Cari Post lain disini

Loading...

Wednesday, June 27, 2012

Maklumat Terkini Berhubung dengan Persediaan bagi Penggunaan Wang Kertas Siri Baharu Malaysia



Ref No : 06/12/08 
Embargo : Untuk Siaran Segera    


Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan bahawa wang kertas siri baharu Malaysia akan berada dalam edaran mulai 16 Julai 2012.

Susulan pengumuman awal mengenai wang kertas siri baharu ini pada bulan Mei 2011, Bank Negara Malaysia telah mengadakan beberapa sesi pertemuan sejak beberapa bulan yang lalu dengan pihak berkepentingan yang berkenaan untuk membolehkan pengenalan wang kertas siri baharu Malaysia ini berjalan dengan lancar. Pihak berkepentingan tersebut termasuk:

          - institusi kewangan;
          - kompleks membeli-belah;
          - syarikat pengangkutan awam;
          - syarikat telekomunikasi;
          - pengendali tempat letak kereta;
          - pemilik kios pembayaran; dan
          - pengendali mesin wang tunai dan tiket.


Sehubungan dengan ini, sekiranya pihak berkepentingan tersebut belum berbuat demikian, mereka hendaklah mempercepat penentukuran/ pengubahsuaian (calibration/ modification) mesin mereka agar boleh menerima wang kertas siri baharu Malaysia ini untuk kemudahan orang ramai. Namun, sekiranya penentukuran/pengubahsuaian mesin mereka tidak dapat disiapkan menjelang 16 Julai 2012, walaupun notis untuk berbuat demikian telah dikeluarkan sejak lebih enam bulan yang lalu, penyelesaian alternatif hendaklah disediakan, contohnya penyediaan kaunter pertukaran wang kertas atau kaunter tiket manual untuk  kemudahan orang ramai.


Untuk maklumat lanjut mengenai wang kertas siri baharu Malaysia ini, orang ramai boleh menghubungi BNMLINK di 1-300-88-5465 atau menelefon 03-26988044 sambungan 7307/8658 atau menghantar e-mel kepada ncs@bnm.gov.my

Bank Negara Malaysia
26 June 2012

Sumber: www.bnm.gov.my

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute