Cari Post lain disini

Tuesday, June 26, 2012

UPP Perlis Rampas Wang Palsu RM17,200

Tak habis-habis cerita wang kertas palsu.....kali ni RM100 pula


ZAKARIA Abd. Rahman (kanan) menunjukkan sebahagian wang kertas palsu RM100 berjumlah RM17,200 yang berjaya dirampas di Kuala Perlis, Kangar, Perlis, semalam. - UTUSAN/Faizal Abu Hassan

KANGAR 25 Jun - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) negeri mematahkan cubaan menyeludup wang kertas RM100 palsu berjumlah RM17,200 ke negara jiran di pesisiran pantai Kampung Pulau Ketam, Batu Putih, Kuala Perlis dekat sini awal pagi ini.

Komander UPP Perlis, Deputi Supritendan Zakaria Abd. Rahman berkata, ia merupakan cubaan menyeludup wang palsu paling tinggi nilainya setakat ini yang berjaya ditumpaskan pasukan UPP.

Beliau berkata, kesemua wang itu ditemui di dalam sebuah beg sandang hitam yang dipercayai telah ditinggalkan oleh seorang lelaki.

Katanya, suspek dipercayai melarikan diri selepas menyedari kehadiran sepasukan anggota UPP yang diketuai oleh Komander UPP Kuala Perlis, Inspektor Azizan Saman yang melakukan rondaan di kawasan tersebut kira-kira pukul 3.40 pagi.
...
Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.


Keratan Akhbar seperti dibawah;

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute