Cari Post lain disini

Loading...

Tuesday, October 7, 2008

Wang Kertas RM5 "Cross"/Salib dengan Tandatangan Gabenor BNM Berbeza

Suatu masa dahulu kecoh berkenaan RM5 yang mempunyai tanda "Cross" atau "Salib" pada tiang bendera, kenapa diorang lukis "Cross"/Salib pada tiang bendera tersebut??....adakah ianya disengajakan ataupun tidak??, aku sendiri pun tiada jawapannya. Apa yang dikecohkan pada masa itu tidak termasuk dalam skop cerita aku pada kali ini. Tetapi, kali ini aku ingin berkongsi beberapa maklumat ringkas berkaitan RM5 tersebut, sebenarnya terdapat dua keluaran RM5 yang mempunyai "Cross"/Salib iaitu RM5 keluran siri ke-5 (1982-1984) yang ditandatangani oleh Gabenor BNM Tan Sri Dato' Abdul Aziz bin Haji Taha dan RM5 keluaran siri ke-6 (1986-1995) yang ditandatangani oleh Gabenor BNM Tan Sri Dato' Jaafar bin Hussein. Kedua-dua wang kertas tersebut dicetak oleh Thomas De La Rue. Tanda "Cross"/Salib tersebut mula dibuang/dihilangkan pada keluaran wang kertas RM5 siri ke-6 dimana nombor sirinya bermula dengan NRxxxxxxx - NYxxxxxxx dan PAxxxxxxx - PWxxxxxxx. Wang kertas gantian bagi kedua-dua siri wang kertas RM5 ini di tandakan dengan NZxxxxxxx. Sila rujuk kedua-dua gambar wang kertas RM5 dibawah dan lihat tanda "Cross"/Salib yang ditandakan dengan petak MERAH.



First Prefix NA5546805 bagi RM5 "Cross"/Salib keluaran ke-5



First Prefix NK2440451 bagi RM5 "Cross"/Salib keluaran ke-6

Ringkasan nombor siri RM5 "Cross"/Salib;

RM5 siri ke-5 = First Prefix NAxxxxxxx - Last Prefix NDxxxxxxx
RM5 siri ke-6 = First Prefix NKxxxxxxx - Last Prefix NRxxxxxxx

9 comments:

vonn said...

salam..

dulu aku ada duit ni..tapi dah ilang..dah kena pakai kot..ish :(

padelpop_renbo said...

salam bro..
aku ader duit nih..tapi klu nak lego,baper value dier eh?

my-koleksi said...

padelpop;

harganya bergantung kepada keadaan/gred wang kertas dan permintaan :D

padelpop_renbo said...

owhh thanx..btw,kat maner leh sy jual eh? condition tiptop..still simpan elok lg dlm plastik

Radzami said...

Aku tgh cari duit ni, kalau ada lebih, jual le kat saya satu

my-koleksi said...

Salam..

Radzami: duit apa yang kau cari tu?? kalau aku ada lebih boleh aku jual dkt kau. Apa yg kau tgk dlm blog aku merupakan sebahagian drpd koleksi yg aku ada....kalau nak tgk yg lain, tunggu nanti aku update :D

soraya said...

Saya ada menyimpan duit 5 ringgit dengan cross.serial no: NB49550000. Rupa slightly rustic tapi masih sempurna.

Anonymous said...

aku ade duit kertas rm5 ini.
ok ini data serba sikit duit aku...tp yang penting aku x nampak palang salib di tiang bendera Malaysia ini..
no id:PV2335057 (SIRI KE-6 MUNGKIN)
TANDATANGAN OLEH: GABENOR AZIZ
nk tau lebih lanjut boleh call: 014-2282789

Mahadir MO said...

Baru jumpa duit ni tadi. Memang ada salib. Siap ada nama pelukis dia. Orang putih.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute