Cari Post lain disini

Monday, November 23, 2009

Ketagih Duit Lama


Harga Boleh Cecah Ribuan Ringgit

Banjir Naikkan Nilai Syiling 10 sen 1971

Wednesday, November 11, 2009

Apakah ini??


Tajuk pun aku tak tahu nak letak dan nak panggil apa pun aku tak pasti juga, aku bagi nama "wang kertas" boleh??.

Q: Macam mana aku dapat benda ni??

A:"wang kertas" tersebut adalah milik saudara "keristua", aku cuma ada gambar saja yang aku perolehi dari e-mail yang dihantarkan kepada aku...kalau korang nak tengok "wang kertas" tersebut dengan lebih dekat bolehlah berhubung terus dengan "keristua". Aku tak tahu nak tulis apa berkenaan benda ni kerana aku sendiri pun tak tahu dan "fisrt time" aku tengok.

Diharap pengunjung blog my-koleksi dapat membantu kerana aku rasa ramai juga yang otai-otai dan berilmu tinggi dalam hobi mengumpul syiling/wang kertas lama dan baru. Apa salahnya berkongsi dengan aku, "keristua" dan pengunjung blog ini, boleh kan??

Ini adalah sebahagian soalan yang aku sempat fikir buat masa sekarang
  1. Apakah sebenarnya orang panggil "wang kertas" tersebut??
  2. Apakah tujuan ia dikeluarkan??
  3. Siapakah yang mengeluarkannya??
  4. Kenapa ada gambar Sultan Abdul Hamid Halim Shah??
.... dan apa saja maklumat yang anda semua tahu pasal "wang kertas". Harap sudilah anda semua membantu aku, "keristua" dan pengunjung blog my-koleksi.

Terima kasih daun keladi.....

Sunday, November 8, 2009

e-mail Wang Kertas RM50 Baru Palsu

Pada 20 October 2009 yang lepas, Aku ber"YM" dengan member lama aku. Masa sembang ber"YM" tu member aku bagi tau yang dia dapat banyak wang kertas palsu masa keluarkan duit dari ATM mesin, heran betul aku sebab macam mana pula boleh ada begitu banyak RM50 baru palsu dalam ATM mesin....ajaib dan tak logik betul. Aku pun tanya macam mana dia tahu yang wang kertas RM50 yang dia dapat adalah palsu, member aku pun bagi tau la yang dia dapat tahu daripada e-mail, aku suruh dia "foward" email tersebut. e-mail tersebut asalnya dihantar oleh seseorang yang bekerja dengan bank, tak heran la kalau member aku panik semacam saja, mau tak panik sebab member aku ni baru keluarkan duit dari ATM mesin dan dapat banyak "wang kertas RM50 palsu". Aku tak kisah la siapa yang hantar e-mail tersebut. Lepas tu apa lagi.....aku pun buatlah kaji, aku memang minat mengkaji hal-hal yang berkaitan dengan duit syiling dan wang kertas. Bilalah BNM nak tawarkan kerja untuk aku...... Sila rujuk gambar wang kertas RM50 dibawah yang aku ambil dari e-mail;

Muka Hadapan

Muka Belakang

Kalau nak tengok wang kertas RM50 yang "confirm" TULIN boleh rujuk pula gambar dibawah;

30 Januari 2008

15 Julai 2009

Kesimpulan dari hasil kajian dan penelitian aku adalah;
  1. Dakwaan e-mail tersebut kurang jelas kerana pengirim email tersebut telah membuat perbezaan wang kertas RM50 keluaran 30 Januari 2008 dengan wang kertas RM50 keluaran 15 Julai 2009, ternayatalah sekali berbeza... anda boleh rujuk pada bulatan merah yang dibuat oleh pengirim e-mail tersebut.
  2. Teknik Adobe Photoshop pun boleh jadi digunakan, paling ketara yang aku nampak adalah pada Holographic stripe.
  3. Gambar wang kertas RM50 yang sertakan dalam email tersebut pun kurang jelas dan tiada pun penjelasan diberikan oleh pengirim e-mail tersebut untuk setiap bulatan merah yang dibuat.
  4. Pengirim e-mail tersebut mungkin tidak tahu yang BNM telah keluarkan sebanyak 3 keluaran wang kertas RM50 baru yang terdapat sedikit perbezaan bagi setiap jenis keluaran tersebut.
Bagi aku kalau anda dapat e-mail yang kebenaran sumber tak jelas....anda tak perlulah panik, "IGNORE" saja e-mail macam tu. Sekiranya anda kurang pasti ketulinan wang kertas yang anda perolehi, anda boleh rujuk terus dengan bank-bank berhampiran atau boleh juga pergi ke mana-mana cawangan BNM yang terdekat. Jika sudah disahkan anda mendapat wang palsu, teruslah repot kepada pihak Polis. Selesai masalah...hehe. Tapi ada pula persoalan yang bermain dalam fikiran aku, kalau betul kita dapat wang kertas palsu...macam mana?? adakah kita akan dapat ganti wang palsu dengan yang tulin dari pihak bank?? Logik bagi jawapan kepada persoalan aku ini adalah... tak mungkin kita akan mendapat ganti wang kertas palsu dengan yang tulin, kalau betul boleh dapat ganti...sudah pasti kaya raya mereka yang pandai buat wang kertas palsu.

Kalau nak jelas lagi berkenaan wang kertas RM50 baru dan perbezaannya, sila rujuk link dibawah;


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute