Cari Post lain disini

Loading...

Tuesday, April 15, 2008

Wang Kertas RM5 First Prefix AN dan CA

Terdapat 2 keluaran RM5 yang ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, yang pertama RM5 jenis kertas dan yang kedua RM5 jenis polimer. Bukan itu saja fakta yang perlu kita tahu tetapi kita juga mesti mengetahui First Prefix untuk kedua-dua jenis RM5 tersebut. First Prefix ini penting kalau kita ingin menjadi seorang pengumpul wang kertas baru/lama, ramai pengumpul-pengumpul sanggup bersusah payah dan bebelanja besar untuk mendapatkan First Prefix untuk koleksi mereka. Disini saya ingin berkongsi tentang First Frefix untuk kedua-dua keluaran tersebut yang ada dalam simpanan saya. Mari kita lihat First Prefix untuk RM5 kertas, sirinya bermula dengan ANxxxxxxx dan Last Prefix adalah BJxxxxxxx.

First Prefix
AN - Prefix AZ
Prefix
BA - Last Prefix BJ



First Prefix AN


Bagi RM5 polimer pula First Prefix bermula dengan siri CAxxxxxxx, RM5 ini dicetak oleh NPA Australia, polimer.

First Prefix CA - Prefix ?



First Prefix CA

Rujukan:
Malaysia Banknotes & Coins

3 comments:

fitr said...

very informative..lps ni dpt duit rm5 kene tgk betol2 haha!!

vonn said...

saya ada terbaca duit polimer rm5 tu prefixnya adalah CA hingga CU...tapi takde CI dan CO

vonn said...

salam..

oo rupanya duit rm5 jenis kertas ni, first prefix AN hanya bagi sign Dato' Zeti Aziz..

maksudnya ada lagi prefix sebelom tu yg disign oleh Dato Ali Abul Hasan kan?

betulkan kalu salah..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute