Seluruh dunia kini dilanda pandemik COVID-19 yang kita tidak tahu bila akan berakhir, banyak aktiviti yang kita dapat buat sebelum ini telah menjadi terbatas. Sudah hampir 15 bulan pandemik ini menjadikan kehidupan kita tidak normal, hinggakan anak-anak kita terpaksa menghabiskan banyak masa dengan duduk di rumah. Sudah pasti mereka akan cepat boring sebab tak dapat bergerak dengan bebas, kalau tidak sudah pasti di hujung minggu boleh keluar berjalan-jalan dan beriadah dengan famili.
Nak bawa famili lawatan ke muzium dihujung minggu pun dah tak boleh kerana muzium juga diarahkan tutup. Dulu mykoleksi boleh dikatakan selalu juga bawa anak-anak ke muzium, nak-nak lagi Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (BNM MAG) di Sasana Kijang, Kuala Lumpur.
Bagi yang belum tahu, BNM MAG telah ditutup buat sementara waktu bermula pada hari Isnin, 9 Mac 2020 sehingga diberitahu kelak. Pengumuman tersebut anda boleh rujuk di website rasmi BNM MAG dan platform media sosial yang lain.
Nampaknya BNM MAG tidak mengalah dalam usaha untuk memberikan yang terbaik kepada pengunjung setia mereka. Pihak BNM MAG mengambil langkah bijak dengan bantuan teknologi "Virtual Reality (VR)" atau Realiti Maya, kita dapat membuat lawatan ke galeri-galeri pameran yang berada di Sasana Kijang BNM, Kuala Lumpur secara maya atau digital. Tahniah dan syabas mykoleksi ucapkan kepada BNM MAG atas usaha ini.
Buat masa sekarang hanya dua (2) galeri sahaja yang anda boleh melawat secara Realiti Maya iaitu Demi Tanah Air: 60 Tahun sebagai Bank Pusat dan Teknologi Kewangan (Fintech): Nyata kepada Maya.
Apa yang menarik sangat dengan lawatan secara VR?
Nak tau menarik atau tidak, anda kena cuba sendiri untuk merasai pengalamanya. Teknologi Virtual Reality (VR) atau Realiti Maya menjadikan anda lebih mudah, lawatan anda ke BNM MAG boleh dibuat bersama-sama famili dengan hanya berada dirumah melalui smartphone, notebook atau peranti seumpamanya.
Anda mesti mencubanya, mykoleksi ada sediakan video ringkas (amatur) lawatan secara maya ke pameran Demi Tanah Air: 60 Tahun sebagai Bank Pusat untuk tontonan anda di Youtube channel mykoleksi, jangan lupa "share" dan tekan butang "Subscribe". Pautan untuk ke pameran VR tersebut ada mykoleksi letak dalam "Description" video. Pameran Demi Tanah Air: 60 Tahun sebagai Bank Pusat ini berkongsi mengenai mandat utama Bank Negara Malaysia dan peranan pembangunan yang meluas, kewangan utama, sejarah ekonomi di Malaysia dan fakta menarik mengenai Bank Pusat.
Jika nak bandingkan lawatan secara VR dengan lawatan sebenar memang berbeza, bukan semua maklumat yang ada di sana dapat dipaparkan semasa lawatan secara VR. Aktiviti yang kita dapat lakukan semasa lawatan juga terhad, kalau tak kita boleh jalankan pelbagai aktiviti yang lagi menarik seperti bergambar sebagai Gabenor BNM ke-10.
Setidak-tidaknya, dengan adanya lawatan secara VR ini kita mendapat satu pengalaman baru dan juga dapat mengisikan masa yang terluang dengan anak-anak dengan lawatan secara norma baru.
Sekali lagi mykoleksi ucapkan tahniah dan syabas kepada BNM MAG diatas usaha ini, mykoleksi harap usaha tersebut dapat diteruskan dan ditambahbaik supaya kita sama-sama mendapat manfaat.
mykoleksi
Sumber: www.museumbnm.gov.my
No comments:
Post a Comment