Pada Jan 2026, Telekom Malaysia Berhad (TM) telah melancarkan logo rasmi ulang tahun ke-80 TM. Susulan daripada pelancaran tersebut alangkah baiknya sekiranya TM berkerjsama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengeluarkan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun ke-80 Tahun Telekom Malaysia Berhad (1946 - 2026).
Pengeluaran duit syiling ini akan menjadi satu bentuk penghargaan tertinggi terhadap peranan TM sebagai nadi transformasi digital negara sejak penubuhannya pada 1 April 1946. Selama lapan dekad, TM telah berevolusi daripada sebuah jabatan kerajaan (Jabatan Telekom) kepada sebuah entiti global yang memacu ketersambungan negara.
Sekiranya TM ada merancang untuk mengeluarkan duit syiling peringatan, mykoleksi rasa terpanggil untuk menyumbang idea. Ini merupakan salah satu projek suka-suka mykoleksi, mana tahu ianya boleh menjadi realiti. Sudah pasti mykoleksi dan peminat dunia hobi numsmatik akan menyambut baik berita ini.
Jom kita sama-sama melihat idea projek suka-suka mykoleksi ini
Duit syiling peringatan ini mykoleksi cadangkan dikeluarkan dalam 3 denominasi
1. Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 8 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan akan dijual pada harga RM5,900 sekeping. Sebanyak 300 keping ditempa.
2. Duit Syiling Peringatan Perak Berwarna (pruf)
Duit syiling ini diperbuat daripada logam perak dengan ketulenan 99.9 dan setiap keping beratnya ialah 31.1 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan harga jualannya RM580 sekeping. Sebanyak 800 keping sahaja ditempa dengam bahagian hadapan dan belakang sebahagian berwarna.
3. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic Brilliant Uncirculated (B.U.)
Duit syiling ini diperbuat daripada campuran beberapa logam terutamanya tembaga dalam kemasan tanpa kilat dan setiap keping beratnya ialah 8.5 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM1 dan harga jualannya RM16.50 sekeping. Sebanyak 8,000 keping sahaja ditempa.
Duit syiling peringatan ini juga boleh didapati dalam set 2 dalam 1 dan 3 dalam 1. Set ini 2 dalam 1 mengandungi duit syiling perak berwarna (pruf) dan duit syiling emas Nordic (pruf) manakala set 3 dalam 1 pula terdiri daripada duit syiling emas (pruf), duit syiling perak berwarna (pruf) dan duit syiling emas Nordic (pruf). Butiran terperinci berkenaan spesifikasi kesemua duit syiling peringatan ini dan harga terdapat dalam Lampiran I.
Lampiran I
Pengeluaran Duit Syiling Peringatan sempena Sambutan Ulang Tahun ke-80 Telekom Malaysia Berhad (TM)
Spesifikasi Teknikal
Nota: Harga yang dinyatakan di atas termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 10% dan berdasarkan harga semasa bahan yang digunakan.
Reka Bentuk Duit Syiling
Duit syiling peringatan ini dikeluarkan khas untuk meraikan lapan dekad kecemerlangan dan inovasi Telekom Malaysia Berhad (TM) dalam memacu transformasi digital negara.
1. Rekabentuk Bahagian Hadapan
Bahagian hadapan memberikan penghormatan kepada warisan dan evolusi teknologi organisasi:
- Logo Sambutan 80 Tahun: Menampilkan angka "80" yang digabungkan secara artistik dengan identiti korporat TM untuk melambangkan kestabilan dan inovasi.
- Slogan "TM Merentasi Generasi": Melambangkan peranan organisasi dalam menghubungkan rakyat Malaysia merentasi pelbagai zaman.
- Latar Belakang Litar Digital: Corak litar bersepadu yang memenuhi latar belakang menggambarkan teras perniagaan dalam bidang ICT dan teknologi digital.
- Sambutan Ulang Tahun: Terukir nama "80 TAHUN TELEKOM MALAYSIA BERHAD" pada bahagian atas secara melengkung.
- Tahun Jubli (1946 – 2026): Menandakan garis masa sejarah 80 tahun organisasi tersebut yang bermula pada 1 April 1946 – 1 April 2026.
2. Rekabentuk Bahagian Belakang
Bahagian belakang menonjolkan visi strategik dan keterhubungan global Malaysia:
- Peta Malaysia (Jalur Gemilang): Peta Malaysia yang dihiasi corak Jalur Gemilang melambangkan kedaulatan, identiti kebangsaan, dan Integrasi Nasional.
- Menara TM dan Latar Langit: Visual Menara TM atau dikenali juga sebagai Menara Rebung yang ikonik melambangkan kemajuan infrastruktur telekomunikasi, manakala lakaran latar langit bandar menunjukkan pembangunan moden Malaysia.
- Jaringan Global: Latar belakang yang memaparkan peta dunia berbentuk sfera dengan garisan rangkaian melambangkan keterhubungan antarabangsa.
- Identiti Pihak Berkuasa: Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" tertera di bahagian atas sebagai institusi pengeluar rasmi.
- Denominasi: Nilai muka “1 Ringgit”, "10 RINGGIT" dan “100 RINGGIT” terletak di bahagian bawah dengan tulisan atau ukiran yang jelas.
Cadangan Rekabentuk Kotak dan Kad Khas Duit Syiling (Coin Card)
Jualan Duit Syiling Peringatan
Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun ke-80 Tahun Telekom Malaysia Berhad ini TIDAK DIJUAL kerana ianya hanyalah sebuah ilustrasi dan imaginasi kreatif daripada mykoleksi. Artikel ini TIDAK mempunyai sebarang kaitan rasmi dengan pihak Telekom Malaysia Berhad (TM) mahupun Bank Negara Malaysia (BNM).
Namun, secara peribadi sekiranya duit syiling secantik ini benar-benar dikeluarkan untuk tempahan. Sudah pasti mykoleksi akan menjadi orang pertama yang membuat tempahan untuk membelinya, memang wajib memilikinya sebagai salah satu item koleksi numismatik.
Jika duit syiling ini betul-betul dikeluarkan, adakah anda sebagai peminat dunia hobi numismatik akan bersedia untuk membuat tempahan untuk membelinya?
Yang berharap.
mykoleksi








No comments:
Post a Comment