Cari Post lain disini

Monday, December 26, 2011

Suasana Semasa Membeli Mata Wang Siri Baharu Malaysia 2012

Seperti yang kita sedia maklum, Mata Wang Kertas Siri Baharu Malaysia mula dijual pada 22 Disember 2011. Tak dapat aku bayangkan bagaimana suasana di BNM pada hari jualan yang bakal aku tempuh nanti, mesti ramai orang yang akan datang untuk mendapatkan koleksi matawang baharu tersebut. Detail berkenaan matawang, anda boleh rujuk post dalam blog my-koleksi bertajuk Perlancaran Mata Wang Siri Baharu Malaysia 2012

Pada pagi 22 Disember 2011, aku bergerak dengan moto (senang sikit nak pergi BNM nanti) dari rumah untuk ke pejabat pada pukul 6.30am, sebelum pergi BNM kena "settle"kan dulu kerja-kerja di pejabat.....lepas tu baru aku gerak ke BNM Kuala Lumpur, aku sampai disana lebih kurang pukul 7.15am. Tak ramai sangat orang, biasa saja mungkin disebabkan hujan renyai-renyai yang turun. 


Berginilah keadaan sekitar pukul 7.32am hingga 8.01am, orang yang datang pun dah semakin ramai. Aku dimaklumkan oleh orang terdahulu.....BNM arahkan beratur dalam 3 barisan (tak tahu lah betul atau tak) tapi sebagai langkah berjaga-jaga.....aku beratur dibarisan paling kanan sekali iaitu barisan yang selalu aku beratur untuk membeli syiling peringatan peruf dan "coin card". Kalau ada arahan lain nanti kiranya aku selamat.....berada dibarisan yang memang betul sejak dulu lagi (mungkin kot.....hehehe - teori aku sahaja)


Jam menunjukkan pukul 8.04am, orang yang datang semakin bertambah, hujan pun dah berhenti sebab tu kalau dilihat orang dah mula berada dalam kedudukan barisan yang sebenar.... sebelum ni keadaan tidak terurus sikit, semua orang mencari tempat untuk berteduh dari hujan termasuklah aku (bukan takut hujan tapi tak nak demam la....hehehe)



Pada pukul 8.27am hingga 8.29am, kami diarahkan supaya beratur dalam 2 barisan pula....hai!! macam-macam la diorang ni, tadi bagi tahu beratur 3 barisan.....sekarang dah jadi 2 pula. Apa-apa pun aku ikut saja...aku kan memang berada dibarisan yang betul, arahan tersebut tak mendatangkan apa-apa masalah buat aku (untung aku bertindak awal tadi). Bila dapat arahan buat 2 barisan, keadaan pada masa tu agak tidak terkawal buat seketika kerana masing-masing yang datang sedang berebut untuk masuk barisan. Seleps selesai satu perkara, perkara lain pula yang datang....minta beri laluan!!!...minta beri laluan!!!...minta beri laluan!! lori kontena nak lalu (lebih kurang macam tu la). Anda boleh lihat sendiri Lori yang bawa kontena biru tu (rujuk gambar)....Aku dengar cerita, kontena tu bawa duit (hehehehe....banyak ooo duit) dan baru saja lepas loading duit di beakang BNM. ok!!....aku pergi siasat kejap....hehehe


Memang la aku pergi siasat tapi aku bukan pergi siasat dimana diorang loading dan simpan duit-duit tu tetapi siasat berapa yang aku boleh beli untuk Matawang Siri Baharu Malaysia. Staff BNM dah pun letak depan pintu masuk blok D....jadi aku ambil la gambar untuk tatapan anda semua....Kawan-kawan semua, dimaklumkan sorang dibenarkan beli hanya 1 + 5 + 5, bukan 11 tau tetapi 1 set Premium + 5 set of 2 + 5 set single


Tu dia!!..... makin ramai orang, jam menunjukkan pukul 8.51am. Orang yang beratur dah nak sampai keluar pagar BNM, kalau tak buat 2 barisan...mau sampai traffic light dekat Bank Rakyat sana tu, mungkin boleh mengganggu lalu lintas.....hehehe.


Ni pulak gambar yang aku ambil pada pukul 9.06am, Teknik gambar diambil- dalam keadaan bersandar pada dinding....dah hampir 2 jam aku berdiri, sarapan pun belum :D



Yahoooo!!! Akhirnya BNM mula jual lebih kurang pada pukul 9.30am, ada orang kata......BNM jual awal sebab ramai sangat orang yang beratur sampai mengganggu lalulintas tapi aku rasa tak kot ......sebab kalau anda pernah beratur untuk beli syiling beringatan yang dikeluarkan oleh BNM pun...... lebih kurang masa ni jugalah diorang jual. Aku layan saja apa diorang nak cakap, best juga beratur ramai-ramai....penat dan lenguh tak terasa sangat. Masa beratur tu juga anda semua boleh dengar macam-macam cerita dongeng dan hebat dari orang yang datang (ada sorang budak tu sembang bukan main gempak...aku layan saja sambil tersenyum). Gambar diatas aku ambil pada pukul 9.39am hingga 9.42am. 


Bila BNM dah mula jual, sepatutnya best kan?!......tapi ada pula perkara yang tak best berlaku. Boleh pula polis yang bertugas masa tu lepaskan orang untuk masuk untuk membeli tak sama banyak...boleh pulak dia lepas yang sebelah kiri banyak dari yang sebelah kanan. Untuk makluman semua, yang banyak datang awal kebanyakkan duduk di barisan yang sebelah kanan. Kalau dia lepas sama banyak aku tak kisah sangat tapi sekarang dia main ikut suka hati saja lepas. Harap polis yang bertugas dapat buat kerja dengan adil selepas ni, sepatutnya peka dengan perkara tersebut supaya tidak berulang lagi. kalau masa tu orang yang datang hilang sabar....mungkin rusuhan kecil boleh berlaku, nak-nak sekali bila orang dah penat berdiridan lama menunggu menunggu giliran


Bila aku dapat peluang untuk bercakap dengan Encik Polis tu...apa lagi aku pun maklumkan lebih kurang macam ni - "Encik Polis, sepatutnya lepaskan barisan sebelah kanan bagi banyak sikit, tak sama banyak ni Encik Polis lepas.... yang datang awal kebanyakkan dibarisan sebelah kanan, kalau tak percaya Encik Polis boleh tanya orang lain". Lepas tu boleh pula Encik Polis tu balas - "kalau tanya orang lain pun, dia akan kata dia datang awal....saya tak tahu siapa datang awal sebab saya baru sampai". ooooo....boleh pula dia kata macam tu, ni aku bagi tahu la siapa yang datang awal (berkata dalam hati).......... aku pun terus la bagi tahu Encik polis - "saya datang pukul 7.15am, saya tahu la siapa yang datang awal dan siapa yang datang lewat". jadi dia pun terus diam (mungkin Encik Polis sedang fikirkan sesuatu).


Bila sampai giliran untuk masuk, Encik Polis yang bertugas pun lepaslah barisan kanan dan suruh orang dibarisan kiri menunggu (banyak juga dia lepaskan masuk untuk samakan balik yang dia dah lepas awal tadi). Terima kasih Encik Polis yang baik hati dan bertimbang rasa.....aku bukan nak menipu tapi memang kenyataan, lenguh tau kepala lutut aku berdiri dari pagi tadi (siap tarik "handbreak" lagi takut terlanggar orang belakang).


Akhirnya, pada pukul 9.51am aku dapat juga beli setelah sekian lama beratur...Gumbira betul aku, no. siri untuk set premium pun cantik juga AA0009555. Aku harap, selepas ni BNM akan keluarkan resit untuk setiap pembelian yang dibuat...bukan apa, senang sikit pelanggan nak check harga barangan yang dibeli. Resit pun kena simpan sebagai bukti pembelian, mana tahu kan lepas ni BNM nak buat pula cabutan bertuah.......Nombor resit yang bertuah adalah.........000072 (yang ni aku gurau saja tau, jangan ambil serius....hehehe)

Lepas urusan membeli selesai aku lepak kejap dengan Simistri......nak balik pejabat tak boleh, hujan turun balik......nanti basah pula set Matawang aku tu...."aku basah tak kisah tapi kalau set matawang yang basah, tu yang aku kisah". Kalau masuk dalam bag, mau terlipat atau rosak pula. hhmmm, tak pa....lepak dulu tengok gelagat orang disini.... kalau tak berhenti juga hujan, aku gerak balik dengan member aku nanti (dia masih beratur), moto tak pa...petang nanti boleh datang ambil.

Lupa pula nak cerita, semasa aku beratur dan menunggu giliran untuk membeli.....BNM telah membuka barisan/kaunter khas untuk warga emas dan OKU. Ini adalah satu tindakan yang bijak , kesian aku tengok diorang beratur dari tadi lagi untuk dapat matawang tersebut.....ada yang bawa kerusi kecil untuk duduk sementara menunggu giliran. Aku sempat ucapkan tahniah kepada pengawai yang bertugas masa tu.... ini menunjukkan keperihatinan staff BNM kepada warga emas dan OKU

Note: lepas ni jangan pula anda ajak mak, ayah, nenek dan datuk untuk beratur beli matawang dan syiling peringatan di BNM...kesian diorang nanti, kalau nak ajak beratur pun carilah yang muda belia.....confirm kuat dan boleh ulang beratur 10 kali... :D


Beginilah keadaan pada pukul 10.51am hingga 11.38am, makin ramai orang yang datang untuk membeli wang kertas Malaysia siri Baharu. Gambar yang last sekali, orang ramai terpaksa mencari tempat berteduh kerana hujan renyai-renyai masih turun....masa ni barisan pun dah lintang pukang sampaikan aku dah tak tahulah mana satu barisan yang betul.


Note lagi: di Sasana Kijang tidak ada jualan untuk Matawang Siri Baharu Malaysia 2012 sebab tu juga ramai orang datang beli di BNM Kuala Lumpur (aku dapat info dari seorang rakan)...BNM, Tahniah sekali lagi


Pukul 11.38am hingga 11.56am, lagi ramai orang yang datang....mungkin diorang keluar awal kot untuk makan tengahari (makan tengah hari dalam barisan). Masa ni juga ada yang dah beli set pertama beratur semula  untuk beli pula set yang kedua. kerja aku adalah ambil gambar dan lepas tu duduk sembang-sembang dengan orang yang aku kenal, hari tu aku lepak dan sembang dengan Sabri dan Saran Singh (Sifu). bersembang perkara berkaitan dengan Ilmu Numismatik....bukan ilmu Mistik tau..... :D

Lepas kawan aku dah dapat set dia, aku pun tumpang kereta dia balik pejabat sebab hujan masih belum behenti. Lebih kurang dalam 3.30pm, Simitri datang jumpa aku untuk ambil barang dan aku minta pula dia tumpangkan aku ke BNM semula untuk ambil moto. masa aku sampai sana....masih ramai lagi orang yang beratur, aku sempat bertanya salah sorang yang lalu dekat aku - "ada lagi ka set premium"....dia kata  - "ada lagi". aku pun senyum dan bergerak balik ke pejabat semula.

Kenapa aku senyum...jawapannya, aku sendiri saja yang tahu :D

Sekian laporan saya;
MY-KOLEKSI

"Majulah Numismatik untuk Negara dan Diri Sendiri"

5 comments:

MGMSabri said...

Salam, wah nama sab ade juga...
dapat gak jmp saudara collectnsee.
hehe...

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

hebat lah awak...penggumpul tegar ni...sanggup beratur panjang...
saya kagum!

my-koleksi said...

Salam

Pengumpul biasa saja, terpaksalah beratur sebab x nak lepaskan peluang mcm org lain jg....hehehe

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

bnm skrang mmg mencari laman2 blog yg memaparkan ttg duit baru ni...
dorang nak tgk feedback org luar...
saya rasa, mesti link blog awak pun ada dlm list bnm.

my-koleksi said...

Ok, mana tahu? kerja dgn BNM ke? bagus la kalau mcm tu, blog saya ni hanya menumpukan/khas untuk collector yang suka mengumpul matawang lama dan baru malaysia sahaja.

Kalau BNM nak support saya untuk tulis buku sangat-sangat dialukan...hehehe, dah lama dalam perancangan.....cuma info dan fakta sj yang kurang sekarang ni

TQ



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute