Cari Post lain disini

Loading...

Thursday, October 15, 2009

Unit Metrik Timbang dan Sukat Lama

Unit Timbangan:
  1. 16 tahil = 1 kati
  2. 1 kati = 600 gram
  3. 100 kati = 1 pikul
  4. 1 pikul = 60.48kg

Unit menyukat:
  1. 1 leng = 2 kepul
  2. 1 kal = 2 leng
  3. 1 cupak = 4 kepul
  4. 1 gantang = 4 cupak
  5. 4 cupak = ~2.8kg
**********

Sebenarnya ada sebab aku tulis pasal Unit Matrik Timbang dan Sukat Lama, salah satu sebabnya kerana ramai daripada kita semua dah lupa pasal semua tu. maklumlah sekarang dah jarang orang kita menggunakannya lagi, aku ada simpan lagi GANTANG. Aku ni bukan saja suka kumpul wang kertas/syiling lama dan baru tetapi aku juga suka mengumpul barang-barang antik yang pernah aku gunakan dan masyarakat dahulu pernah guna. Best....aku suka Nostalgia barang-barang lama, nanti kalau korang nak koleksi barang-barang lama dan antik yang aku ada (tak banyak pun) termasuklah Honda c70 aku...boleh tengok di ruangan FLICKR yang aku baru wujudkan disebelah kanan blog.

Aku kan 80-an baby......Siapa yang lahir pada tahun 1980-an ~ pasti banyak kenangan yang tak dapat dilupakan. Berbalik kepada cerita sebenar, kenapa aku post tajuk tu?? sebabnya, ada diantara kita yang penah tengok/tahu tentang Unit Metrik lama, nak lebih jelas lagi....aku bagi satu contoh iaitu KUPON yang dikeluarkan dahulu untuk urusniaga getah pada zaman pemerintahan British dulu, korang lihat la kupon tu guna unit sukat apa?? ....unit PICUL/PIKUL dan KATIS/KATI. Setakat tu saja yang aku tahu..nanti kalau ada lagi, aku akan update. :D

1 comment:

EdAlia said...

salam...
whoa terima kasih yer untuk info ni, dah lame crik.. :d



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute