Cari Post lain disini

Saturday, June 7, 2008

Wang Kertas RM2 yang Lupus dan Pupus

Bank Negara Malaysia telah memperkenalkan wang kertas RM2 bermula pada tahun 1996 yang berlatar belakangkan motif menara kuala lumpur dan setelit dalam rekabentuknya, RM2 juga dilengkapi dengan ciri-siri keselamatan terkini diantaranya menggunakan "Micro-Letterings" bagi tulisan "BANKNEGARAMALAYSIA" dan "Perfect See-Through Register" bagi imej bunga raya.

Wang kertas ini ditandatangani oleh 2 orang Gabenor Bank Negara Malaysia iaitu Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don dan Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman. RM2 First Prefix bersiri nombor AAxxxxxxx dikeluarkan pada tahun 1996 yang ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don. ZAxxxxxxx, ZBxxxxxxx dan ZCxxxxxxx merupakan siri nombor untuk wang kertas RM2 gantian, sebenarnya adalah siri ke-8 wang kertas yang ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don selain wang kertas RM10 dan RM50, tandatangan bagi wang kertas keluaran siri ke-8 adalah berbeza kerana tandatangannya diletak pada sisi bawah penjuru kiri muka depan wang kertas RM2 (melintang), sila lihat RM2 yang disertakan;

First Prefix AA - AZ
Prefix BA - BZ
Prefix CA CZ
Last Prefix DA - DF


RM2 keluaran siri ke-9 pula ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman, pengelurannya pula adalah pada tahun 1999 dengan First prefix DF dan Last prefix DJ manakala siri wang kertas gantiannya ZDxxxxxxx. Tandantangannya pula adalah sama dengan wang kertas RM2 keluaran 1996 iaitu disisi bawah penjuru kiri muka depan wang kertas (melintang).


Pada tahun 1999 juga bank negara Malaysia memgeluarkan RM2 yang ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman, Beza wang kertas RM2 siri ke-10 adalah cuma kedudukan tandatangannya berbeza kerana berada ditengah sebelah bawah muka hadapan wang kertas;

First Prefix DJ - Last Prefix DY



Tak kisah korang simpan keluaran yang mana satu pun, janji ada koleksi wang kertas RM2 ......bukan apa susah nak dapat sekarang sebab keluarannya sudah lama di hentikan, kalau ada pun keadaannya pun tak memuaskan. So, kalau korang ada RM2 ni simpanlah baik-baik untuk tatapan generasi masa hadapan. Koleksi aku dah lengkap, sekarang ni aku tengah melengkapkan koleksi wang kertas RM2 gantian, diantara wang kertas RM2 gantian yang susah hendak dapat dan bernilai tinggi adalah RM2 keluaran siri ke-8 dan siri nombornya bermula ZBxxxxxxx, wang kertas RM2 gantian inilah yang bernilai paling tinggi. Nak tahu harganya.....PM saya atau tinggal masej dalam ruangan komen atau Aloooo!!!

8 comments:

mohad said...

salam...

Anonymous said...

bro..gua ader note RM2 berjumlah 10 keping n masih baru sbb tersimpan lama x digunakan..keadaannya masih seperti baru dpt dr bank..no siri aku xperasan lak..klo interested..email gua..musdzalfar@yahoo.com.my

Emy said...

salam...
aq ada duit kertas $10 lama tandatangan Ahmad Don...
duit mcm duit bru lgi..
x de renyok lngsung..!!
no siri mula ngan YC
korang rase berape harga nya yea..??

Anonymous said...

kalau yang rm2 ada kod blXXXXX atau CL XXXXX harganya mahal x?

Unknown said...

As-salam. Saya mempunyai RM2, tandatangan Tan Sri Ahmad Don di tepi. No. prefix: CE8243306. Berapakah nilainya? Berminat?

Unknown said...

Sy ada wang kertas rm2 yg bertandatgn aisyah . Prefix BH .. bleh dpt brpa?

Liyana Zakaria said...

Assalamualaikum. Saya ada duit kertas RM2 aishah (DU), RM1 gabenor ismail & RM1 tun jaffar utk dijual. berapa nilainya ya?

Unknown said...

Bro aku ade duit yg bercantum lagi x potong..3 keping.. rm2 tanda tangan ahmad mohd don..
(ZA) pape whatsapp nak tahu harga..
0127459920
100% tip top smpai skrg..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute