi cari pemilik nama tersebut. Akhirnya telah didedahkan dalam rancangan khas RTM TV1, beliaulah pereka duit syiling peringatan bersempena 70 tahun RTM


10.Yong Wen Xia

Merupakan pelajar universiti Limkokwing dalam jurusan "Bachelor of Design (Hons) in Professional Design (Visual Communication)", beliau memenangi pertandingan merekabentuk duit peringatan bersempena sambutan Jubli Emas Felcra yang dianjurkan oleh BNM.


Sehingga ke hari ini mykoleksi masih belum dapat meng"hadam" kenapa BNM merahsiakan nama-nama pereka matawang yang dikeluarkan oleh BNM?

Jika kerahsiaan ini berhubung kait dengan sesuatu akta atau terma dan syarat. Nampaknya, kita mesti menerimanya dengan redha.

Apa yang pasti, setiap matawang yang dikeluarkan oleh pihak BNM sudah pasti ada PEREKA dan juga seseorang disebalik tabir. Jasa dan pengorbanan yang mereka lakukan mestilah dihargai walaupun itulah kerja hakiki atau sekadar pertandingan.

Nota:
Nanti kalau mykoleksi rajin, mykoleksi akan kongsikan lagi pereka matawang Malaysia yang lain pula.

yang bukan pereka matawang,
mykoleksi

Friday, May 24, 2019

Set Syiling Pattern Malaysia Tahun 1966 Bernilai RM743,731

Collectibles Auction Asia (CAA) 6/2015

Pada 3 Oktober 2015, dunia numismatik digemparkan dengan satu berita tentang set syiling pattern Malaysia tahun 1966 yang berjaya dijual dengan harga SGD241,500 (termasuk premium pembeli) atau RM743,731 di Collectibles Auction Asia (CAA) 6/2015 di Landmark Village Hotel, Singapore.

Maklumat Berkenaan Set Syiling Pattern Malaysia Tahun 1966

Syiling tersebut mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan setakat yang mykoleksi tahu Bank Negara Malaysia (BNM) pun tidak pernah mempamerkan set syiling tersebut di Muzium, Sasana Kijang. 
 
Opss....nanti dulu

Rupanya, rekabentuk syiling baru Malaysia (syiling pattern) itu pernah dipamerkan kepada umum buat pertama kalinya bermula 29 Mac 1966 di Muzium Negara, Kuala Lumpur

Petikan daripada buku 25 tahun BNM

"Satu pertandingan peringkat kebangsaan telah diadakan pada bulan Februari, 1966 untuk memilih satu set yang terdiri daripada lima rekabentuk untuk duit syiling yang baharu. Satu set rekabentuk yang mengandungi monyet muncung, tapir Malaysia, tenggiling, kijang dan kuang telah dipilih. Beberapa cetakan percubaan matawang baharu telah dicetak di Royal Mint di England.

Tun Ismail telah menunjukkannya kepada Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman. Tunku berkata, "Tidak, ini tidak boleh. Orang akan menganggap bahawa kita makan binatang-binatang ini. Mengapa tidak menggunakan gambar bangunan parlimen di atas duit syiling, memandangkan negara kita adalah sebuah negara demokrasi berpalimen? Terdapat sebuah gambar parlimen yang cantik atas kotak rokok Parlimen," beliau mencadangkan. Beginilah caranya bagaimana gambar bangunan Parlimen berada di duit syiling kita."

Itulah sedikit cerita bagaimana gambar bangunan Parlimen boleh menghiasai duit syiling pertama Malaysia.

mykoleksi tidak merasa teruja dengan nilai bidaan tinggi yang berjaya dicatatkan untuk set syiling tersebut tetapi apa yang menjadi persoalan mykoleksi sekarang adalah:
  1. Milik siapakah set syiling pattern Malaysia tahun 1966 tersebut sebelum dilelong di CCA 6/2015?
  2. Bagaimana syiling tersebut boleh beliau miliki?
  3. Siapakah yang mencadang dan membawanya syiling tersebut untuk lelongan di CCA 6/2015?
  4. Siapakah pemilik terkini set syiling pattern Malaysia tahun 1966 yang berjaya dibida dengan harga RM743,731?
Empat (4) persoalan itu masih lagi misteri sampai sekarang, mykoleksi masih mencari jawapannya.
Siapa yang ada maklumat, mykoleksi sangat mengalu-alukan anda untuk berkongsi supaya persoalan ini bertukar menjadi satu sejarah baru dalam dunia hobi numismatik.

Yang tidak memlilik set syiling pattern Malaysia,
mykoleksi

Sunday, April 21, 2019

Antara RARE, UNLISTED dan UNISSUED

Semalam mykoleksi pergi jalan jalan Japan balik hari, hari ini saja ke Amcorp Mall pula untuk pekena cendoi.

Cendol Aliff

Rasanya mykoleksi dah kena "mandrem" dengan kedai "Rojak & Cendol Aliff", balik nanti kena singgah berubat.

Sambil pekena cendol, sambil layan FB tengok cerita-cerita numismatik terkini. Tak ada yang menarik sangat kecuali "posting" jual beli wang kertas RM60 yang membosankan.

Lupakanlah cerita pasal tu, sekarang mykoleksi nak bertanya kepada geng-geng numis tentang beberapa terma yang biasa digunakan dalam numismatik iaitu,
  1. "RARE"
  2. "UNLISTED"
  3. "UNISSUED"
Apakah yang boleh anda terjemahkan untuk ketiga-tiga perkataan hebat tersebut?

Harap ada yang sudi berkongsi.

Nak-nak pula, dua tiga hari ni kecoh dengan cerita medalion yang dikenali sebagai "Sample Coinage Material" Kilang Wang Bank Negara Malaysia.

"Sample Coinage Material" Kilang Wang Bank Negara Malaysia - Sumber Gambar: Facebook

Harga jualan boleh tahan juga, mana diorang dapat pun mykoleksi tak tau. Harap bukan kerja tangan-tangan ghaib.

Menteri atau pihak Bank Negara Malaysia (BNM) tak mahu komen pasal syiling tersebut?

Rasanya mungkin cerita medalion ni belum cukup tular lagi, maklumat yang mykoleksi dapat pun masih kurang.

Yang tengah keliru,
mykoleksi

Tuesday, December 4, 2018

Benarkah 'Tangan-tangan Ghaib' Merosakkan Hobi Numismatik?

Pada suatu pagi yang hening, hari sabtu (24 November 2018) sekitar jam 3.30 - 5.00 pagi. Satu perbincangan serius telah berlaku di Port 2, Numismatic Cafe, Seksyen 7, Shah Alam. Segalanya bermula apabila terbaca posting di dalam 'group' jual beli di Facebook yang memaparkan kisah medalion peringatan pertabalan Tuanku Sultan Kedah dan duit syiling peringatan yang dikaitkan dengan Jambatan Pulau Pinang.

Perbincangan pagi tanpa dirancang tersebut turut dihadiri oleh para penumis-penumis hebat yang memiliki kelebihan tersendiri dalam dunia hobi numismatik, sumbangan mereka semasa perbincangan berlangsung amat bermakna buat mykoleksi. mykoleksi mengambil serius semua pandangan dan pendapat yang diutarakan semasa perbincangan berlangsung.

Senarai kehadiran:
  1. Awang Sulaiman (pemilik Port 2)
  2. Che Lee Lie Lie
  3. Anizam Mustafa
  4. mykoleksi (bukan gabenor BNM)
Senarai yang ponteng:
  1. Mohd Asyraf (balik tidoq, esok nak pi KLIMS'18)

Geng Perbincangan Tengah 'Pening-pening Lalat' Memikirkan Tentang  Isu 'Tangan-tangan Ghaib'

Walaupun ianya sudah melebihi seminggu berlalu, mykoleksi rasa terpanggil untuk mengetahui apa sebenarnya yang sedang berlaku dalam dunia hobi numismatik sekarang. Adakah 'tangan-tangan ghaib' telah kembali aktif tanpa berselindung lagi dan bebas menjalankan 'kerja' mereka tanpa memikirkan 3 soalan penting.

HALAL vs HARAM
PAHALA vs DOSA 
AMANAH vs KHIANAT 

Rentetan daripada perbincangan serius tersebut mykoleksi telah mengambil keputusan untuk menulis berkenaan "tangan-tangan ghaib' di dalam blog, kebetulan pula sudah lama mykoleksi merancang untuk menulisnya tetapi 'subjek' yang sesuai atau betul-betul kuat belum ditemui. Kebetulan pada pagi itu, 'subjek' yang memenuhi kriteria mykoleksi tanpa diduga telah muncul.

Selain maklumat yang diperolehi melalui perbincangan tersebut, mykoleksi juga turut mencari maklumat tambahan secara 'online' dan 'offline' supaya apa yang mykoleksi kongsikan nanti lebih jelas dan mudah difahami bagi mengelakkan ianya disalah tafsir. Itupun jika anda sanggup membacanya sehingga ke akhir kerana tajuk kali ini boleh dikategorikan sebagai 'novel'.

Jadi, mykoleksi dengan ini mengambil RISIKO untuk berkongsi hasil penulisan mykoleksi dengan anda semua supaya sama-sama kita fikirkan dan beri perhatian.

Ada dua (2) topik hangat yang mykoleksi berminat untuk memberi ulasan yang telah dikenalpasti ada kaitan dengan isu 'tangan-tangan ghaib' iaitu:
  1. Medalion Peringatan Pertabalan Sempena Istiadat Pertabalan KDYMM Tuanku Sultan Kedah ke-29
  2. Duit Syiling Peringatan Semperna Jambatan Pulau Pinang, 2014
mykoleksi mulakan dahulu ulasan topik perbincangan pertama yang tengah panas sekarang iaitu: 

Medalion Peringatan Pertabalan Sempena Istiadat Pertabalan KDYMM Tuanku Sultan Kedah ke-29


Rekabentuk Medalion Peringatan Pertabalan Sempena Istiadat Pertabalan KDYMM Tuanku Sultan Kedah ke-29 - Kemaskini (10 Disember 2018): gambar sebelum ini terpaksa digantikan dengan gambar lain atas permintaan pemilik asal gambar tersebut kerana telah disalahgunakan oleh individu 4

Ringakasan:
  1. Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan untuk merasmikan majlis pelancaran Setem dan Medalion Peringatan Pertabalan Sempena Istiadat Pertabalan KDYMM Tuanku Sultan Kedah ke-29 yang dijadualkan berlangsung pada 22 Oktober 2018 (Isnin).
  2. Semasa majlis perlancaran berlangsung, tiada pengumuman tentang tarikh jualan medalion peringatan pertabalan kepada orang awam khasnya rakyat negeri Kedah Darul Aman.
  3. Terdapat lima (5) jenis medallion peringatan pertabalan yang disediakan sempena istiadat pertabalan iaitu dua jenis medalion emas, dua jenis medalion perak dan satu jenis medalion emas nordic yang kesemuanya bermotifkan gambar Sultan Kedah.
  4. mykoleksi difahamkan yang medalion tersebut akan dijadikan cenderahati kepada tetamu-tetamu yang hadir pada istiadat pertabalan.
  5. Medalion mana yang akan dijadikan cenderahati tidak dapat dipastikan, berdasarkan pemerhatian mykoleksi berkemungkinan medalion emas nordic dan set VVIP (4 dalam 1) yang dijadikan cenderahati.
  6. Medalion peringatan pertabalan ini dikeluarkan/ditempa oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, semua perkara berkaitan medalion pertabalan contohnya penjualan akan diuruskan oleh pihak kerajaan negeri sama bukannay BNM seperti medalion peringatan kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Sulatan Johor pada 23 Mac 2015. 
  7. Ketika artikel ini ditulis, masih belum ada pengumuman rasmi dibuat oleh kerajaan negeri Kedah berhubung tarikh penjualan medalion peringatan tersebut.
  8. mykoleksi telah menghantar email pada 22 November 2018 bertanyakan berkaitan tarikh jualan medalion pertabalan tersebut tetapi masih belum menerima jawapan balas daripada mereka.

Friday, April 6, 2018

Muzium Numismatik Maybank Kini Hanya Tinggal Nama

Tahukah anda Malayan Banking Berhad (Maybank) merupakan satu-satunya Bank Perdagangan di Malaysia yang mempunyai sebuah Muzium Numismatik sendiri bertujuan untuk mendidik orang ramai dalam mengenali sejarah matawang negara.

Sekiranya kita bandingkan dengan Muzium Numismatik Bank Negara, koleksi yang ada boleh dikatakan agak hebat juga kerana mempunyai himpunan matawang terbesar di Malaysia iaitu koleksi matawang yang pernah digunakan di Zaman Kesultanan Melayu Melaka, matawang semasa penjajahan Malaya oleh Portugis, Inggeris dan Jepun semasa ‘Perang Dunia ke-2 dan matawang negara-negara Asean. 

Muzium Numismatik Maybank terletak di Tingkat 1, Menara Maybank, alamat penuh boleh rujuk dibawah:

Muzium Numismatik Maybank
100 Jalan Tun Perak,
1st Floor, Menara Maybank,
50050 Kuala Lumpur.

Telephone: 03-230 8833 ext. 2420.

Lokasinya yang berhampiran dengan Pudu Sentral (Terminal Puduraya) di pusat bandar Kuala Lumpur dan kemudahan pengankutan awam seperti Putra LRT dan Star LRT memudahkan lagi orang ramai untuk berkunjung ke sana.

Bagi mereka yang meminati hobi Numismatik, Muzium Numismatik ini adalah tempat yang sangat sesuai untuk meningkatkan ilmu pengetahuan 

Secara ringkas koleksi Numismatik yang terdapat di dalam Muzium Numismatik Maybank:
  1. Meriam Miniture yang digunakan oleh orang asli sebagai matawang di Borneo, meriam yang sebenar biasanya digunakan/ditembak semasa majlis perkahwinan, kelahiran dan lawatan oleh VIP.
  2. Matawang Kesultanan Melayu Melaka (1400-1511) diperbuat daripada emas, perak dan timah. Apabila ramai peniaga datang dari Timur Tengah, syiling Pasai diperkenalkan semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah.
  3. Semasa Kedatangan Portugis (1511-1641) menyaksikan pengenalan matawang dalam bentuk ‘gold catholico’, ‘silver malaquese’, ‘bastardos’, ‘soldos’ dan ‘dinheiros’ (malas nak terjemah satu persatu)
  4. Matawang Negeri-Negeri Tanah Melayu pula diperkenalkan dalam bentuk duit syiling emas yang disebut "mas kupang" yang digunakan semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil Shah III (1623-1677). Di Kedah, matawang haiwan dalam bentuk ‘ayam jantan’ digunakan pada abad ke-16. Matawang berbentuk gajah dan buaya pula digunakan di Selangor dan Perak.
  5. Matawang Negeri-negeri Selat (1826-1939) telah digunakan oleh tiga Negeri iaitu Pulau Pinang, Singapura dan Melaka pada tahun 1826-1939. Kebanyakan matawang tersebut dikeluarkan semasa pemerintahan Queen Victoria, King Edward VII dan King George V.
  6. Matawang Asing yang dikeluarkan oleh Brunei, Singapura, Indonesia, Thailand dan Phillipines juga turut dipamerkan.
  7. ‘Private Banknote’  yang digunakan di Melaka dan Pulau Pinang juga ada dipamerkan di Muzium Numismatik Maybank.
  8. Matawang Khas yang digunakan di Pusat Kawalan Kusta, Sungei Buloh diperkenalkan pada tahun 1935 kerana pada ketika itu dipercayai bahawa penggunaan matawang biasa boleh menyebabkan penyebaran penyakit Kusta kepada orang awam.
  9. Matawang Pertama Bank Negara Malaysia (BNM) yang dikeluarkan  pada bulan Jun 1967 dengan denominasi $1, $5, $10, $50 dan $100.  Wang Kertas denominasi $1,000 pula telah dikeluarkan pada 2 September 1968. Pada tahun 1982-1984, reka bentuk baru matawang  $1, $5, $20, $500, $10, $50, $100 dan $1,000 dengan penekanan terhadap ciri-ciri Malaysia dan keselamatan diperkenalkan.
Itulah serba sedikit maklumat yang mykoleksi tahu tentang Muzium Numismatik Maybank, adakah anda pernah pergi melawat ke sana? 

Thursday, February 8, 2018

Jangan Lupa Trigometric Auction 7 Pada 15 Mac 2018


Trigometric Sdn. Bhd. akan mengadakan acara lelongan matawang (wang kertas dan syiling) Malaysia dan Dunia dalam Trigometric Auction 7 pada 15 Mac 2018 (Khamis) bertempat di Hotel Hilton, Petaling Jaya.

Hasil semakkan mykoleksi dalam katelog lelongan, terdapat sebanyak 951 lot yang bakal dilelong kepada orang ramai dalam acara lelongan kali ke-7 ini. Harap ada semua sudah bersedia, mykoleksi tengok banyak juga lot-lot yang menarik yang mungkin menarik minat anda untuk buat bidaan.

Bagi yang belum ambil katelog Trigimetric Auction 7, baik bertindak cepat sebelum katelog kehabisan stok......limited!!!

Tahniah mykoleksi ucapkan kepada mereka. Maklumat berkenaan lelongan, anda boleh merujuk di bawah:

Maklumat dan Lokasi lelongan:

Tarikh : 15 Mac 2018 (Khamis)
Tempat : Hilton Hotel, Petaling Jaya (Serunai Suite 1 & 2, Level 1)
Masa : 11.00 pagi to 6.00 petang

Bidaan secara online:

www.liveauctioneers.com

Lot dipertonton kepada orang awam:

Tarikh : 13 -14 Mac 2018 (Selasa dan Rabu)
Tempat : Trigometric Sdn. Bhd., Amcorp Mall.
Masa : 11.00 am - 5.00 pm

Pengambilan Lot lelongan bagi yang berjaya:

Tarikh : 19.03.2018 (Isnin)
Tempat : Trigometric Amcorp Mall
Masa : 10.30 am - 6.00 pm

Alamat:

Trigometric Sdn Bhd
Amcorp Mall
Level 3 - Lot 27,​
No.18 PSRN Barat,
Pusat Perdagangan Amcorp,
46050 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.

No. Telefon: 03-7957 9566 (Koay/Farah)
Email: info@trigometric.com

Note penting:
  1. Premium pembeli bagi bidaan biasa pada kadar 15% dan dikenakan GST 6% bagi setiap bidaan
  2. Premium pembeli bagi bidaan secara 'online' (atas talian) ditetapkan 20% (tidak terkecuali) dan juga dikenakan  GST 6% bagi setiap bidaan
Trigometric Sdn. Bhd. juga turut menjalankan 2nd Trigo Kuala Lumpur International Money Show di tempat yang sama bermula pada 16 - 18 Mac 2018, anda semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi acara tersebut :D

Wednesday, January 17, 2018

MyNumismatics Auction Series 4/2018 - 28th January 2018




MyNumismatics Banknotes, Coins & Collectibles Auction Series 4/2018 

Date & Time:  28 January 2018 (Sunday) @ 9:30am

Auction Venue:  Muzium Negara, Jabatan Muzium Malaysia, Jalan Damansara, 50660 Kuala Lumpur, Malaysia.

Auction Registration: 8:30am onwards

Lots Viewing Date: 26 January 2018 (Friday) & 27 January 2018 (Saturday), 2:00pm to 6:00pm

Lots Viewing Venue: Dickson Niew Collection  58, Jalan SS 14/2, SS 14, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia.

Public Enquiry: Potential bidders are advised to contact us and visit our office for more information. 

Buyer’s Premium: 13% of hammer price for all lots sold.

Catalogue Download Here : Download (PDF, 3MB)

Commission Bid Form Download Here :  Download (PDF, 347KB)

Sumber asal: mynumismatics.net

Tuesday, August 15, 2017

Pameran Numismatik Evolusi Matawang Palsu di Muzium Kesenian Asia

Penuhi aktiviti hujung minggu anda dengan berkunjung ke Pameran Numismatik : Evolusi Matawang Palsu yang bermula daripada 19 Ogos - 30 September 2017 bertempat di Muzium Kesenian Asia. Pameran ini anjuran bersama Muzium Kesenian Asia, Universiti Malaya dan Kelab Warisan Numismatik Malaysia (KWNM). 

Agenda/Aktiviti yang bakal menemui anda pada 19 Ogos 2017 (Sabtu):

1. Majlis perasmian Pameran Numismatik: Evolusi Matawang Palsu
  • Dijadualkan pada 10.30am
2. Syarahan berkaitan Numismatik
  • Syarahan I: Sejarah Perkembangan Numismatik Malaysia
  • Syarahan II: Evolusi Permalsuan Numismatik Dahulu & Kini - Mengenalpasti Secara Asas dan Mudah
3. Gerai Julan Koleksi Matawang Dunia


Pameran Numismatik: Evolusi Matawang Palsu

Alamat:

Muzium Kesenian Asia
Universiti Malaya,
50603 Kuala Lumpur.

Tel : 603- 7967 3805 / 7967 3936 / 7967 3849
Fax : 603- 7967 3985
e-mail : zahirahnoor@um.edu.my / azizras@um.edu.my

Tarikh Pameran: 19 Ogos - 30 September 2017

Masa Pameran:

Isnin - Jumaat: 9.00 am - 5.00 pm
Sabtu  - Ahad: 9.00 am - 1.00 pm

Bayaran masuk: Percuma

Facebook: Muzium Kesenian Asia

Peta Lokasi:

Lokasi Muzium Kesenian Asia, Universiti Malaya

Sumber asal: museum.um.edu.my

Friday, October 9, 2015

Trigometric Auction 2 pada 18 Oktober 2015

Katalog Trigometric Auction 2

Trigometric Sdn. Bhd. akan mengadakan Auction buat kali ke dua pada 18 Oktober 2015 (Ahad) bertempat di Hotel PJ Hilton, Kuala Lumpur. Jom kita pergi beramai-ramai, mykoleksi macam biasa akan ada disana sebagai penonton. Rugi kalau tak pergi......ramai awek cun disana :D

Sesiapa yang tidak berkesempatan hadir pada Trigometric Aution yang pertama, anda boleh baca di Trigometric (KN Boon) Auction di Hotel Hilton. 

Items bidaan pada kali ini boleh dikatakan hebat juga, watak "HERO"nya dipegang oleh wang kertas "Replacement" RM1000 tandatangan Tan Sri Dato' Jaffar bin Hussein (ZZ0000002) yang merupakan "ADIK" kepada RM1000 ZZ0000001 (Trigometric 1st Auction) tetapi berlainan "BAPA" (tandatangan....hehehe).

RM1000 Replacement Note (ZZ0000002)

Berapa agaknya harga bidaan untuk wang kertas tersebut? sama-samalah kita tunggu nanti, buat masa sekarang mykoleksi tak mahu komen apa-apa lagi.

Sudahkah anda memiliki katalog Trigometric Auction 2? Bagi yang belum anda boleh download di http://www.3833.com/auction atau kalau nak simpan katalog original, anda boleh pergi ambil di Trigometric Sdn. Bhd. seperti alamat dibawah:

          Lot 327, Amcorp Mall, 18, Jalan Persiaran Barat,
          Off Jalan Timur, 46050, Petaling Jaya,
          Selangor, Malaysia

Senarai item yang menjadi daya penarik mykoleksi dalam Trigometric Auction 2 kali ini:

1. Lot 332 - 1976 Conservation

Lot 332

2. Lot 341 - 1999 Millennium Gold
3. Lot 342 - 2000 Thomas - Uber Cup

Lot 341 dan Lot 342

Sunday, March 22, 2015

Trigometric (KN Boon) Auction di Hotel Hilton

Buku "Auction" berkualiti

Buat kali pertama Trigometric Sdn. Bhd. menganjurkan "Auction" matawang lama dan baru pelbagai negara pada 15 Mac 2015 yang lalu. Lokasi yang dipilih bagi mykoleksi adalah strategik, mudah untuk kita sampai kesana iaitu Hotel Hilton, Petaling Jaya. Tak jauh pun dengan kedai mereka yang terletak di Amcorp Mall, pada hari tersebut mykoleksi memilih untuk pergi dengan menggunakan LRT sebab malas nak "drive". 

Jauh Pandangan mykoleksi

Tak jauh sangat pun mykoleksi jalan kaki, cuma ambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai. Kalau dah kaki "Backpackers" setakat nak berjalan sejauh itu tidak ada masalah pun, mykoleksi pernah berjalan dari UM hingga ke KL Sentral....apasal menyusahkan diri berjalan sejauh itu? LRT ada problem masa tu.....jalan pula jem melekat. 

Lokasi Tempat Bidaan

Senang saja nak cari tempat "Auction", dah sampai apa lagi jom kita terjah masuk....jangan risau pintu tak berkunci, tak perlu nak ketuk-ketuk. 

Pendaftaran Untuk Membida

Pendaftaran sedang rancak dijalankan, lebih kurang dalam pukul 9.00 pagi. Selain pendaftaran untuk bidaan, anda juga boleh dapatkan katalog yang dikeluarkan oleh KN Boon disana. Bolehlah beli untuk dijadikan rujukan semasa "Auction" bagi mereka yang belum ada.

Penuh Dewan, "Breakfast" disediakan

"Breakfast" disediakan untuk pembida dan juga peminat Numismatik, ruang dalam dewan mula dipenuhi. Masa inilah kita boleh memilih tempat yang "view" menarik, nak duduk belakang nanti tak nampak pula dan susah nak ambil gambar. 

Apalah nasib mykoleksi, kamera anak bagi jatuh sampai rosak "lens"....sebagai balasan mykoleksi "kebas" phone anak untuk ambil gambar. hehehe

Sila Baca Bahagian Belakang Nombor Bidaan Anda

Tuesday, November 4, 2014

Gambar Pada Syiling Yasin Menjadi Ilham untuk Logo Syarikat?

Gambar Pada Logo Syarikat vs Syiling Yasin  

Tahukah anda gambar "Seorang Tua Bertongkat" pada Logo Syarikat Khazanah Bangsa hampir sama dengan yang terdapat pada "Syiling Yasin" mistik.

Adakah ini satu kebetulan? 

Sekian, lain-lain hal mykoleksi tak mahu komen

Jom baca cerita Syiling Yasin dibawah;
  1. Khadam Jaga Duit Syiling
  2. Syiling Tembaga
  3. Syiling Yassin 7

Tuesday, September 2, 2014

Hobi Kumpul Syiling Lama - Hj. Mohammad Rani Abdullah


Laporan Berita Buletin Utama TV3 pada 31 Ogos 2014 mengenai Hobi kumpul syiling lama Pemangkin semangat Kemerdekaan. Didalam video adalah salah seorang Sifu Syiling Kesultanan Melayu Hj. Mohammad Rani Abdullah.
______________________________________


Sila tonton dan kongsi video ini sekiranya anda seorang "Collector" yang menghargai warisan negara....suatu hari nanti mykoleksi akan berjumpa dengan Tuan Hj. Mohammad Rani Abdullah, baru saja my-koleksi sebut-sebut nama beliau dan Dr. Ibrahim semasa perjumpaan tergempar bersama-sama Tunku Mini Galeri Numismatik, Harris Malik, Hafiz (Tak ingat nama apa digunakan untuk FB....sorry) dan King Rolex (Abang Sanusi) pada 30 - 31 Ogos 2014 (sambut merdeka sekali) di Iman Koey Teaw, Taman Pandan.....Aloq Staq Kedah.

Iman, Koey Teaw

Rupa-rupanya Tuan Haji Mohammad Rani ada Blog, lepas ni bolehllah mykoleksi selalu berkunjung ke blog beliau untuk mempelajari tentang Matawang Kesultanan Melayu Lama dan Nusantara.

Saturday, August 23, 2014

Duit Syiling 50 Sen 2002 Dengan "0" (Kosong) Tebal/"Bold"

Aku nak berkongsi pada kali ini satu artikel berkenaan duit syiling 50 Sen 2002 dengan variety/keragaman unik yang dikenali sebagai "50 Sen Big "0" (kosong)" oleh peminat dunia hobi numismatik, berdasarkan pengamatan aku ianya tidak boleh dipanggil sebagai Big "0" kerana saiz angka kosong tersebut hampir sama dengan saiz "0" yang terdapat duit syiling 50 sen biasa/normal.

Bagi aku variety/keragaman tersebut sepatutnya dikenali sebagai Duit Syiling 50 Sen "0" Tebal/Bold (Bahasa Inggeris), walaupun bunyinya sedikit janggal tetapi itulah kakikatnya yang patut kita terima. Adakah anda setuju?

Aku tak kisahlah anda bersetuju atau tidak, aku lebih selesa dengan panggilan Duit Syiling 50 Sen "0" Tebal/"Bold" bagi duit syiling tersebut, aku ada sediakan penerangan ringkas bergambar untuk memudahkan anda untuk faham. Sebelum itu, marilah kita ambil tahu dahulu maklumat ringkas berkenaan duit syiling 50 Sen siri kedua bermotifkan Wau dan spesifikasi teknikal;

Duit Syiling 50 Sen 2002

Wau merupakan satu permainan masa lapang yang popular semasa musim berangin terutama di kalangan penduduk pantai timur semenanjung Malaysia. Ianya memerlukan kemahiran, ketangkasan dan pengalaman untuk membuat dan melayangkannya. Wau juga kadangkala menjadi alat perhiasan dinding rumah di Malaysia.

Spesifikasi Teknikal:

Bahan/Kandungan: Tembaga-Nikel (Copper-Nickel)/Cu: 75, Ni: 25
Garis Pusat (mm) : 27.76
Berat (g) : 9.33
Ketebalan (mm) : 2.18
Bahagian Sisi : Sisi Kosong Berukir Tulisan “BANK NEGARA MALAYSIA”
Kilang/Tempat Tempaan : Kilang Wang BNM (Shah Alam)

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang duit syiling siri kedua denominasi lain, anda boleh rujuk artikel Duit Syiling Malaysia Siri Kedua - Bunga Raya

Perbezaan antara duit syiling 50 sen 2002 biasa dengan "0" tebal/"bold" anda boleh rujuk pada gambar, keadaan fizikal bagi kedua-dua variety/keragaman duit syiling ini hampir sama dan boleh dikatakan tiada perbezaan langsung.

Wednesday, August 20, 2014

Variety/Keragaman Duit Syiling 1 Sen 2002

Maklumat yang dikongsikan pada kali ini aku ambil dalam senarai yang dibuat oleh Mr. Saran Singh berkenaan "Die Variety and Variety" duit syiling Malaysia, banyak juga yang beliau senaraikan tapi aku cerita dulu tentang variety/keragaman yang ada pada duit syiling 1 sen keluaran tahun 2002.

Setakat ini kita tidak tahu berapakah jumlah keseluruhan pengeluran/tempaan duit syiling 1 sen 2002 yang dalam edaran, untuk mengetahui lebih lanjut tentang duit syiling 1 sen dan denominasi lain (siri Bunga Raya) anda boleh rujuk artikel Duit Syiling Malaysia Siri Kedua - Bunga Raya

Sebelum kita pergi lebih jauh, anda perlu tahu terlebih dahulu maklumat asas duit syiling 1 sen siri kedua (Rebana Ubi), ringkasannya seperti dibawah;

Reka Bentuk Hadapan Dan Belakang Duit Syiling 1 Sen

Rebana Ubi adalah sejenis gendang berwarna-warni yang diperbuat daripada kulit tebal berlilitkan rotan dibahagian tepi dan kayu tebak dibahagian bawah. Ia biasanya dipalu secara berkumpulan lima orang di majlis-majlis perkahwinan. Paluan Rebana Ubi juga dilakukan bagi mengalu-alukan kedatangan tetamu.

Spesifikasi Teknikal:

Bahan/Kandungan: Keluli Bersalut Tembaga (Copper Clad Steel)
Garis Pusat (mm) : 17.78
Berat (g) : 1.74
Ketebalan (mm) : 1.26
Bahagian Sisi : Sisi Kosong (Plain Edge)
Kilang/Tempat Tempaan : Kilang Wang BNM (Shah Alam)

Terdapat tiga (3) variety/keragaman duit syiling 1 sen 2002 yang pernah direkodkan dan terdapat empat (4) spot penting yang anda perlu lihat untuk membezakan ketiga-tiga variety tersebut.

Aku sarankan juga anda belajar mengenali dahulu komponen yang terdapat pada Bunga Raya, kalau tak nanti boleh keliru bila aku tulis tentang berbezaan yang melibatkan Bunga Raya.

Keratan Rentas Bunga Raya



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute