Cari Post lain disini

Loading...

Sunday, April 13, 2008

Wang Kertas RM1 Error Print

Cuba lihat antara Z dan 3, terlalu jarak huruf dan angkanya daripada kebiasaan. Tetapi kesalahan cetak ni tidak berapa RARE sebab banyak yang seumpamanya, kalau tidak percaya cuba korang tengok nanti duit korang dapat masa pegi beli barang atau shopping. Kalau sirinya bermula dengan U, kebanyakkan mempunyai masalah cetakan seperti yang saya tandakan dengan kotak ungu





RM1 ini pula ada masalah cetakan pada huruf S, huruf lain tersusun cantik cuma huruf S saja Alignment lari. Kesian huruf S tu tersasar dari landasan sebenar, tetapi disebabkan huruf S jugalah yang menjadikan RM1 ini dikategorikan sebagai RARE. Susah nak dapat wang kertas sebegini. Lihat kotak ungu





Tips: Lepas ni kalau membeli/berbelanja, belajarlah tengok-tengok dulu wang kertas/syiling. mana tahu boleh dapat yang RARE :D

6 comments:

Anonymous said...

Dear Collector.

Salam. Saya seorang collector yg mentah lagi, saya nak bertanya sedikit, RM1 yg Collector huraikan tu rare sebab huruf "S" -nya yg dah lari alignment ke ataupun sebab huruf sirinya "S" ?

Terima Kasih atas tunjuk ajar.

31/7/08 @ 4.30pm

plz reply me @ : lali_tha85@hotmail.com

my-koleksi said...

"rare sebab huruf "S" -nya yg dah lari alignment ke ataupun sebab huruf sirinya "S""- kedua2 itulah yang RARE, kiranya awk ni betul2 meneliti...sbb awk boleh nampak. Selamat melawat keblog saya ni, jemputlah singgah lagi.

Anonymous said...

terima kasih. Saya memang gembira dapt jumpe blog site nie. Got to learn alot. Minat numismatic saye nie sejak dari kecil la (nak kate dr tadika lagi)...adelah sikit2 saye simpan. Terima kasih banyak2 atas tunjuk ajar.

Anonymous said...

Collector, nak tanya... kalau duit RM 1 nie kalau mula dengan huruf siri 'S' je dah kira rare ke?

thanx alot. :)

caplay said...

collector nak tanye duit rm1 aku ni hujung dia pendek macam salah potong..adakah ini di kAtegorikan sbg rare jegak ker

cik ct payung said...

Dear collector,

saya bukanla pengumpul duit tp saya ada smpn beberapa keping duit kertas lama ($1, $5, $10). dlm simpanan saya tu ada satu duit $1.00 yang no sirinya tidak diprint di tepi secara menegak, sebaliknya terletak di bahagian dlm secara melintang. yg mencetak pn bradbury wilkinson bukan casa....(maaf xingat). soalan saya duit ni ori ker tak? n ada value tak kpd collectors? tq.

asbiey@gmail.com



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute