Cari Post lain disini

Showing posts with label Syiling Peringatan 2000 - 2009. Show all posts
Showing posts with label Syiling Peringatan 2000 - 2009. Show all posts

Thursday, March 8, 2012

Keluaran Duit Syiling Peringatan 100 Tahun Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Embargo : Untuk siaran segera
31 Mac 2005

Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan sempena ulang tahun ke-100 keputeraan Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Ketiga-tiga duit syiling tersebut adalah sah diperlakukan (legal tender) dan mempunyai spesifikasi berikut :

1. Duit Syiling Peringatan Emas (peruf)

Duit syiling peruf ini diperbuat daripada emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 8.6 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan dijual pada harga RM1,008 sekeping. Kuantiti tempaan terhad kepada 100 keping sahaja.
 
2. Duit Syiling Peringatan Perak (peruf)

Duit syiling peruf yang mempunyai nilai muka RM10 diperbuat daripada perak dengan ketulenan 925 dan berat duit ini ialah 21.7 gram setiap keping. Ia dijual pada harga RM128 sekeping. Kuantiti tempaan terhad kepada 200 keping sahaja.
 
3. Duit Syiling Peringatan Tembaga-Nikel (kilatan istimewa dan peruf)

Duit syiling tembaga-nikel ini mempunyai nilai muka RM1 dan dijual pada harga RM8 setiap keping. Kuantiti tempaan ialah 25,000 keping sahaja.

Duit syiling peringatan ini juga boleh didapati dalam set 3 dalam 1 dan set 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak dan tembaga-nikel peruf. Manakala set 2 dalam satu mengandungi duit syiling perak dan tembaga-nikel peruf. Kedua-dua set tersebut masing-masing akan dijual pada harga RM1,208 dan RM168. Butiran terperinci mengenai spesifikasi kesemua duit syiling peringatan tersebut adalah seperti di Lampiran I.

Reka bentuk Duit Syiling

Reka bentuk sebelah hadapan ketiga-tiga duit syiling ini memaparkan potret Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj semasa detik bersejarah pengisytiharan kemerdekaan Malaysia. Manakala reka bentuk sebelah belakang duit syiling ini pula memaparkan lambang Kerajaan Malaysia dengan perkataan “BAPA KEMERDEKAAN” dan nilai muka duit syiling tersebut.

Tempat Jualan

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh The Royal Mint of Malaysia dan akan dijual mulai pada 1 April 2005 di lokasi berikut :

Coin Shoppe
The Royal Mint of Malaysia
Kompleks Kilang Wang
Lot 2, Persiaran Selangor, Seksyen 15
40740 Shah Alam, Selangor D. E.
(Tel. No: 03 - 55191611/2/3)
 
Lampiran I

Spesifikasi Teknikal

 
Nota :
Set 2-dalam-1 mengandungi duit syiling perak dan tembaga-nikel peruf;
Set 3-dalam-1 mengandungi duit syiling emas, perak dan tembaga-nikel peruf.

Bank Negara Malaysia
31 Mac 2005

Friday, March 2, 2012

Penerbitan Siri Kedua Siri Spesis Terancam Di Bawah Program Pendidikan Melalui Duit Syiling

Embargo : Untuk siaran segera
30 Jan 2005

Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling Siri Spesis Terancam yang kedua di bawah program Pendidikan Melalui Duit Syiling. Siri kedua yang dipanggil Siri Burung ini membawa tema Spesis Burung Terancam. Ia dikeluarkan berikutan kejayaan pengeluaran Siri Spesis Terancam yang pertama yang bertemakan 'Haiwan Darat'.

Sama seperti Siri Haiwan Darat yang dikeluarkan pada tahun 2003, duit syiling Siri Burung menampilkan 12 spesis burung terancam yang terpilih yang akan dikeluarkan setiap bulan mulai bulan Januari 2005. Duit syiling dengan reka bentuk burung Barau-Barau merupakan spesis burung terancam yang akan membuka tirai Siri Burung, diikuti dengan 11 spesis burung terancam terpilih yang lain. Senarai penuh 12 spesis burung terancam dalam Siri ini adalah seperti di lampiran 1.

Duit syiling ini diperbuat daripada aloi emas nordic dengan nilai muka 25 sen dan harga jualan RM5 setiap satu. Duit syiling ini akan didatangkan di dalam kad duit syiling yang menarik dan berwarna-warni, lengkap dengan maklumat berkenaan spesis burung yang dikeluarkan.

Spesifikasi teknikal duit syiling ini adalah seperti berikut:


Rekabentuk Duit Syiling

Rekabentuk di sebelah hadapan duit syiling memaparkan satu daripada 12 haiwan terancam tersebut mengikut keluaran seperti dalam Lampiran I. Ciri-ciri lain termasuk perkataan 'ENDANGERED SPECIES SERIES' di bahagian atas duit syiling. Manakala di bahagian bawah tertera nama haiwan dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan nama saintifik bagi haiwan berkenaan. Di sebelah belakang duit syiling pula tertera nilai muka duit syiling dan logo untuk Siri Burung yang diwakili oleh Burung Kenyalang.

Pusat-pusat Jualan

Duit syiling Siri Burung ditempa dan diedarkan oleh The Royal Mint of Malaysia. Keluaran pertama duit syiling boleh diperolehi bermula dari 31 Januari 2005 dan 11 keluaran berikutnya boleh didapati mengikut jadual di lampiran 1. Duit syiling Siri Burung boleh didapati dilokasi berikut:
  1. Coin Shoppe, The Royal Mint of Malaysia, Shah Alam
  2. Muzium Matawang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur
  3. Taman Burung, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur
Bank Negara Malaysia
30 Januari 2005
 
Appendix I
Siri Spesis Haiwan Terancam Siri Burung

Senarai Siri Burung Terancam dan Jadual Keluaran


Bank Negara Malaysia
30 Januari 2005

Thursday, October 14, 2010

Penerbitan Duit Syiling Peringatan Sempena Pameran Maritim Dan Udara Langkawi 2003 (LIMA 03)

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1500 pada Isnin, 29 September 2003
29 Sep 2003

Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan sempena pameran Maritim dan Udara Langkawi 2003 (LIMA 03) yang akan berlangsung pada 30 September - 5 Oktober 2003 di Langkawi. Ketiga-tiga duit syiling yang sah diperlakukan (legal tender) adalah seperti berikut:

1. Duit Syiling Peringatan Emas (peruf)

Duit syiling peruf ini diperbuat daripada emas dengan ketulenan 999.9 seberat 8.6 gram setiap keping. Ia mempunyai nilai muka RM100 dan dijual pada harga RM1,008 sekeping. Kuantiti tempaan terhad kepada 50 keping sahaja.
 
2. Duit Syiling Peringatan Perak (peruf)

Duit syiling peruf ini mempunyai nilai muka RM10 dan diperbuat daripada perak sterling dengan ketulenan 925 seberat 21.7 gram. Walau bagaimanapun, duit syiling perak hanya boleh didapati dalam set 3-dalam-1 dan set 2-dalam-1 sahaja. Set 3-dalam-1 mengandungi duit syiling peringatan peruf emas, perak dan tembaga-nikel. Set ini dijual pada harga RM1,208 setiap set dan hanya terdapat 100 set sahaja. Manakala set 2-dalam-1 pula mengandungi duit syiling peruf perak dan tembaga-nikel dengan jumlah keluaran sebanyak 300 set sahaja. Set ini dijual pada harga RM168 setiap set.
 
3. Duit Syiling Peringatan Tembaga-Nikel (kilatan istimewa dan peruf)

Duit syiling tembaga-nikel ini dikeluarkan dalam dua versi iaitu kilatan istimewa dan peruf, masing-masing dengan nilai muka RM1. Duit syiling tembaga-nikel kilatan istimewa boleh didapati secara individu, dengan harga RM8 setiap satu dengan kuantiti tempaan sebanyak 25,000 keping sahaja. Manakala hanya sebanyak 400 keping duit syiling tembaga-nikel peruf dikeluarkan hanya boleh didapati dalam set 3-dalam1 (100 set) dan set 2-dalam-1 (300 set) sahaja.

Spesifikasi terperinci duit syiling peringatan adalah seperti di Lampiran I.

Rekabentuk Duit Syiling

Rekabentuk untuk ketiga-tiga jenis duit syiling peringatan ini adalah sama iaitu di sebelah hadapan tertera logo rasmi LIMA dan glob yang melambangkan LIMA sebagai acara bertaraf antarabangsa. Di sebelah belakang pula tertera imej kapal terbang pejuang buatan Rusia jenis Sukhoi-30 dan kapal perang KD Laksamana Tan Pusmah milik Tentera Laut Diraja Malaysia.

Pusat-pusat Jualan

Duit syiling peringatan sempena LIMA ’03 ditempa dan diedarkan oleh The Royal Mint of Malaysia. Duit syiling peringatan ini boleh didapati mulai 30 September 2003 di pusat-pusat jualan seperti berikut:

1. Pejabat Pos Besar,
    Kuala Lumpur dan 13 Pejabat Pos Negeri
    (Lampiran II).
 
2. Coin Shoppe
    The Royal Mint of Malaysia,
    Kompleks Kilang Wang,
    Lot 2, Persiaran Selangor,
    Seksyen 15,
    40740 Shah Alam.
    (Tel no: 603-55191611/2/3)
 
3. Muzium Matawang,
    Bank Negara Malaysia,
    Jalan Dato' Onn,
    50480 Kuala Lumpur.
    (Tel no: 603-26988044)

    Lihat juga : Lampiran I, Lampiran II

    Bank Negara Malaysia
    29 September 2003

Thursday, July 15, 2010

Penerbitan Duit Syiling Peringatan Sempena Sidang Kemuncak Ke-10 Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)

Embargo : Untuk siaran segera
3 Okt 2003

Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan sempena Sidang Kemuncak Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ke-10 yang akan berlangsung pada 16 - 18 Oktober 2003 di Pusat Konvensyen Putrajaya. Ketiga-tiga duit syiling adalah sah diperlakukan (legal tender) dan butirannya adalah seperti berikut:

1. Duit Syiling Peringatan Emas (peruf)

Duit syiling peruf ini diperbuat daripada emas dengan ketulenan 999.9 seberat 8.6 gram setiap keping. Ia mempunyai nilai muka RM100 dan dijual pada harga RM1,008 sekeping. Kuantiti tempaan terhad kepada 200 keping.
 
2. Duit Syiling Peringatan Perak (peruf)

Duit syiling peruf ini mempunyai nilai muka RM10 dan diperbuat daripada logam perak sterling dengan ketulenan 925. Beratnya 21.7 gram setiap satu dan dijual pada harga RM128 sekeping. Kuantiti tempaan terhad kepada 300 keping.
 
3. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic (kilatan istimewa dan peruf)

Duit syiling emas nordic (nordic gold) ini dikeluarkan dalam dua versi iaitu kilatan istimewa dan peruf, masing-masing dengan nilai muka RM1. Duit syiling emas nordic kilatan istimewa boleh didapati secara individu, dengan harga RM8 setiap satu. Kuantiti tempaan bagi duit syiling kilatan istimewa ini adalah terhad kepada 25,000 keping.

Duit syiling emas nordic peruf hanya boleh didapati dalam set 3-dalam-1 dan set 2-dalam-1. Duit syiling peringatan set 3-dalam-1 mengandungi duit syiling peringatan peruf emas, perak dan emas nordic. Set ini dijual pada harga RM1,208 setiap set dan hanya terdapat 250 set sahaja. Manakala set duit syiling peringatan 2-dalam-1 pula mengandungi duit syiling peruf perak dan emas nordic. Set duit syiling ini akan dijual pada harga RM168 setiap set dan hanya terdapat 500 set sahaja. Spesifikasi terperinci duit syiling peringatan adalah seperti di Lampiran I.

Rekabentuk Duit Syiling

Rekabentuk untuk ketiga-tiga jenis duit syiling peringatan ini adalah sama iaitu di sebelah hadapan tertera logo rasmi Sidang Kemuncak ke-10 OIC dan perkataan “PERSIDANGAN KETUA-KETUA NEGARA ISLAM” dan “SIDANG KEMUNCAK KE-10”. Di sebelah belakang pula tertera perkataan Arab ditulis dalam tulisan khat kufi iaitu Munazzomah (Pertubuhan), Al-Muktamar (Persidangan) dan Al-Islami (Islam).

Pusat-pusat Jualan

Duit syiling peringatan sempena Sidang Kemuncak Pertubuhan Persidangan Islam ke-10 ini ditempa dan diedarkan oleh The Royal Mint of Malaysia. Duit syiling peringatan ini boleh didapati mulai 3 Oktober 2003 di pusat-pusat jualan seperti berikut:

1. Pejabat Pos Besar,
    Kuala Lumpur dan 13 Pejabat Pos Negeri
    (Lampiran II).
 
2. Coin Shoppe
    The Royal Mint of Malaysia,
    Kompleks Kilang Wang,
    Lot 2, Persiaran Selangor,
    Seksyen 15,
    40740 Shah Alam.
    (Tel no: 603-55191611/2/3)
 
3. Muzium Matawang,
    Bank Negara Malaysia,
    Jalan Dato' Onn,
    50480 Kuala Lumpur.
    (Tel no: 603-26988044)

Duit syiling peringatan OIC juga boleh didapati di Pameran Wang Antarabangsa Kuala Lumpur yang diadakan di Dewan Tun Razak, Aras 4, Pusat Dagangan Dunia Putra pada 3 - 5 Oktober, 2003.
 
Lihat juga : Lampiran I, Lampiran II
 
Bank Negara Malaysia
3 Oktober 2003

Monday, July 12, 2010

Penerbitan Program Duit Syiling Dalam Pendidikan (Coin In Education)

Embargo : Untuk siaran segera
7 Apr 2003

Bank Negara Malaysia memperkenalkan siri duit syiling bertema (Thematic Coin Series) di bawah program Pendidikan Melalui Duit Syiling (PMDS). Program PMDS ini adalah bertujuan untuk menggalak minat mengumpul dan menghargai duit syiling di kalangan pelajar sekolah. Satu tema baru dengan 12 keluaran duit syiling akan diperkenalkan setiap tahun.

Siri pertama program PMDS membawa tema Spesis Haiwan Terancam - Haiwan Darat (Animal Living on Land) tahun 2003 yang mengandungi 12 jenis spesis haiwan. Harimau Sumatera dipilih untuk rekabentuk keluaran pertama diikuti dengan 11 spesis haiwan lain. Senarai 12 spesis haiwan dalam siri ini adalah seperti di Lampiran I.

Duit syiling ini diperbuat daripada aloi emas nordic dengan nilai muka 25 sen dan harga jualan RM5 setiap satu. Ini merupakan kali pertama Bank mengeluarkan duit syiling dengan nilai muka 25 sen. Spesifikasi teknikal duit syiling ini adalah seperti berikut:
 

Rekabentuk Duit Syiling

Rekabentuk di sebelah hadapan duit syiling memaparkan satu daripada 12 haiwan terancam tersebut mengikut keluaran Siri Spesis Haiwan Terancam seperti dalam Lampiran I. Ciri-ciri lain termasuk perkataan 'ENDANGERED SPECIES SERIES' di bahagian atas duit syiling. Manakala di bahagian bawah tertera nama haiwan dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan nama saintifik bagi haiwan berkenaan. Di sebelah belakang duit syiling pula tertera nilai muka duit syiling dan gambar hutan sebagai habitat semula jadi haiwan.

Pusat-pusat Jualan

Duit syiling Siri Haiwan Terancam ditempa dan diedarkan oleh The Royal Mint of Malaysia. Keluaran pertama duit syiling adalah pada 8 April 2003 manakala tarikh keluaran 11 siri berikutnya akan diumumkan kemudian mengikut jadual di Lampiran I. Duit syiling ini boleh didapati di pusat-pusat jualan seperti berikut:
  1. Pejabat Pos Besar, Kuala Lumpur dan 13 Pejabat Pos Negeri (Lampiran II)
  2. Coin Shoppe, The Royal Mint of Malaysia, Shah Alam
  3. Muzium Matawang, Bank Negara Malaysia, K. Lumpur dan 5 Cawangannya (Lampiran II)
  4. Mariwasa Kraftangan Sdn. Bhd. (Lampiran II)
  5. Royal Mint Exchange dan Pemegang Francais (Lampiran II)
  6. Zoo Negara, Hulu Kelang. K. Lumpur; Zoo Taiping dan Zoo Melaka di Air Keroh, Melaka.
  7. i-everything Sdn. Bhd, noridah@ieverything.net
Lampiran I

Pendidikan Melalui Duit Syiling
Siri Haiwan Terancam

Senarai Siri Haiwan Terancam dan Jadual Keluaran


Lampiran II

1. Senarai Pejabat Pos Negeri
 

2. Mariwasa Kraftangan Sdn. Bhd.

    1. Lot 49, Persiaran Mewah
        Kawasan Perindustrian
        Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur
 
    2. Lot 522, Kawasan Perusahaan Kuala Kangsar
        33000 Kuala Kangsar Perak.

3. Royal Mint Exchange
    
    1. No. 18 Tingkat 1
        Jalan Tengku Ampuan Zabedah
        G9/G Seksyen 9, Shah Alam
 
    2. SS2 Branch
        No. 80, Ground loor
        Jalan SS2/60 SEA Park
        47300 Petaling Jaya, Selangor
        Tel: 03-78744066
 
    3. Taipan Branch
        No. 19, Ground Floor, Jalan 10/1C
        Taipan Triangle
        47620 UEP Subang Jaya, Selangor
        Tel: 03-56328660
 
    4. Shah Alam Branch
        G11, Ground Floor, Plaza Alam Sentral
        Jalan Masjid Seksyen 14, Shah Alam
        Tel: 03-55140218
 
    5. Bandar Baru Klang Branch
        No. 8, Ground Floor, jalan Tiara
        Bandar Baru Klang
        Tel: 03-33428500
 
    6. Bangsar Branch
        66, Jalan Telawi
        Bangsar Baru, Kuala Lumpur
        Tel: 03-22876066
 
    7. K. Terengganu Branch
        No. 11A, Ground Floor
        Jalan Kota Lama
        20300 K. Terengganu
 
    8. Putrajaya Branch
        Lot No. 2G(A)/2G(b)
        Lanai Pusat Kejiranan
        Precint 10, No. 2
        Persiaran Seri Perdana, Putrajaya
        Tel: 03-88895609 / 5610

4. Bank Negara Malaysia Branches
    
    1. Bank Negara Malaysia
        Pulau Pinang
        27 Corner Light / Pitt Street
        10200 Pulau Pinang
        Tel: 04-2627125
 
    2. Bank Negara Malaysia
        Johor Bahru
        Jalan Bukit Timbalan
        Peti Surat 000
        80720 Johor bahru, Johor
        Tel: 07-2240799
 
    3. Bank Negara Malaysia
        Jalan Datuk Chong Thain Voon
        Peti Surat 11200 88813 Kota Kinabalu, Sabah
        Tel: 088-211211
 
    4. Bank Negara Malaysia
        Kuching
        Jalan Satok
        Peti Surat 682
        93720 Kuching
        Tel: 082-2522311
 
    5. Bank Negara Malaysia
        Kuala Terengganu
        Jalan Sultan Mohamad
        20990 K. Terengganu
        Tel: 09-6220571

5. i-everything Sdn. Bhd
    website: noridah@ieverything.net

Bank Negara Malaysia
7 April 2003

Saturday, July 10, 2010

Penerbitan Duit Syiling Peringatan Sempena Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-negara Berkecuali XIII (NAM)

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 0900 pada Khamis, 6 Februari 2003
6 Feb 2003


Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan sempena Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali XIII (NAM) yang akan berlangsung pada 20 - 25 Februari 2003 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Ketiga-tiga duit syiling yang sah diperlakukan (legal tender) adalah seperti berikut:Set of 3 Non-Aligned Movement (NAM)

1. Duit Syiling Peringatan Emas (peruf)

Duit syiling peruf ini diperbuat daripada emas dengan ketulenan 999.9 seberat 8.6 gram setiap keping. Ia mempunyai nilai muka RM100 dan dijual pada harga RM888 sekeping. Kuantiti tempaan terhad kepada 300 keping sahaja.
 
2. Duit Syiling Peringatan Perak (peruf)

Duit syiling peruf ini mempunyai nilai muka RM10 dan diperbuat daripada logam perak sterling dengan ketulenan 925. Beratnya 21.7 gram setiap satu dan dijual pada harga RM128 sekeping. Kuantiti tempaan terhad kepada 2,400 keping sahaja.
 
3. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic (kilatan istimewa dan peruf)

Duit syiling emas Nordic (Nordic gold) ini dikeluarkan dalam dua versi iaitu kilatan istimewa dan peruf, masing-masing dengan nilai muka RM1. Duit syiling emas Nordic kilatan istimewa boleh didapati secara individu, dengan harga RM8 setiap satu. Kuantiti tempaan bagi duit syiling jenis ini adalah terhad kepada 9,400 keping sahaja.

Duit syiling emas Nordic peruf hanya boleh didapati dalam set 3-dalam-1 dan set 2-dalam-1. Duit syiling peringatan set 3-dalam-1 mengandungi duit syiling peringatan peruf emas, perak dan emas Nordic. Set ini dijual pada harga RM1,088 setiap set dan hanya terdapat 300 set sahaja. Manakala set duit syiling peringatan 2-dalam-1 pula mengandungi duit syiling peruf perak dan emas Nordic. Set duit syiling ini akan dijual pada harga RM168 setiap set dan hanya terdapat 300 set sahaja. Spesifikasi terperinci duit syiling peringatan adalah seperti di Lampiran I.


Rekabentuk Duit Syiling

Rekabentuk untuk ketiga-tiga jenis duit syiling peringatan ini adalah sama iaitu di sebelah hadapan tertera lambing rasmi Sidang Kemuncak NAM XIII manakala di sebelah belakang pula tertera Bangunan Parlimen serta bulan sabit dan bintang melambangkan Kerajaan Malaysia, amalan demokrasi dan tempat di mana polisi-polisi Kerajaan digubal.

Pusat-pusat Jualan

Duit syiling peringatan sempena Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali XIII (NAM) ini ditempa dan diedarkan oleh The Royal Mint of Malaysia. Duit syiling peringatan ini boleh didapati mulai 17 Februari 2003 di pusat-pusat jualan seperti berikut:

Pejabat Pos Besar,
Kuala Lumpur dan 13 Pejabat Pos Negeri

Coin Shoppe
The Royal Mint of Malaysia,
Kompleks Kilang Wang,
Lot 2, Persiaran Selangor,
Seksyen 15,
40740 Shah Alam.
(Tel no: 603-55191611/2/3)
 
Muzium Matawang,
Bank Negara Malaysia,
Jalan Dato' Onn,
50480 Kuala Lumpur.
(Tel no: 603-26988044)

Lihat juga : Lampiran I, Lampiran II

Bank Negara Malaysia
6 Februari 2003

Saturday, July 3, 2010

Penerbitan Duit Syiling Peringatan Sempena 45 Tahun Merdeka

Embargo : Untuk siaran segera
29 Ogos 2002

Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan sempena ulang tahun kemerdekaan ke-45 pada 31 Ogos 2002. Ketiga-tiga duit syiling yang sah diperlakukan (legal tender) adalah seperti berikut:

Duit Syiling Peringatan Emas (peruf)

Duit syiling peruf ini diperbuat daripada emas dengan ketulenan 999.9 seberat 8.6 gram setiap keping. Ia mempunyai nilai muka RM100 dan dijual pada harga RM888 sekeping. Kuantiti tempaan terhad kepada 300 keping.
 
Duit Syiling Peringatan Perak (peruf)

Duit syiling peruf ini mempunyai nilai muka RM10 dan diperbuat daripada logam perak sterling dengan ketulenan 925. Beratnya 21.7 gram setiap satu dan dijual pada harga RM128 sekeping. Kuantiti tempaan terhad kepada 1,800 keping.
 
Duit Syiling Peringatan Emas Nordic (kilatan istimewa dan peruf)

Duit syiling emas Nordic (Nordic gold) ini dikeluarkan dalam dua versi iaitu kilatan istimewa dan peruf, masing-masing dengan nilai muka RM1. Duit syiling emas Nordic kilatan istimewa boleh didapati secara individu, dengan harga RM7 setiap satu. Kuantiti tempaan bagi duit syiling jenis ini adalah terhad kepada 10,000 keping.

Duit syiling emas Nordic peruf hanya boleh didapati dalam set 3-dalam-1 dan set 2-dalam-1. Duit syiling peringatan set 3-dalam-1 mengandungi duit syiling peringatan peruf emas, perak dan emas Nordic. Set ini dijual pada harga RM1,008 setiap set dan hanya terdapat 100 set sahaja. Set duit syiling peringatan 2-dalam-1 pula mengandungi duit syiling peruf perak dan emas Nordic. Set duit syiling ini dijual pada harga RM168 setiap set dan hanya terdapat 200 set sahaja.

Rekabentuk Duit Syiling

Rekabentuk untuk ketiga-tiga jenis duit syiling peringatan ini adalah sama iaitu di sebelah hadapan tertera bendera Malaysia, logo dan tema hari kebangsaan tahun ini, 'Keranamu Malaysia', perkataan '45 TAHUN MERDEKA' dan tarikh '31 OGOS 2002'. Di sebelah belakang pula tertera Bangunan Sultan Abdul Samad, KL Monorail dan Menara Kuala Lumpur, nilai muka dan perkataan 'BANK NEGARA MALAYSIA'. Spesifikasi terperinci duit syiling peringatan adalah seperti berikut.


Nota: Emas Nordic adalah logam berwarna keemasan yang diperbuat daripada campuran logam tembaga (89%), Zink (5%), Aluminium (5%) dan Timah (1%).

Pusat-pusat Jualan

Duit syiling peringatan 45 Tahun Merdeka ini ditempa dan diedarkan oleh The Royal Mint of Malaysia, Shah Alam. Duit syiling peringatan ini boleh didapati mulai 2 September 2002 di pusat-pusat jualan seperti berikut:

Pejabat Pos Besar, Kuala Lumpur dan 13 Pejabat Pos Negeri.
 
Cawangan terpilih AmBank Berhad dan AmFinance Berhad.
 
Coin Shoppe The Royal Mint of Malaysia, Kompleks Kilang Wang, Lot 2, Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40740 Shah Alam. (Tel no: 03-55191611/2/3)
 
Muzium Matawang, Bank Negara Malaysia, Jalan Dato' Onn, 50480 Kuala Lumpur. (Tel no: 03-26988044)

Bank Negara Malaysia
29 Ogos 2002

Monday, June 28, 2010

Penerbitan Duit Syiling Peringatan Sempena Kejohanan Hoki Lelaki Piala Dunia Ke-10, 2002

Embargo : Untuk siaran segera
29 Jan 2002


Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan 3 jenis duit syiling peringatan bersempena Kejohanan Hoki Lelaki Piala Dunia ke 10. Kejohanan ini akan berlangsung di Kuala Lumpur mulai 24 Februari sehingga 9 Mac 2002.


Ketiga-tiga jenis duit syiling peringatan ini adalah sah diperlakukan dan spesifikasinya adalah seperti berikut :

1. Duit Syiling Emas ( peruf )

Duit syiling peruf ini diperbuat daripada logam Emas dengan tahap ketulenan .900 (90%) seberat 9 gram setiap keping. Ia mempunyai nilai muka RM100 dan akan dijual pada harga RM800.00. Kuantiti tempaan terhad sebanyak 500 keping sahaja.

2. Duit Syiling Perak ( peruf )

Duit syiling peruf ini diperbuat daripada logam Perak Sterling dengan tahap ketulenan .925 (92.5%) seberat 16.8 gram setiap keping. Ia mempunyai nilai muka RM10 dan akan dijual pada harga RM150.00 sekeping. Kuantiti tempaan terhad sebanyak 2,500 keping sahaja.

3. Duit Syiling Aloi Timah-Zink-Tembaga (Tin Brass) Kilatan Istimewa

Duit syiling ini diperbuat daripada campuran tiga jenis logam iaitu Tembaga (84%), Zink (12%) dan Timah (4%) bernilai muka RM1. Setiap keping akan dijual pada harga RM10 setiap satu dan kuantiti tempaan terhad sebanyak 100,000 keping sahaja.

Duit syiling Emas dan Perak juga boleh didapati dalam set berkembar 2 dalam 1 (set of 2). Harga jualan setiap set ditetapkan pada RM1,000 dan terhad kepada 500 set sahaja.


Reka bentuk Duit Syiling

Kesemua jenis duit syiling yang dikeluarkan mempunyai persamaan dari segi reka bentuk iaitu reka bentuk hadapan memaparkan sebahagian peta dunia, aksi dua pemain hoki dan mercu tanda Kuala Lumpur yang terdiri daripada Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur sebagai reka bentuk latar. Manakala reka bentuk bahagian belakang pula memaparkan logo rasmi Kejohanan Hoki Lelaki Piala Dunia 2002 dan jenis nilai.

Spesifikasi Teknikal


Duit syiling peringatan kejohanan Hoki Lelaki Piala Dunia ke 10 ditempa oleh The Royal Mint of Malaysia, Shah Alam. Kesemua duit syiling ini mula dijual mulai hari ini 29 Januari 2002 dan boleh didapati di cawangan-cawangan utama 5 buah bank perdagangan iaitu Affin Bank Berhad, Bumiputra-Commerce Bank Berhad, Maybank Berhad, Public Bank berhad dan Southern Bank berhad. Duit syiling peringatan ini juga boleh dibeli dari Ibu pejabat Bank Negara Malaysia, Jalan Dato' Onn serta di cawangan-cawangan Bank Negara seluruh Malaysia dan The Royal Mint of Malaysia, Shah Alam.


Bank Negara Malaysia
29 Januari 2002

Sumber: www.bnm.gov.my 

Sunday, June 13, 2010

Penerbitan Duit Syiling Peringatan Sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XII

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1600 pada Rabu, 24 April 2002
24 Apr 2002

Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan sempena pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XII pada 25 April 2002.

Ketiga-tiga jenis duit syiling peringatan ini adalah sah diperlakukan (legal tender) dan spesifikasinya adalah seperti berikut :

1. Duit Syiling Emas ( peruf )

Duit syiling peruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 8.6 gram. Ia bernilai muka RM100 dan dijual pada harga RM800 sekeping. Kuantiti tempaan terhad kepada 300 keping sahaja.

2. Duit Syiling Perak ( peruf )

Duit syiling peruf ini bernilai muka RM10, diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 925 dan beratnya ialah 21.7 gram setiap keping. Ia dijual pada harga RM120 sekeping. Kuantiti tempaan terhad kepada 10,000 keping sahaja.

3. Duit Syiling Peringatan Tembaga-Nikel - kilatan istimewa

Duit syiling tembaga-nikel ini bernilai muka RM1 dijual pada harga RM8 setiap satu. Kuantiti tempaan terhad kepada 100,000 keping.

Kesemua jenis duit syiling ini juga boleh didapati dalam set 3 dalam 1. Set ini dijual pada harga RM950 dan terhad kepada 100 set sahaja.

Reka bentuk Duit Syiling

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XII dengan nama baginda tertera di sekeliling potret. Manakala reka bentuk sebelah belakang duit syiling ini pula memaparkan lambang rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan nilai muka duit syiling tersebut. Spesifikasi terperinci duit-duit syiling peringatan tersebut adalah seperti berikut:

Spesifikasi Teknikal


Nota: Set 3 dalam dalam 1 yang mengandungi ketiga-tiga jenis duit syling juga boleh didapati pada harga RM950 satu set.

Duit syiling peringatan pertabalan ini ditempa oleh The Royal Mint of Malaysia, Shah Alam, dan akan mula dijual pada 26 April 2002 di lokasi-lokasi berikut:

Pejabat Pos Besar,
Kompleks Dayabumi,
Kuala Lumpur.

dan

Coin Shoppe,
The Royal Mint of Malaysia,
Kompleks Kilang Wang,
Lot 2, Persiaran Selangor,
Seksyen 15,
40704 Shah Alam.
Tel: 603-5519 1611/2/3 dan
Faks: 603-5519 8746

Bank Negara Malaysia
24 April 2002



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute