Cari Post lain disini

Tuesday, June 22, 2010

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Keretapi Tanah Melayu Ke-125

Bank Negara Malaysia mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Ke-125 Keretapi Tanah Melayu (KTM). Duit syiling peringatan ini telah dilancarkan pada 21 Jun 2010 oleh Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Hj. Mohd Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Stesen Keretapi Kuala Lumpur.

Ketiga-tiga duit syiling tersebut adalah sah diperlakukan (legal tender) dan mempunyai spesifikasi berikut:

Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiapkeping ialah 7.96 gram. Ia bernilai muka RM100 dan dijual pada harga RM1,200 sekeping. Kuantiti tempaan adalah terhad kepada 150 keping.

Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratsetiap keping ialah 21.00 gram. Ia bernilai muka RM10 dan dijual pada harga RM150 sekeping. Kuantiti tempaan adalah terhad kepada 300 keping.

Duit Syiling Peringatan Emas Nordic
Duit syiling emas nordic ini bernilai muka RM1 dan dijual pada harga RM10 setiap satu. Kuantiti tempaan adalah 15,000 keping.

Kesemua duit syiling ini juga boleh didapati dalam set 3 dalam 1 dan set 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak dan emas Nordic pruf. Set ini dijual pada harga RM1,450 setiap set dan hanya terdapat 250 set sahaja. Set 2 dalam 1 pula mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf. Set ini dijual pada harga RM150 setiap set dan hanya terdapat 200 set sahaja. Butiran terperinci mengenai spesifikasi kesemua duit syiling peringatan tersebut adalah seperti di Lampiran I.

Reka bentuk Duit Syiling

Bahagian Hadapan
Memaparkan perkembangan dan transformasi kereta api negara sejak 125 tahun yang lalu, bermula daripada kereta api lokomotif berkuasa arang batu kepada Sistem Kereta Api Elektrik (Electric Train System, ETS), iaitu kereta api terbaharu dalam kumpulan kereta api KTM yang sedia ada. Perkataan "Keretapi Tanah Melayu" dan "125 Tahun" tertera pada bahagian atas duit syiling, manakala tahun "1885 - 2010" pula dipaparkan pada bahagian bawah permukaan duit syiling.

Bahagian Belakang
Memaparkan imej logo KTM yang sedia ada di tengah-tengah duit syiling. Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling ini tertera pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai mukanya pula dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling.

Lokasi Jualan

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan akan dijual mulai 22 Jun 2010 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK) dan di cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.

Lampiran I

Spesifikasi Teknikal



Nota:
  1. Set 2 dalam 1 mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf, dan
  2. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak dan emas Nordic pruf.


Bank Negara Malaysia
21 Jun 2010


Pautan/Sumber Asal: Website BNM

2 comments:

syiling peringatan malaysia said...

aku sampai BNM dalam kul 12.40, tak der saper pun beli, aku sorang-sorang jer, lega, tak payah beratur panjang,

cam celaka, tarikh pada duit nie ialah 01 Jun 2010, tapi 22 Jun 2010baru dijual, dan lebih celaka lagik, hari nie nak jual, kul 10-11tadik baru bubuh maklumat dlm web mrk, sebab tu tak der orang nak beli lagik sebab masih ramai tak tahu tentang duit nie.

Dan duit nie SERIUS CAKAP, memang TAK LAWA langsung..kelihatan hodoh.

my-koleksi said...

hehehe...

aku x pg pun tp dah minta member tolong belikan.

Dh ada apalagi bang...publish la dlm blog



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute