Cari Post lain disini

Thursday, June 16, 2016

Pelajar UniSZA Berjaya Merangkul Dua Kemenagan Utama Dalam Pertandingan Anjuran BNM

Pemenang Pertandingan Rekabantuk Syiling Peringatan BNM

Tahniah mykoleksi ucapkan kepada 2 pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang telah berjaya memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Rekabentuk Syiling Peringatan anjuran Bank Negara Malaysia (BNM).

Pelajar tersebut barjaya membawa pulang hadiah Wang Tunai RM10,000 dan sijil penghargaan dari Bank Negara Malaysia yang telah disempurnakan oleh Timabalan Gabenor BNM pada 25 Mei 2016 bertempat di Ibu Pejabat Bank Negara Malaysia.

Kategori pertama dimenangi oleh Muhammad Fikri bin Abd Aziz bagi kategori Syiling Peringatan 50 tahun Yayasan Sabah.


Kategori Syiling Peringatan 100 tahun Pandu Puteri Malaysia pula dimenangi oleh Mohammad Haniff bin Halim.

Merujuk website rasmi UniSZA, kedua-dua pelajar tersebut merupakan pelajar Tahun 2 dari Fakulti Senireka Teknologi Kreatif. Nampaknya, mereka masih berpeluang untuk mengasah bakat mereka sekiranya pertandingan seumpama ini diteruskan oleh BNM.

Namun, mykoleksi rasa agak kesal kerana kemenangan mereka dalam pertandingan tersebut tidak diberi banyak publisiti (merujuk kepada akhbar, website BNM dan Facebook rasmi BNM). Cerita yang dikeluarkan pun "suam-suam kuku sahaja". 

Kemenangan mereka seolah-olah tidak penting langsung untuk diketahui oleh orang lain terutama sekali kami Penggemar atau Pengumpul Matawang Lama dan Baru Malaysia khasnya tapi yang peliknya......kalau cerita artis bercerai (sebagai contoh).....boleh dikatakan semua media berebut-rebut nak keluarkan, siap ada ulangan berhari-hari......kenapa YA?

Persoalannya disini, mungkinkah ada agenda tersembunyi diselit dalam sesuatu pertandingan?

mykoleksi juga kadang-kadang terfikir,

Adakah rekabentuk yang kedua-dua pelajar tersebut hasilkan 100% digunakan dalam menghasilkan Syiling Peringatan yang dikeluarkan BNM itu?

Atau

Adakah idea rekaan mereka "dicedok" dan diolah dahulu oleh BNM sebelum Syiling Peringatan tersebut dikeluarkan seperti yang kita dapat sekarang?

Bagi menjawab 2 persoalan mykoleksi ini, mungkin ada pembaca yang boleh berkongsi cerita sebenar atau BNM sendiri boleh perjelaskan (itu pun kalau ada staff BNM yang baca cerita ini).

Tahniah sekali lagi mykoleksi ucapkan kepada kedua-dua pelajar UniSZA.

Sumber Rujukan Asal:

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute