Cari Post lain disini

Friday, July 31, 2009

Duit Syiling Lima Haiwan Terancam

KUALA LUMPUR 23 Dis. – Buaya Siam, Ikan Yu Paus, Buaya Julung-julung, Buaya Tembaga dan Ikan Lumba-lumba Empesut (Irrawaddy) merupakan antara haiwan marin dan reptilia yang kini boleh ditemui pada duit syiling kenang-kenangan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Royal Mint Malaysia (RMM) iaitu syarikat pengeluar duit syiling di negara ini, Azizi Abdul Rahman berkata, ia dikeluarkan untuk memberi kesedaran dan pendidikan kepada masyarakat mengenai hidupan liar yang merupakan khazanah alam tetapi semakin diancam kepupusan.

“Dengan menggunakan bahan emas Nordic, iaitu kombinasi 89 peratus tembaga, lima peratus zink, lima peratus aluminium dan satu peratus timah, duit syiling spesies-spesies berkenaan dijual dengan harga RM5.50 sekeping.

“Dengan diberi nilai muka 25 sen setiap satu, pembeli akan berpuas hati kerana ia ditempa dengan ukiran haiwan yang begitu menarik dan diberi kilatan yang istimewa dan tahan lama,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan duit syiling berkenaan di Zoo Negara di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Zoo Negara, Dr. Mohamad Ngah dan Ketua Pegawai Eksekutif Aquaria KLCC, Datuk Simon Foong.

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute