Cari Post lain disini

Monday, August 17, 2009

Koleksi Lengkap Duit Syiling 20 Sen Dari Tahun 1967 Hingga 2009

Kali ni aku "upload" pula pasal duit syiling 20 sen, diantara semua syiling tersebut hanya terdapat 2 sahaja duit syiling 20 sen yang dikategorikan sebagai RARE oleh para pengumpul iaitu duit syiling 20 sen yang dikeluarkan pada tahun 1970 dan 1994. Disebabkan jumlah keluarannya sedikit iaitu masing-masing 1,054,000 dan 2,680,339, syiling tersebut sentiasa diburui sampailah sekarang.

Ringkasan;

Duit syiling 20 sen yang dikeluarkan pada tahun 1967 hingga 1988

Muka hadapan duit syiling menunjukkan nilai duit syiling tersebut iaitu 20 sen, tahun ianya ditempa dan manakala rekaan pada pada bahagian tepinya adalah bunga kebangsaan iaitu Bunga Raya.


Muka belakang pula adalah gambar Bangunan Parlimen, simbol bulan sabit yang melambangkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan bintang 14 penjuru mewakili 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia.



Duit syiling 20 sen yang dikeluarkan pada tahun 1989 hingga 2009

Muka hadapan syiling menunjukkan nilai duit syiling dan diantara simbol 20 sen terletak tahun syiling ditempa. Manakala pada bahagian tengah syiling ini juga ditempa gambar bunga kebangsaan iaitu Bunga Raya.


Tepak sirih yang diukiri dengan terperinci digunakan untuk menyimpan rencah-rencah sirih seperti pinang, kapur, gambir, bunga cengkih dan daun sirih. Ia biasanya digunakan di upacara tertentu seperti pertunangan dan perkahwinan. Tepak sirih juga merupakan satu ada menyambut tetamu dikalangan orang melayu


Di bawah pula adalah senarai lengkap duit syiling 20 sen, bolehlah anda jadikannya sebagai rujukan;


Rujukan Asal: Sejarah Matawang Malaysia 1957 -2007, KEKKWA

14 comments:

Jay muzill said...

Bro, cool betul koleksi duit syiling 20 sen ko...

Unknown said...

salam..

waa..buleh buat rujukan lepas ni..duit parlimen byk gak saya simpan..

wan said...

betul ke ada 20 sen 1972..ada kat mudah.com...masa kecik aku rasa ada nampak...palsu atau mistik??

Anonymous said...

SAYA ADE PELBAGAI SYILLING LAMA DAN WANG KERTAS LAMA DARI ZAMAN JEPUN... MINAT NAK BELI BOLEH HUBUNGI 0175346341 DI JB. (ISZ) HARGA BOLEH DIRUNDING

Kamallhaji said...

ada sapa minat duit 3/4 sen dan duit 10 sen straits settlement tahun 1950 boleh hubungi saya 0137209455

MATAHARI said...

Jangan Tertipu
Kita sering dengar orang menawarkan harga yang tinggi unttuk syiling yang mungkin bagi kita tak de nilai pun.. Jangan tertipu,sesetengah syiling tu tak dikeluarkan BNM pun sebab 2 dorang berani tawarkan harga yang tinggi. Tapi sesetengah kes,ada la yang betul..Kat bawh ni syiling2 yang dikeluarkan BNM dan tak dikeluarkan

1 sen : 1967,68,70,71,73,76,77,78,79,8 0,81,82,83,84,85,86,87,88,89,9 0,91,92,93,94,95,96,97,98,99,2 000,2001,2002,2003,2004,2005,2 006,2007,2008 & 2009 (TIADA SYILING 1 SEN DIKELUARKAN OLEH BNM PADA TAHUN :1969,1972,1974 & 1975) HARAP MAKLUM!!

5 Sen : 1967,68,71,73,76,77,78,79,80,8 1,82,85,88,89,90,92,93,94,95,9 6,97,98,99,2000,2001,2002,2003 ,,2005,2006,2007,2008 & 2009
(TIADA SYILING 5 SEN DIKELUARKAN OLEH BNM PADA TAHUN :1969,1970,1972,1974,1975,1983 ,1984 & 1986) HARAP MAKLUM!!

10 Sen :
1967,68,73,76,77,78,79,80,81,8 2,83,88,89,90,91,92,93,94,95, 96,97,98,99,2001,2002,2003,200 4,2005,2006,2007,2008 & 2009 (TIADA SYILING 10 SEN DIKELUARKAN OLEH BNM PADA TAHUN :1969,1970,1972,1974,1975,1984 ,1985,1986 & 1987) HARAP MAKLUM!!

20 Sen :
1967,68,69,70,71,73,76,77,78,7 9,80,81,82,88,89,90,91,92,93,
94,97,98,2000,2001,2002,,2004, 2005,2006,2007,2008 & 2009 (TIADA SYILING 20 SEN DIKELUARKAN OLEH BNM PADA TAHUN :1972,1974,1975,1983,1984,1985 ,1986,1995,1996 &1999) HARAP MAKLUM!!

50 sen :
1967,68,69 (Terbelah di tepi), 71,73,77,78,79,80,81,82,83,84, 85,86,87,88,89,90,91,92,93,94, 95,96,97,98,99,2000,2001,2002, 2003,2004,2005,2006,2007,2008 & 2009 (TIADA SYILING 50 SEN DIKELUARKAN OLEH BNM PADA TAHUN :1970,1972,1974,1975 & 1976) HARAP MAKLUM!!

Bro. Badrol said...

mencari 20 sen 2003. pernah nampak. ada ker tempaan tahun 2003?

Anonymous said...

20 sen 2003 de d tmpa sb adik sy de skping

Anonymous said...

x nk jual ke duit 20 sen 2003 tu..klu nk aku nk bli..

Anonymous said...

xnk jual ke duit 20sen 2003 tu..

Anonymous said...

Bro....kenapa syiling 20 sen thn 1998 ada dua?

aku dan tawarikh said...

salam saudara.. kalau tak silap saya bahagian hadapan syiling dalam numismatik adalah gambor tepak sirih pada syiling 20 sen malaysia dan gambar belakang adalah bahagian yang menunjukkan nilai syiling tersebut.. skadar pendapat.. jika salah tolong betulkan.

Farid Ariff Foo said...

Salam saya ada ternampak orang jual syiling 20 sen tahun 1995.Tapi tahun 1995 sy di fahamkan xde keluaran 20 sen.Adakah syiling itu palsu atau rare?Mohon pencerahan.Saya seorang newbies :D

aku dan tawarikh said...

Wasalam..mungkin syiling itu syiling betul tetapi telah dimodified/dicanai semula..perkara ini tak mustahil kerana ketamakkan manusia memungkinkan semuanih..sekadar pendapat sebab banyak dah baca tentang duit syiling yang dicanai lain/ diubah nombornya



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute